Kelihatan mereka(pendakyah
Kristian) mengunjungi satu rumah keluarga Islam.
Dalam kita
bertelingkah dan enggan bekerjasama demi agama dan bangsa,maka para mubaligh-mubaligh
Kristian sudah berkeliaran masuk kawasan penduduk Melayu Islam untuk menyebar dakyah mereka.Hal ini yang
dapat dirakam oleh Pertubuhan Pembela Islam(sebuah NGO) sekitar taman perumahan berdekatan
Kampung Pandan yang boleh dikatakan majoriti seluruh penduduknya adalah beragama Islam.
Mereka
dilihat datang dalam kumpulan lebih 20 orang kemudian berpecah kepada beberapa
kumpulan kecil berselerak sekitar kawasan perumahan tersebut.Kumpulan
lebih 20 orang berbangsa Cina ini dikepalai oleh seorang lelaki Mat Salleh
(lihat gambar di bawah).
Kesemua
mereka berjalan membawa beg yang berisi dengan risalah Kristian dan setiap
mereka membawa payung.Setiap daripada mereka bergerak dari setiap rumah ke rumah.
Jika di teliti kaedah metodologi/kaedah pendakyahan mereka,sedikit sebanyak menampakkan kesungguhan mereka dalam menyebarkan kepercayaan bathil ini.Saya sendiri berpengalaman bertemu dengan mereka,ternyata mereka lebih terkehadapan berbanding dengan kita dalam memberikan sumbangan terhadap agama dan kepercayaan masing-masing.
Saya sendiri tertanya-tanya,di manakah pendekatan sebegini oleh jemaah umat Islam.Kalaulah ada pun,pendekatan sebegini ada pada umat Islam,pendekatan sebegini terus di tohmah atas alasan yang "ini bidaah","ketinggalan zaman","suasana yang tidak kondusif" dan beribu-ribu lagi alasan yang telah menyebabkan kerugian kepada umat Islam.Jika ada jemaah kalangan kaum Muslimin yang bangkit atas pendekatan ini,maka jemaah ini telah dikatakan jemaah yang sesat,mempunyai akidah yang tidak sahih dan sebagainya.Boleh dilihat di setiap kampung dan bandar amat sedikit yang melakukan pendekatan dakwah sebegini.Sebaliknya ramai yang berdiam diri malah ada yang menentang.
Apakah kita hanya berbangga dengan masjid-masjid yang indah tetapi bilangan umat Islam yang datang mengimarahkannya boleh di kira dengan jari.Bayangkan,jika keadaan umat Islam,yang mana kehidupan mereka terpisah dengan amalan masjid,sudah tertentu kehidupan mereka menjadi kosong dan senantiasa mencari sesuatu yang menarik untuk memenuhi keinginan syahwat dan nafsu mereka.Sebenarnya tugas mendakwah agama ini,adalah tugas setiap orang Islam,cuba kita bayangkan,jika kita kita tidak berada di pihak yang menyebarkan agama,maka kita akan menjadi sasaran untuk di dakyahkan di atas perkara yang bathil.Amat malang bagi umat Islam sekarang,kerana mereka lebih selesa melihat beberapa individu atau jemaah-jemaah tertentu melibatkan diri dalam aktiviti keagamaan ini tanpa mereka melibatkan diri mereka sendiri dalam aktiviti ini,dan natijahnya maka hal seperti ini (dalam gambar) terjadi.
Tuan, ditempat saya mereka sanggup meredah hujan, basah kuyup semata2 untuk buat kerja2 dakyah mereka. Kita bagaimana?, perkasakan 5 amal masjid kita. Insyaallah...
ReplyDeleteternyata mereka ini memiliki sifat gental dlm menyampaikan dakyah mereka,tapi sayangnya,umat islam hari ini bagaimana??
Delete"dan katakanlah (wahai Muhammad) Yang HAQ telah datang dan yang batil telah musnah"
ReplyDeleteKerja Dakwah adalah HAQ daripada banyak yg haq. fardhu atas fardhu.
Dakyah kristian dan smua kebatilan hanya akn lenyap jika haq itu wujud.
Yg salahnya ialah mukmin yg tidak bangun buat dakwah.
sahih tuan....apabila datang haq,maka bathil pasti lumpuh dan terhapus...
Deletetuan,maaf ingin bertanya.jika tak silap saya,,saya pernah terbaca article tuan tentang hj abdul razak kakrail di blog tuan ini..tapi dah tak ada.mcmana ye??
ReplyDeleteyeke,rasa saya,belum menulis tentang beliau di blog ini,barangkali kalo saudara perasaan,saya pernah komen saja ada la...
Deletekita kena korban lagi dan lagi
ReplyDeleteamin....barakallahu fie
Deletekelemahan saya dan semua umatIslam,meski dalam injil tiada perintah dakwah penganutnya giat berdakyah...Al quran jelas menekankan dakwah,umat telah tinggalkan...teruskan usaha
ReplyDeleteitu yang menghairankan saya,mereka bergerak,meredah hutan,memasuki perkampungan,sanggup menahan kesabaran demi mesi bathil mereka...
Deletetuan,maaf ingin bertanya.jika tak silap saya,,saya pernah terbaca article tuan tentang hj abdul razak kakrail di blog tuan ini..tapi dah tak ada.mcmana ye??
ReplyDeleteReply
Replies
Fuad AkmalSeptember 23, 2012 8:16 AM
yeke,rasa saya,belum menulis tentang beliau di blog ini,barangkali kalo saudara perasaan,saya pernah komen saja ada la...
----------------------------------------------------------
Tuan baca di sini tentang hj abdul razak kakrail
http://karkuzaridakwahiman.blogspot.com/2011/07/karguzari-baba-abdul-razak-kakrail.html
Wahai kaum Muslimin, apakah anda telah berdakwah kepada bukan Islam seperti orang China dan India yang ramai tu?
ReplyDeleteMelayu kalau tak Islam bukan Melayu lagi.
ReplyDeleteNurul Izzah: "Tiada desakan beragama.... mana kita boleh kata 'maaf ini (kebebasan beragama) hanya untuk bukan Islam sahaja', ia seharusnya dilaksanakan sama rata".
Nurul Izzah kata? Baca Utusan selalu memang jadi mcm tu!
ReplyDeleteko ingat senang nk dakwah non-muslim.... silap kata, kita boleh kelirukn mereka... jgn kelirukn mereka dgn cakap xserupa bikin.... kite ajak mereka pada islam, pada amal soleh, nnti mereka persoalkn pulak ade org islam sndiri x mcm islam, xsolat, xtunaikn perintah Allah, xde beza dgn non-muslim.... x rase malu ke dgn umat islam sndiri cakap xserupa bikin... malu giler beb
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
DeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
DeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
DeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteAlhamdulillah, semoga jika ada sebarang pahala yang diterima, dihadiahkan pada Tuan tanpa ada satu pun yang kurang
ReplyDeleteJangan layan org punyai pemikiran dangkal mcm tu..buang masa kita.
DeleteKita buat kerja kita...
Nape padam komen kawe?
DeleteTakut tembelang pecah ke?
Klu gantle jawablh bukan padam
Nape padam komen kawe?
DeleteTakut tembelang pecah ke?
Klu gantle jawablh bukan padam
Buang masa...
DeleteNabi x pernah membri jwpn "buang masa".semua soalan umatnye akan Di jwb oleh baginda secara direct atau indirect.org tablighjauh dari sunnah nabi rupenye....kesian...
DeleteAnonymous : buang masa bermujamalah dengan enta....
DeleteNak dakwah satu dunia. Islam datang dari Nabi Muhamad S.A.W. Sebelum Islam, Melayu Hindu/Buddha animisma (jahil). Senator Tunku Aziz sendiri kata keluarganya dula Hindu sebelum Islam. Melayu itu tidak semua Islam. Ada yang agnostk, percaya bomoh, keluar Islam, free thinker, atheist, deist, Kristian, Buddha, Hindu, dan lain2.
ReplyDelete