Ikuti Blog Ini

Tuesday, July 12, 2011

Itu tangan kanan kasi guna la

Jangan terkesan,gambar sekadar hiasan

Makanlah Dengan Tangan Kanan

Makan dengan tangan kanan adalah merupakan salah satu adab dalam makan dan minum yang mungkin ada sebahagian dari kita masih tidak mengetahuinya. Begitulah hakikat hebatnya Islam, sehingga persoalan tatacara makan dan minum pun diajarkan, diterangkan dan ditekankan. Maka, kita sebagai individu muslim yang berpegang teguh dengan agama, pasti kita akan bersungguh-sungguh dalam mengikuti setiap disiplin atau apa jua petunjuk yang dijelaskan sama ada bersumberkan dari al-Qur’an mahupun as-Sunnah.

Dalam persoalan ini, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam menyampaikan pesanannya kepada kita dengan sabdanya (maksudnya),

Apabila seseorang dari kamu makan, maka makanlah dengan tangan kanannya dan apabila minum, maka minumlah dengan tangan kanannya.Hal ini kerana sesungguhnya syaitan makan dengan tangan kirinya dan minum dengan tangan kirinya.” (Hadis Riwayat Muslim, Kitab al-Asyrabah)

Saranan Rasulullah tersebut tetap releven dalam keadaan zaman sekarang dan tetap perlu dipraktikkan walaupun kita makan dengan menggunakan sudu, chopsticks, garfu, atau selainnya, iaitu dengan semuanya dipegang (atau dikawal) dengan menggunakan tangan kanan.

Maka, inilah dia sebaik-baik petunjuk dan contoh yang perlu kita usahakan untuk mengikutinya dan mempraktikkannya, iaitu petunjuk dari junjungan mulia kita, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam.

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman (maksudnya),

Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu contoh tauladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut (mengingat) Allah. (Surah al-Ahzaab, 33: 21)

Korang makan guna tangan mana?????
Itu tangan kiri kasi simpan molek-molek….
Lagi satu,jangan makan sambil berdiri,apatah lagi berlari.
Kurangkan makan xpa,tapi makan lebih pun tidak kisah,
Janji  yakin kasi betul noh………bukan makanan mengenyangkan,menghilangkan kelaparan apatah lagi
Mendatangkan penyakit,(please take note)
Tentang segala kesalahfahaman tentang makanan ini.

21 comments:

  1. assalamualaikum..

    benar..Allah yg kurniakan segalanya..~

    ReplyDelete
  2. asy_syakirin :benar tu...segalanya dtg dr Allah..

    penchacaiz : sy bukan maulenaaa???
    josh dlm blog xpe2...hahhahhahah

    ReplyDelete
  3. salam anak pendang...

    saya pernah terbaca tentang enzim yang terdapat di jari-jari tangan kanan....begitu juga bila segalanya dimulakan dengan yang kanan...rasanya ada kesan secara saintifik juga kot kalau boleh dihuraikan..

    ReplyDelete
  4. terus terasa lapar bila tgk makanan tu.. (",)

    makan kalau tak guna tangan, kurang rasa best la.. tak tau kenapa.. rasa macam tak berapa nak puas je.. lagi2 kalau makan ayam.. memang leceh la nak makan ayam guna sudu n garfu..

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum...

    makan guna tangan kanan dan berjemaah dalam talam..semoga dengan nya dapat amalkan sunnah Nabi... (n_n)

    ReplyDelete
  6. meleleh air liur tengok gambar tu..

    ReplyDelete
  7. sahabat r.hum dapat istiqamah dalam amal sunah Rasulullah saw kerana dalam hati mereka ada iman/yakin yg mantap + cinta pada Rasulullah saw...

    Iman + Cinta pada Rasul itu yg perlu kita usahakan supaya wujud dalam hati kita....

    ReplyDelete
  8. Mama Rocks : betul tu puan,inshaAllah,nanti sy huraikannya,,tp amek masa sikit...

    Fuad Ansari : aik,jgn terkesan tuan..saya lagi menyampah org makan ayam yg keras tu guna garfu...skema giler...huhu

    ReplyDelete
  9. NAM :amin,semoga Allah istiqomah kita semua.

    Norsha:kata hazrat ji rah,bila mana sesuatu perkara ada berkat,maka pasti ada nusrat(nusrah) dan bila mana ada nusrat,maka pasti ada hidayat...

    ReplyDelete
  10. Ziarah76:jgn terkesan tuan...
    ingatkan makanan di jannah..

    Abu Abdurrahman:sahabat,mereka anggap,ini sunnah,mereka amalkan,tp kita bila anggap ini sunnah,maka kita cuai ,abai dan tinggalkan...

    ReplyDelete
  11. salam
    eh awal2 lagi dah tunjuk gmbar makanan
    jtuh hak org yg pndang tu.. dgn ikan goreng, sup lagi fuhhh kecur air liur ni.
    nak tak nak kene bgi gak tu
    huhu.. nti jtuh hak

    ReplyDelete
  12. assalamualaikum terliurlah pulak tengok makanan tu,akak nie tengah bz ajar anak akak cebok pakai tangan kiri,makan dengan tangan kanan,dia pulak asyik confius je hehehe :)

    ReplyDelete
  13. IBNU ARAHMAN : datang kua di pendang,inshallah nusrah like that...mungkin lebih dari tu..

    en_me :salam ziarah adik

    Marina Ali : kak ,sya pernah di tegur oleh seorg ustaz,katanya,setiap perbuatan perlu di mulakan dgn tangan kanan,katanya tangan kanan jugak akan bagi kesan..pada kerohanian kita mcm juga,kita x dibenarkan pegang kasut atau bende kotor sebelah kanan kerana boleh jejaskan kerohanian kita,wahu,allam

    ReplyDelete
  14. Saya dulu suka makan, makan pula banyak, pernah makan satu talam untuk 5 orang kami makan berdua aje, partner ni dan syahid dihospital, tinggal saya dok tunggu..., tapi lani makan berhemat makan setelah lapaq berhenti sebelum kenyang,maklumlah lani macam-macam dah attack

    ReplyDelete
  15. masyaAllah ,,dlam sunnah ada kejayaan,,,insyaAllah

    ReplyDelete
  16. Guna tangan kanan, minum tangan kanan, cedok kuah tangan kanan, semua tangan kanan, ikat p tangan kiri.

    (^-^)

    ReplyDelete
  17. musa : kami org muda2 pun kene jaga makanana,org muda pun kene sakit..

    abu zarim: soheh...ittiba dengan iman dan taat

    RuMaH TuA : tangan kiri kasi pegang bende kotor2 je..

    ReplyDelete
  18. Salam

    Ada ustaz tak minum bila orang tuang air dengan tangan kiri.

    Ada orang di"nampakkan" air yg dituang dgn tangan kiri itu kotoq, hitam mcm ayaq longkang.

    ohh.. agaknya bila kita makan kat kedai, bila penjual sendukkan lauk pauk dgn tangan kiri, agak2 makanan kita dah jadi kaler aper ekk..
    Padanlah hati tak mo putih2.. dok share makan minum kotoq dgn syaitan..

    Maha benarlah sunnah itu utk menjaga umat ini dunia n akhirat..

    Awas.. bila makan minum dgn tangan kanan, niatlah kita nak ta'zim/besarkan sunnah.. bukan kerana dari dulu mak ajar makan tangan kanan.. dah terbiasa laa..

    ReplyDelete

Jika mahu memberikan komentar, silakan, berilah komentar dengan menggunakan laras bahasa yang sopan dan penuh beradab. Segala komentar yang menyelisihi laras bahasa sopan dan adab, insyallāh akan dipadam oleh team admin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Telah Link Blog Ini