Ikuti Blog Ini

Wednesday, April 13, 2011

Dakwaan ada kubur sahabat Nabi di Malaysia

Anak panah merah mewakili pergerakan para sahabat r.hum ke China bermula Madinah,Yaman,Gujerat,Bengal,Chittagong,Acheh,Melaka.

Wilayah nusantara ini didiami oleh rumpun bangsa Melayu(Jawi).Saat ini terdapat sekitar setengah Bilion penduduk yang mendiami wilayah ini.Dengan penduduk seramai 350 juta orang,dan diantaranya beragama Islam,ianya menjadikan rumpun bangsa Melayu adalah bangsa Muslim terbesar di dunia,bahkan lebih besar jika dibandingkan dengan seluruh bangsa Arab yang merupakan bangsa pertama menjadi bangsa Muslim pertama.Ianya merupakan satu fenomena yang tidak ada pada bangsa lain dalam dunia ini.

Tentang dakwaan yang mengatakan terdapat puluhan kubur sahabat di nusantara, ini tidak boleh dinafikan tetapi tidak dapat dibuktikan.Hujah dan dakwaan untuk menyokong akan kemungkinan wujudnya para sahabat yang syahid/meninggal dunia dan dimaqamkan di nusantara tetap ada.

Para Sahabat Rasulullah SAW jumlahnya melebihi 100,000 orang.Hal ini adalah berdasarkan kepada umat Islam yang pada ketika itu,berkumpul di Padang Arafah untuk mendengar amanat dan pesan terakhir rasulullah SAW (hajatul Wida).Ribuan dari mereka telah tersebar ke seluruh dunia.Syeikh Yusof Al-Kandhalawi rah (pengarang kitab Hayatus Sahabah) berkata bahawa,para sahabat r.hum bergerak mengikut arah di mana kuda dan unta mereka bergerak.Hal ini terbukti apabila sahabat seperti Saidina Bilal r.hu,maqamnya di Syria,manakala Saidina Abu Ayub al-Ansari r.hu yang lahirnya di Madinah tetapi maqamnya di Istanbul,Turki.Para ulama berkata bahawa maqam para sahabat Nabi SAW berjumlah 70 orang,dan 35 orang sahabat maqam mereka di Kota Istanbul,Turki.Maqam para sahabat r.hu juga terdapat di China,India dan di benua Afrika.Bahkan ada juga pendapat menyatakan bahawa para sahabat Nabi saw pernah menjejak kaki sampai ke selatan benua Afrika.

1. Salah seorang dari sahabat Rasulullah SAW yang bernama Saidina Saad bin Lubaid al-Habsyi r.hu adalah salah seorang dari 73 orang yang diarahkan Nabi saw untuk berhijrah ke Habsyah sebelum berlakunya hijrah ke Madinah. Saidina Saad bin Lubaid al-Habsyi r.hu dan rakannya Saidina Yusof r.hu serta sahabat yang lain telah berlayar dari Habsyah ke China dan membina 2 buah masjid di Hanchow dan Canton (sekarang Guangzhou). Beliau bersama sahabatnya yang lain telah berdakwah di Chuan Chow, Chang Chow dan Canton serta bertanggungjawab mendirikan masjid Kwang Tah Se dan masjid Chee Lin Se di daerah Guangzhou.China juga telah lama menjadi destinasi perniagaan orang Arab bahkan di zaman dinasti Tang (sebelum kurun ke 7 M) telah ada komuniti masyarakat Arab (sebelum Islam) yang besar di Canton(Guangzhou).Saidina Saad bin Lubaid al-Habsyi r.hu telah berdakwah di sana. Jika mereka berulang alik di antara Tanah Arab dan Tanah Besar China maka tidak mustahil ada para sahabat r.hum yang singgah di Tanah Melayu dan kepulauan Melayu. Menurut catatan rasmi Dinasti Tang (618-905M), Islam dibawa kira-kira pada 651/652M (kurun ke 7M) apabila satu utusan Islam yang dikirimkan oleh Khalifah Othman b. Affan r.hu telah sampai ke Chang-an (kini Xian) ibu kota Dinasti Tang.(Sila rujuk buku yang di tulia oleh Hj Ibrahim Tien Y.M yang berjudul 'Perkembangan Islam di Tiongkok (China)'.

Makam yang di dakwa milik sahabat nabi Saidina Saad bin Abi Waqas r.hu

2. Ada sebilangan ahli sejarah Islam berpendapat,salah seorang dari sahabat besar Rasulullah SAW turut serta dalam ekspedisi itu adalah Saidina Saad bin Abi Waqqash r.hu,dan makamnya terletak di Guang Zhou (dulu Canton)di Negara China.Hal ini bermakna Masjid yang dibina di Guong Zhou (dulu Canton) adalah yang paling tua di Asia dan sezaman dengan Rasulullah SAW dan para sahabat.Untuk maklumat pembaca,Saidina Saad bin Abi Waqqash r.hu telah masuk Islam di hari pertamanya keislaman Saidina Abu Bakar r.hu.(Sila rujuk kitab Al Bidayah Wal Nihayah)

3, Menurut Monuskrip kuno Tiongkok ,pada tahun 625 M (hanya selepas 15 tahun Rasulullah SAW menerima) sudah ada perkampungan Arab di Sumatera Utara. Jadi hanya 9 tahun sejak Rasulullah SAW mempraktikan dakwah Islam secara terbuka, di pesisir Sumatera sudah terdapat sebuah perkampungan Islam,besar kemungkinan sebahagian mereka adalah sahabat-sahabat r.hum (iaitu mereka yang pernah berjumpa dengan Rasulullah SAW). Sebuah dokumen kuno asal Tiongkok menyebutkan, pada sekitar tahun 625M di pesisir pantai Sumatera, yang berada di dalam naungan Kerajaan Sriwijaya, telah berdiri sebuah perkampungan Arab.

Tahun 676M (48H)
Ditemukan beberapa makam Sahabat Nabi Muhammad SAW di Nusantara. Salah satu yang paling terkenal adalah makam Syeikh Rukunuddin r.hu(ada pendapat mereka adalah orang yang sama Saidina Wahab bin Qobishoh r.hu.) di Barus (Fansur) dekat Acheh, Sumatera Utara. Pada makamnya tertulis bahwa beliau wafat pada tahun 48 H. Tidak diketahui siapa nama Syeikh Rukunuddin r.hu sebenarnya,tapi dari tarikh kewafatanya kita boleh mengatakan bahwa kemungkinan beliau adalah salah sorang sahabat Nabi Muhammad SAW, yaitu orang yang hidup sezaman dan berjumpa dengan beliau. Maka,hal ini membenarkan lagi dakwaan bahawa ada para sahabat r.hu dan tabiin telah memulai gelombang awal sejarah pengislam di Bumi Nusantara.Kajian mengenai ini telah di buat oleh seorang pakar sejarah Islam Indonesia iaitu Ustadz Muhammad Nur Abdurrahman,dalam buku karangannya “Meninjau Kembali Masa Hidup Rasulullah”.Pendapat beliau dapat di nukilkan seperti berikut.

1. Surat dakwah yang disebarkan Rasulullah ke seluruh pelosok wilayah,dan boleh jadi ada yang ditujukan kepada Raja Sriwijaya,dan besar kemungkinan,surat ini dibawa oleh para sahabat r.hum di atas.Hal ini adalah kerana telah adanya hubungan perdagangan antara kerajaan Sriwijaya dengan bangsa Arab, yang ditandai dengan keberadaan perkampungan Arab di Sriwijaya, tahun 625M.

2. Misi dakwah ke Nusantara, semakin intensif dilakukan pada masa Khalifah Muawiyah r.hu ,dan ianya tidak menutup kemungkinan bahawa Syeikh Rukunuddin r.hu (atau Saidina Wahab bin Qobishoh r.hu.), adalah salah seorang sahabat Rasulullah, yang dikirim kerajaan Bani Umayyah, untuk menjadi salah seorang juru dakwah di Nusantara.Kebiasanya,mereka(para sahabat berjemaah dalam melakukan sesuatu ekspedisi dakwah) dan kemungkinan Syeikh Rukunuddin r.hu atau Saidina Wahab bin Qobishoh r.hu merupakan amir kepada jemaah ini.


Ahli sejarah Islam Indonesia,Sulaiman Wiranto dalam buku karangan beliau "Islam di Bengal dan kesannya kepada Nusantara" menyebut di tahun 620 M bahawa bebarapa orang sahabat Nabi saw seperti Saad bin Abu Waqqas r.hu,Saad bin Lubaid r.hu,Yusof r.hu,Malik ibn Wahaib r.hu, Qays bin Huzayfah r.hu, ‘Urwa ibn Athathah r.hu, Abu Qays ibn al-Hārith r.hu dan sahabat yang lain (kemungkinan mereka ini dalam satu jemaah Dakwah ) di tahun ke tujuh kerasulan Nabi saw telah berlayar dari Madinah ke China melalui Gujerat,Bengal,Chittagong,Acheh,Melaka dan seterusnya ke China.Ekspedisi dakwah mereka mengambil masa 9 tahun untuk sampai ke China.

Jelas, Islam di Nusantara termasuk generasi Islam pertama. Hal inilah para sejarawan memanggilkannya sebagai Teori Makkah. Jadi Islam di Nusantara ini sebenarnya bukan berasal dari para pedagang India (Gujarat) atau yang dikenal sebagai Teori Gujarat yang berasal dari pendapat ahli orientalis Barat Snouck Hurgronje, kerana para pedagang yang datang dari India, mereka ini sebenarnya berasal dari Jazirah Arab, lalu dalam perjalanan melayari lautan menuju Sumatera (Bandar Aceh sekarang ini) mereka singgah dulu di India yang daratannya merupakan sebuah tanjung besar (Tanjung Comorin) yang hampir ke tengah Samudera Hindia dan nyaris tepat berada di tengah antara Jazirah Arab dengan Sumatera.

Berdasarkan peta Asia Selatan, kita boleh memahami mengapa para pedagang dari Jazirah Arab menjadikan India(Gujerat) sebagai tempat transit yang sangat strategik sebelum meneruskan perjalanan ke Sumatera mahupun yang meneruskan ekspedisi ke Canton di China. Setelah singgah di India beberapa lama, pedagang Arab ini terus berlayar ke Bandar Aceh, Barus, terus menyusuri pesisir Barat Sumatera, atau juga ada yang ke Malaka lalu mereka meneruskan ekspedisi dakwah mereka ke China.

Tahun 726M (100H)
Ibn Abd Al Rabbih rah di dalam karyanya "Al Iqd al Farid", yang dikutip oleh Azyumardi Azra dalam bukunya “Jaringan Ulama Timur Tengah dan Kepulauan Nusantara Abad XVII dan XVIII’ menyebutkan adanya perhubungan antara raja Sriwijaya (Sri Indravarman) dengan Khalifah Umar bin Abdul Aziz rah. Pada sekitar tahun 100 H (726 M), Raja Sriwijaya berkirim surat yang isi surat tersebut adalah seperti berikut:

Dari Raja di Raja (Malik al Amlak) yang adalah keturunan seribu raja; yang isterinya juga cucu seribu raja; yang di dalam kandang binatangnya terdapat seribu gajah; yang di wilayahnya terdapat dua sungai yang mengairi pohon gaharu, bumbu-bumbu wewangian, pala dan kapur barus yang semerbak wanginya hingga menjangkau jarak 12 mil; kepada Raja Arab yang tidak menyekutukan tuhan-tuhan lain dengan Allah. Saya telah mengirimkan kepada Anda hadiah, yang sebenarnya merupakan hadiah yang tak begitu banyak, tetapi sekedar tanda persahabatan. Saya ingin Anda mengirimkan kepada saya seseorang yang dapat mengajarkan Islam kepada saya dan menjelaskan kepada saya tentang hukum-hukumnya

45 comments:

  1. mashallah,pengkaji sejarah...
    semoga pengorbanan sahabat menjadi asbab naiknya jasbah kita dlm menerus jejak lagkah mereka...

    ReplyDelete
  2. mashaAllah ?...9 tahun di atas kapal???
    memang betul darah yg mengalir dlm diri shabat darah pengorbbanan.....

    ReplyDelete
  3. terima kerana berkongsi info ini...
    semoaga Allah berkaiti usha tuan...

    ReplyDelete
  4. assalamualikum.
    wahh....akademiknya penulisan.
    historitikal thinking.(",)
    berapa lama nk ambil masa untuk kaji n siapkan artikel ni?pasti lama kn.mesti teliti.Bahan rujukannya lg.
    jadi rasa x adil n sia-sia,kalau saya baca artikelnya hnya sekali n bg comment ttg penulisannya. x berani.

    tp, tulah pengorbanan sahabat,seolah-olah memg hidupnya untuk kluar khuruj.xdanya masuk universiti pun,berani je nak p tasykil raja2,pmbesar2,y lain bangsa pula,utk peluk Islam.Memang hatinya yakin pada Allah dan Rasulullah.

    NusrahMu Ya Allah.
    Best.Kena baca lg dan lg.Bagi faham.

    ReplyDelete
  5. MasyaAllah tuan anak pendang.
    memang kena baca berkali2,heh
    sahabat2 nabi mmg ramai, entah mana tahu ada yang pernah sampai ke tanah melayu.
    betapa mereka bersemangat nak sebarkan agama.

    ReplyDelete
  6. saya setuju dngan pendapat dlm entri ini. hakikatnya, sejarah bangsa dan rumpun melayu di nusantara ini telah di manipulasikna barat supaya kita merasa sifar kebangsaan. bahkan, perjuangan ulama2 dahulu dlam menentang penjajahan mereka boleh pusing cerita seolah2 mereka pemberontak, inikan pula sejarah besar seperti ini, lagilah mereka tak nak orang2 melayu tahu hakikat sebenarnya. apa pun, kebenaran itu pasti dlam pengetahuan Allah..

    ReplyDelete
  7. 9 tahun amek masa nk g china.....x terbayang pengorbanan mereka...moga2 Allah kurniakan diri saya, penulis, dan pembaca2 walaupun secebis dari sifat pengorbanan para sahabat ra.hum

    ReplyDelete
  8. ISLAM tersebar kepada kita pada hari ini atas usaha dakwah yg di lakukan oleh para sahabat. Sesungguhnya tiada yg mustahil dengan izin ALLAH jika Allah berkata "kun fayakun" maka jadilah.

    jazakallah atas perkongsian. Jika x keberatan bolehlah share di artikel iluvislam.com

    ReplyDelete
  9. "Tidak kembali ke rumah!" - Sheikh Abdul Qoyyum.

    ReplyDelete
  10. Saya pernah dibawa ziarah ke makam sahabat di Peshawar Pakistan. Menurut penduduk di sana amirsab jemaah bernama Hazrat Sinnan r.hu, dan bilangan jemaah tidak dapat dipastikan antara 30-50 orang. Jadi saya berpendapat kemungkinan jemaah para sahabat telah sampai ke tanah melayu ini kerana para sahabat telah bertebaran ke seluruh alam. Oleh itu mari kita sambung perjuangan para sahabat dengan niat untuk berdakwah ke seluruh alam. InsyaAllah.

    ReplyDelete
  11. masih sangsi dengan tulisan antum..."Dengan penduduk seramai 350 juta orang,dan diantaranya beragama Islam,ianya menjadikan rumpun bangsa Melayu adalah bangsa Muslim terbesar di dunia,bahkan lebih besar jika dibandingkan dengan seluruh bangsa Arab yang merupakan bangsa pertama menjadi bangsa Muslim pertama.Ianya merupakan satu fenomena yang tidak ada pada bangsa lain dalam dunia ini.???
    fakta ni tuan dapat daripada mana? saje nak share ilmu supaya dpt sebarkan dgn berdalil. manunggu jwpn. apa2 pun tahniah syabas di ats penulisan di atas, teruskan bekarya. jazakallah.

    ReplyDelete
  12. sALAM.

    Komen nmbr 1 & 2 dh hilang? Pegi mana ya?

    ReplyDelete
  13. Anonymous 1:terima kasih...semoga mendapat manfaatnya..

    Anonymous 2: kapal mereka tanpa kompas,tanpa kanten..mcm mana tu?? Ya Allah x leh nk bayangkan...

    Anonymous 3:semoga mendapat manfaat...

    ReplyDelete
  14. ukhti,mardhiah : kakak nie dah xlebeh memuji plak???hahahah
    sahabat,daripd lapisan org,ada yg alim,ada yg sederhana..ada yg kaya,ada yg miskin,ada yg penyabar dan others..

    Ibnu Mutalib:saya rasa ada,sebab diorg ada di singgah di Melaka...mungkin seorg dua mcm tu la,makam sahabat di Mlysia,Hanya Allah saja yg tahu,pengorbanan mereka...

    amirhailmi:bukan setakat sejarah ini ja,di manipulasi oleh diorg,banyak lagi sejarah yg di manipulasikan oleh diorg...semoga Allah beri taufik pd kita utk istiqomah dlm agamanya.

    aNtu_BaEk : amin...semoga terima umat ini dlm meniru jejak lagkah para sahabat r.hum

    Srikandi Ummah :alamak nk "share??? segan la saya...

    ReplyDelete
  15. k : erk???x paham kawe...???

    oneaizzu : memang benar,para sahabt bertebaran di seluruh alam,hanya tidak di catit dlm sejarh je...hanya Allah saja ygb tau.

    Anonymous4:indon muslim hampir 320 muslim..campur Thailand,malaysia,dan umat islam di asia tenggara,kebanyakn mereka bersal dari keturunan melayu..

    aliaazuan :kak,komen2 itu mungkin dh di gigit anai2...mungkin boleh komen lagi skali...hahhah

    z@i :menarik?? kebesran Allah...

    ReplyDelete
  16. Besar pengorbanan sahabat.. AK????
    Benar kata2 quotation di atas....

    "Hari ini orang sibuk menangis hiba,tetapi kita masih gelak ketawa...."

    Ya Allah, pilihlah kami semua.

    ReplyDelete
  17. Alhamdulillah, asbab pengorbanan para sahabat r.anhum, kita dapat merasai nikmat Islam..

    Maka, mahu x mahu, sama2 azam untuk mencontohi pengorbanan para sahabat r.anhum.. Mereka kan umpama bintang2 di langit.. Kalau ikut mereka, nescaya mendapat petunjuk.. (",)

    Terima kasih atas daya usaha terhadap artikel yg menarik ni.. Moga Allah swt membalas dengan kebaikan yang banyak..(",)

    ReplyDelete
  18. Salam.Alhamdulillah...Semua ini atas kehendak Allah swt kerana dengan izinNYA kita berupaya menggerakkan jari jemari untuk berkerjasama dengan fikiran bahkan hati kita dalam suatu perkongsiaan.Subhanallah.

    Siapakah guru mereka yakni para sahabat?
    Siapakah suri teladan mereka?
    Subhanallah, itulah Muhammad saw putera Abdullah,utusan Allah kepada Umat manusia..
    Selawat dan salam ke atasnya..
    Rasullulah telah merindui umatnya di akhir zaman.siapakah umatnya itu?Mereka itu yakninya membaca Al Quran dan beriman dengan semua isinya. Berbahagialah orang yang dapat berjumpa dan beriman dengan Rasullulah. Dan tujuh kali lebih berbahagia orang yang beriman dengannya tetapi tidak pernah berjumpa dengan Rasullulah..Mudahan kita ini tergolong mereka yang di rindui Rasullulah.InsyaAllah..

    Entah mengapa ingin saya kongsikan komentar saya dengan mengaitkan melihat islam itu ada pada melayu.SubhanaAllah perancangan Allah segalanya.Saya ingin merujuk kepada kemelayuan pada zaman terdahulu.YAng sopan santun,lemah lembut dan berakhalak mulia.Masakan islam tersebar dengan mudah seiring dan sebati kepada jiwa orang-orang melayu.Sudah pasti islam itu tersebar dengan adanya usaha para sahabat2 ini.Terlalu unik hendak saya gambarkan pertalian melayu dan islam.

    Cuma disini ingin saya kongsikan akhlak mulia sudah memadai untuk memikat hati.Bagaimana rasullulah telah mengikat hati orang Muhajirin dan Ansyar apatah lagi pemimpin bangsa berlumba2 untuk menerima Islam.. dan kita pula bila lagi?Bagaimana akhlak kita?Dimana harus carinya akhlak tersebut?Sudah pasti ilmu...di mana letaknya ilmu?Sudah pasti di hati...jangan biar rumah letaknya iman itu berhabuk dan bersisa dengan kegelapan..jangan biarkan fikiran kita di racuni dek nafsu...jangan biarkan kita mengalah..ayuh bangunlah wahai saudaraku..tiada siapa yang harus memulainya..melainkan kita yang harus memulainya dulu..pergunakanlah akhlak kita sehinggakan kita sendiri pun terpikat..

    Maafkan saya komentar lari dari perbincangan asal..mudahan sama2 kita beroleh manfaat.Apa gunanya jika ada berjuta pun kubur para sahabat di sekeliling kita namun iktibar serta ibrah tidak kita ambil..fikir2kan saudaraku.

    ReplyDelete
  19. jazakAllah khuayr...

    masyaAllah... hebat sungguh. kita perlukan org yg macam tuan tanah untuk mengembalikan sejarah org Melayu.

    cuma kalau ikut fakta sejarah skrg penubuhan Melaka hanya pada tahun 1400M... adakah sejarah Melayu telah dimusnahkan oleh penjajah?...

    ReplyDelete
  20. Assalamualaikum tuan.
    Alhamdulillah..sampai juga kat sini dan meninggalkan komen yang tidak ada apa2 di bandingkan dengan kajian ilmiah tuan ni..

    Para sahabat dulu keluar dakwah dengan niat x mahu pulang ke rumah atau dengan kata lain mahu mati ketika berada di jalan Allah swt. Tapi kita sekarang, jika keluar khuruj, belum tangguh lagi dah fikir rencana yang perlu di lakukan apabila sampai di rumah nanti.

    Ada yang risaukan perniagaan, pekerjaan, keluarga dn macam2 perkara dunia semasa khuruj.
    Tapi para Sahabat r.hu pergi jihad dengan niat untuk syahid. Malah ada kisah, jenazahnya pun x mahu di bawa pulang ke rumah..huhu

    Jadi, tidak mustahillah..fakta mengatakan adanya kuburan para sahabat yang keluar untuk berdakwah di serata alam ini ada di Malaysia. Wallahu'lam.

    ReplyDelete
  21. SubhanaAllah....tinggi sungguh pengorbanan mereka jika dibandingkn dgn kita, bila difikir2 balik sumbangan kita terhadap agama terlalu kecil bila dibandingkan dgn mereka

    ReplyDelete
  22. haru tu saya dah beri komen apasal hilang, N3 ini ilmiah raya setuju, kemunkinan sahabat berada di seluruh dunia, kerana allah membantu mereka dalam perjalanan termasuk cara perjlanan mereka walaupun zaman kita banyak kenderaan canggih tetapi pergerakan mereka mungkin lebih cepat dgn pertolongan allah swt, wallahuaklam

    ReplyDelete
  23. Banyak sahabat buat kerja Agama tak balik tapi kita ....





    "mana abang ni...kata 3 hari je...patut dah balik dah ni" hu hu hu

    ReplyDelete
  24. Zamir Amno :soheh,memang benar besar kurban mereka,sebab itu Allah kasi darjat r.hum kpd mereka..

    fuad ansari :saya azam,tapi azam jgn sekadar di sini,doakan saya,sudah tafakut 40 hari 1 mei 2011..

    Zul'izah ochi :ok latu..panj skali skalo..hahaha
    muianya sesuatu bangsa terletak kpd amalan agamanya,tidak ada satu bangsa dlm dunia ini yg boleh meniru kehidupan di zaman rasul saw dan para sahabat..

    dzoelhakim : org Barat telah memperbodohkan kita,tapi yg pelik tu,org Islam memperakuinya?? pelik2..

    ReplyDelete
  25. umu6point :selamat datang kak...sahabat pergi berjihad bkan semata2 untuk berperang,tp adlah utk menghidupkan amalan agama..(contoh sahabt ke Parsi)

    Norsha :memang benar,tinggi tuu, 9 tahun ...dlm kapal yg serba dhoif...semoga Allah campakkan keinginan pd umat ini untuk ikut jejak langkah sahabat..

    Cikgu musa:benar,melalui amalan mereka,dapat melintasi laut dgn kuda,barangkali dgn nusrah daripada Allah,menjdikan mereka berkelana di seluruh dunia...

    seorangnenektua : 3 hari pun,isteri dh merungut,mcm mana nk keluar 9 tahun mcm sahabat dlm ekspedisi mereka ke China nie....

    ReplyDelete
  26. mashaallah.. entry yg ckp bgs.. cuma ada sdkt tmbhn tuan,cuma skdr utk berkongsi wk2 ana safar d india thn lepas, tempat yg kami tasykil 40 H d ratnagiri ada lbh krng 5 kbr shbt d situ,memanglah shbt rhum walaupun mereka x blh berbahasa urdu atau hindi sekali pun tetapi hdyt tetap sampai jg asbab mujahadah & pngrbn mereka..

    Setahu ana dianggarkan hampir ribuan shbt2 nabi dan tabien samada kbr mereka berada d india subcontinent ini mahupun yg telah sampai d sini antaranya:
    1. hakam ibn al aas r.a
    2. rabi' ibn tsabih rah.(bharuch,gujerat)
    3. tamim al ansari r.a (kovallam,tamil nad)dktkn salah seorang drp 313 shbt yg berserta nabi d badar.
    4. malik bin dinar rah. (kerala)
    5. adi bin hatim r.a

    dan beberapa sahabat yg sampai d chittagong,Bangladesh:
    1. Abdullah Ibn Utban
    2. Assem Ibn Amr Tameemi
    3. Sahel Ibn Abdi
    4. Suhael Ibn Adi
    5. Hakim Ibn Abeel Assaqafi

    ps:Kalau tuan mau rujukan yg lebih terperinci tuan cari kitab yg d krng professor Hamka berkenaan sejarah kedatangan islam.. d Masjid Tmn Selasih,Kulim pun ada.. he3

    ReplyDelete
  27. MasyaAllah.. bertebaran kuburan sahabat seluruh dunia. sampykan agama.

    Ulama bgtaw macam mana pun pengorbanan kita, tak mampu capai darjat pengorbanan sahabat. walaupun tak boleh capai, tapi kena ada niat dan azam untuk buat pengorbanan seperti sahabat2, dan usaha sampy mati.

    mudah-mudahan Allah bagi kekuatan pada kita semua.. InsyaAllah

    ReplyDelete
  28. Alhamdulillah..

    Tanpa ku minta dan mohon padaMU.. tanpa ku isi borang untuk jadi muslim dan mukmin....

    ku di lahirkan dalam agamaMU yang BENAR...

    ---------

    asbab pengorbanan, air mata, darah...dialirkan..tangan di kudungkan.. perut di laparkan...anak ditinggalkan...di yatimkan..isteri di jandakan....dan....NYAWA DI KORBANKAN....oleh siapa?????

    sehingga hidayah mencurah-curah ke serata bumi Allah...

    -------------

    Bersyukurlah kepada Rasulullah saw, para sahabat dan semua golongan terdahulu....

    Tanpa pengorbanan mereka SIAPAKAH KITA PADA HARI INI??? DI MANA KITA??? SEMBAH APA KITA??? DI MASJID KE ATAU DI CHURCH ATAU DI KUIL...????

    ----------

    hari ini kita bergembira dengan anak isteri.. kereta mewah... rumah besar... makanan dan minuman berlebih lebihan.. pakaian 3/4 almari.... tak pernah rasa lapar... tetapi MEREKA yang terdahulu...??? Korbankan segala keinginan MEREKA demi menegakkan AGAMA YANG SUCI ini....

    -----

    Para sahabat adalah manusia yg terpilih untuk bersama dan bersohbah dgn Rasulullah saw...

    Contoh dan tauladan untuk UMMAH.... tiada lagi manusia SUPER AJAIB seumpama MEREKA.....satu zarah dalam hati mereka pun...tiada terkesan dengan DUNIA....

    -----

    Mantasyabbaha biqoumin Fahuwa Minhum

    = Barangsiapa yang menyerupai suatu kaum maka ia termasuk golongan mereka =

    .... Ikuti mereka... semoga kita di golongkan di kalangan mereka apabila di bangkitkan nanti......

    ReplyDelete
  29. InsyaAllah akan ke Guangzhou pada June ini. Bole ziarah makam sahabat Saidina Saad b Abi Waqas r.hu.

    ReplyDelete
  30. Nazrinmovic:macam kenal ja..bekas syura Kulim ka??
    hahhaa,good info...buku di masjid Taman selasih tu dah di kebas org...xdan aku nk p...

    mhafiz_ydin :amin...semua kita kene amek pengajaran dari kisah ini...

    Faqir:bagus nasihat tuan...menusuk ke qalbu saya....oooowhh Allah ampunkan saya...

    Ummu Fatimah :mashaAllah,berjalan sungguh depa..semoga perjalan di berkaiti dan jadi asbab hidayat...

    ReplyDelete
  31. ha3.. owh ya ka dh kena kbs?insyaallah doa aku bln 8 ni 40 H..

    ReplyDelete
  32. Nazrinmovic:mungkin asbab ramai sangat jemaaah di masjid tu kot...

    ReplyDelete
  33. Artikel menarik wahai penulis muda yang hebat,
    suatu yang menarik di Bumi saya belajar, 3 sahabat serangkai yang Syahid di Medan Ghazwah Mu'tah, iaitu, saidina ja'afar bin abi tholib, abdullah ibn rawahah, dan zaid bin hartshah radhiallahu anhum ajma'inn..

    Cadangan: Penulis pergilah ke Bumi Syam iya, banyak sejarah ketamdunan boleh dinilai dengan Tanah Melayu. Mabruk alaik. USAH jemu menulis iya.

    ReplyDelete
  34. ibn suhaimi™ :terima kasih ustaz...
    inshaAllah,saya memang azamnya kesana....

    ReplyDelete
  35. alhamdulillah,
    farysa baru pergi makan saidina saad dekat guangzhou tu bulan lepas

    ReplyDelete
  36. farysa :oowh..yeke....bagus la..

    ReplyDelete
  37. Kedatangan Para Sahabah r.a.hum dan kedatangan Islam ke Nusantara boleh juga disemak dilaman ini.
    http://kedahcybersyburi.blogspot.com/
    Batu nisan Syeikh Abdul Qadir Al-Irah di langgar mencatatkan tarikh wafatnya pada tahun 93H/711M. Undang2 Kedah telah siap ditulis pada tahun 207H/822M

    ReplyDelete
  38. Sedikit Koreksi :

    1. Ustadz Muhammad Nur Abdurrahman, tidak pernah menulis tulisan berjudul Meninjau Kembali Masa Hidup Rasulullah. Tulisan tersebut dibuat oleh kanzunQALAM, yang ter-inspirasi oleh tulisan beliau yang berjudul Umur Nabi Muhammad SAW (570 - 632) Menurut Kalender Miladiyah?...

    Sumber Tulisan :

    Umur Nabi Muhammad SAW (570 - 632) Menurut Kalender Miladiyah?
    (Ustadz Muhammad Nur Abdurrahman)

    Meninjau Kembali Masa Hidup Rasulullah
    (kanzunQALAM)

    2. Berkenaan dengan, kemungkinan adanya surat Rasulullah kepada Raja Sriwijaya, adalah bentuk dari "Alternatif Historis" yang mungkin terjadi. Dan sekali lagi, merupakan opini dari kanzunQALAM dan bukan berasal dari Ustadz Muhammad Nur Abdurrahman...

    Sumber Tulisan :
    Sriwijaya Pintu Masuk Islam Ke Nusantara (kanzunQALAM)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih atas koreksi,inshallah,nanti saya akan menyemaknya semula.

      Delete
  39. Org tua2 kata org dulu belayar x guna kompas tp guna bintang di langit sebagai tunjuk arah, mungkin sahabat juga gerak lebih cepat dgn bantuan ghaib dari Allah, Allah kuasa makhlok tiada kuasa.

    ReplyDelete
  40. Islam began in Asia in the 7th century during the lifetime of its last prophet, Muhammad. A number of adherents of Islam have lived in Asia & specially South and West Asia since the beginning of Islamic history. Islam is said to have arrived in Manipur (Northeast India) in 615 AD via Chittagong which is part of present day Bangladesh's coast in the age of silk route (both onland and by sea) trades when Sa'ad ibn abi Waqqas (b.594-d.674 AD) and others namely Uwais al-Qarni (594-657), Khunais ibn Hudhaifa, Saeed ibn Zaid, Wahb Abu Kabcha, Jahsh and Jafar ibn Abu Talib preached there.

    ReplyDelete
  41. syeikh lepas tar tar serang kurun 12 pastu diorang umat islam sedar balik.. masa kurun 14 ce cite kaji sket karkun2 dari kurun tu gerak masuk konstantinopal amersap sultan mahmud alfateh. pastu wali songo maulana malik ibrahim ngan abang dia maulana ishak turun indon pastu laksamana cheng ho yg bapak dia haji maa tu turun philpina sulawesi sapu habis smpi surabaya melaka sume.. tu takaza kurun ke 14 tu.. mm.. belanja malam jumaat sket... https://www.youtube.com/watch?v=m9JEmfSXHYg

    ReplyDelete

Jika mahu memberikan komentar, silakan, berilah komentar dengan menggunakan laras bahasa yang sopan dan penuh beradab. Segala komentar yang menyelisihi laras bahasa sopan dan adab, insyallāh akan dipadam oleh team admin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Telah Link Blog Ini