Tanggal 11 Julai 2017 bersamaan 17 Syawal 1438H, dunia Islām telah dikejutkan dengan pemergian seorang Muhaddīth
hebat yang juga merupakan murid dan khalifah kepada Maulānā Zakarīyyā al-Kandhālawī
rah. Pemergian Maulānā Yunus al-Junfurī rah ketika usia beliau genap 80 tahun amat menyedihkan tatkala dunia Islām sedang menanti Magnum Opus beliau iaitu Nibrās al-Sarī ilā Riyād al-Bukhārī yang merupakan sebuah syarah kepada kitab Hadīth Sahīh al-Bukhārī di dalam bahasa arab. Maulānā Yunus rah begitu sibuk untuk menyiapkan syarahan tersebut, selepas kematiannya, beberapa orang murid beliau telah ditugaskan untuk mengemas bilik beliau lalu mereka telah mendapati bahawa Maulānā Yunus rah begitu menukuni khidmat untuk menyiapkan syarahan tersebut apabila beberapa orang murid beliau telah menjumpai beberapa catatan penulisan milik beliau di atas helaian kertas dipercayai beberapa catatan penting untuk syarahan Sahīh al-Bukhārī beliau.
Keghairahan Maulānā Yunus al-Junfurī rah dalam 'ilmu Hadīth amat luar biasa
Beliau mengajar Sahīh al-Bukhārī ketika hayat guru beliau selama 14 tahun kerana guru beliau (Maulānā Zakarīyyā rah meninggal dunia pada tahun 1982). Selepas Maulānā Zakarīyyā rah berhenti dari mengajar, Maulānā Zakarīyyā rah selalu menjadikan Maulānā Yunus rah sebagai rujukan beliau. Jika ada permasalahan yang berkaitan dengan 'ilmu Hadīth, maka mereka akan berbalas surat untuk menyelesaikan permasalahan tersebut. Menurut Maulānā Hazim al-Mazahīrī, kiriman surat-menyurat tersebut telah dihimpunkan dan menjadi kitab 5 jilid lengkap dan dinamakan al-Yawaqīt al-Ghalīyāh fi Tahqiq wa Takhrij al-Ahadīth al-'Aliyāh.
Ada beberapa masyaikh dari arab yang datang bertalaqqi dengan beliau. Antaranya ialah Syaikh Farid al-Bajī dari Tunisia
Nibrās al-Sarī ilā Riyād al-Bukhārī merupakan syarahan Sahīh al-Bukhārī yang pertama oleh Maulānā Yunus al-Junfurī rah dalam bahasa Arab.
Pengajaran Maulānā Yunus al-Junfurī rah dalam Sahīh al-Bukhārī telah dicatatkan oleh ramai anak muridnya. Beberapa kitab yang mensyarahkan Sahīh al-Bukhārī telah dihasilkan di dalam bahasa Urdu dan paling terbaru syarahan Sahīh al-Bukhārī beliau baru dihasilkan iaitu Nibrās al-Sārī ilā Riyād al-Bukhārī iaitu baru jilid pertama. Sememangnya pemergian Maulānā Yunus al-Junfurī rah merupakan satu kehilangan besar kepada dunia Islām khusus kepada penuntut 'ilmu Hadīth.
Sebagai bukti kecintaan seorang murid kepada gurunya, Allāh ta'ala telah memilih keturunan gurunya iaitu Maulānā Talha untuk memimpin Solat jenazah beliau. Maulānā Yunus rah telah dikebumikan disebelah guru pertama beliau di Madrasah Mazahīr al-'Ulūm yang juga Syaikh pertama yang membimbing beliau dalam tarīqat dan kesufian iaitu Maulānā As'adullāh al-Ramfurī rah.
Media-media massa di India telah melaporkan bahawa lebih sejuta umat Islām telah menyolati jenazah Maulānā Yunus al-Junfurī rah.
Bahkan di beberapa negara seperti di Malaysia, U.K, South Afrika dan lain-lain lagi telah diadakan solat jenazah ghaib. Hal ini telah membuktikan bahawa penerimaan Allāh terhadap insan yang banyak berkhidmat kepada perkataan kekasih-Nya ini. al-Fatihah
No comments:
Post a Comment
Jika mahu memberikan komentar, silakan, berilah komentar dengan menggunakan laras bahasa yang sopan dan penuh beradab. Segala komentar yang menyelisihi laras bahasa sopan dan adab, insyallāh akan dipadam oleh team admin.