Pusara Hakimul Ummah Maulana Asyraf Ali Thanwi rah (1863-1943 M) dan isterinya di Thana Bhawan,UP,India.
Ahmad Reza Khan Brelwi (1856-1921 M) di kenali di benua hind sebagai pengasas
firqah Brelwi dan antara yang paling mencuri tumpuan mengenai dirinya adalah
satu fatwa daripada beliau mengenai kafirnya para akabir Deoband seperti
Maulana Muhammad Qasim Nanotwi rah (1833-1880 M),Maulana Rasyid Ahmad Gangohi rah (1829-1905 M),Maulana Asyraf Ali
Thanwi rah dan ramai lagi.Tetapi apakah sikap dan akhak para Akabir Deobandi ini
terhadap Ahmad Reza Khan.Di bawah ini saya letakan beberapa contoh tauladan daripada para Akabir Deoband kepada orang
pernah mentakfirkan mereka.
Ahmad Reza Khan di dapati tersilap mengeluar fatwa kafir atas para
Akabir Deoband kerana kecintaan yang berlebihan terhadap Rasulullah Saw.Maulana Qari Muhammad Tayyib Qasmi rah (1897-1983 M),cucu kepada
pengasas Darul Uloom Deoband juga merupakan bekas Mohtamim Darul Uloom Deoband lebih
seabad menceritakan bahawa sekali seseorang telah menyebut nama Ahmad Reza Khan dalam keadaan tidak
hormat di hadapan Hakimul Ummah Maulana Asyraf Ali Thanwi rah dan beliau berkata
bahawa “Ahmad Reza Khan telah berkata itu dan ini kepada tuan “Hakimul Ummah dengan
tegas dan marah telah memarahi orang tersebut lalu berkata “Walaupun ada perbezaan pandangan
di antara kami berdua ,tetapi beliau (Ahmad Reza Khan) tetap orang yang kamu perlu
hormati dan dia adalah seorang yang alim (ulamak),kamu sepatutnya memanggilnya
sebagai “Maulana” sebelum namanya. [Malfuzat Hakimul Islam,Maulana Qari
Muhammad Tayyib,Jilid 7].
Di sini selalu Hakimul Ummah menyampaikan syarahanya
Mufti A’zam Mufti Shafi’ Uthmani rah (1897-1976 M) seorang daripada murid
Hakimul Ummah menceritakan bahawa “Apabila Ahmad Reza Khan meninggal
dunia,seseorang telah datang kepada Hakimul Ummah dan memberitahunya.Hakimul Ummah ketika dalam
majlisnya telah memendekan syarahanya lalu mengangkat tangan seraya berdoa
untuk keampunan Ahmad Reza Khan.Setelah selesai berdoa,seorang telah
bertanya kepada beliau,si mati dalam kehidupannya telah mentakfirkan tuan
tetapi tuan telah mendoakan keampunan untuknya”.Lalu Hakimul Ummah menjawab “Ahmad Reza Khan mendakwa dalam Fatwa Kafirnya menentang kami kerana beliau
tersilap memahami daripada segala penulisan-penulisan kami dan kepercayaan kami
bahawa kami telah menghina kemulian Rasulullah saw.Jika beliau memahami dengan
baik segala penulisan-penulisan dan kepercayaan kami,kami pasti bahawa beliau
tidak akan mentakfirkan kami bahkan beliau akan bersama dengan kami.Insyallah
beliau akan di ampunkan dan Allah swt akan mengampuninya.[Maslak
Aitedal,halaman 87].
Hakimul Ummah juga telah berkata bahawa “ Dalam hati aku,aku
sangat menghormati Ahmad Reza Khan.Beliau telah memanggil kami sebagai
kafir,tetapi beliau berkata demikian kerana tidak lain dan tidak bukan kerana
kecintaannya kepada Rasulullah saw dan tidak sanggup untuk melihat Rasulullah
saw di hina.[Maslak Aitedal,halaman 88].
Mufti Muhammad Hasan rah (1880-1961 M) menceritakan bahawa beliau mendengar
bahawa Hakimul Ummah berkata “Jika aku di beri peluang untuk solat di belakang Ahmad Reza Khan ,aku pasti akan solat di belakangnya. [Hayaat
Imdad,Halaman 38].
Syeikhul Islam Maulana Shabir Ahmad Uthmani rah (1886-1949 M) pengarang kitab Fathul Mulhim Syarh Sahih Muslim juga seorang ulamak yang memainkan peranan penting ketika kemerdekaan Pakistan.Bahkan bendera Pakistan pertama di naikan oleh beliau.
Syeikhul Islam Maulana Shabir Ahmad Uthmani rah mengatakan bahawa “ Untuk menghakimi Ahmad Reza Khan atas fatwanya ke atas para akabir Deoband adalah
sesuatu yang tidak adil,kerana beliau adalah seorang yang sangat alim.Kematian
beliau adalah satu kehilangan kepada dunia Islam.[Safaid O Siyah,halaman 116].
Demikianlah bentuk-bentuk akhlak para Akabir Deoband di mana
seluruh kehidupan mereka di wakafkan untuk agama Allah swt.Perasaan kasih
sayang mengalir dalam tubuh mereka sehingga perasaan itu wujud dan bersemi sesama
saudara mereka yang lain melebihi daripada kecintaan terhadap diri mereka sendiri.Mereka
telah memenuhi kehidupan mereka dengan sunah Nabi saw sehinggakan Allah swt
telah mengambil khidmat mereka dalam memperkukuh dan menyebarkan agamanya.Ya
Allah luas dan terangkan pusara mereka
dengan cahaya yang sempurna,tingkat darjat mereka di sisimu.Amin ya Allah.
Jadi, Ahmad Reza Khan dan BRELWI sesat tak?
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteKepincangan Brelwi dari segi aqidah.
ReplyDeleteAqidah mereka berbeza dengan aqidah ASWJ.
Sekadar pandangan (yg mungkin saja salah, moga Allah ampunkan)..
ReplyDeleteSayyid Muhammad Alawi al-Maliki al-Hasani, semasa safar ke benua India kali kedua, turut belajar dari Syeikh Mufti Musthafa Bin Imam Ahmad Ridha Khan Al-Berilewi.
http://qaululjamil.blogspot.co.uk/2008/07/sayyid-muhammad-bin-alawi-al-maliki-al_02.html
Terdapat beberapa persamaan diantara Syafiiyyah dan Brelwi misalnya konsep Hadir Nazhir dalam aqidah dan Maulid dalam syariat sehingga ada ulama' Deobandi yg mengatakan ulama' Syafii lebih Brelwi dari Brelwi. Ulama' Maliki juga bersetuju dgn konsep Hazir Nazir ini.
http://www.youtube.com/watch?v=JrOZPNyzC1g
Sepertimana yg diutarakan oleh Habib Umar yang dikasihi, bahawa perbezaan antara Deobandi-Brelwi hanyalah perkara2 kecil yg diperbesarkan.
http://www.youtube.com/watch?v=FdE45IT-D9A
Seperti yang dikatakan oleh Syaikh Nuh Ha Mim Keller, kesalahan kerana di kaitkan dgn satu2 aliran (guilt by association), tidaklah dapat dilakukan secara menyeluruh.
http://shadhilitariqa.com/site/index.php?option=com_content&task=view&id=37&Itemid=20
Dalam setiap aliran, ada saja segelintir yg ekstrim dalam mempertahankan alirannya, sehingga ekstrim pula dlm menyalahkan aliran lawannya.
Sedangkan dalam isu aqidah sekalipun, ada perkara furu' didalamnya yg dibenarkan berlaku perbezaan pendapat, sebagaimana perbezaan kecil antara Asy'ari-Maturidi.
Allah Ta’ala berfirman,
إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ إِخْوَةٌ فَأَصْلِحُوا بَيْنَ أَخَوَيْكُمْ وَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ
“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu bersaudara, maka perbaikilah (damaikanlah) hubungan antara kedua saudaramu (yang berselisih), dan bertaqwalah kepada Allah agar kalian diberi rahmat“. (QS. Al-Hujurat: 10)
Wallahu a'lam
http://books.google.com.my/books?id=uxnRQfRqIdwC&pg=PA283&lpg=PA283&dq=Maulavi+Sayyid+Muhammad+Murtaza+Deobandi&source=bl&ots=rvVqQDejFX&sig=sv8j8MTDClGq4SQasxvYMrV9aGg&hl=en&sa=X&ei=k0vzUqP9EMjYigfNDQ&redir_esc=y#v=onepage&q=Maulavi%20Sayyid%20Muhammad%20Murtaza%20Deobandi&f=false
ReplyDeletelink diatas fatwa kafir seorang ulama deobandi keatas imam ahmad Raza khan barelwi.
Deleteinikah akhlak deobandi???????
Encik 'anonymous' ni buat link, tapi tak adil dan tak baca artikel tu sendiri. sebelumnya disebut yg geng2 barelwi kafirkan deobandi.. mana pulak perginya akhlak diorang? tapi sebenarnya isu ini timbul sbb wujud perasaan defensive terhadap aliran masing2 dan segelintir manusia dlm mana2 kelompok ada saja yg bersikap demikian.
ReplyDeletetapi semua ni tak penting. Yg penting dan lawaknya ialah, en. anonimous quote kata2 ni semua dari buku tulisan org qadiyani. agaknya encik ni pengikut mirza ghulam ahmad, patutlah dok nak lagakan sunni. baik pergi ke blog lainlah wahai cik anonymous al-qadiyani..
sampai bila kamu nak tipu semua org?
Deletebila ada je yg dedah kesesatan korang,cop qadiani la,wahabi la bla..bla..bla..
sampai masa nanti semua penipuan korang akan terdedah...tunggu le
Allah maha kaya
makin lawak la miss anonymouse ni.. dah terang2 buku yg dia rujuk dari qadiyani.. ye la, tak kesah la kan, nak rujuk buku qadiyani ke, syiah ke, khawarij ke, ayah pin ke, tuhan harun ke, janji bantai deoband.. alahai, punyalah sakit ati kat deoband, buku qadiyani pun bole jadi reference hehe..
DeleteKesian...kesian...anonymouse yang kesian...
ReplyDeletelihat la apa yg didedah bukan tengok sapa yg dedah!!!
Deletemaaf mengampuk ,tahu ko gapo qadiyani ni ?
Deletebudak, cuba kau taip Pas Sesat...Hadi Awang Sesat.....Dr Asri Sesat...pertubuhan Qayyim sesat...ikhwan muslimin sesat. zakir naik sesat. uthaimin sesat. U/P semua mereka berjasa besar.alim.faqih.
ReplyDeleteplease, "tgk apa yg didedahkan.jgn tgk siapa dedah."
tak adil bukan. punyala zalim ilmu budak ni.