Pages

Saturday, April 6, 2013

Penglibatan Golongan Ulamak Dalam Jemaah Usaha Dakwah/Tabligh


 Suasana di dalam kelas Daurah al- hadith di Madrasah Al-Quran Kubang Bujuk,Teranganu.

Alhamdulillah,inshallah,pada kali ini saya akan berkongsi sedikit kisah penglibatan golongan “warisatul anbiya” di dalam Jemaah Usaha Dakwah/Tabligh.Setelah artikel saya yang bertajuk “Tajdid dalam Kalangan Jemaah Usaha Dakwah/Tabligh di Malaysia” mendapat respon kalangan pembaca untuk mengetahui sejauh mana golongan ini memainkan peranan penting dalam Jemaah Usaha Dakwah/Tabligh ini.

Sebenarnya,perlu kita ketahui bahawa Jemaah Usaha Dakwah/Tabligh ini bukan satu pertubuhan yang memerlukan sokongan dan liputan daripada media massa untuk memaparkan atau menceritakan kegiatan serta aktiviti yang berlaku.Namun penulisan ini adalah salah satu inisiatif individu untuk menceritakan bahawa apa terjadi di dalam Jemaah Usaha Dakwah/Tabligh bagi membuka minda kepada mereka yang di luar sana yang kurang cermatnya apabila melemparkan tuduhan yang tidak berasas seperti mengatakan bahawa mereka yang mengambil bahagian dalam Jemaah Usaha Dakwah/Tabligh adalah jahil dan tindakan serta aktivit penyebaran agama oleh Jemaah Usaha Dakwah/Tabligh boleh menyebabkan berlakunya kerosakan pada agama.Persoalanya betulkah dakwaan ini.

Penglibatan golongan agamawan di dalam Jemaah Usaha Dakwah/Tabligh sememang tidak dapat di sangkal lagi,dari dahulu ketika Jemaah Usaha Dakwah/Tabligh mulai bertapak di bumi Malaysia,ada golongan agamawan yang tampil membantu dalam selok belok memperkenalkan Jemaah ini kepada institusi agamawan  di Malaysia dan masyarakat.Beberapa personaliti agamawan besar yang mengikuti Jemaah Usaha Dakwah/Tabligh di Malaysia seperti Allahyarham Tuan Guru Haji Solleh Penanti (anak kepada Syeikh Uthman Penanti ),Ustaz Ahmad Hassan (Kelantan) dan yang lain-lainnya.Kenali Tuan Guru Haji Solleh Penanti di sini . 

Sejak daripada itu,Jemaah Usaha Dakwah/Tabligh ini mendapat tempat dalam kalangan golongan agamawan ini.Apabila timbul beberapa isu yang membabitkan Jemaah ini dan  memerlukan kesimpulan dan jawapan daripada jemaah ini,maka akan ada barisan ulamak ini yang akan berada di barisan hadapan untuk menerang dan  memperjelaskan segala kekeliruan itu.Sebagai contoh,ada isu berkaitan penyeberan hadith-hadith dhoif dan hukum beramal dengannya telah di bangkitkan oleh beberapa golongan tertentu untuk menimbulkan kekeliruan masyarakat awam yang kebanyakan amat jahil dan minima ilmu berkaitan disiplin ilmu hadith ini,maka bangun barisan ulamak ini mempertahan penggunaan hadith-hadith ini seperti yang terdapat di dalam Kitab popular di dalam Jemaah Usaha Dakwah/Tabligh di Malaysia iaitu Fadhilat A'mal.

Jika dahulu,mereka yang bergerak di dalam Jemaah Tabligh  yang mengguna pakai Kitab Fadhilat A’mal yang di terjemah daripada bahasa Inggeris ke dalam Bahasa Melayu yang mengandungi beberapa kesilapan bahasa dan huraian,tetapi dengan ada golongan agama yang belajar di Tanah Hind dan seterusnya,merekalah mengepalai usaha penterjemahan kerana kelebihan mereka yang menguasai dengan baik Bahasa Urdu,merekalah yang memainkan peranan penting di dalam kerja-kerja penerbitan semula kitab Fadhilat A’mal dari Bahasa Urdu di terjemahkan secara langsung ke dalam Bahasa Melayu dan kemudiannya di sesuaikan dengan mesyarakat Melayu Islam di Malaysia tanpa mengubah keseluruhan kandungan kitab tersebut.

Kebanyakan golongan Ulamak yang berada di dalam Jemaah Usaha Dakwah/Tabligh ini,adalah mereka adalah yang mendapat pendidikan berasaskan sistem pengajian yang bermula dari kitab-kitab asas hingga ke Daurah al-Hadith secara riwayah dan dirayah di beberapa Madrasah di India dan Pakistan.Kemudian mereka yang tamat belajar di sana akan pulang ke Malaysia dan seterusnya membuka pusat pengajian  berasaskan sistem pengajian yang sama yang ditempuhi oleh mereka semasa mereka belajar.Mereka ( goloangan ulamak) ini juga memainkan peranan penting di dalam kegiatan Jemaah Usaha Dakwah/Tabligh.Ada kalangan mereka yang di lantik menjadi majlis syura di dalam jemaah ini dan beberapa penanggungjawab di markaz-markaz Jemaah Usaha Dakwah/Tabligh di kawasan masing-masing.

Walaupun di malaysia kitab yang popular dalam kalangan Jemaah Usaha Dakwah/Tabligh  ialah  Fadhilat A’mal dan tapi di madrasah-madrasah milik Jemaah Usaha Dakwah/Tabligh  adanya manhaj pengajian yang bermula dari kitab-kitab asas hingga ke Daurah al-Hadith secara riwayah dan dirayah. Kaedah pembelajaran di madrasah-madrasah milik  Jemaah Usaha Dakwah/Tabligh ini bermula  dari peringkat asas hingga ke Daurah al-Hadith ini hampir sama dengan sistem pengajian hadith di benua India, Pakistan dan Bangladesh, yang menjadikan pengajian hadith sebagai syarat sah seorang alim. Pengajian ini melahirkan graduan yang mampu menghafal al-Qur’an dan menguasai kitab-kitab turath, serta memiliki mustakhrajat dari Kutub Sittah.

Kitab Sahih Al Bukhari yang di ajar dari kulit ke kulit di Madrasah Miftahul Ulum,Sri Petaling.

Kebiasaanya Madrasah milik Jemaah Usaha Dakwah/Tabligh ini telah melahirkan beberapa pakar hafiz, alim al-Kuttub al-Sittah dan lain-lain dalam tempoh 8 hingga 11 tahun serta memperolehi ijazah hadith secara al-Riwayah dan al-Dirayah daripada tenaga pengajar yang terdiri dari anak-anak tempatan  dan kebanyakan sanad-sanad pengajian  mereka bersambung kepada para ulamak di India dan Pakistan atau Afrika Selatan hingga al-Imam al-Mujaddid Shah Waliyullah al- Dihlawi dan kemudiannya  terus kepada pengarang kitab-kitab hadith yang masyhur hingga kepada Rasulullah s.a.w. secara muttasil.

Para pelajar  yang belajar di Madrasah milik Jemaah Usaha Dakwah/ Tabligh ini boleh menyambung  pengajian mereka ke peringkat pengajian takhassus di  beberapa  seperti  di negara Yaman, Afrika Selatan, India, Pakistan,Bangladesh dan lain-lain.Kebanyakan madrasah milik Jemaah Usaha Dakwah/Tabligh ini mendapat kelulusan beroperasi dari majlis dan institusi agama di kawasan masing- masing,sebagai contoh seperti  Madrasah Miftahul Ulum,Sri Petaling mempunyai kelulusan untuk beroperasi daripada JAWI (Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan) dan sebagainya lagi.

Nota penting : Inshallah,saya akan menyambung lagi artikel ini.Semoga mereka yang membaca artikel ini terbuka dada dan mindanya dalam menidakkan dan menohmah  Jemaah Usaha Dakwah/Tabligh sebagai jemaah yang menyebarkan kerosakan agama kepada masyarakat.

17 comments:

  1. mashallah,pencerahan yang hebat..saya akan menunggu artikel seterusnya.

    ReplyDelete
  2. Masyallah,dari dulu lagi,saya mengagumi ulama tabligh ini.

    ReplyDelete
  3. Macam mana blogget 'jundullah' yg brsungguh2 mngatakan akidah ulama Tabligh sesat lagi mnyedsatkn ustaz?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hanya Jauhari yang kenal manikam.

      Delete
    2. saya sebenarnya tak layak untuk komen persoalan tuan,cume cube berkongsi sedikit buah fikiran....kita sebagai ummat akhir zaman yang dah hampir 1500 tahun jauhnya dari kehidupan baginda nabi saw yang mulia. Para sahabat juga menghadapi persoalan / khilaf dalam persoalan agama tetapi pada masa itu ada baginda disisi untuk penjelasan...pada hari ini pun sama bila semua orang sibuk menegakkan pandangan ilmuan didada masing2,bahkan dengan sedikit ilmu pun masih terasa mampu mahu berdebat...cukuplah kalau secara logik pun,bukankah kita sebagai ummat nabi saw dan hamba allah swt menjaga ketinggian agama dengan membantu usaha agama....usaha tabligh dimalaysia bukan semata2 berkiblatkan pada ulama india/pakistan,cume allah menzahirkan usaha agama sebgaimana cara dakwah baginda pada mereka...kalaulah kerana kata2 seorang itu pun diambil penting,sedang kan ribuan lagi ulama di dunia ini yang terima usaha tabligh..cube renung2 kan...wallahuallam

      Delete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. salam,
    gambar atas sekali tu, saya yang ambik. itu adalah tempat duduk adik saya ketika di dalam kelas di Kubang Bujuk. Beliau sekarang tengah keluar setahun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke,saya hanya jumpa dalam internet.Maaf,minx izin ye abg.

      Delete
  6. Usaha dakwah tabligh adalah usaha yang benar, hanya usaha ini yang blh bantu kita untk mengenal Allah.. keluarlah djln Allah, br dpt rs kebenarannya..

    ReplyDelete
  7. Salam... tahu x dimana madrasah khas utk perempuan di hulu langat?
    untuk prmpn umur 17 tahun atas yg nk jadi hafizah..

    ReplyDelete
  8. Pada hemat saya,Madrasah Tahfiz miftahul Ulum,Hulu Langat antara yang terbaik...

    http://mtmu.webs.com/organisasiorganization.htm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Juga boleh baca di sini untuk panduan pemilihan madrasah

      http://madrasahquransinaranbaru.blogspot.com/2013/04/normal-0-false-false-false-en-my-x-none_11.html

      Delete
  9. Terima kasih

    ReplyDelete
  10. Usaha dakwah Nubuwah ini, menyeru manusia kepada Allah SWT tugas kita (muslim) agar tersebar hidayah keatas seluruh umat manusia dan meninggkan Kalimah Tauhid dan lslam.Ayuh kita bergerak bersama...lnsyaAllah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. usaha dakwah nubuwah bermaksud mengajak manusia mentauhidkan Allah dlm bidang ibadah,ekonomi,politik,sosial,berkeluarga,hubungan sesama manusia seagama,berlainan agama,berlainan bangsa dll.dakwah jt hanya ambik satu juzuk saje iaitu ibadah.mana sih yg katanya dakwah nubuwah?

      dakwah nubuwah syumul sifatnya bukan mcm dakwah tabligh yg tinggal banyak bidang yg lain.nahi mungkar jt enggak cebur kerana takut dimarahi org.kok masih nggak mau angku?

      Delete

Jika mahu memberikan komentar, silakan, berilah komentar dengan menggunakan laras bahasa yang sopan dan penuh beradab. Segala komentar yang menyelisihi laras bahasa sopan dan adab, insyallāh akan dipadam oleh team admin.