Pages

Tuesday, September 20, 2011

Perpaduan Itu milik kita bersama


                      Usaha dakwah akan menyatupadukan ummat


Pertelagahan di antara dua kelompok umat Islam biasanya akan membuka ruang kepada musuh di sekeliling dan orang-orang kafir untuk mengambil kesempatan tidak baik.
Oleh kerana itulah Allah Swt berfirman:
Dan jika ada dua golongan dari mereka yang beriman itu bertelagah hendaklah kamu damaikan antara keduanya.” (Surah al-Hujuraat, 49: 9)
Juga sabda Rasulullah Saw:
Janganlah kamu saling membenci dan saling membelakangi, tetapi jadilah kamu hamba-hamba Allah yang bersaudara.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, 19/11, no. 5606)

Imam Qatadah rah (Wafat: 118H) berkata:
Sesungguhnya Allah Swt tidak menyukai adanya perpecahan terhadap kamu. Allah telah menjelaskannya kepada kamu, memberi peringatan tentang perpecahan, dan melarang kamu dari terlibat dengannya. Sebaliknya Allah meredhai bagi kamu kepatuhan, ketaatan, perpaduan, dan al-jama’ah. Oleh sebab itu, redhailah untuk diri kamu sedaya-upaya apa sahaja yang telah Allah redhai bagi kamu. Bahawasanya tiada kekuatan melainkan dengan izin Allah.”(Tafsir ath-Thabari, 7/74)


Hudzaifah Ibn al-Yaman r.hu pernah bertanya kepada Rasulullah Saw: :
Wahai Rasulullah, sesungguhnya kami berada di masa jahiliyyah dan keburukan, lalu Allah mendatangkan kebaikan ini kepada kami. Adakah setelah kebaikan ini ada keburukan?” Rasulullah menjawab, “Benar, akan tetapi terdapat asap (kesamaran) padanya.” Aku bertanya, “Apakah asap (kesamaran) tersebut?” Beliau bersabda, “Iaitu orang-orang yang mengambil petunjuk selain daripada petunjukku. Engkau mengenali mereka dan mengingkarinya.” Aku bertanya, “Adakah setelah kebaikan itu ada lagi keburukan?” Beliau bersabda, “Benar, para penyeru kepada pintu-pintu jahannam. Sesiapa yang menyambut seruan mereka, maka mereka akan dicampakkan ke dalam jahannam (kebinasaan).” Aku bertanya, “Wahai Rasulullah, sebutkan sifat-sifat mereka kepada kami.” Beliau menjawab, “Mereka berkulit sama seperti kita dan berbicara dengan bahasa kita.” Aku bertanya, “Apakah yang engkau perintahkan kepadaku sekiranya aku bertemu dengan situasi seperti itu?” Beliau menyatakan, “Hendaklah kamu tetap bersama-sama dengan jama’ah umat Islam dan pemimpin mereka.” Aku bertanya, “Bagaimana sekiranya tidak ada jama’ah dan tidak pula ada pemimpin bagi umat Islam?” Beliau menjawab, “Jauhilah semua kelompok-kelompok itu walaupun engkau tinggal dengan menggigit akar kayu sehingga kematian datang menjemput dalam keadaan engkau seperti itu.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, Shahih al-Bukhari, Kitab al-Fitan, 21/478, no. 6557)
Hadis ini dengan jelas memerintahkan umat Islam supaya sentiasa bersatu dan tidak memisahkan diri dari ketaatan terhadap kesatuan. Terutamanya di ketika terjadinya fitnah dan pergolakan
Sesiapa yang benar-benar ikhlas dalam persaudaraan dan menekuni khabar-khabar Rasulullah dengan baik, nescaya dia akan membenci persengketaan dan perpecahan.Oleh itu,bersatulah dan taatilah didalam kesatuan ummah yang ada pada hari ini atas dasar mentaati al-Qur’an dan as-Sunnah.Tinggalkanlah doktrin dan fikrah-fikrah yang gemar berpecah-belah sesama Islam.Semoga kita semua terpelihara dari fitnah ini.

5 comments:

  1. kita semua kene yakin dgn usaha dakwahlah yg akan satukan umat ini...setuju dgn pendapat saudara...

    ReplyDelete
  2. betul kata saudara....dgn agama lah manusia akan bersatu...

    ReplyDelete
  3. moga2 disatukan hati2 kita dgn agamaNya....

    ReplyDelete
  4. We compiliment each other insyaAllah dlm menyampaikan mesej dakwah dan menyebar luaskan risalah Islam.

    ReplyDelete

Jika mahu memberikan komentar, silakan, berilah komentar dengan menggunakan laras bahasa yang sopan dan penuh beradab. Segala komentar yang menyelisihi laras bahasa sopan dan adab, insyallāh akan dipadam oleh team admin.