Makan dengan tangan kanan adalah merupakan salah satu adab dalam makan dan minum yang mungkin ada sebahagian dari kita masih tidak mengetahuinya. Begitulah hakikat hebatnya Islam, sehingga persoalan tatacara makan dan minum pun diajarkan, diterangkan dan ditekankan. Maka, kita sebagai individu muslim yang berpegang teguh dengan agama, pasti kita akan bersungguh-sungguh dalam mengikuti setiap disiplin atau apa jua petunjuk yang dijelaskan sama ada bersumberkan dari al-Qur’an mahupun as-Sunnah.
Dalam persoalan ini, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam menyampaikan pesanannya kepada kita dengan sabdanya (maksudnya),
“Apabila seseorang dari kamu makan, maka makanlah dengan tangan kanannya dan apabila minum, maka minumlah dengan tangan kanannya.Hal ini kerana sesungguhnya syaitan makan dengan tangan kirinya dan minum dengan tangan kirinya.” (Hadis Riwayat Muslim, Kitab al-Asyrabah)
Saranan Rasulullah tersebut tetap releven dalam keadaan zaman sekarang dan tetap perlu dipraktikkan walaupun kita makan dengan menggunakan sudu, chopsticks, garfu, atau selainnya, iaitu dengan semuanya dipegang (atau dikawal) dengan menggunakan tangan kanan.
Maka, inilah dia sebaik-baik petunjuk dan contoh yang perlu kita usahakan untuk mengikutinya dan mempraktikkannya, iaitu petunjuk dari junjungan mulia kita, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam.
Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman (maksudnya),
“Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu contoh tauladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut (mengingat) Allah.” (Surah al-Ahzaab, 33: 21)
Korang makan guna tangan mana?????
Itu tangan kiri kasi simpan molek-molek….
Lagi satu,jangan makan sambil berdiri,apatah lagi berlari.
Kurangkan makan xpa,tapi makan lebih pun tidak kisah,
Janji yakin kasi betul noh………bukan makanan mengenyangkan,menghilangkan kelaparan apatah lagi
Mendatangkan penyakit,(please take note)
Tentang segala kesalahfahaman tentang makanan ini.
assalamualaikum..
ReplyDeletebenar..Allah yg kurniakan segalanya..~
maulana ni josh la...suke2
ReplyDeleteasy_syakirin :benar tu...segalanya dtg dr Allah..
ReplyDeletepenchacaiz : sy bukan maulenaaa???
josh dlm blog xpe2...hahhahhahah
salam anak pendang...
ReplyDeletesaya pernah terbaca tentang enzim yang terdapat di jari-jari tangan kanan....begitu juga bila segalanya dimulakan dengan yang kanan...rasanya ada kesan secara saintifik juga kot kalau boleh dihuraikan..
terus terasa lapar bila tgk makanan tu.. (",)
ReplyDeletemakan kalau tak guna tangan, kurang rasa best la.. tak tau kenapa.. rasa macam tak berapa nak puas je.. lagi2 kalau makan ayam.. memang leceh la nak makan ayam guna sudu n garfu..
assalamualaikum...
ReplyDeletemakan guna tangan kanan dan berjemaah dalam talam..semoga dengan nya dapat amalkan sunnah Nabi... (n_n)
kanan yang berkat.....
ReplyDeletemeleleh air liur tengok gambar tu..
ReplyDeletesahabat r.hum dapat istiqamah dalam amal sunah Rasulullah saw kerana dalam hati mereka ada iman/yakin yg mantap + cinta pada Rasulullah saw...
ReplyDeleteIman + Cinta pada Rasul itu yg perlu kita usahakan supaya wujud dalam hati kita....
Mama Rocks : betul tu puan,inshaAllah,nanti sy huraikannya,,tp amek masa sikit...
ReplyDeleteFuad Ansari : aik,jgn terkesan tuan..saya lagi menyampah org makan ayam yg keras tu guna garfu...skema giler...huhu
NAM :amin,semoga Allah istiqomah kita semua.
ReplyDeleteNorsha:kata hazrat ji rah,bila mana sesuatu perkara ada berkat,maka pasti ada nusrat(nusrah) dan bila mana ada nusrat,maka pasti ada hidayat...
Ziarah76:jgn terkesan tuan...
ReplyDeleteingatkan makanan di jannah..
Abu Abdurrahman:sahabat,mereka anggap,ini sunnah,mereka amalkan,tp kita bila anggap ini sunnah,maka kita cuai ,abai dan tinggalkan...
salam
ReplyDeleteeh awal2 lagi dah tunjuk gmbar makanan
jtuh hak org yg pndang tu.. dgn ikan goreng, sup lagi fuhhh kecur air liur ni.
nak tak nak kene bgi gak tu
huhu.. nti jtuh hak
salam ziarah bang..
ReplyDeleteassalamualaikum terliurlah pulak tengok makanan tu,akak nie tengah bz ajar anak akak cebok pakai tangan kiri,makan dengan tangan kanan,dia pulak asyik confius je hehehe :)
ReplyDeleteIBNU ARAHMAN : datang kua di pendang,inshallah nusrah like that...mungkin lebih dari tu..
ReplyDeleteen_me :salam ziarah adik
Marina Ali : kak ,sya pernah di tegur oleh seorg ustaz,katanya,setiap perbuatan perlu di mulakan dgn tangan kanan,katanya tangan kanan jugak akan bagi kesan..pada kerohanian kita mcm juga,kita x dibenarkan pegang kasut atau bende kotor sebelah kanan kerana boleh jejaskan kerohanian kita,wahu,allam
Saya dulu suka makan, makan pula banyak, pernah makan satu talam untuk 5 orang kami makan berdua aje, partner ni dan syahid dihospital, tinggal saya dok tunggu..., tapi lani makan berhemat makan setelah lapaq berhenti sebelum kenyang,maklumlah lani macam-macam dah attack
ReplyDeletemasyaAllah ,,dlam sunnah ada kejayaan,,,insyaAllah
ReplyDeleteGuna tangan kanan, minum tangan kanan, cedok kuah tangan kanan, semua tangan kanan, ikat p tangan kiri.
ReplyDelete(^-^)
musa : kami org muda2 pun kene jaga makanana,org muda pun kene sakit..
ReplyDeleteabu zarim: soheh...ittiba dengan iman dan taat
RuMaH TuA : tangan kiri kasi pegang bende kotor2 je..
Salam
ReplyDeleteAda ustaz tak minum bila orang tuang air dengan tangan kiri.
Ada orang di"nampakkan" air yg dituang dgn tangan kiri itu kotoq, hitam mcm ayaq longkang.
ohh.. agaknya bila kita makan kat kedai, bila penjual sendukkan lauk pauk dgn tangan kiri, agak2 makanan kita dah jadi kaler aper ekk..
Padanlah hati tak mo putih2.. dok share makan minum kotoq dgn syaitan..
Maha benarlah sunnah itu utk menjaga umat ini dunia n akhirat..
Awas.. bila makan minum dgn tangan kanan, niatlah kita nak ta'zim/besarkan sunnah.. bukan kerana dari dulu mak ajar makan tangan kanan.. dah terbiasa laa..