Ikuti Blog Ini

Tuesday, August 23, 2011

Macam biasa ler!!!

                                   Gambar masjid JBB Sri Petaling

Aku masih di sini,menanti detik-detik terakhir aku untuk mencukupkan tempoh sepuluh hari aku,aku dapati jumlah yang mengunjunginya masjid ini semakin hari semakin meningkat,mereka-mereka yang datang memberikan masa dan diri untuk keperluan agama disini semakin meningkat,walaupun sebahagian orang Islam sedang menghitung hari untuk meraikan Eidul Fitr (Aidil Fitri).Namun bagi mereka hakikat raya yang sebenar bukan di sini..(dunia).....aku kesini cybercafe ceh alasan,untuk semak status scholarship aku,di approve ataupun tak.....

Cerita Masjid Sri Petaling

Masjid ini rancak dengan program keagamaannya,solat sunat tarawikh kian ke kumuncaknya,di sini,solat sunat tarawikhnya di bahagikan kepada 4 bahagian,
a) Dewan utama solat adalah untuk bacaan al-quran 1 setengah juzuk al-quran permalam.
b) Dewan kariah masjid adalah untuk bacaan al-quran 3 juzuk permalam.
c) Dewan kelas (bangunan baru) pengajian kelas mufti (4 mazhab) adalah untuk bacaan 5 juzuk al-quran permalam.
d) Dewan mesyawarah/mesyuarat Kuala Lumpur adalah untuk bacaan 10 juzuk al-quran permalam.

                                       Tempat ini bakal di ubah suai,

Best juga aku apabila melihat pelan pembesaran masjid ini,sekarang yang masih dalam pembinaan adalah kuartes staf masjid dan madrasah di sini.Pelan pembesaran masjid setinggi 5 tingkat bakal menyamai ketingian Hotel Sri Petaling juga bakal meliputi pelan pembesaran berskala besar iaitu penambahan ruang parking,ruang solat dan tempat penginapan untuk jemaah keluar dan masuk tempatan.Pelan tersebut boleh di lihat di pejabat masjid ini.

Buat isteri-isteri,anak-anak yang menanti suami dan ibu-bapa  yang mana keluarga mereka telah keluar 4 bulan/40 hari yang mana jumlah jemaah yang dapat dikeluarkan adalah sebanyak 200 jemaah dakwah,mereka yang disebutkan tadi sudah pun berada di masjid ini,diharap menanti dengan sabarnya,jangan hairan dan sedih jika suami,ayah dan anak-anak anda belum pulang kerana barangkali mereka mungkin menambah kurban masa.diri dan harta mereka lagi.Raya Haji nanti ada lagikan....

12 comments:

  1. nampak saudara hari tu,huhu segan pulok nk tegur,nmpaak mcm sibuk bila tengok....

    ReplyDelete
  2. assalammualaikum

    alhamdulillah..seronok mmbaca nukilan ttg aktiviti yg berlangsung di masjid ini..

    ReplyDelete
  3. assalammualaikum tuan mulia.


    pergh, gua solat kat dewan utama sampai crame kaki. alhamdulillah bacaan panjang2. boleh take 5 jap. hehe.



    syukur dapat bermuzakarah dgn tuan semalam. rasa meningkat iman bila dpt jumpe tuan. Alhamdulillah. semoga Allah tingkatkan darjat tuan di akhirat.

    ReplyDelete
  4. barang mungkin masjid SP adalah satu2nya masjid di Malaysia yang ada buat bacaan 10 juzuk per malam.. ke ada masjid lain lagi??

    ReplyDelete
  5. mashaAllah...mesti sgt2 meriah ramadhan kat msjd sri petaling..tambah2 10 mlm last ni...kagum gak dgr ada pembahagian tmpt untuk solat terawikh tuh..hehe

    ReplyDelete
  6. Assalamu'alaikum.

    Untung Allah gunakan diri enta untuk khidmat agama Allah. Ada kemanisan luar biasa yang Allah berikan untuk orang yang khidmat ini, orang yang khidmat je dapat rasa kemanisan berletih untuk agama tersebut.

    Beruntung juga siapa-siapa yang diberi taufik oleh Allah untuk berlama-lama mengerjakan solat terawih macam enta. 10 Juzuk satu malam, Allahu akbar! Nikmat yang amat dicemburui..

    ReplyDelete
  7. APS,tahniah dipilih untuk berkhidmat,kali terakhir akak datang ke SP,cari sarung tangan...n cari buku mengenai Purdah...

    ReplyDelete
  8. Anonymous :ceh,xnak tegur la plak,...

    NooR AzLen BinTi HaRoN :amalan yang sama perlu di buat di selurh masjid di tanah air kita dan seluruh masjid di sluruh dunia.

    penchacaiz :aku lagi crame,tapi bangga tenguk org2 tua di sini,10 juz layan macam biasa je...tabik spring la gua..aik,aku biasa je bro...

    ReplyDelete
  9. fuad ansari :rasa saya,mungkin juga,kerana kebanyakan mereka dok buat 20 dan 8 je....

    Husaini :wah,memang meriah,tapi xleh lawan kemeriah tarawikh dan ramadhan di markaz nizhamuddin...

    Ishak Zaini:terima kasih ustaz,betul tu ustaz,letih untuk agama,xsama mcm letih utk perkara lain..

    ReplyDelete
  10. ank_ayah :cemburu??? kenapa erk??? kepala sudah pusing maa....

    Marina Ali :saya baru nk belajaq2...ok la...ada saham akhirat juga tu..

    ReplyDelete
  11. rindu da kat suasana MJBB Sri Petaling..
    bro doa la tuk kami kami kat IKBN alor gajah..
    esok pg azam keluar 3hari......

    ReplyDelete

Jika mahu memberikan komentar, silakan, berilah komentar dengan menggunakan laras bahasa yang sopan dan penuh beradab. Segala komentar yang menyelisihi laras bahasa sopan dan adab, insyallāh akan dipadam oleh team admin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Telah Link Blog Ini