Ikuti Blog Ini

Monday, August 1, 2011

Berziarah/berjaulah dengan yakin


                                               gambar jemaah jalan kaki

Abu Sa’id al-Khudri r.hu pernah mengkhabarkan sebuah hadis Nabi berkaitan hak-hak jalan. Kata beliau, Nabi Saw bersabda:

Janganlah kamu duduk-duduk di atas jalan.

Maka mereka (para sahabat r.hum) berkata, “Sesungguhnya kami perlu duduk-duduk untuk berbincang-bincang.” Nabi Saw menjawab, “Jika kamu tidak dapat berganjak melainkan perlu duduk-duduk, maka berikanlah hak-hak jalan tersebut.” Mereka bertanya, “Apa hak-hak jalan tersebut wahai Rasulullah?”

Nabi Saw menjawab, “Menundukkan pandangan, tidak mengganggu (atau menyakiti) orang, menjawab salam, dan memerintahkan kepada yang ma’ruf serta mencegah dari kemungkaran.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, 8/351, no. 2285)

Penjelasan dari hadith ini.

Kata al-Hafiz Ibnu Hajar rahimahullah, “Nabi Saw menyebutkan “menundukkan pandangan” adalah bagi mengisyaratkan keselamatan dari fitnah kerana melintasnya para wanita (yang bukan mahram) ataupun selainnya. Menyebutkan “tidak mengganggu (atau menyakiti) orang” untuk mengisyaratkan supaya memelihara diri dari perbuatan menghina, mengata orang lain, atau yang serupa. Menyebutkan perihal “menjawab salam” untuk mengisyaratkan kewajiban memuliakan atau mengormati orang yang melalui jalan tersebut. Menyebutkan perintah amar ma’ruf nahi mungkar bagi mengisyaratkan kewajiban mengamalkan apa yang disyari’atkan dan meninggalkan apa yang tidak disyari’atkan.” (Fathul Bari, 5/135)

Imam an-Nawawi rahimahullah pula menjelaskan, “Nabi Saw telah mengisyaratkan tentang alasan larangan beliau (terhadap perbuatan duduk-duduk di jalanan) bahawa perkara tersebut boleh mencampakkan ke dalam fitnah dan dosa di ketika ada para wanita (yang bukan mahramnya) atau selainnya yang melintasi mereka, sehingga membuatkannya memandang ke arah wanita tersebut (secara bebas), atau membayangkannya, atau berprasangka buruk kepadanya, atau terhadap sesiapa sahaja yang melintas.

Dan di antara bentuk mengganggu (atau menyakiti) manusia adalah dengan menghina (atau mengejek) orang yang melintas, mengumpat, atau selainnya, atau terkadang tidak menjawab salam mereka, tidak melakukan amar ma’ruf nahi mungkar, serta alasan-alasan lainnya yang bila dia berada di rumah dapat selamat dari perbuatan seperti itu. Turut termasuk perbuatan menyakiti orang lain adalah bila menyempitkan jalan orang-orang yang ingin melintas, atau menghalang para wanita, atau selainnya yang ingin keluar menyelesaikan keperluan mereka disebabkan ada orang-orang yang duduk di jalanan.” (Syarah Shahih Muslim, 14/120)

Melalui hadis di atas berserta penjelasannya oleh dua ulama tersebut sepatutnya kita semua dapat mengambil iktibar. Jika duduk-duduk pun ditegur oleh Nabi Saw,maka apatah lagi dengan melakukan perkara yang sia-sia.Jika amalan ziarah/jaulah (ghast) masih lagi dipertikai,maka mereka seharusnya memikir dan merenung kembali sabdaan Nabi Saw ini iaitu yang kesemuanya akan di perhidup dan di amalkan ketika kita keluar berziarah/berjaulah/ghast kerana maksud agama.


Pesanan penaja : Selamat menyambut ramadhan Al-mubarak,teringat penulis ketika menyambutnya di India tahun lepas..pergh..
: Doakan penulis agar diberi kesempatan khidmat Di masjid Sri petaling 10 yg kedua ramadhan ini..

11 comments:

  1. sahabat2 r.hum mereka melakukan sesuatu semuanya di atas maksud agama..lepas ni xde lagi isu pasai ghast nie...

    ReplyDelete
  2. satu pencerahan yang baik oleh penulis berkaliber ini...

    ReplyDelete
  3. tulisan yg bermanfaat,semoga mendapat ganjaran dari Allah swt.

    ReplyDelete
  4. moga dipermudahkan Allah untuk berkhidmat di bulan yang mulia ini...

    ReplyDelete
  5. Anonymous 1 :mungkin juga,tapi org yg zalim lagi jahil selalu mencari kesalahan org lain.

    Anonymous 2 :alamak,jgn la memuji sangat...dhoif la ambo nie..

    Anonymous 3 : amin,

    ReplyDelete
  6. ابن زين الرمباوي :saya pun xpenah,cuma jd rahba tu pernah lo..inshaAllah buat azam..

    Norsha : terima kasih ya puan cheegu Norsha

    ReplyDelete
  7. moga ziarah atas maksud agama akan mendatangkan kita kepada syurga yang mana amalan ziarah kekal didalamnya.. (",)

    -fuadansari-

    ReplyDelete
  8. Satu jord (perhimpunan) akan diadakan.. insyaAllah..
    ~ pada: Ahad 14/08/2011 @ 14 Ramadhan 1432
    ~ jam; 11 pagi - 1 tengahari
    ~ tempat; Masjid Bandar Baru Sri Petaling
    ~ pembayan; Maulana Ahmed Sulaiman Khatani, South Africa
    ~ tujuan; meningkatkan jazbah (semangat) umat Islam dalam kerja² amar ma'ruf dan nahi mungkar.. dan kemudian menyediakan umat Islam pada kerja dakwah cara Nabi صلى الله عليه وسلم.

    * bayan akan dibuat oleh maulana sepenuhnya dalam bahasa Inggeris.. terjemahan ke bahasa² lain seperti Melayu, Arab, Urdu dan sebagainya akan dibuat berasingan..
    ~ semua lelaki Islam akil baligh dijemput hadir. War²kan kepada umat Islam yg lain..

    Terima kasih..

    ReplyDelete

Jika mahu memberikan komentar, silakan, berilah komentar dengan menggunakan laras bahasa yang sopan dan penuh beradab. Segala komentar yang menyelisihi laras bahasa sopan dan adab, insyallāh akan dipadam oleh team admin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Telah Link Blog Ini