Kehilangan beliau pasti di tangisi dan di rasai oleh murid-muridnya.Di bawah ini saya sertakan satu komentar daripada muridnya sendiri iaitu dari Mufti Aasim Rashid
Saya mendengar berita kematian Syeikhul Hadith Maulana Wajid Ali Husain daripada Mufti Yaser Nadeem (Presiden Darul Uloom Online) melalui e-mailnya yang di kirimkan kepada saya baru-baru ini.Maulana Wajid Ali Husain adalah antara murid-murid terakhir Syeikhul Islam Maulana Sayyid Ahmad Madani rah (1879 -1957 M) dan juga merupakan khalifahnya.
Sedih
mendengar berita pemergian guru saya Syeikhul Hadith Maulana Wajid Ali rah,
guru hadith dan tafsir di Jamia Talim Ul Din,Dabhel,Gujarat India.Semoga Allah
meninggikan darjat yang tinggi dalam Jannah.Mukanya selalu tersenyum penuh dengan "nur", sikapnya yang lemah-lembut terhadap kami.
Beliau mempunyai sifat yang luar biasa dan beradab apabila beliau mengajar. Apabila
beliau duduk untuk mengajar, beliau tidak akan beralih atau menukar
kedudukannya. Beliau akan duduk dalam keadaan sangat senyap-senyap tetapi bibirnya masih bergerak kelihatan menuturkan sesuatu sebagai untuk menghormati
hadith-hadith Nabi saw.
Beliau yang selalu tenang itu akan berubah sekali dalam setahun apabila mengajar tafsir Surah An-Nur kepada kami.Ketika menjelaskan
kisah 'ifk (fitnah) kepada Saidatina Aishah r.ha daripada orang-orang Munafik.Apabila beliau bercakap mengenai kesusahan dan penderitaan yang di tanggung oleh Saidatina Aishah
r.ha pasti beliau akan hiba dan menangis seperti seorang kanak-kanak menangis
di sebabkan kelaparan susu dari ibunya.Semoga Allah
merahmatinya dan memberinya pahala yang besar bagi pihak beliau yang mendapat
manfaat daripadanya.
Yang
mengharapkan maghfirah dariMu
Mufti
Aasim Rashid
Beliau mengajar Hadith selama 40 tahun.Semoga Allah swt merahmati beliau
Menurut Mufti Yasir Nadeem mengenai mimpinya
Kematian Syeikhul Hadith Maulana Muhammad Wajid Husain rah baru beberapa
hari.Tetapi menurut cucunya Mufti Yasir Nadeem (Presiden Darul Uloom Online)
bahawanya beliau telah bermimpi melihat datuknya dalam keadaan usia wajah usia
muda kira-kira 20-an.Kata beliau,semasa hayat datuknya,datuknya kuat
mempertahankan para Sahabat r.hum ajmain.
P/s:Jika kita mati,adakah orang akan bermimpikan kita dalam
keadaan mimpi "mubasyarah" sebegini.
semoga Allah swt terangkan pusara beliau dengan cahaya.
ReplyDelete