kita bukan kambing,tetapi adalah singa!!!!
Kalau kita imbau kebangkitan dan kegemilangan umat Islam di masa lampau bermula pada zaman Rasulullah saw,ia amat membanggakan dan dirindukan.Diikuti pula oleh generasi khulafa al-Rasyidin.Umat Islam merupakan generasi yang cukup kuat dan gah di persada dunia ketika itu.Sehingga musuh-musuh yang berada di sekitar pun merasa gerun dan tunduk.
Kalau kita imbau kebangkitan dan kegemilangan umat Islam di masa lampau bermula pada zaman Rasulullah saw,ia amat membanggakan dan dirindukan.Diikuti pula oleh generasi khulafa al-Rasyidin.Umat Islam merupakan generasi yang cukup kuat dan gah di persada dunia ketika itu.Sehingga musuh-musuh yang berada di sekitar pun merasa gerun dan tunduk.
Tetapi pada hari ini, umat Islam kian kehilangan jati diri dan kekuatannya,seolah-olah keberkahan umat Islam ini sudah di tarik oleh Allah swt.Umat Islam berpecah-belah dan lemah. Orang-orang di sekeliling hilang hormat terhadap mereka. Allah swt campakkan perasaan gerun di dalam dada-dada musuh umat Islam seakan-akan telah tercabut.Di antara faktor kelemahan tersebut sebenarnya berpunca dari kelemahan iman dan kurang keyakinan terhadap amalan agama.
Apabila umat Islam masih lagi meremehkan usaha untuk memperkasakan iman,maka,selagi itulah umat Islam akan terus dilanda kehinaan dan kelemahan,kerana kebergantungan mereka kepada Allah Swt telah bertukar kepada asbab dan segala rupa paras makhluk.Mungkin ada yang terlupa bahawa di antara tujuan utama diutus para Rasul kepada umat manusia di muka bumi ini adalah bagi menghapuskan kesyirikan dan mengajak mengabdikan diri semata-mata hanya kepada Allah Swt.
Allah Swt menjelaskan:
وَلَقَدْ بَعَثْنَا فِي كُلِّ أُمَّةٍ رَسُولا أَنِ اعْبُدُوا اللَّهَ وَاجْتَنِبُوا الطَّاغُوتَ
“Dan sesungguhnya Kami telah mengutus Rasul pada setiap umat manusia supaya menyerukan, “‘Abdikanlah diri hanya kepada Allah dan jauhilah thaghut.” (Surah an-Nahl, 16: 36)
Kuatnya keimanan maka terhapusnya kesyirikan adalah kaedah utama kejayaan umat Islam di masa lampau.Hal ini dapat dilihat dari sirah Rasulullah saw bersama-sama para sahabatnya.(Rujuk Kitab Hayat A-shahabah,majlis-majlis iman yang dianjurkan oleh para sahabat r.hum)Tetapi setelah majlis-majlis iman(dakwah iman)terkeluar dalam kalangan umat Islam,natijahnya kelemahan iman kembali menimpa umat Islam, mereka pun kembali lemah lagi terhina.
Perhatikanlah sirah Rasulullah saw.Hasil keberkahan dakwah dan perjuangannya,tidaklah baginda saw meninggal dunia kecuali Allah swt telah memberikan khabar gembira kepada umat Islam ketika itu dengan tunduknya kota Makkah, Khaibar, Bahrain, seluruh negeri ‘Arab dan seluruh negeri Yaman.
Herkulis (Raja Romawi) pula meminta perdamaian kepada beliau. Demikian pula penguasa Mesir dan penguasa Iskandariah yang digelar sebagai Muqauqis. Juga raja-raja Oman dan raja Najasyi, iaitu penguasa Habasyah yang menjadi raja setelah ‘Ashimah. Ketika Rasulullah saw meninggal, pemerintahan Islam diteruskan oleh para khalifah baginda.
Abu Bakar ash-Shiddiq r.hu melanjutkan kekuasaan dan mengirim pasukan Islam ke Parsi, dipimpin Khalid B. al-Walid r.hu.Kaum muslimin menguasai sebahagian wilayah Parsi dan membunuh sebahagian tentera mereka. Pasukan lain yang dipimpin Abu Ubaidah r.hu dan para pemimpin lainnya bersamanya menuju Syam. Pasukan ketiga pimpinan ‘Amr B. al-‘Ash r.hu menuju Mesir.Maka Allah swt memberikan kemenangan bagi pasukan yang menuju Syam dan berjaya menguasai Bashrah, Damsyik, dan beberapa yang lain.
Demikianlah seterusnya empayar atau empayar Islam terus berkembang mencakupi timur dan barat hasil kekuatan iman dan keyakinan terhadap amalan agama mereka.Namun setelah lunturnya kekuatan iman dan lemahnya pegangan agama dan banyaknya hukum-hakam agama mula mereka abaikan, umat Islam pun mengalami kemunduran sehingga berlakulah apa yang berlaku pada hari ini.
Rasulullah saw bersabda:
Rasulullah saw bersabda:
إِذَا تَبَايَعْتُمْ بِالْعِيْنَةِ وَأَخَذْتُمْ أَذْنَابَ الْبَقَرِ وَرَضِيْتُمْ بِالزَّرْعِ وَتَرَكْتُمُ الْجِهَادَ سَلَّطَ اللهُ عَلَيْكُمْ ذُلاَّ لاَ يَنْزِعُهُ عَنْكُمْ حَتىَّ تَرْجِعُوا إِلىَ دِيْنِكُمْ
“Sekiranya kamu melakukan perniagaan dengan ‘inah (sejenis riba), mengikuti belakang ekor lembu (sibuk bekerja), berpuas-hati dengan pertanian (sibuk dengan duniawi), serta meninggalkan jihad (tidak memperjuangkan agama Allah), maka Allah pasti membelenggu kamu dalam kehinaan. Dia tidak akan mencabut kehinaan tersebut dari diri kamu sehinggalah kamu kembali kepada agama kamu (Islam yang sebenar).” (Hadis Riwayat Abu Daud, 9/325, no. 3003.)
Hari ini sebahagian kelompok kecil umat Islam ada yang berteriak dengan slogan “tegakkanlah hukum Allah” dan “dirikanlah kerajaan Islamiyyah”, tetapi itu tidak lebih hanya semata-mata slogan kosong.Dakwah iman mereka abaikan dan mempersendakannya pulak.
terima kasih penulis,kerana artikel ini...
ReplyDeletebetul,mereka yg ingin tegakkan negra Islam,tetapi
mereka tidak dirikan negara Islam dlm diri mereka terlebih dahulu..
kontra ngn politik nie saudara
ReplyDeleteHidayah utk setiap orang itu berbeza maka kita lah yg perlu berusaha agar mereka itu faham apa kehendak agama yg sebenar. Ini perlu agar agama bukan hanya sekadar Daulah Islamiyyah tetapi seluruh kehidupan adalah agama.
ReplyDelete“Bahaya bagi setiap jemaah (kumpulan) yang pemikiran mereka dibentuk atas cinta (mendapatkan) kerajaan (kuasa) dan bekerja untuk itu. Kerana ia akan menyebabkan mereka meninggalkan jihad di jalan dakwah atau boleh terpaling dan terseleweng tujuan mereka. “Sebabnya, uslub (cara) untuk mendapatkan kerajaan berbeza dengan uslub dakwah. Wajib kepada kita membersihkan akal dan jiwa kita, semata-mata untuk dakwah. Hanya dakwah, khidmat, pengorbanan, mengutamakan saudara Muslim, mengeluarkan manusia – dengan izin Allah – dari segala kegelapan kepada cahaya (Islam), dari jahiliah kepada Islam, dari kesempitan dunia kepada keluasannya. Dari kekejaman agama-agama yang sesat, sistem-sistem yang zalim, mazhab-mazhab yang tidak menentu, kepada keadilan Islam dan lembayungnya.
“Jika pada satu peringkat dakwah, atau pada satu masa – setelah prinsip-prinsip dakwah dan akidah kukuh dalam jiwa pendakwah –tujuan dakwah tidak dapat dicapai melainkan dengan mendapatkan kerajaan, kita akan berusaha untuk mendapatkannya. Demi kemaslahatan dakwah. Dengan jiwa yang luhur dan bersih, benar dan amanat, khusyuk dan tulus, seperti kita bersungguh dalam tanggungjawab dan rukun agama, juga ibadah-ibadah yang lain. Tiada beza bagi seorang mukmin antara kerajaan dan ibadah yang lain, jika telah ikhlas dan betul niatnya. Kesemua itu dalam reda Allah, kesemuanya pada jalan Allah. Kesemuanya ibadah yang mendekatkan diri kepada Allah.” (rujukan: al-Qaradawi, al- Syeikh Abu al-Hasan al-Nadwi kama ‘araftu, m.s. 122-125, Damsyik: Dar al-Qalam).
ISLAM bukan agama yang kosong atau setakat laungan slogan slogan, tapi ISLAM ada kerja yang perlu dilakukan! bukan cakap kosong! kena korban,
ReplyDeleteslogan org Islam,kejayaan dalam agama...
Deletetanpa dakwah, Islam akan lenyap...tanpa Islam, dunia akan lenyap..
ReplyDeletebenar saudara
Deletekita bukan nak negara Islam tapi kita mau satu dunia datang kepada Islam...inilah tugas hakiki setiap individu umat ini..
ReplyDeleteYa Allah,palingkan hati seluruh manusia kpd Islam..
Delete