Sahabat dan juga tokoh penaklukan ini banyak
memegang rahsia-rahsia Nabi saw.Khalifah Umar bin Khattab r.hu mengangkatnya
menjadi pemeritah di Madain.Pada tahun 642 M,dia telah berjaya mengalahkan
pasukan Parsi dalam perang Nahawand,kemudian dia mengikuti penaklukan
Jazirah Arab dan akhirnya meninggal dunia di kota Madain.
“Jika engkau ingin
digolongkan kepada Muhajirin, engkau memang Muhajir. Dan jika engkau ingin
digolongkan kepada Anshar, engkau memang seorang Anshar. Pilihlah mana yang
engkau sukai.“.
Itulah kalimat yang diucapkan Rasulullah saw
kepada Hudzaifah Ibnul Yaman, ketika bertemu pertama kali di Mekah.Mengenai
pilihan itu, apakah beliau tergolong Muhajirin atau Anshar ada kisah tersendiri
bagi Hudzaifah Al-Yaman sendiri,ayahnya adalah orang Mekah dari Bani Abbas
dan kerana di sebabkan berhutang darah dengan kaumnya,dia terpaksa di buang
dari Mekah ke Yastrib (Madinah).Di sana dia telah meminta perlindungan daripada
Bani Abd Asyhal dan bersumpah setia pada mereka untuk menjadi keluarga dalam
suku Bani Abd Asyhal.Beliau kemudiannya berkahwin dengan anak perempuan
suku Asyhal.Dari perkawinannya itulah,lahirl anaknya,iaitu Hudzaifah.Maka,
hilanglah halangan yang menghambat Al-Yaman untuk memasuki kota Mekah.Sejak itu
dia bebas pulang pergi antara Mekah dan Madinah.Walau bagaimanapun dia lebih
banyak tinggal dan menetap di Madinah.Ketika Islam kian tersebar ke seluruh Jazirah
Arab, Al-Yaman termasuk salah seorang dari sepuluh orang Bani Abbas yang
berkeinginan untuk menemui Rasulullah saw dan menyatakan keislamannya.
Setelah Rasulullah saw hijrah ke
Madinah,Hudzaifah selalu mendampingi beliau bagaikan seorang kekasih.Hudzaifah
turut bersama-sama dalam setiap peperangan yang dipimpinnya,kecuali dalam
Perang Badar.Mengapa dia tidak turut serta dalam Perang Badar?.Soal ini pernah
diceritakan oleh Hudzaifah sendiri.Beliau berkata,“Yang menghalangiku untuk
turut serta dalam peperangan tersebut adalah kerana saat itu aku dan
bapaku berada di luar Madinah.Dalam perjalanan pulang,kami ditangkap oleh kaum
kafir Quraisy seraya bertanya, “Hendak ke mana kalian?”
Mereka menjawab, “Ke Madinah!”
Mereka bertanya, “Kalian hendak menemui
Muhammad?”
“Kami hendak pulang ke rumah kami di Madinah,”
jawab kami.
Mereka tidak bersedia membebaskan kami, kecuali
dengan perjanjian bahawa kami tidak akan membantu Muhammad,dan tidak akan
memerangi mereka. Sesudah itu barulah kami dibebaskannya.Setelah bertemu dengan Rasulullah saw,kami
menceritakan kepada beliau peristiwa penangkapan kami oleh kaum kafir Quraisy
dan perjanjian mereka. Lalu, kami bertanya kepada baginda saw tentang apa yang
harus kami lakukan.Rasulullah saw menjawab,“Batalkan perjanjian itu, dan
marilah kita mohon pertolongan Allah untuk mengalahkan mereka!”
Dalam Perang Uhud, Hudzaifah turut serta dalam
memerangi kaum kafir bersama dengan ayahnya, Al-Yaman.Dalam perang
itu,Hudzaifah mendapat ujian besar.Dia pulang dengan selamat,tetapi bapanya
disyahid oleh pedang kaum muslimin sendiri, bukan kaum musyrikin.
Berikut kisahnya, pada hari terjadinya Perang
Uhud,Rasulullah saw menugaskan Al-Yaman (ayah Hudzaifah) dan Tsabit bin Waqsy
mengawal benteng iaitu tempat para wanita dan kanak-kanak,karena keduanya sudah
lanjut usia.Ketika tercetusnya peperangan dengan kemuncak dan sengitnya,
Al-Yaman berkata kepada temannya,“Bagaimana dengan pendapatmu, apa lagi yang
harus kita tunggu.Umur kita tinggal seperti lamanya kita menunggu keldai minum
dengan puas.Kita mungkin mati pada hari ini atau esok hari. Apakah tidak lebih
baik bila kita ambil pedang,lalu menyerbu ke tengah-tengah musuh membantu
Rasulullah saw.Mudah-mudahan Allah memberi kita rezeki menjadi iaitu menjadikan
kita syuhada bersama-sama dengan nabi-Nya”.Kedua-duanya lalu mengambil pedang
dan mara ke medan pertempuran.
Tsabit bin Waqsy memperoleh kemuliaan di sisi
Allah.Dia syahid di tangan kaum musyrikin.Tetapi, Al-Yaman menjadi sasaran
pedang kaum muslimin sendiri, karena mereka tidak mengenalinya.Hudzaifah
berteriak,“Itu bapa aku …! Itu bapa aku …!” Tetapi sayangnya,tidak seorang pun
yang mendengar teriakannya,sehingga bapanya jatuh tersungkur.Hudzaifah tidak
berkata apa-apa,kecuali hanya berdoa kepada Allah, “Semoga Allah Taala mengampuni
kalian, Dia Maha Pengasih dari yang paling pengasih.”Rasulullah saw memutuskan untuk membayar tebusan
darah (diyat) bapa Hudzaifah kepada anaknya,iaitu Hudzaifah.Hudzaifah
berkata,“Bapaku menginginkan supaya dia mati syahid.Keinginannya itu kini telah
dicapainya. Wahai Allah!Saksikanlah,sesungguhnya aku menyedekahkan diyat darah
bapaku kepada kaum muslimin.”
Rasulullah saw menilai peribadi Hudzaifah Ibnul
Yaman dan terdapat tiga keistimewaan yang khusus daripadanya.Pertama,cerdas,
sehingga dia dapat melepaskan diri dalam situasi yang sulit.Kedua, cepat
menangkap, berpikir cepat,tepat dan jitu,yang dapat dilakukannya setiap kali
diperlukan.Ketiga,ialah cermat dan jujur dalam memegang rahsia,dan berdisplin
tinggi,sehinggalah tidak ada seorang pun dapat mengetahui apa yang
dirahsiakannya.Demikianlah riwayat hidup seorang kekasih
Allah swt yang kembali kepada Allah swt dalam kerinduan dan keimanan yang sempurna.Semoga Allah swt melimpahkan rahmat-Nya.
Di petikan
daripada kitab Hayatus Sahabah,karya oleh As Sheikh Muhammad Yusof Al-Kandhalawi.
Allahu robbi...ya Allah bangunkan kami semua bersama dengan kekasihmu!!!
ReplyDeleteamin ya Allah.
DeleteYa ALLAH semoga hidayah kekal dalam diri kita semua...amin
ReplyDeleteamin .ya Allah kabulkan doa kami.
DeleteAllahuakbar kabeera.. selain rasulullah saw, setiap kisah para sahabat ranhum bilamana dihayati n hidupan mereka diikuti, maka terang benderanglah hati yg tandus kerohanian dgn nur iman..
ReplyDeletejazbah "bayangan rahib di malam hari n pahlawan di siang hari" naik meningkat!
ya Allah muliakanlah nabi saw n sahabah ranhum di dunia n akhirat, dan jadikanlah kami digolongkan bersama mereka! ameen...
benar saudara,sebab itu usul dalam usaha kita adalah dengan membaca dan menghayati kisah hayat para sahabah ini kerana,penuh dengan pengajaran.
Delete