Pages

Saturday, October 1, 2011

Hudud dan umat belum bersedia

                                                        Gambar sekadar hiasan

Pemerintahan itu sesuatu yang bergerak berdasarkan kemaslahatan hidup manusia.Justeru itu, Nabi s.a.w tidak meninggalkan perencian tentang soal kepimpinan,sebaliknya hanyalah prinsip-prinsip umum untuk dipegang oleh manusia..

Maka, kita dapati banyak perubahan politik yang dilakukan selepas kewafatan Nabi s.a.w, khususnya bermula pada zaman Saidina ‘Umar al-Khattab r.hu.Pandangan dalam kepepimpinan itu lebih luas dan terbuka. Terasnya, kemaslahatan rakyat. Islam bersifat luas dalam hal kepemimpinan.Hal ini kerana syariat itu dibina atas dasar kemaslahatan manusia. Kata al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah (meninggal 751H):
Sesungguhnya syariah Islam itu binaan dan asasnya adalah atas segala hikmah dan kebaikan untuk manusia di dunia dan akhirat. Syariah Islam itu segalanya keadilan, kebaikan dan hikmat. Maka setiap perkara yang terkeluar dari keadilan kepada kezaliman, dari rahmat kepada yang berlawanan dengannya, dari kebaikan kepada kerosakan, dari hikmat kepada sia-sia maka ianya bukan syariah Islam sekalipun diberikan takwilan untuknya”. (Ibn Qayyim al-Jauziyyah, I’lam al-Muwaqqi’in, 3/3, Beirut: Dar al-Jail).
Ertinya, apa yang penting dalam penegakan syariat adalah tujuan atau maqsad utama syariat itu iaitu kemaslahatan manusia. Bukan soal nama yang penting tetapi matlamat dari perlaksanaan sesuatu perkara yang dikaitkan dengan nama syariah itulah yang paling penting. Jika kita memberikan nama yang islamiksekalipun, tetapi tidak mencapai tujuan syariah iaitu keadilan untuk manusia,maka ia tidak boleh dianggap islamik.Nama bukan penentu, isi dan pencapaian maqsad itulah yang paling penting. Sebab itu, jika menamakan negara dengandaulah islamiyyahtetapi tidak mencapai maqsad keadilan, maka nama itu tidak bererti, bahkan memberikan salahfaham umum terhadap agama yang suci ini.

Untuk mencapai keadilan dan tujuan perlaksanaan syariah, ia memerlukan kefahaman terhadap nas dan penelitian terhadap realiti semasa.Kefahaman yang literal terhadap hadis-hadis dalam soal pemerintahan akan menjadikan perlaksanaan Islam dalam bidang tersebut gagal mencapai tujuan sebenar.Sebab itu dalam hadis Nabi s.a.w bersabda:

Jangan dipotong tangan (pencuri) ketika dalam peperangan”. (Riwayat al-Tirmizi dan al-Darimi. Hadis dinilai sahih oleh al-Albani)

Al-Imam Tirmizi (297H) ketika meriwayat hadis ini menyebut:
Sebahagian ilmuwan berpegang dengan nas ini, antara mereka al-Auza’i, mereka berpendapat tidak dilaksanakan hudud ketika peperangan, berhadapan dengan musuh kerana dibimbangi individu yang dihukum itu akan pergi menyertai musuh…”.
Dalam riwayat Abu Daud:

Jangan dipotong tangan ketika pemusafiran” (Riwayat Abu Daud. Dinilai sahih oleh al-Albani.)

Dalam hadis di atas, Nabi s.a.w mengambil kira persoalan realiti tempat, masa dan kesan terhadap sesuatu perlaksanaan hukum.Alim ulama melihat, jika kebimbangan musuh mengambil kesempatan atau orang Islam meninggalkan Islam itu adalah sebab yang dilihat oleh sebahagian alim ulama,mengapa Nabi s.a.w sendiri melarang hukuman tersebut dilaksanakan, maka pada zaman sekarang,merupakan zaman fitnah terhadap Islam di pelbagai penjuru dan kelemahan iman umat Islam begitu nyata,penelitian tentang perlaksanaan hudud itu mestilah lebih berhati-hati.Perlaksanaan hudud mestilah membawa natijah yang positif, bukan negatif kepada Islam.Maka perjuangan mengujudkan suasana yang kondusif (suasana agama) itu mendahului usaha perlaksanaan hudud.Setelah wujudnya masyarakat adil; pemerintah dan rakyat, suasana iman dan Islam, kehidupan yang aman dan bahagia,tiba-tiba ada yang mencetuskan jenayah yang mencemarkan itu semua, ketika itu apabila dilaksanakan hudud tertonjollah kesan dan keindahannya.

Kefahaman yang sebegini bukan menolak hadis, sebaliknya berusaha melihat nas dari segi teks dan konteks. Maka, pemimpin muslim yang hendak memimpin umat dalam era ini, tidak boleh terlalu literal dalam memahami nas, tetapi hendaklah melihat Maqasid al-Syariah (The higher objectives of Islamic Law) bagi setiap nas-nas yang berkaitan pemerintahan islam ini.

56 comments:

  1. salam'alaik..

    na'am...na'am...na'am...sekarang ramai yang ambil nas directly without get through it...wallahu'alam...semoga terhindar dari kes sebegitu...huhu

    islam itu indah..sungguh! ^^

    ReplyDelete
  2. asy_syakirin :mereka gagal membezakan,tapi perkara asas ialah perkara iman dan kelemahan iman.

    ReplyDelete
  3. kembali kepada al-quran adalah jalan terakhir...

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum.

    hm, betul la. sekarang nak ikut nas2 islam, membuta tuli. paling tak best, bila timbul aja prob, mula nak keluarkan nas2 islam. tapo sebenarnya tak tau pun. hmm. semoga kita jauhkan dari benda2 camni.

    ReplyDelete
  5. salam..soal hudud ni saya amik jalan diam diri sebab kurang arif..kalo ckp nanti sy risau tak betul maka tonjol kebodohan saya...

    ReplyDelete
  6. kalau semua bwat dakwah..iman semua kuat.. orang yang bersalah datang sendri mengaku..xyah nak cari2..sbb dia tau ape dosa yg dia buat..

    ReplyDelete
  7. nak tanye tuan masuk uthm pulak ke?

    ReplyDelete
  8. Bila orang Islam dah bersedia dari segi iman dan amal untuk terima hukum hudud, InsyaAllah Allah akan berinya kepada orang Islam. Jadi, kena buat usaha atas iman lagi2..

    ReplyDelete
  9. salam tuan,
    penulisan yang baik & jelas. Setuju dgn pendapat tuan.

    ReplyDelete
  10. Pertama-tama sekali, ingin saya nyatakan sy amat bersetuju dgn perlaksanaan hudud di Malaysia tak kiralah sama ada Iman kita terlalu lemah utk menerima hudud mahupun sudah mencapai tahap iman sahabiah.. Jd sebarang usaha utk melaksanakan hukum Allah yg tercatit jelas dlm Al-Quran, mengapa harus sy menolak.. Secara logik akalnya kenapa harus ditakuti hudud? sedang kita tak buat salah, tambahan pula tak melibatkan org kafir.. Yg silapnya usaha atas iman melalui perantaraan kerja nabi s.a.w tak dibuat.. itu yg kita sedih.. Seingat sy, ketika Di Makkah nabi s.a.w buat usaha atas iman dahulu, kewajiban solat belum turun, apatah lg hudud, setelah hijrah ke Madinah barulah hukum hudud turun setelah iman sahabi mantap.. jd seharusnyalah sebelum laksanakan hudud harus usaha atas iman dahulu, kemudian apabila iman sudah mantap barulah hudud dilaksanakan, barulah umat bersedia.. tp jika ada usaha utk laksanakan hudud sekrg juga, sy tak ada masalah bahkan menyokong tp kita mesti sedia utk Dakwah pempimpin PAS utk buat kerja nabi, pujuk rayu mereka dgn hikmah.. Kita tak ada haq utk kata usaha mereka salah, usaha kita betul.. Maulana Saad anjurkan supaya kita Yaken usaha kita betul dan pd masa yg sama tidak menyalahkan usaha lain.. sebagaimana kita anggap mazhab syafie paling tepat utk bertaqliq pd masa yg sama tidak menolak mazahb yg lg 3.. begitulah perumpamaan kerja nabi dan usaha lain.. insyaAllah

    ReplyDelete
  11. jalan utk buat rakyat patuh/taat/istiqamah/sabar menjungjung perintah ALLAH swt. adalah dgn mendakwahkan perintah ALLAH swt kepada umat...sehingga wujud Yaqin/Iman yg kuat terhadap perintah2 ALLAH swt......Iman, Islam (syariat) dan Ehsan....ini basic dalam agama kita...so umat mesti di bawak ke arah itu...hudud adalah hukuman ke atas kemungkaran....perintah ALLAH yg dpt ubah manusia ada dalam iman, solat , ehsan.....kita sibuk nak menghukum....tp kita x sibuk dalam umat kpd iman,solat, ehsan...punca manusia buat kemungkaran kerana mereka lemah dalam iman,solat,ehsan......hudud nie penting kerana hukuman tersebut adalah dr ALLAH maka ia akan jadi kaffarah kepada dosa yg dibuat...so akhirat x diazab atas dosa tersebut.......pandangan saya disamping kita berusaha utk wujudkan hudud amat penting juga kita bagi masa utk seru umat kepada iman, solat dan ehsan....ianya akan lebih berkesan

    ReplyDelete
  12. setiap org islam yg beriman, lelaki dan wanita, rakyat dan pemerintah, alim mahupun jahil, ulama mahu pun pelajar,kecil mahupun dewasa,sihat mahupun sakit, setiap individu dr umat ini bertanggungjawab utk melaksanakan dakwah ilaLLAH...setiap amar/perintah ALLAH swt mesti di buat dgn betul/sempurna..utk itu perlu umat ini perlu dibawak utk belajar berdakwah sebagaimana yg dikehendaki oleh RasuluLLAH saw....belajar ngan siapa? dgn alim ulama....belajar buat dakwah berdasarkan quran,hadis dan sirah nabawiyyah dan sahabah r.hum....

    ReplyDelete
  13. dakwah kepada Allah, Hudud daripada Allah jadi kenapa perlu berbicara tentang adakah itu keperluan atau tidak. kita laksanakan je kerana Allah SWT.

    ReplyDelete
  14. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  15. aku heran dgn org yg nak hudud dilaksana tapi ambil jln selain hudud.. huduh betul..

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku lagi heran dgn azharjaafar!

      hudud belum terlaksana lagi camana ko kata amik jln selain hudud.apa maksud ayat ko ni? leh bagi pencerahan?

      Delete
  16. Subhanallah
    Bagus article nie..
    Teruskn menulis Tuan... :D

    Saya setuju dgn pendapat Tuan...
    Mewujudkn suasana kondusif, suasana agama
    mewujudkn umat yg takut dgn Allah
    melatih Iman dan amal
    mendahului perlaksanaan hudud...
    seperti yg dilakukan Nabi Muhammad SAW

    Utk menonjolkn keindahan Hudud,
    yg haram harus disempitkn seboleh mungkin
    dan yg halal diluaskn sebaik mungkin...


    Saya lihat beberapa aspek kehidupan kita harus diubah terlebih dahulu..cth:

    Pemikiran masyarakat Islam di Malaysia yg perkahwinan sepatutnya dilambatkn jgn terlalu muda, rasai hidup bujang dan rasai nikmat gaji dahulu, berkapel utk memilih teman, syarat2 wang hantaran yg melampau etc

    Smue ini menyusahkn anak2 muda skerang utk memelihara diri drpd zina...Yg halal disempitkn, akn terbuka luaslah ruang utk melakukn yg haram...

    Pasangan muda seharusnya digalakkn berkahwin cepat dan dimudahkn urusan mereka tanpa dibebankn duit hantaran yg melampau2 yg tidak perlu...

    Jika tidak mereka yg dimampu membayar hantaran dan memenuhi syarat lain, mereka tidak dpt berkahwin...
    akibatnya ruang zina semakin luas n terjebaklah mereka dlm penzinaan lama kelamaan...Na'uzubillah

    Tercemarlah keindahan Hudud jika suasana persekitaran dan pemikiran masyarakat sendri yg membawa kepada terjebaknya umat Islam dalam maksiat...

    Contoh di atas adalah mengapa kita semua sebagai umat Islam harus menguatkn lagi usaha kita dlm berdakwah...
    usaha atas Iman dan amal kita...

    InsyaAllah Allah akn beri kita taufik n hidayat mengubah pemikiran masyarakat kita yg terpengaruh dgn budaya barat nie...

    InsyaAllah Allah akn beri kita kekuatan dan nmewarisi dunia jika umat Islam kuat imannya dan hanya takut dengan Allah SWT..

    Amin...Maaf kalo tersilap kata :D

    ReplyDelete
  17. Ada beberapa perkara yg perlu kita fahami tentang isu hudud
    1. kita kena fahami bahawa yg hendak dilaksanakan ialah perintah Allah SWT. Jadi kenapa ada yg pertikaikan usaha kearah kebaikan.
    2. Kalau hudud itu tidak dapat dilaksanakan seperti mana yg dicanangkan adakah kerana diri mereka sahaja yg tak sempurna. Bagaimana dgn kita yg membuat usaha atas iman dan amal? Sepatutnya usaha kita membuatkan umat bersedia utk perintah Allah SWT, adakah usaha kita mencapai tahap itu? Adakah usaha kita ini berjaya mendapatkan rahmat/hidayah dari Allah SWT
    secara jamaie?
    3. Pihak berwajib/berkuasa tiada kesungguhan untuk membuka seluas-luasnya pintu ke arah kebaikan dan menutup ruang kemaksiatan, iaitu situasi kondusif sebelum pelaksanaannya. Adakah ini persepsi atau realiti. Cuba anda lihat sekeliling anda dari bangun tidur hingga kita tidur, kebanyakannya adalah perkara yg membawa kita jauh daripada Allah SWT. Ada perkara dibawah kawalan kita dan ada perkara dibawah kawalan pihak berwajib. Penting sekiranya kedua-dua pihak memainkan peranan. Bukan sebelah pihak sahaja.
    Wallahualam.

    ReplyDelete
  18. Something we have to understand,

    HUDUD adalah utk MENCEGAH maksiat/mungkar + kaffarah terhadap dosa...

    DAKWAH ILALLAH adalah utk MENGUBAH pemungkar/pemaksiat menjadi hamba yg TAAT...

    Wallahu'alam

    ReplyDelete
  19. Well said Bro Abu Abdurrahman, both from Allah to Allah for the pleasure of Allah...:-)

    ReplyDelete
  20. Hudud perintah Allah.Ia tanggungjawab oleh pemerintah yang memerintah..

    Dakwah ilallah pon perintah Allah. Ia tanggungjawab seluruh Umat Nabi saw,samada pemimpin,rakyat, tua, muda, petani, raja..

    Rakyat yang mengamalkan agama, akan pilih pemimpin yang beragama..Pemimpin yang beragama akan lahir selari dengan masyarakat yang mengamalkan agama.

    Bayangkan dgn keadaan sekarang, dalam keadaan masyarakat Islam yang sakit,tak paham agama, tiba2 hudud dilaksanakan,tak mustahil ramai org Islam sendiri yang akan menentang. maka ramai lah pastu menghukum sipolan 'kafir,laknatullah, halal dibunuh dan sbgainya' asbab menentang hukum Allah. Yang menyokong, dan yang menentang, kedua2nya tak paham agama, dan terus mencaci antara satu sama lain.

    Saya tak menentang hudud dilaksanakan.Cuma pendapat peribadi saya, umat Islam di Malaysia belum bersedia asbab diri saya yang lemah ni..doakan saya tuan2!

    ReplyDelete
  21. Salam,merujuk kepada respon di atas,komentar daripada saya,sy berpendapat dan barangkali yg ada sependapat ngn saya,sy tidak menolak,pelaksanaan hudud di malaysia,cuma,usaha untuk melaksanakan perlu di perhalusi,

    1.mengambil kira kejahilian yg sedang bermaharajarela dlm kalngan masyrakat Islam di Malaysia.
    2.Kemunduran dan kelemahan iman yg begitu meruncingkan dlm kalangn masyrakat malaysia(buktinya menurut kajian oleh JAKIM,peratus org Islam Malaysia jaga solat tidak sampai 30%)...
    3.Kaedah pelaksanaannya mengabungkan haq dan bathil,iaitu kaedah meminjam kaedah ciptaan org kafir yg sudah diketahui kelemahannya...iaitu kaedah undian dan pilihan raja...
    4.kurang kesedaran masyarakat Islam,terhadap usaha untuk perkara iman,lantaran kerana kelemahan kita tidak berusaha di atas kelemahan iman,yang sebenarnya adalah perintah Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hukum Allah mesti ditunaikan,

      Tidak kira parti mana yang memerintah, parti hanya nama,

      Yang pasti sekiranya pemerintah itu orang Islam maka wajib menjalankan Hukum Allah bukannya Hukum Lord Reid

      Delete
  22. adakah dengan melaksanakan undang2 yg tidak berlandaskan quran dan sunnah itu, manusia semakin menghampiri Islam.. bahkan saya melihat, pelaksanaan undang2 sekarang hanya menyebabkan manusia semakin bermaharajalela dalam melakukan jenayah/keburukan dan menyebabkan semakin lama semakin jauh dari agama..

    dan apakah ada keadilan dalam undang2 yg dilaksanakan sekarang??

    saya juga melihat keseluruhan islam itu sesuai utk diaplikasikan sepanjang zaman...

    wallahua'lam..

    ReplyDelete
  23. Apakah yg dimaksudkan perkara haq dan bathil? Saya masih ingat lagi Maulana Omar Palanpuri ditanyakan tentang perihal manusia kebulan. Maulana Omar dgn hikmahnya menyatakan bahawa kalau org ada dibulan maka kita akan dakwah mereka hingga ke bulan. Jadi kalau sistem tu dikatakan bathil adakah itu menjadikan ia satu alasan yg kukuh utk tidak menunaikan tanggungjawab sebagai seorang pemimpin utk melaksanakan apa yg terkandung didalam Al Quran?

    ReplyDelete
  24. Selagi mana setiap langkah, ketetapan, perbuatan, tindakan bersumber dari Al-Qur`an, Sunnah yang sahih, dan ijma' ulama maka tiadalah keperluan bagi kita menidakkan usaha mereka. Anggaplah itu perbezaan ijtihad dan bersangka baiklah terhadap kebaikan mereka. Kita dilatih agar bersangka baik akan tetapi kita bersangka hanya pada mereka yg melakukan keburukan tetapi jarang kepada mereka yg berusaha kepada kebaikan. Wallahualam.

    ReplyDelete
  25. karguzari dari nizamuddin...pesanan2 elders yg patut kita amik tahu...
    1)banyakkan masa dakwah taklim ibadat dan khidmat di masjid...spt amalan masjid nabawi..
    2)dakwah yg sempurna adalah di dlm masjid..xde lagi usaha memperbanyakkan khususi di rumah org,di kedai di pejabat..keluarkan manusia dr pejabat,kedai,rumah bawak mereka ke suasana iman dan amal...yakni masjid
    3)bila kita hidupkan keje agama di masjid,org akan dtg ke masjid hatta org kafir diberi hidayah..
    4)cara nye,buat DTI..DAKWAH TAKLIM DAN ISTIQBAL
    USAHA DTI kata maulana saad adalah usaha yg telah dibuat oleh sahabat2 nabi saw di masjid nabi saw..amalan 24 jam memakmurkan masjid!!

    >>nape org alim kita di malaysia nak laksanakan hukum hudud?ini semua adalah tempias dr usaha agama cara nabi saw yg telah dijalankan..bila wujud usaha agama...
    maka wujudlah tempias2 ni...wujudlah persatuan2 islam,firqah2 lain,tariqat2,madrasah2 dan usaha agama yg lain...

    ReplyDelete
  26. well said org gila...Am I crazy ;-p

    ReplyDelete
  27. dunia sekarang terlampau hebat...semua nak menang!!ingat!!2 musuh kita yg nyata...yakni nafsu dan syaitan!!merekalah yg akan merosakkan akidah kita..nak xnak kene selamatkan diri dari 2 musuh ni..caranya..hidupkan amalan al-quran hari2 di rumah kita..hidupkan amalan taklim wa taklum di rumah kita hari2...bykkan masa di masjid hari2..insyaAllah!!hari2 iman dan amal kita meningkat!!sapa yg mencintai al quran..beerti mencintai Allah swt..begitu juga sapa yg mencintai masjid..beerti Allah swt mengasihinya..

    ReplyDelete
  28. Salam,
    Ada beberapa perkara yg saya ingin perkatakan disini.
    1. Tuan telah memadamkan komen saya yg mana saya hanya ketahui setelah beberapa ketika. Persoalannya ialah mengapa komen saya dipadamkan? Adakah ia terlalu sensitif, mempunyai perkara yg tidak boleh diterima atau mungkin tuan ada pertimbangan tuan sendiri yg boleh tuan jelaskan?
    2. Dalam apa pun bentuk penulisan kita perlu memberi penghargaan kepada penulis asal kerana ia adalah asas penulisan yg berhemah.
    3. Sekiranya kita hendak memberi pandangan biarlah ia hasil kajian kita sendiri bukan dgn cara memetik beberapa perenggan kemudian kita membuat kesimpulan kita sendiri. Walhal penulis asal telah pun mempunyai kesimpulannya sendiri.
    4. Adalah lebih baik sekiranya lebih bersikap terbuka dalam penilaian yg membabitkan hal ehwal masyarakat agar kita dapat membuat penilaian yg lebih baik tanpa hanya bergantung kepada satu sumber sahaja.
    Dan tetaplah memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu bermanafaat bagi orang-orang yang beriman. (Surah adh-Dhariyat: 55)
    Wallahualam.

    ReplyDelete
  29. kita jgnla merasa gembira apa yg kita usahakan...usaha atas agama bukan dengan kemahsyuran...tp usaha atas agama adalah mcmana perintah Allah swt dan amalan2 sunnah nabi saw masuk dlm hidup saya..wujudnya tabaqat2/firqah2/persatuan islam yg lain dtg kerana dlm jemaah mereka adanya org yg ikhlas/warak/taqwa dan kerisauan terhadap agama Allah swt..ini semua adalah asbab2 doa2 dan pengorbanan org2 lama yg usaha atas agama Allah swt..apa yg patut kita buat adalah usaha agama ke atas masjid2 kita..selamatkan keluarga kita dan seluruh umat daripada azab api neraka Allah swt.. bangunkan usaha DTI / TAKLIMI GAST hari2!!bangunkan amal masjid kita ke arah 24 jam!!hidupkan dakwah/muzakarah iman dlm masjid..ibadat kita..taklim masjid rumah kita..dan khidmat kita pd masjid dgn org2 kampung kita..insyaAllah!!hidayat agama akan tersebar sepertimana kota madinah sbg pusat tersebarnya hidayah agama Allah swt!!kerana wujudnya amalan 24 jam masjid nabi saw..

    ReplyDelete
  30. buatlah dakwah sehingga org mengatakan kita ni gila..tp kita kene ingat..hidupkan masjid kita dgn akhlak dan kasih sayang..kesiankan mereka..jgnla kita asyik nak mengaum sana..mengaum sini..pancung sana pancung sini...bawa hati2 manusia ni ke masjid..ceritakan dan bagitau kelebihan2 masjid dan amal..sebab hati manusia perlunya hubungan dgn masjid..sebab masjid ada hubungan dgn Allah swt..baru manusia ada kekuatan utk taat perintah Allah swt..bila mereka dtg masjid..bykan muzakarah iman dlm masjid..suasana utk membentuk iman dan amal berada dlm masjid..baru iman meningkat mcm sahabat nabi saw!!!bantuan ghaib Allah swt dtg perantaraan hubungan kita dgn amal masjid..

    maulana saad bagitau kita kene buat usaha agama hubungkan diri mereka dgn amal masjid..bila buat mcm tu 2 perkara kita akan dpt..maulana saad kata pertama kita dpt menghampirkan diri dan dekatkan diri kita kpd Allah swt...
    kedua,segala masalah2 dunia kita,masalah keje,masalah umat dpt diselesaikan melalui perantaraan amalan masjid.. insyaAllah!!sebab masjid adalah jantung hati org kmpg..kalo jantung hati masjid xde org memakmurkannye beerti rosaklah dunia dan agama pd hati org kmpg tu dan seluruh umat!!Ya Allah!!

    ReplyDelete
  31. kita kene check diri saya..satu hari ada x hubungan sy dgn masjid ada x?kalo xde..kita kene jaga hubungan kita...di masjid kita boleh hablum minallah..hubungan dgn Allah..sambil tu kita dpt hablum minannas..hubungan dgn manusia/org kampung kita..sapa la saya ni utk memperkatakan sesuatu perkara atau perbincangan yg boleh menyebabkan perpecahan umat..elok kita fikir sama2 mcmana amal masjid kita..kesian umat nabi...ramai lagi manusia xdpt dtg ke masjid lagi..kesian nabi saw kt kubur..hari ni kita kata umat menderita??tp diri kita xde hubungan masjid apatah lagi seluruh umat..mcmcna org kafir nak dtg agama Allah swt kalo amalan masjid kosong??bayangkan kalo amalan masjid hidup 24 jam..adanye 3 atau 4 jemaah bergerak tgh buat taklimi gast kt satu kmpg tu...sy yakin,org kafir pun pasti dpt hidayat dtg ke masjid asbab ROH amalan masjid hidup!!

    ReplyDelete
  32. Mcm kenal je, baru buat blog ke, org gila? Oktober...2011 hhhmmm I wonder?

    ReplyDelete
  33. HEHEH...baru nak kenal2 dunia ni plak..

    ReplyDelete
  34. Tuan2 yang mulia,
    Ada satu org alim pesan, "Usaha kita skrg mmg betul, tp tak bermakna usaha org lain salah. Komen2 yang diberikan amat bernas sekali, dan kita sama2 kena bersedia utk terima perbezaan pendapat..

    Org gila_benar kata tuan. Usaha hidupkan amal masjid. Tambah korban lagi dan lagi...Oh!

    ReplyDelete
  35. Yet.....well said penglipur lara

    ReplyDelete
  36. nanti sy akan huraikn knpe sy tolak hudud brrasaskn demokrasi.....@ sistem undian...mksudnya sy x tolak hudud dgn manhaj nubuah....
    kbnyakan artikel adlh pndgn guru sy dk pondok penanti...dan sama dgn pndgn dr maza dlm hal ini...

    ReplyDelete
  37. Menolak atau menarik itu adalah isu ijtihad. Almarhum Mufti Zainal Abidin pun menyatakan sokongan terhadap sistem yg ada diamalkan sekarang. Yg penting kita bersangka baik dalam hal yg membawa kepada kebaikan. Sekiranya kita berusaha bersangka baik keatas seseorang pendosa adalah lebih baik kita bersangka baik keatas mereka berusaha keatas perkara kebaikan. Bukankah itu termasuk dlm 6 perkara yg kita perlu usahakan? Wallahualam.

    ReplyDelete
  38. Abu Nafis: sy rasa itu bukn pndgndr Mufti sab,klo pndgnnya skali pun
    utk raiknnya..sy jga mlakukn hal yg sma..
    definisi ngra Islam mnurut pndgan marsyaikh...

    ReplyDelete
  39. kita kene banyakkan hakikat2 amalan nabi saw di masjid kita..sahabat2 nabi saw dpt hakikat sebab adanya Nabi SAW..dpt tarbiah kerohanian drpd nabi SAW..kita perlukan kerohanian nabi..caranya??dgn menghidupkan hakikat sunnah2 amalan nabi saw secara istiqamah!!menghidupkan 24 jam adanya sunnah2 nabi saw..baru kita dpt hakikat roh amalan nabi saw..baru la kita dpt menghampirkan diri kita kepada Allah swt...nak hampir Allah swt kene amalkan amalan kekasih Allah swt iaitu sunnah2 nya...
    INSYAALLAH!!

    ReplyDelete
  40. gast tetap gast!!gast tetap gast!!kita kene bwk misaj(naluri) nubuwwah dlm hidup kita...nabi saw korbankan agama di mekah hanya seorang jer..kita hanya korban aper??kita kene nafikan pengorbanan2 kita..pengorbanan nabi saw lebih mulia drpd kita..kita x layak wat keje nabi saw..yg layak wat keje ni hanya nabi saw!!kita ni dipilih oleh Allah swt utk persediaan mati kita..mati kita di tangan Allah..sekiranya kita amalkan kehidupan nabi saw 24 jam..insyaAllah kita mati dlm sunnah nabi saw!!yg penting niat kita tuuu!!niat mati syahid dan mati dlm sunnah!!ALLAHUAKBAR!!

    ReplyDelete
  41. josh nampak....hanzlah

    ReplyDelete
  42. nama ana bukan hanzalah...tp ana adalah hamba yg hampeh lagi hina lagi berdosa lagi la gila nak mampos..

    ReplyDelete
  43. banyak korban banyak faham, kurang korban kurang saya faham, tidak korban.....salah faham. kita (sayalah sendiri) belum faham agama ni. orang yang faham macam Para Sahabat r.hum yang sanggup korban apa saja dan sentiasa sedia utk agama Allah walaupun nyawa jadi taruhan, anak-anak diyatimkan, para isteri menjanda...semua semata2 utk kita dan umat hingga kiamat...smg Allah swt beri taufik kpd kt smua utk mgikut jjk lngkah mrk Para Sahabat r.hum...

    ReplyDelete
  44. MasyaÁllah blog ilmiah yg menarik, jadilah sahabat blog ana..;)

    ReplyDelete
  45. org gila :benar...

    Abu Nafis :erk????

    Aidarus :betul tu....

    Zamir Amno : barakah,,,,,

    Hidayu Yusof : amin...

    ReplyDelete
  46. Bilakah kita umat akhir zaman akan bersedia?
    Mampukah kita bersediadgn apa yg telh terjadi skrg
    apa yg sdg berlaku n apa akn berlaku.
    Mampukh kita bersedia.
    Hukum tetap hukum.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya memegang kpd pendapat suasana yg kondusif perlu di wujudkan...sebelum melaksanakan hudud ini..

      Delete
  47. Ada 2 cara menyelesaikan masalah ini:-
    (i) Menyokong pelaksanaan hudud, ekonomi secara Islam, politik cara Islam dan apa-apa segi lapangan adalah cara Islam.
    (ii) Setiap umat Islam wajib buat usaha dakwah, setiap ulama wajib mendorong umat Islam buat usaha dakwah dan menegur kesilapan pemerintah manakala pemerintah wajib melaksanakan politik, ekonomi dan sosial secara Islam..

    ReplyDelete
  48. saya meyokong pelaksanaan hudud..ayuh segerakan

    ReplyDelete

Jika mahu memberikan komentar, silakan, berilah komentar dengan menggunakan laras bahasa yang sopan dan penuh beradab. Segala komentar yang menyelisihi laras bahasa sopan dan adab, insyallāh akan dipadam oleh team admin.