Gambar sekadar hiasan
Rasulullah SAW bersabda 'مَنْ
مَاتَ وَلَمْ يَغْزُ وَلَمْ
يُحَدِّثْ بِهِ نَفْسَهُ مَاتَ
عَلَى شُعْبَةٍ مِنْ نِفَاقٍ' Barangsiapa yang mati dalam keadaan tidak
pernah berjihad atau tidak memiliki kehendak untuk berjihad maka dia mati dalam
salah satu cabang kemunafikan. [Riwayat Muslim]
Apabila ana terbaca hadith ini,maka teringat akan ana kisah
Baba Ismail (Pak Dak Eil) Pondok Krasak yang bayan/tazkirah di halaqah ana (Pendang) pada
tahun lepas iaitu 2011.
Baba Ismail (Pak Dak Eil) ceritakan mengenai kisah beliau
mendapat taufiq dan seterusnya bersama dengan Usaha Dakwah dan Tabligh.Beliau
cerita bahawa sebelum beliau adalah seorang yang paling lantang menentang
kegiatan jemaah ini di kawasan beliau.Tetapi,apabila beliau membaca hadith
ini,beliau merasakan suatu tamparan
dalam hidup beliau,seterusnya beliau telah membuat keputusan untuk bersama
dengan Usaha Dakwah dan Tabligh.
Alhamdulillah,selepas daripada itu,Baba Ismail (Pak Dak Eil)
telah mengikut rombongan Jemaah Ulama dari Markaz Yala untuk keluar 40 hari di
India.Beliau ceritakan lagi bahawa ketika berada di India,beliau telah di
tarbiah oleh Allah swt secukup2nya.Beliau berkata beliau ada kenangan manis
dengan sugi.(maaf ana tidak dapat ceritakan di sini).
Beliau mencerita kisah beliau ini dengan menangis
teresak-esak ,sambil majlis beliau di hadiri oleh timbalan Mufti Negeri Kedah
iaitu Syeikh Marwazi Dziyauddin dan ratusan anak murid beliau yang hadir secara
mengejut di masjid ana.
Baba Ismail (Pak Dak Eil) adalah Mudir Pondok
Krasak(salah satu pondok terbesar di Selatan Thailand,beliau juga mempunyai
anak murid yang ramai yang bertebaran di negeri (Perlis,Kedah,Pulau Pinang dan
Kelantan) dan semenanjung Malaysia
sehinggakan ana pernah jumpa anak murid beliau di Batu Pahat,Johor).Beliau juga beliau merupakan seorang ahli majlis fatwa di
wilayah Patani,bahkan beliau juga merupakan seorang yang alim di dalam ilmu
Tauhid,Fekah,Tasawuf dan lain-lain lagi.
Berita tentang kedatangan jemaah beliau telah ana tulis di post ini.Sila klik
semoga kisah ini membuka dimensi baru kepada mereka2 yang di luar sana untuk mendekati usaha dakwah tabligh.
ReplyDeleteSemoga Allah memberkati usaha beliau..
ReplyDeleteAmazing share...thanks
ReplyDeleteAs Salam, i am currently conducting a survey about mosque in Malaysia for my master thesis. it would be a big help if u could help me to answer the survey. Thanks in advance.
ReplyDeletehttps://docs.google.com/spreadsheet/viewform?formkey=dGhMa19JeDlpZ04xajZTVnROYVl2cWc6MQ#gid=0