Suasana di dalam kelas Daurah al- hadith di Madrasah Al-Quran Kubang Bujuk,Teranganu.
Alhamdulillah,inshallah,pada kali ini saya akan berkongsi sedikit kisah penglibatan golongan “warisatul anbiya” di dalam Jemaah Usaha Dakwah/Tabligh.Setelah artikel saya yang bertajuk “Tajdid dalam Kalangan Jemaah Usaha Dakwah/Tabligh di Malaysia” mendapat respon kalangan pembaca untuk mengetahui sejauh mana golongan ini memainkan peranan penting dalam Jemaah Usaha Dakwah/Tabligh ini.
Sebenarnya,perlu
kita ketahui bahawa Jemaah Usaha Dakwah/Tabligh ini bukan satu pertubuhan yang
memerlukan sokongan dan liputan daripada media massa untuk memaparkan atau
menceritakan kegiatan serta aktiviti yang berlaku.Namun penulisan ini adalah
salah satu inisiatif individu untuk menceritakan bahawa apa terjadi di dalam
Jemaah Usaha Dakwah/Tabligh bagi membuka minda kepada mereka yang di luar sana
yang kurang cermatnya apabila melemparkan tuduhan yang tidak berasas seperti
mengatakan bahawa mereka yang mengambil bahagian dalam Jemaah Usaha
Dakwah/Tabligh adalah jahil dan tindakan serta aktivit penyebaran agama oleh
Jemaah Usaha Dakwah/Tabligh boleh menyebabkan berlakunya kerosakan pada
agama.Persoalanya betulkah dakwaan ini.
Penglibatan
golongan agamawan di dalam Jemaah Usaha Dakwah/Tabligh sememang tidak dapat di
sangkal lagi,dari dahulu ketika Jemaah Usaha Dakwah/Tabligh mulai bertapak di
bumi Malaysia,ada golongan agamawan yang tampil membantu dalam selok belok
memperkenalkan Jemaah ini kepada institusi agamawan di Malaysia dan masyarakat.Beberapa personaliti
agamawan besar yang mengikuti Jemaah Usaha Dakwah/Tabligh di Malaysia seperti
Allahyarham Tuan Guru Haji Solleh Penanti (anak kepada Syeikh Uthman Penanti
),Ustaz Ahmad Hassan (Kelantan) dan yang lain-lainnya.Kenali Tuan Guru Haji Solleh Penanti di sini .
Sejak
daripada itu,Jemaah Usaha Dakwah/Tabligh ini mendapat tempat dalam kalangan
golongan agamawan ini.Apabila timbul beberapa isu yang membabitkan Jemaah ini
dan memerlukan kesimpulan dan jawapan daripada
jemaah ini,maka akan ada barisan ulamak ini yang akan berada di barisan hadapan
untuk menerang dan memperjelaskan segala
kekeliruan itu.Sebagai contoh,ada isu berkaitan penyeberan hadith-hadith dhoif
dan hukum beramal dengannya telah di bangkitkan oleh beberapa golongan tertentu
untuk menimbulkan kekeliruan masyarakat awam yang kebanyakan amat jahil dan
minima ilmu berkaitan disiplin ilmu hadith ini,maka bangun barisan ulamak ini
mempertahan penggunaan hadith-hadith ini seperti yang terdapat di dalam Kitab
popular di dalam Jemaah Usaha Dakwah/Tabligh di Malaysia iaitu Fadhilat A'mal.
Jika dahulu,mereka yang bergerak di dalam Jemaah Tabligh yang mengguna pakai Kitab Fadhilat A’mal yang di terjemah daripada bahasa Inggeris ke dalam Bahasa Melayu yang mengandungi beberapa kesilapan bahasa dan huraian,tetapi dengan ada golongan agama yang belajar di Tanah Hind dan seterusnya,merekalah mengepalai usaha penterjemahan kerana kelebihan mereka yang menguasai dengan baik Bahasa Urdu,merekalah yang memainkan peranan penting di dalam kerja-kerja penerbitan semula kitab Fadhilat A’mal dari Bahasa Urdu di terjemahkan secara langsung ke dalam Bahasa Melayu dan kemudiannya di sesuaikan dengan mesyarakat Melayu Islam di Malaysia tanpa mengubah keseluruhan kandungan kitab tersebut.
Kebanyakan
golongan Ulamak yang berada di dalam Jemaah Usaha Dakwah/Tabligh ini,adalah mereka adalah yang mendapat pendidikan berasaskan sistem pengajian
yang bermula dari kitab-kitab asas hingga ke Daurah al-Hadith secara riwayah
dan dirayah di beberapa Madrasah di India dan Pakistan.Kemudian mereka yang
tamat belajar di sana akan pulang ke Malaysia dan seterusnya membuka pusat
pengajian berasaskan sistem pengajian
yang sama yang ditempuhi oleh mereka semasa mereka belajar.Mereka ( goloangan
ulamak) ini juga memainkan peranan penting di dalam kegiatan Jemaah Usaha
Dakwah/Tabligh.Ada kalangan mereka yang di lantik menjadi majlis syura di dalam
jemaah ini dan beberapa penanggungjawab di markaz-markaz Jemaah Usaha
Dakwah/Tabligh di kawasan masing-masing.
Walaupun di
malaysia kitab yang popular dalam kalangan Jemaah Usaha Dakwah/Tabligh ialah
Fadhilat A’mal dan tapi di madrasah-madrasah milik Jemaah Usaha
Dakwah/Tabligh adanya manhaj pengajian
yang bermula dari kitab-kitab asas hingga ke Daurah al-Hadith secara riwayah dan
dirayah. Kaedah pembelajaran di madrasah-madrasah milik Jemaah Usaha Dakwah/Tabligh ini bermula dari peringkat asas hingga ke Daurah al-Hadith
ini hampir sama dengan sistem pengajian hadith di benua India, Pakistan dan Bangladesh,
yang menjadikan pengajian hadith sebagai syarat sah seorang alim. Pengajian ini
melahirkan graduan yang mampu menghafal al-Qur’an dan menguasai kitab-kitab
turath, serta memiliki mustakhrajat dari Kutub Sittah.
Kitab Sahih Al Bukhari yang di ajar dari kulit ke kulit di Madrasah Miftahul Ulum,Sri Petaling.
Kebiasaanya Madrasah milik Jemaah Usaha Dakwah/Tabligh ini telah melahirkan beberapa
pakar hafiz, alim al-Kuttub al-Sittah dan lain-lain dalam tempoh 8 hingga 11
tahun serta memperolehi ijazah hadith secara al-Riwayah dan al-Dirayah daripada
tenaga pengajar yang terdiri dari anak-anak tempatan dan kebanyakan sanad-sanad pengajian mereka bersambung kepada para ulamak di India
dan Pakistan atau Afrika Selatan hingga al-Imam al-Mujaddid Shah Waliyullah al-
Dihlawi dan kemudiannya terus kepada
pengarang kitab-kitab hadith yang masyhur hingga kepada Rasulullah s.a.w.
secara muttasil.
Para pelajar yang belajar di Madrasah milik Jemaah Usaha
Dakwah/ Tabligh ini boleh menyambung pengajian mereka ke peringkat pengajian
takhassus di beberapa seperti
di negara Yaman, Afrika Selatan, India, Pakistan,Bangladesh dan
lain-lain.Kebanyakan madrasah milik Jemaah Usaha Dakwah/Tabligh ini mendapat
kelulusan beroperasi dari majlis dan institusi agama di kawasan masing- masing,sebagai
contoh seperti Madrasah Miftahul Ulum,Sri
Petaling mempunyai kelulusan untuk beroperasi daripada JAWI (Jabatan Agama
Islam Wilayah Persekutuan) dan sebagainya lagi.
Nota penting
: Inshallah,saya akan menyambung lagi artikel ini.Semoga mereka yang membaca
artikel ini terbuka dada dan mindanya dalam menidakkan dan menohmah Jemaah Usaha Dakwah/Tabligh sebagai jemaah
yang menyebarkan kerosakan agama kepada masyarakat.
mashallah,pencerahan yang hebat..saya akan menunggu artikel seterusnya.
ReplyDeleteMasyallah,dari dulu lagi,saya mengagumi ulama tabligh ini.
ReplyDeleteMacam mana blogget 'jundullah' yg brsungguh2 mngatakan akidah ulama Tabligh sesat lagi mnyedsatkn ustaz?
ReplyDeleteHanya Jauhari yang kenal manikam.
Deletesaya sebenarnya tak layak untuk komen persoalan tuan,cume cube berkongsi sedikit buah fikiran....kita sebagai ummat akhir zaman yang dah hampir 1500 tahun jauhnya dari kehidupan baginda nabi saw yang mulia. Para sahabat juga menghadapi persoalan / khilaf dalam persoalan agama tetapi pada masa itu ada baginda disisi untuk penjelasan...pada hari ini pun sama bila semua orang sibuk menegakkan pandangan ilmuan didada masing2,bahkan dengan sedikit ilmu pun masih terasa mampu mahu berdebat...cukuplah kalau secara logik pun,bukankah kita sebagai ummat nabi saw dan hamba allah swt menjaga ketinggian agama dengan membantu usaha agama....usaha tabligh dimalaysia bukan semata2 berkiblatkan pada ulama india/pakistan,cume allah menzahirkan usaha agama sebgaimana cara dakwah baginda pada mereka...kalaulah kerana kata2 seorang itu pun diambil penting,sedang kan ribuan lagi ulama di dunia ini yang terima usaha tabligh..cube renung2 kan...wallahuallam
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletesalam,
ReplyDeletegambar atas sekali tu, saya yang ambik. itu adalah tempat duduk adik saya ketika di dalam kelas di Kubang Bujuk. Beliau sekarang tengah keluar setahun.
yeke,saya hanya jumpa dalam internet.Maaf,minx izin ye abg.
DeleteUsaha dakwah tabligh adalah usaha yang benar, hanya usaha ini yang blh bantu kita untk mengenal Allah.. keluarlah djln Allah, br dpt rs kebenarannya..
ReplyDeletewallahi, hazihi ni'mah azimah
DeleteSalam... tahu x dimana madrasah khas utk perempuan di hulu langat?
ReplyDeleteuntuk prmpn umur 17 tahun atas yg nk jadi hafizah..
Nanti saya tanya ye...
DeletePada hemat saya,Madrasah Tahfiz miftahul Ulum,Hulu Langat antara yang terbaik...
ReplyDeletehttp://mtmu.webs.com/organisasiorganization.htm
Juga boleh baca di sini untuk panduan pemilihan madrasah
Deletehttp://madrasahquransinaranbaru.blogspot.com/2013/04/normal-0-false-false-false-en-my-x-none_11.html
Terima kasih
ReplyDeleteUsaha dakwah Nubuwah ini, menyeru manusia kepada Allah SWT tugas kita (muslim) agar tersebar hidayah keatas seluruh umat manusia dan meninggkan Kalimah Tauhid dan lslam.Ayuh kita bergerak bersama...lnsyaAllah.
ReplyDeleteusaha dakwah nubuwah bermaksud mengajak manusia mentauhidkan Allah dlm bidang ibadah,ekonomi,politik,sosial,berkeluarga,hubungan sesama manusia seagama,berlainan agama,berlainan bangsa dll.dakwah jt hanya ambik satu juzuk saje iaitu ibadah.mana sih yg katanya dakwah nubuwah?
Deletedakwah nubuwah syumul sifatnya bukan mcm dakwah tabligh yg tinggal banyak bidang yg lain.nahi mungkar jt enggak cebur kerana takut dimarahi org.kok masih nggak mau angku?