Ikuti Blog Ini

Wednesday, April 20, 2011

Krisis lapangan ilmu

Kitab agung Syarah Saheh Al-Bukhari


Sebelum ini(awal tahun 2009),satu persolan telah bermain di fikiran saya,persoalan yang di maksudkan ialah apakah maksud di sebalik hakikat ilmu.Persoalan ini telah bersarang di fikiran saya kerana saya telah mendengar satu ucapan daripada seseorang yang baru pulang dari I,P,B dan beliau dalam ucapannya menerangkan dan menyatakan bahawa ilmu ini ialah yang berkaitan dengan agama sahaja,dan selain daripada itu,ianya bukan dinamakan ilmu tetapi lebih kepada maklumat dan informasi sahaja.Apabila mendengar ucapan begini,maka saya mula meragui,apakah ini benar-benar kata dari Hazrat Syeikh Muhamad Saad sendiri,atau tambahan daripada penceramah ini,kerana beliau mendakwa ini adalah kata-kata dari Hazrat Syiekh Muhamad Saad sendiri.


Kekeliruan inilah,yang saya tanamkan dalam hati saya,bahawa saya akan pergi tanya sendiri dengan Hazrat Syeikh untuk meminta kepastian daripada beliau sendiri,apatah lagi,saya akan ke I,P,B tidak lama lagi(impian ini telah di kabul Allah SWT pada 18 Jun 2010),sehinggalah,Allah SWT telah memilih saya untuk menjejak kaki di Masjid Banglawali(markaz Utama Usaha Dakwah dan Tabligh) dan bertambah kuat keazaman saya untuk bermuzakarah bersama Hazrat Syeikh sendiri.Maka impian dan harapan saya telah di kabulkan oleh Allah SWT,saya berpeluang bertanya sendiri kepada Hazrat Syeikh sambil dibantu oleh seorang Ustaz dari Malaysia,yang sedang khidmat 2 bulan di sana.Dua persoalan yang saya ajukan kepada Hazrat Syeikh,dan saya akan ceritakan satu sahaja di bawah ini.Hal yang berkaitan dengan kekusutan yang bermain di fikiran saya.


Soalan saya kepada beliau,apakah maksud kata-kata Hazrat Syeikh yang mengatakan bahawa ilmu kedoktoran,kejuruteraan dan sebagainya bukanlah ilmu yang sebenar tetapi lebih kepada maklumat dan informasi,bahkan Hazrat Syeikh berulang-ulang lagi dalam ucapan Hazrat Syeikh iaitu ini bukanlah ilmu,maka mereka yang mempelajarinya tidak akan dapat ganjaran dan kelebihan seperti mana yang di janjikan oleh Rasulullah Saw dalam Hadith beliau seperti kelebihan-kelebuhan menuntut ilmu,seperti satu hadith di bawah ini.
Sesiapa yang menempuh jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan menuju Syurga”. (H.R Muslim, 13/212, no. 4867)


Maka yang menjadi kemusykilan saya,apakah kami ini (pelajar-pelajar bukan jurusan agama tidak mendapat apa-apa habuan daripada janji-janji yang telah disebutkan di dalam hadith di atas).


Jawapan Hazrat Syeikh dalam maksudnya untuk merungkai kekusutan yang bermain di fikiran saya,beliau telah menyebut satu hadith berkaitan tindakan Saidina Umar r.hu yang bertindak mempelajari satu ayat dari kitab Taurat,apabila di beritahu kepada Rasulullah SAW,betapa marahnya baginda SAW di atas tindakan Saidina Umar R.hu.Lihat lihat Hadith di bawah.


Daripada Abdullah Bin Thabit r.hu,meriwayatkan bahawa Umar Ibnu Al-Khatab R.hu telah datang menemui Nabi Saw dan berkata,Ya Rasulullah,saya telah menziarahi saudara saya dari Bani Quraidzah,lalu beliau telah menuliskan beberapa potong ayat (yang berfaedah untuk diri saya) daripada “kitab Taurat”,kalau tidak menjadi keberatan tuan,boleh saya tunjukan kepada tuan?Perawi berkata,berubah wajah Rasulullah SAW apabila mendengar perkataan itu,berkata Abdullah Bin Thabit R.hu,wahai umar tidakkah kamu melihat wajah Nabi Saw yang berubah kerana kemarahannya….hingga akhir hadith…” (H.R.Musnad Ahmad)


Kata Hazrat Syeikh,cuba kita bayangkan,tindakan Saidina Umar r.hu mempelajari satu ayat daripada kitab Taurat (kitab yang diturunkan kepada Nabi Musa A.S) pun telah menyebabkan kemurkaan Nabi SAW,cuba kita bayangkan,apakah perasaan Nabi Saw,apatah lagi kita hari ini yang mempelajari ilmu yang bukan-bukan sehingga kita mendakwa ilmu agama juga ilmu,dan ilmu kedoktoran,kejuruteraan juga merupakan ilmu,bahkan kita sanggup mengenepikan ilmu agama kerana ilmu yang dikatakan ilmu kedunian ini(sanggup belajar sampai PHD dalam bidang kejuruteraan tetapi ilmu dalam bab mandi wajid pun tidak tahu).


Kata ahli Sains,gempa bumi terjadi disebabkan adanya pergerakan plat-plat di dasar bumi.Langsung tak kait dengan kekuasaan Allah SWT.
Hazrat Syeikh menambah,asbab kejahilan dan kelemahan iman orang Islam,mereka (yakni orang Islam) telah mengikut telunjuk orang kafir dalam perkara ini.Kata hazrat Syeikh,adalah yang di maksudkan dengan ilmu ialah,apa yang telah diturunkan daripada Allah kepada Nabi Saw dan menyebabkan kita yang mempelajarinya semakin kita mengetahui apakah kehendak Allah kepada kita dan kita ingin tunaikan mengikut cara Nabi SAW tunaikannya.Kata Hazrat Syeikh lagi,kalaulah ada orang yang mempelajari Ilmu Sains,dan tidak menafikannya (ilmu Sains tersebut) maka dia (yakni orang yang pelajarinya) tidak akan dapat melihat kudrat Allah SWT.(Ahli-ahli Sains dalam bahaya,kalau mereka tidak menafikan ilmu Sains mereka.(contoh mengakui bahawa kejadian alam ini tidak ada hubungkait dengan Allah SWT).


Hazrat Syeikh juga menambah lagi,kalaulah kita anggap,ilmu Sains,kejuruteraan sebagai ilmu dan akan mendapat habuan yang sama daripada hadith Nabi SAW,kenapa ada orang yang mempelajari ilmu tersebut,ada yang semakin jauh dengan Allah SWT bahkan ada yang berani melawan Allah SWT.(tambahan daripada saya,Seorang Saintis British ,Dr Stephen Hawking,mendakwa bahawa alam ini terjadi dengan sendirinya)lihat betapa bodoh dan jahilnya beliau walaupun beliau merupakan seorang Saintis(ilmu yang tinggi) ,tetapi maklumat yang ada padanya,menyebabkan dia berani mengeluarkan kenyataan yang menghina Allah SWT.Tengok,kalau kita dakwa ilmu Sains juga ilmu,kenapa ada orang yang berani keluarkan kenyataan seperti ini,bukankah dakwaan kita selama ini ilmu sains juga adalah ilmu,kenapa tidak dapat membawa seseorang kepada Allah SWt,mcm mana nie bro???sapa mau jawab??


Allah SWT berfirman:
“... Sesungguhnya yang takut kepada Allah di antara hamba-hamba-Nya, hanyalah ulama (orang yang berilmu) ...” (Surah Faathir, 35: 28)
“...dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya.” (Surah al-Baqarah, 2: 255)


Kata-kata Hazrat Syiekh yang terakhir,kalaulah ilmu yang seperti mana yang kita dakwa adalah ilmu,maka segala kelebihan-kelebiahn yang di khabrkan oleh Nabi SAW,maka orang kafir pun akan jadikannya sebagai satu targhib(galakan dalam mencari ilmu yang bathil ini).


Hari ini orang Islam terperangkap dengan kejahilan,ilmu dunia mereka jadikan ilmu,semua perkara di katakan ilmu.Selain daripada itu kita letakannya sebagai maklumat.Bila ilmu-ilmu lain iaitu ilmu dunia dikepitkan dengan hadith-hadith Nabi saw dan kelebihan-kelebihan,maka ianya akan menjadi “dalalah” kesesatan.Maka tidak menjadi fardhu ain keatas kita untuk menjadi seorang “Muhadditshin”,”Ulama”,” Ustaz”,tetapi menjadi fardhu ain ke atas kita semua untuk mengetahui ilmu setiap amalan yang hendak dilaksanakan.Oleh kerana itu,kita semua kena minta ampun pada Allah SWT kerana kita telah mencuaikan ilmu agama yang sebenar sehingga kita agung-agungkan ilmu-ilmu lain dalam kehidupan kita.


Nabi SAW bersabda:“Demi Allah! Sesungguhnya aku memohon keampunan Allah dan bertaubat kepada-Nya dalam sehari semalam lebib tujuh puluh kali”. (Hadis Riwayat Bukhari)

43 comments:

  1. Alhamdulillah tuan. Pencerahan yang sangat berharga. Jazakallah khair

    ReplyDelete
  2. memperkukuhkan lagi dari apa yg saya dengar masa bayan maulana saad di istimaq N9...perkara ini turut disentuh beliau dalam bayannya...jazakallah khair

    ReplyDelete
  3. hariz chacho ; sama-sama kongsi...

    Daud : mula saya dengar pun,rasa sangsi juga,tapi tu yg azam nk p tanya sendiri tu...akhir saya dapat tanya juga...

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum tuan.
    Saya kira, akhirat dan dunia itu perlu diselarikan.
    Bagaiman ya?

    Jazakallah, perkongsian yang menggerakkan akal dan moga moganya iman juga terkesan.

    ReplyDelete
  5. Salam sebenarnya saya dah berkali2 memdengar bayan ini dari Hadrat Sheikh, Allah swt telah memberi kefahaman agama pd mereka kefahaman nabi2. Kefahaman ini tidak diberi kpd orang lain walaupun bergelar ulama , sebab itulah dizaman ini perkara agama ini boleh mencetushan fitnah disebabkan kefahaman yg salah, atas perkara itulah kita kena ada sifat istikhlas terhadap usaha dakwah ini, jika tidak kita sendiri akan menjadi mangsa fitnah dalan kefahaman agama yg salah wallahuaklam

    ReplyDelete
  6. matadore:ye tepat sekali,tapi masalahnya,hari ini,org tidAK mampu menyeimbanginya...

    Cheegu Musa:benar cikgu,rasa sya xda lagi,org ulama ckp mcm nie...
    hazrat maulana ahmad Lat dan Maulana Ibrahim,telah mengistiharkan maulana Saad dlm bayan mereka seorang yg alim luar biasa...

    ReplyDelete
  7. satu penerangan yg selalu diberi dan senang difahami oleh Hazrat Maulana Muhammad Saad Khandahlawi Damaat Barakaatuh ialah "ilmu itu ialah perkara yang boleh mendatangkan taqwa pada Allah S.W.T"

    sy masih teringat lg muzakarah bersama Hazrat pada bulan ogos 2008 di banglawalee masjeed dan jawapannya "ilmu itu memang perkara yang mendekatkan dan mengingatkan kita pd Allah S.W.T.kejuruteraan,sains dn sbgainya ialah kemahiran yg diguna utk memudahkan urusan mencari rezeki."

    utk penerangan sperti posting di atas berkenaan ilmu,utk org yg masih baru dan tidak memahami usaha ini,kita hendaklah menerangkan kpd mereka ttg perkara ini dgn berhati-hati supyaa penerangan kita ini tidak menjadi asbab fitnah pada usaha da`wah dan tabligh ini.nauzubillah.

    kita harus membetulkan faham dan iman kita bahawa kejuruteraan,sains dn lain-lain ialah alatan kemahiran yg kita guna di dalam asbab kita utk memudahkan mencari rezeki.dan usaha da`wah dan tablgih ini ialah satu kerja yg sgt bernilai diberi pada ummah ini.

    sy teringat lagi pesanan Professor Sanaa Suhan Damaat Barakaatuhpd sy .beliau seorang professor statistik dari Alligrah Muslim University yg kini berkhidmat dan membantu para masyaikh menguruskan jemaah di banglawalee masjeed."milikilah apa shj yg kamu mahu tetapi jgn kamu masuk kedalam hati perkara ini.dan apabila seruan agama diseru,maka kamu kena bersedia mengorbankan benda yg kamu miliki".

    wallahu`alam.

    ReplyDelete
  8. muhammad_efendie :saudara,saya telah cuba menyerangkan dgn bahasa yg mudah,dan diberikan contoh lagi..
    seorg yg punyai PHD dlm kejuruteraan tp mandi wajid pun xtau,???mcm mana tuu??
    manakah fiqh aulawiyat....
    ye sy bersetuju,perkara ini perlu perbincangan dan muzakarah....bersamma org alim...

    ReplyDelete
  9. usaha da`wahdan tabligh ini berjalan dengan akhlak dan pengorbanan..

    dan tujuan usaha ini kita jalankan supaya kita faham diri,masa, telah dibeli oleh Allah S.W.T dan ummah ini diwariskan usaha nubuwwah ini kerana kita ialah ummah Muhammad S.A.W.

    sy sgt berharap kita semua berhati-hati di dalam menulis dan berda`wah,kerana kita tidak mahu menjadi asbab fitnah pada usaha da`wah dan tabligh ini.dan perkara ini juga dipesan pd diri sy dan org yg membuat usaha ini di luar sana.

    kita jangan terlalu berkeras di dalam memberikan pendapat dan kita menghormati pendapat juga org yg tidak sama fikrah dan usaha kita.

    sy masih teringat pesan Haji Hisham,syura penanti semasa sy mula terlibat dengan usaha ini pada tahun 2006.pertama kali keluar 3 hari dengan beliau,masih terngiang-ngiang lagi pesanan beliau pd sy "balik keluar jgn jadi mufti,ini haram,itu haram,kita bukan alim-ulama.kita jalankan usaha ini dengan iman dan akhlak serta merendahkan diri kita pada org lain,sbb itulah usaha ini tersebar dgn mudah di seluruh alam asbab perkaa iman,akhlak dan tawaddhu kita di dalam menjalankan usaha."

    tentang menulis da`wah di dalam blog,para masyaikh di south africa,UK dan United States juga ada menulis di laman web dan laman persendirian mereka,cuma kita faham dan tanamkan di dalam fikiran kita usaha sebenar ktia ada di luar sana.dan kita anggap ini sebagai bahan bacaan tamabahan persendirian kita,insyaAllah.

    penulisan juga adalah salah satu Sunnah Rasulullah S.AW.kalau tidak masakan Baginda menulis surat kepada Raja Rom dan Farsi utk beritahu ttg islam dan amalan ini juga diteruskan oleh para ulama di dalam membukukan tulisan mereka di dalam kitab dan laman-laman web.

    Darul Uloom Deoband,tempat para Masyaikh kita pernah belajar menyokong dan menggalakan usaha ini kerana asbab akhlak para masyaikh kita dan kebaikan yg ada pd usaha ini demi kebaikan orang islam.

    ReplyDelete
  10. Sekadar berkongsi.
    Mungkin isi bayan dalam entry ni sama ddgn apa yg nak disampaikan

    Malam markas yg Best

    ReplyDelete
  11. Assalamu 'alaikum,

    1. ilmu ada dua makna: dr segi bahasa, dan dr segi istilah.

    2. sains juga ilmu, tp dr segi bahasa sahaja.

    3. cthnya solat. ada dua makna, bahasa dan istilah. dr segi bahasa, solat bermakna doa. selawat juga dr akar kata yg sama. tp dr segi istilah, perkataan solat sudah memberi makna lain.

    4. berbalik kpd ilmu td. apa yg hadrat syaikh saad d.b. maksudkan ialah ilmu dr segi istilahnya. hari ni fitnah dlm ummah ialah bila 'ilmu sains' cuba disamakan dgn 'ilmu agama'.

    5. mcm juga ibadah. adalah satu fitnah bila 'bekerja di pejabat' cuba disamakan tarafnya dengan 'solat', sebab kedua-duanya ibadah. mmg lah kedua-duanya ibadat, tp darjatnya tak sama.

    6. cuba tengok apa yg hadrat syaikh yusuf rah.a definisikan ilmu. lihat dalam kitab Muntakhab Ahadith tu. mungkin fuad boleh buat satu entry ttg definisi hadrat syaikh yusuf rah.a. thadap 'ilmu'.

    wallahua'lam.

    ReplyDelete
  12. Berkenaan penulisan blog, strictly, ini hanya tahap individu / fardiyah / infiradi. usaha ijtima'i hanya dijalankan sbgmn yg telah ditertibkan oleh masyaikh.

    wallahu'alam.

    ReplyDelete
  13. muhammad_efendie :saya faham apa saudara ini katakan,eloklah rasanya kita ini bersikap berlapang dada dalam hal perkara ini.artikel ini merupakan tulisan tangan saya semasa di masjid banglawalee setelah saya bermuzakarah dengan beberapa orang ustaz,yang datang berkhidmat dan tashkil bersma saya..ilmu kedunian,apabila mendatangkan faedah kepada manusia,maka akan ada habuan dan ganjran dari Allah.tetapi kita perlu utamakan yg mana lagi penting contoh,sesorang yg tidak tahu solat tetapi punyai keinginan untuk pelajari ilmu kedoktoran dan kejuruteraan...Hal keadaan inilah yg saya maksudkan.

    Ibnu Mutalib :mungkin juga...

    Gunawan Aziz : ya,betul ustaz,sebab itu,asbab kejahilan dan kelemahan umat,mereka anggap penting ilmu keduniaan ini sehingga mencuaikan hakikat ilmu yg sebenar..sbgai contoh punyai ijazah bergulung2 dlm bidang kejuruteraan,tp amat jahil dlm bidang agama,maka menjadi fardhu ain keatasnya untuk belajar ilmu agama.

    ReplyDelete
  14. I have no intention to debate..
    But I really agree to Efendi's statement..

    Aisya r.a is very famous for her thirst and eagerness for knowledge. Dia ajarkan banyak ilmu dekat para sahabat especially fiqh and even medical.

    It's not because I'm a doctor that I highlight medical here. Tapi memang ada kisah tentang Aisyah belajar, menggunakan, dan menyampaikan ilmu perubatan (yang sesuai pada zaman tersebut..). Aisyah was exposed to medical thingy starting when Rasulullah started to fell sick. She always help to do the medical preparations..

    To me personally, like Efendie's said, "ilmu itu sesuatu yang mendatangkan taqwa kepada Allah". And I believe there's no wrong upon it especially bila ilmu tu dapat tolong jaga kemaslahatan ummah, and indeed; Nafi'un li ghairihi.. Bermanfaat kepada orang lain..

    Semoga kita semua ikhlas dalam mengerjakan apa pun urusan kita.
    Insya Allah..

    ReplyDelete
  15. ilmu = datangkan takwa...dan takwa allah describe sendiri yakni org2 yg istiqamah bangun malam tahajud.
    so.... taniah la pada yg belajar doktor or engenering yg dgn ilmu tu menyebabkan mereka ade kekuatan tahajud... uhuks

    ReplyDelete
  16. Assalamualaikum..
    Bagus smuanya muzakarah ilmu2 kat atas ni.
    Moga ada manfaat.InsyaAllah.

    ReplyDelete
  17. assalamualaikum, terdengar karguzari sprti ini beberapa kali daripada bayan Maulana HusnulHizam di radio RIN. Beberapa org dari Universiti Aligarh mendengar ucapan Maulana Yusuf rah. dan bertanyakan hal ini.

    Apa yg dikatakan oleh maulana ialah ia tidak dikatakan ilmu tetapi kemahiran2. Kemahiran2 ini apabila dibuat untuk berkhidmat kepada umat, barulah diberi ganjaran. wallahua a'lam.

    ReplyDelete
  18. Untuk memahami apa yg diucapkan oleh para alim ulama, kita perlu mengenali,memuliakan mereka,ada hubungan dengan mereka secara zahir dan batin....

    Visit this to hear Sheikh Muhammad Saad bayan;
    http://muhammadulfatih.blogspot.com/

    Dengar juga penerangan dr Sheikh Al-Habib Umar(ulama dr Hydramaut,Yaman) di;
    http://muhammadulfatih.blogspot.com/2011/03/habib-omar-message-to-muslim-in.html

    ReplyDelete
  19. Assalamualaikum...

    pencerahan yang baik..

    ReplyDelete
  20. nice post..benar kata tuan2 skalian.. dan salah satu asbab org tertarik dgn islam adalah bila kajiannya sudah termaktub dlm al-quran.. brapa ramai researcher2 nh msk islam asbab dari nh.. yg menjd permasalahan adalah..bila agama diasingkan dari ilmu kemahiran

    ReplyDelete
  21. نور توفيقة ادريس :saya rasa anda telah tersalah memahaminya,cuba saudari fahami apa yang saya hendak sampaikan,dan apa jawpan hazrat syeikh,bukn saya menafikan ilmu kedoktoran or kejuruteraan,persoalannya,yang mana lebih aula,sila rujuk kitab fiqh aulawiyat karya Dr Yusof Qardhawi.

    akuhuduh:benar tuan,belajar la apa pun,jgn lari lari syariat agama sudah.

    ALIAAZUAN: terima kasih ustazah.

    ReplyDelete
  22. K:benar,ianya lebih kepada kemahiran,maklumat, dan ada habuan jika dibuat perkhidmat pd manusia sejagat.(perlukan muzakrh lagi)saya dengar sendiri,maulana saad ckp berulaang kali,perkara yg sama,rujuk juga kitab Dr Yusof Qardhawi.

    Abu Abdurrahman:benar,rasa saya dlm bayn ulma itu pun sudah jelas.

    PIANED :terima kasih

    Hidayatullah:ulama kata,orang yg belajar ilmu-ilmu selain dari ilmu agama ini,kalo dia tidak nafikannya,dia tidak dapat melihat kudrat Allah..

    ReplyDelete
  23. semoga kita diberi ilmu yang bermanfaat...
    ilmu yg dapat membantu menjawab soalan dalam kubur

    ReplyDelete
  24. Ziarah76 :benar,ini yg perlu di pikiaqkan selalu,ilmu yg manfaat....

    ReplyDelete
  25. salam ziarah....boleh tak saya kongsikan post ni kat blog saya?smoga yg lain dapat kongsi...

    ReplyDelete
  26. Assalamualaikom,

    Alhamdulillah saya pernah mendengarnya dari beberapa alim ulamak di Seri Petaling dalam bayan mereka mengenainya.

    Lebih kurang maksudnya:

    "Salah faham dan kejahilan umat pada ketika ini adalah meletakkan dan menyamakan segala kelebihan-kelabihan atau fadilat-fadilat yang dikurniakan Allah dalam pembelajaran ilmu ugama dengan pembelajaran kemahiran dan pengetahuan dunia."

    Orang ramai akan bertanya:

    "Kalau begitu belajar kemahiran dan pengetahuan dunia tidak mendapat apa-apa? Ada sahabat dan sahabiah belajar perubatan, falak dan lain-lain. Apa mereka tidak dpt apa-apa? Dan perlukah tidak belajar semua perkara dunia tersebut?"

    Jawapan dari kefahaman saya yg lemah setelah mendengar bayan-bayan mengenainya:

    Mempelajari kemahiran, pertukangan dan pengetahuan dunia juga sangat penting. Jikakan tidak mengapa Allah memerintahkan kita untuk bertanya dari orang yang mengetahui jika kita tidak tahu.

    Kemahiran dunia hanyalah suatu kemudahan. Sekiranya dikaitkan dengan ugama maka ianya dikira KHIDMAT dan IKRAM. Maka ganjaran yg berbeza juga diberikan untuk perkara tersebut.

    Kelebihan ILMU dan KHIDMAT adalah jauh berbeza. Ilmu adalah sesuatu yg membantu kita menjawab persoalan kubur (dari bayan Ust Hamid Seri Petaling).

    Sekali lagi secara umumnya tidaklah boleh menyamakan kelebihan-kelebihan dan ganjaran-ganjaran yang wujud didalam hadith-hadith dan ayat-ayat Al-Quran terhadap orang yang berilmu (dan mempelajarinya) dengan petukang, pakar dan pemahir dunia(dan yang mempelajarinya).

    Juga perlu difahami bahawa ILMU itu bukanlah HANYA berkaitan tajwid, feqah, tauhid, solat, haji, puasa dan seumpamanya. Bahkan ilmu itu meliputi kepada perkara yang lebih luas termasuk IMANIAT, IBADIAT, MUAMALAT, MU'ASYARAT dan AKHLAQIAT dengan ruang lingkup yang diperintahkan Allah dan Sunnah Nabi S.A.W.

    Sekiranya ada kesilapan silalah tegur.

    Maaflah panjang berjela pulak...

    ReplyDelete
  27. Subhanallah.
    Syukran untuk penulisan bermanfaat ini.

    Kebiasaan apbl muzakarah,
    Hakikat sebenar daripada ilmu itu ialah apa - apa perkara yang akan dapat membawa manfaat kepada kita sewaktu persinggahan pertama nanti... Selain daripada perkara itu adalah maklumat serta pengetahuan2 yang mana ianya akan menjadi perantaraan amal bagi kejayaan akhirat kita....

    Syukran2 ya Allah.

    ReplyDelete
  28. Syukri:amek la...sekian,terikelima kasih..artikel x seberapa...

    Pengembara Lara:betul,apa yg tuan dengar tu...hanya ulama-ulama yg terpilihlah saja,yg mampu memahami keadaan sebenar..

    BaiTiL a'tiQa:benar,semoga muzakarah ini memberi kecerahan kpd kita semua....

    ReplyDelete
  29. Salam tuan...29 ni x smpat nk ke sna...knapa x kuar 1 aribulan sj?

    ReplyDelete
  30. Anonymous:saya dulu,petang tu,abeh praktikal,malam tu terus berangkat ke penanti,menikmati kerehatan di dalam bas.

    ReplyDelete
  31. ilmu ialah perkara yang dapat kita ketahui mana perintah Allah dan mana laranganNya.. Selain dari itu hanya pengetahuan am..

    ReplyDelete
  32. Salam,

    Ilmu yg berguna adalah ilmu yg boleh di amalkan. Contohnya, belajar engineering, kalau belajar secadar theory, depan computer lepas tu bila ada benda rosak, nak repair pun tak boleh, jadi ni ilmu yg tak berguna. Tak boleh nak amalkan.

    Sama jugak kalau belajar ilmu agama, tapi tak boleh amalkan , pun jadi tak berguna. Contohnya umur dah 30 tahun, nak belajar bahasa arab untuk memahami ayat ayat bacaan sembahyang. memang bagus, tapi lebih baik belajar tentang kelebihan sembahyang, macamana nak jaga sembahyang, macamana nak didik anak amalan sembahyang, jaga sembahyang dan sebagainya.

    Setiap ilmu dunia mahupun agama, boleh jadi berguna atau tidak berguna. Ilmu kalau tak boleh nak amal, tak bagi apa manafaat, maka tak berguna. Simple as that.

    Ilmu Allah swt adalah luas sepertimana yg kita tahu dan dengar kalau kita berdiri di tepi pantai, celupkan tangan kita di dlm air laut da angkat. Maka air yg meekat di tangan kita itulah ilmu manusia dan laut yg terbentang di hadapan kita itulah ilmu Allah swt.

    Samalah juga dengan brg brg yg kita beli di rumah kita. Hari ni katakan kita nak rumah besar. Tapi kalau rumah tu besar, tapi kosong, dan banyak ruang tak berguna sekadar nak rumah besar, maka rumah tu tak jadi manafaat malah jadi beban.

    Tetapi kalau rumah besar, selalu di kunjungi tetamu, dan kita niat adanya rumah besar utk kita dapat layan tetamu beri keselesaan ke[ada tetamu yg dtg dan jugak ahli rumah kita, maka akan mendapat manafaat dan berkat.

    Contohnya kalau kita belajar bahasa arab dan dapat terjemah ayat quran, maka kita dgn sendirinya tahu maksud ayat di dalam quran, maka lebih banyak lah yg akan di soal di akhirat kelak kerana kita tahu inti pati al quran. Amal belum tentu. Kerana itulah kita tengok ramai org christian mahupun yahudi yg boleh bercakap arab, faham translation al quran, boleh berdebat, tetapi tidak beriman.

    Maka kalau kita nak belajar, no satu kita tengok apa yg kita nak belajar, mahupun bab dunia atau agama, tetapi yg boleh kita amalkan maka akan bagi manafaat pada kita. Kita tahu sejauh mana iman kita. Kerana bila kita belajar ni kadang2 kita rasa nak buat semua. Kita naik josh. Terutama bila kita belajar bab agama, tetapi kalau kita tak boleh nak jaga dan amal apa yg kita belajar, maka dah jadi dosa balik sebab tahu tapi tak amal. Nanti kena soal.

    Macam akak kata tadi, walaupun kita belajar ilmu dunia, tetapi kalau dapat bagi manafaat utk org lain, dapat tlg org lain tak banyak sikit, maka Insya Allah akan ada keberkatannya.

    Tetapi bukan bermakna tak payahlah kita belajar ilmu agama , sebab lagi susah nak jaga. Sebab tu lah pahala banyak dan berkat belajar ilmu agama ni lain. Cuma di akhir zaman ni, memang ujian kuat pada org yg belajar ilmu agama. Sebab tu lah akak, tak kisah kalau anak akak tak belajar jadi hafiz ke alim ke, tetapi yg utama jadi daie, dapat jaga amalan dan sampaikan pada org lain akan kepentingan dan kerisauan akan agama untuk kehidupan kita yg sementara ini.

    macam yg adik fuad cakap pasal belajar Phd tapi bab fikh pun tak tahu, ni pada akak bukan masaalah dia belajar ilmu dunia. Ni masaalah lain. Ni masaalah kesedaran ibubapa, tarbiyah dari ibubapa. Ni kalau nak bercakap bab ni jadi panjang lebar pulak. Kita semua kebiasaanya alpa bahawa ilmu fikh basic adalah perlu utk kita semua tahu dan belajar. Dan pada ibubapa, madrasah atau sekolah agama tak sepatutnya dia jadikan medan utk melepaskan tanggungjawab dan batuk di tangga. Seharusnya ibubapa dan suami harus memastikan bahawa anak anak dan isteri tahu basic ilmu fikh supaya amalan yg kita buat sah.

    Ni kena tajuk lain pulak..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kenapa kalau tau banyak inti pati Al Quran akan banyak disoal di akhirat? Dari mana statement ini diambil? Belajar bahasa Arab untuk faham makna solat adalah amat penting sebab ia membawa kepada khusyuk. Solat tidak khusyuk tak ada nilainya. Solat yang khusyuk adalah sebab kejayaan umat Islam.

      Delete
  33. Ummi :betul apa yg puan katakan,nanti saya akan kemukaan pendapat ulama2 muktabar dlm masalah ini di lain entry..

    ReplyDelete
  34. salam..sedikit penambahan..

    Di dalam Islam, ada dua bentuk ilmu, yakni ilmu fardhu ‘ain dan ilmu fardhu kifayah. Ilmu fardhu ‘ain ialah ilmu yang wajib dipelajari dan diamalkan oleh setiap orang Islam. Ia merupakan tanggungjawab individu. Dalam fardhu ain ada Tauhid yang menghurai tentang aqidah, ada Fiqh yang membincang tentang syariat dan ada Tasauf yang menerangkan tentang akhlak. Kesemua ini mesti dipelajari dan diamalkan oleh setiap individu Islam.

    Ilmu fardhu kifayah pula ialah ilmu yang wajib dipelajari dan diamalkan oleh sebahagian ahli masyarakat. Ia merupakan tanggungjawab sosial. Dalam fardhu kifayah ada bidang pembangunan, ekonomi, sosial, politik, kedoktoran,kejuruteraan, perundangan, kebudayaan, dan sebagainya. Dalam setiap bidang, kalau sudah ada ahli masyarakat berkenaan yang terlibat, orang lain dalam masyarakat berkenaan tidak lagi wajib terlibat. Semua sudah terlepas dari tanggungjawab sosial itu.

    wallahua'alam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kata Imam aDzahabi rah , “Ilmu itu bukanlah dengan banyaknya riwayat, tetapi ia adalah cahaya yang dicampakkan oleh Allah ke dalam hati, dan syaratnya adalah al-ittiba’ (mengikuti sunnah Nabi Saw), dan melarikan diri dari hawa nafsu serta menjauhi al-ibtida’ (bid’ah).” (Siyar A’lam an-Nubala’, 13/323)

      Delete
    2. Ini yang di maksudkan oleh hadraT SYIEKH,
      Ilmu yang wajib dan fardhu bagi kita semua adalah ilmu tentang agama ini. Iaitu ilmu tentang iman kita, tentang tauhid, dan yang dapat membuahkan jalan petunjuk kehidupan dunia dan akhirat. Dengan ilmu jugalah kita dapat mengenali Rabb kita.

      Delete
  35. salam..sedikit penambahan..

    Di dalam Islam, ada dua bentuk ilmu, yakni ilmu fardhu ‘ain dan ilmu fardhu kifayah. Ilmu fardhu ‘ain ialah ilmu yang wajib dipelajari dan diamalkan oleh setiap orang Islam. Ia merupakan tanggungjawab individu. Dalam fardhu ain ada Tauhid yang menghurai tentang aqidah, ada Fiqh yang membincang tentang syariat dan ada Tasauf yang menerangkan tentang akhlak. Kesemua ini mesti dipelajari dan diamalkan oleh setiap individu Islam.

    Ilmu fardhu kifayah pula ialah ilmu yang wajib dipelajari dan diamalkan oleh sebahagian ahli masyarakat islam. Ia merupakan tanggungjawab sosial. Dalam fardhu kifayah ada bidang kedoktoran,kejuruteraan, dan sebagainya. Dalam setiap bidang, kalau sudah ada ahli masyarakat berkenaan yang terlibat, orang lain dalam masyarakat berkenaan tidak lagi wajib terlibat. Semua sudah terlepas dari tanggungjawab sosial itu.

    wallahua'alam

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku setuju dgn pandangan kamu ilmu itu ada 2 iaitu fardhu ain dan fardhu kifayah.sebaliknya aku nggak setuju dgn pandangan maulana tabligh tu.

      punya banyak dalil ttg ilmu tapi dia rujuk satu dalil shj lalu dgn sembrono kata ilmu sains dan kedoktoran itu ilmu dunia.

      padahal ulama besar(imam ghazali) yg lebih alim drp beliau lebih patut kita ikut dlm pandangan beliau ttg ilmu.bukan maulana tu yg hanya di rujuk oleh org tabligh shj.

      Delete
    2. kata imam-aDzahabi rah, “Tahukah kamu apa ilmu yang bermanfaat? Iaitu ilmu yang turun bersama al-Qur’an dan ditafsirkan oleh Rasulullah Saw dengan ucapan, perbuatan, dan yang tiada larangan darinya. Rasulullah Saw bersabda, “Sesiapa yang membenci sunnahku, maka dia tidak termasuk golonganku.” (Siyar A’lam an-Nubala’, 19/339-340)

      Delete
    3. ARTIKEL INI perlu di lihat dr segi aulawiyatnya...

      Delete
  36. Anonymous :betul tu,itu satu bentuk tuntutan dalam kehidupan kita....

    ReplyDelete

Jika mahu memberikan komentar, silakan, berilah komentar dengan menggunakan laras bahasa yang sopan dan penuh beradab. Segala komentar yang menyelisihi laras bahasa sopan dan adab, insyallāh akan dipadam oleh team admin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Telah Link Blog Ini