Akhirnya Allāh ta'ala mengagalkan usaha beliau melalui dua permata Deoband pada ketika itu iaitu Mauānā Sayyid Husain Ahmad al-Madanī رحمه الله dan Maulānā Khalīl Ahmad al-Sahāranfūrī رحمه الله . Mereka berdua telah memainkan peranan penting dalam memberikan penerangan kepada para ulamā yang berada di Mekkah dan Madīnah. Setelah mendengar penjelasan daripada dua orang permata Deoband ini, maka para ulamā di Mekkah dan Madīnah telah mengesahkan bahawasanya para ulamā Deoband berpegang kepada akidah ASWJ. Selepas daripada itu juga Maulānā Khalīl Ahmad al-Sahāranfūrī رحمه الله telah menjadi murid kepada Syaikh Sayyid Ahmad al-Barzanjí رحمه الله .
P/s : Insyallah, di lain status , saya akan berkongsi pujian-pujian Syaikh Sayyid Ahmad al-Barzanjī رحمه الله kepada Maulānā Khalīl Ahmad Sahāranfūrī رحمه الله .
Rujukan
Muhammad Tsanī al-Nadwī al-Mazaharī, Al-syaikh Muhammad Khalīl Ahmad Ansarī al-Sahāranfūrī, terbitan Maktabah Nadwa al-Ulamā, Lucknow, India, (1976), hlm 40-41.
0 Komen kat sini:
Post a Comment
Jika mahu memberikan komentar, silakan, berilah komentar dengan menggunakan laras bahasa yang sopan dan penuh beradab. Segala komentar yang menyelisihi laras bahasa sopan dan adab, insyallāh akan dipadam oleh team admin.