Alhamdulillah,pada kali ini,saya lampirkan perbualan akhir antara penerus kerja Jemaah Dakwah&Tabligh bersama dengan anaknya iaitu Maulana Muhammad Yusof Kandhalawi sebelum Maulana Muhammad Ilyas meninggal dunia.
Bilik yang khusus dan katil kayu ini menjadi tempat Hakimul Ummah Maulana Asyraf Ali Thanwi memberikan beberapa nasihat kepada muridnya seperti Mufti Shafi Uthmani',Maulana Zafar Ahmad Thanwi,Maulana Qari Muhammad Tayyib,Maulana Muhammad Ilyas Kandhalawi dan ramai lagi di Thana Bhawan,UP,India
Hal ini adalah merupakan salah satu daripada wasiat yang diberikan oleh Maulana Muhammad Ilyas Kandhalawi rah kepada anak lelakinya iaitu Maulana Muhammad Yusuf Kandhalawi rah, dan ianya juga merupakan salah satu daripada kata-kata terakhir untuk mereka berdua.
Pada hari Rabu,jam kira-kira 04:00 pagi,Maulana Ilyas rah sedang berbaring di atas katil dengan saya (M.Yusof) duduk di sebelah kanannya.Beliau memanggil saya dan saya pergi untuk duduk di sebelah kiri beliau dalam keadaan menghadap ke arah beliau.Maka berlakulah perbualan antara saya (M.Yusuf dan beliau (M.Ilyas) seperti berikut :
M.Ilyas berkata: " Di manakah orang-orang yang mulia yang lain?
M.Yusuf menjawab: " Mereka sedang bermesyuarat di dalam bilik Maulana Ihtisham Ul Hasan Kandhalawi (murid utama M.Ilyas). "
M.Ilyas bertanya:"Adakah kamu (M.Yusuf) tidak bersama dengan mereka dalam mesyuarat itu ?"
M.Yusof menjawab: "Jika kamu perintahkan demikian, saya akan pergi ke sana."
M.Ilyas berkata: " Mesyuarat adalah mengenai tentang diri kamu,dan kamu tidak bersama dengan mereka,tunggu sehingga mereka memanggil kamu,kemudian kamu pergi kepada mereka "
M.Ilyas meneruskannya lagi: "Dan janganlah urusan kamu dan saya ini menjadi bahan permainan.Apa sahaja yang kamu terima dari Ahlul Allah (ahli mesyuarat) itu sebenarnya adalah benar sama sekali "
Masjid Bangla-Walee,di Nizhamuddin.Tempat pemukiman aktivis Dakwah dari seluruh dunia
M.Ilyas kemudiannya mengungkap beberapa bait syair kepada anaknya M.Yusuf.
Kemudian M.Ilyas berkata: "Ulama perlu membaca Qasidah Burda dan Shiyam al-Habib (Shiyam al-Habib adalah ringkasan dan buku yang komprehensif mengenai Shama'il.Ianya disusun oleh Mufti Ilaahi Bakhash Kandhalawi rah dalam bahasa Arab)dengan perasaan hormat dan dengan penuh kebesaran,jika tidak,tanpa perhormatan dan kerinduan,ianya akan menjadi tidak berguna.Dengan membaca al- Shiyam al-Habib,sebenarnya kedudukan Rasulullah saw dan penghormatannya menjadi lebih jelas,manakala dengan berqasidah Burdah pula,kecintaan kepada Rasulullah saw dihidupkan "
Selepas itu beliau berkata: "Kamu perlu terus istiqomah untuk memberi galakan kepada orang ramai supaya mereka membaca al-Quran di bahagian akhir malam dan terus berharap bahawa ianya akan menjadi sebahagian daripada rutin amalan harian mereka."
Rujukan : Biografi Hadhrat Maulana Muhammad Yusuf Kandhalawi rah - hal 69- 70.
Apakah y dimaksudkan "bahagian akhir malam"??
ReplyDeletejazakallah
D mane kubur m.ilyas?
ReplyDeleteRujuk entri ini:
Deletehttp://wirapendang.blogspot.com/2013/11/panduan-dan-nasihat-ketika-berada-di.html
Salam. mohon beri kebenaran utk kami siarkan tulisan2 ustz d Radio kami. www.booraqfm.blogspot.com
ReplyDeletesilakan....
Deletesoalan di mane kubur m.ilyas masih belum di jawab?
ReplyDeleteKesian dik, tertinggal bas ka? Baca entri di sini:
Deletehttp://wirapendang.blogspot.com/2013/11/panduan-dan-nasihat-ketika-berada-di.html
hahaha kasiannya . si Anonymous bah tu tak di layan komennya oleh tuan punya blog
ReplyDeletemsyallah mohon izin share untuk blog saya tuan. bolehkah?
ReplyDelete