Ikuti Blog Ini

Sunday, December 22, 2013

Pelan Perancangan Madrasah Miftahul Ulum Sri Petaling (MUSP)

Madrasah Miftahul Ulum Sri Petaling (MUSP) adalah madrasah yang mengguna pakai sistem kurikulum Dars-Nizami seperti yang di gunakan oleh Darul Uloom Deoband dan cawangan-cawangannya di seluruh dunia.Menggabungkan aspek tarbiah dan pendidikan sebagai tunjang utama melahirkan pelajar-pelajar yang berwawasan seterusnya berkhidmat untuk agama dan masyarakat.

Dari kiri Syeikhul Hadith di MUSP Maulana Abdul Hamid (Darul Uloom Faisalabad),Maulana Mansor (Darul Uloom Binori Town),Maulana Ismail (Darul Uloom Khairul Madaris,Jalindar),Maulana Khairy (Darul Uloom Binori Town),Maulana Amir Hamzah (Darul Uloom Arabia Raiwind),Maulana Silmi (Darul Uloom Miftahul Ulum,Sri Petaling),Maulana Nazmi (Darul Uloom Arabia,Raiwind) dan ramai lagi.Mereka inilah yang mengajar kelas Dauratul Hadith di MUSP.Kelas Dauratul Hadith di MUSP adalah bertempoh 2 tahun.Jumlah pengajian kitab (pendidikan Islam) di MUSP adalah selama 8 tahun ( termasuk 2 tahun Dauratul Hadith).

Baru-baru ini saya bersembang dengan guru saya tentang ehwal perkembangan Madrasah Miftahul Ulum Sri Petaling (MUSP).Antaranya saya kongsi di sini sedikit :


1.Kelas Takhasus Fil Hadith akan di buka pada tahun hadapan (inshallah ) di bawah seliaan Maulana Muhammad Hazim Husain Mazahiri.Maulana sedang sibuk menyediakan materials/bahan-bahan untuk persiapan pembukaan kelas ini.Inshallah kelas Takhasus Fil Hadith ini akan mengambil masa 2 tahun seperti mana yang di jalankan oleh madrasah-madrasah yang mengguna pakai kurikulum Dars-Nizami di seluruh dunia.Syarat untuk memasuki kelas Takhasus Fil Hadith ini mestilah tamat Kelas Alim 8 tahun dan (atau pun lulus ujian yang di kendalikan oleh pihak madrasah dan bergantung kepada budi bicara dari pihak madrasah ).Maulana Muhammad Hazim Husain telah menamatkan pengajian peringkat Takhasus Fil Hadith di bawah selian Mufti Muhammad Bhana di Darul Uloom al Shariah Benoni,Gauteng,Afrika Selatan.

2.Kelas Takhasus Fil Fiqh (Ifta) akan di buka dalam masa 2 tahun lagi.Pengajarnya iaitu (Maulana Lufti,pelajar Mumtaz MUSP sendiri) yang di hantar menuntut di Hudaidah,Yaman di bawah selian Syeikh Haidar Hasan Salim (Ahli Majlis Fatwa Negara Yaman).Pengajiannya berteraskan mazahib arba'ah dan bagi meraikan mazhab rasmi yang menadi pegangan masyarakat kita.Kelas Takhasus Fil Fiqh (Mazhab Syafi') menjadi pengajian rasmi dan dalam masa yang sama tidak mengenepikan pengajian mazhab yang lain.


Syeikh Haidar Hasan Salim merupakan Ahli Majlis Fatwa Negara Yaman


Kebiasaanya,mereka yang menamatkan pengajian ini akan di gelarkan dengan gelaran Mufti(tetapi guru saya berkata) bahawa gelaran mufti ini hanya gelaran budaya di madrasah.Mufti yang sebenar ialah mereka yang berkhidmat di Darul Ifta (Jabatan Fatwa).Di Malaysia,barisan Mufti-mufti di lantik oleh pihak Kerajaan.

3.Kelas Takhasus Fil Tafsir juga akan di buka tidak lama lagi.Sekarang ini pihak MUSP sedang dan telah menghantar bekas-bekas pelajar Mumtaz mereka untuk menjalani pembelajaran di kelas-kelas Takhasus di South Afrika,di India,di Yaman,di Mesir,di Pakistan dan lain-lain tempat lagi.Semua pelajar-pelajar ini (alumni MUSP sendiri ini) adalah yang mendapat keputusan mumtaz dalam kelas Dauratul Hadith.

Intaha:Mohon doa dari saudara-saudara semua.Bersamalah kita memasyarakatkan madrasah kita.MUSP adalah madrasah pertama di Malaysia yang akan membuka kelas takhasusnya sendiri bagi menampung keperluan ilmu umat Islam sama ada di luar atau dalam Malaysia.

Budaya memasyarakatkan madrasah telah berjaya di Pakistan,gambar ini menunjukan satu majlis Khatam Bukhari di Darul Uloom Karachi,Pakistan.Penyertaan daripada masyarakat yang hadir memberikan sokongan dalam meraikan para pelajar yang baru selesai menamatkan pengajian mereka.Perkara inilah yang perlu di pupuk dalam kalangan masyarakat kita supaya mereka tidak lagi memandang madrasah adalah pilihan terakhir bagi anak-anak mereka melanjutkan pelajaran setelah pengajian moden tidak lagi menerima anak-anak mereka.

Satu perkara yang perlu di ingatkan ialah,perjuangan membina jambatan antara masyarakat awam dengan pihak madrasah harus di pertingkatkan.Perlu di ingatkan bahawa Darul Uloom Deoband di India sepanjang perjalanan tadbir urusnya tidak pernah menerima bantuan kewangan daripada kerajaan India,tetapi mereka menerima sumbangan daripada masyarakatnya (yakni umat Islam di India dan di seluruh dunia).Masyarakat di sana memandang tinggi pengajian tradisional di sana.Budaya memasyarakatkan madrasah juga perlu di wujudkan supaya Madrasah-madrasah di negara kita menerima persepsi yang baik daripada masyarakat,seperti yang terjadi di benua Hind,Afrika Selatan dan lain-lain tempat di mana masyarakat sama-sama membantu pihak madrasah dalam membangunkan institusi pengajian tradisional ini untuk berdiri sama gahnya dengan institusi pengajian moden di Universiti-universiti.

P/s : Pengajian Alimiyyah Dars-Nizami bersamaan dengan Master/sarjana (jika mengikut sistem piawaian Universiti manakala Pengajian peringkat Takhasus adalah bersamaan dengan PHD (mengikut piawaian Universiti).

8 comments:

  1. Assalamualaikum ustaz.. MUSP ada buka pengajian untuk org awam yg baru nak ceburi ilmu agama x?

    ReplyDelete
  2. radzi , setahu sy kelas pengajian separuh masa ada namun kena berbincang dengan pihak madrasah sendiri . Sy sendiri dulu pernah ditawarkan kelas separuh masa di MUSP .

    ReplyDelete
  3. Pengijazahan sanad kepada orang awam mula bertapak di negara kita. Ada pro dan kontra, Ada yang bersetuju dan ada yang tidak.

    Maulana Mohd Asri Yusof dari Darul Kautsar seorang tokoh hadis di Malaysia kurang bersetuju dengan pengijazahan begini. Beberapa persoalan yang dilontarkannya yang jawapannya boleh diketahui dengan menonton video beliau di bawah ini. Antara persoalan itu ialah; dari sudut apa bermanfaatnya sanad untuk orang awam? Tabaruk sanad? Untuk tujuan beramal dengan hadis berkenaan?

    Malah ada sudut negatifnya kata beliau, jika pengijazahan sanad kepada orang awam ini dibudayakan, antaranya ialah ia akan menyebabkan orang keliru terhadap individu yang banyak menghimpunkan sanad. Dia akan disangka sebagai seorang ulama hebat, sedangkan dia amat jahil dan tidak berkelayakan sedikitpun dalam bidang ilmu-ilmu Islam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Benua India yang diakui merupakan pusat pengembangan ilmu-ilmu hadis abad ini. Apakah tradisi pengijazahan untuk orang awam berlaku di sana oleh para ulamanya? Menurut ustaz Zaharudin Nawi Qasimi seorang Deobandi yang aktif menulis tentang manhaj Deoband:

      Sepanjang saya tinggal di Deoband saya tidak pernah melihat berlaku pengijazahan sanad kpd org awam wlpn dlm majlis umum khatam Bukhari SETAHUN SEKALI di mana ramai org kampong datang. Tidak juga org awam dth meminta dengan maulana-maulana. Agaknya mereka dah difahamkan sanad ialah bidang khusus para ilmuan.

      Menurut beliau lagi:

      Teringat saya pada satu ketika khatam Bukhari di Deoband menjadi satu pesta. Ramai orang kampong datang. Gerai-gerai di buka di sepanjang jalan. Org datang berpusu-pusu lelaki dan perempuan berseret dgn anak-anak memegang botol utk ditadahkan ketika doa nanti. Akhirnya tahun-tahun berikutnya Darul Uloom menutup pengiklanan utk mengelakkan salah faham orang awam.

      Delete
    2. Al-marhum dua orang tok guru saya, seorang mengaji mekah, iaitu Tok Guru Hj Salleh Sheikh Osman Jalaluddin. Seorang lagi deobandi, iaitu Ustaz Maulana Saad Ismail.

      Ustaz Saad seorang yang tegas dalam pemberian sanad. Bukan itu sahaja, pengajian Sahih al-Bukhari, kalau siapa yang tak layak, dia tak bagi ikuti. Kami yang memang murid rasminya pun tak diberinya sanad apapun. Saya yakin dia sependapat sebagaimana pendapat Maulana Asri.

      Tok guru Hj Salleh, mudah beri ijazah am. Siapa yang minta dia akan beri.

      Bagi saya, dua-dua pendirian tok guru saya ini, ok ok sahaja.. Sedikitpun tak tercela. Semoga Allah merahmati roh dua orang tok guru ini..

      Delete
    3. http://www.youtube.com/watch?v=_er_OT0AOoQ

      http://www.youtube.com/watch?v=6_3dMJw9wn8
      (siapakah yang layak dapat sanad hadis?)

      Delete
  4. Salam blh saya tahu syarat masuk kelas alim di MUSP n silibus setiap tahap

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum.. saya mencari kelas untuk menghafaz AL-QURAN separuh masa untuk org dewasa sekitar KL dan sgor.. tuan2 jika ada informasi boleh kongsi disini

    ReplyDelete

Jika mahu memberikan komentar, silakan, berilah komentar dengan menggunakan laras bahasa yang sopan dan penuh beradab. Segala komentar yang menyelisihi laras bahasa sopan dan adab, insyallāh akan dipadam oleh team admin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Telah Link Blog Ini