Lihatlah Ulamā Deoband dalam menghadapi serangan daripada firqah Syiah. Demi untuk lebih mengetahui dan memahami ajaran Syiah dari orang Syiah sendiri, Maulānā Husain Ahmad al-Madani telah menghantar anak murid beliau yang bernama Maulānā Abd Sattar al-Tunsawi untuk tinggal di bersama Syiah Selama 6 tahun.
Ketika menghantar anak murid beliau ini, Maulānā Husain Ahmad al-Madani telah menangis lalu berdoa kepada Allah supaya anak murid beliau ini dijaga oleh Allah. Antara ancaman terbesar di sana nanti ialah maut (jika orang-orang syiah) mengetahui misi sebenar Maulānā Abd Sattar ini.
Beliau telah dihantar ke Qoms, Iran untuk mendalami ajaran syiah dari orang syiah sendiri. Di sana, beliau telah menyamar menjadi penganut syiah. Beliau telah beramal dengan ajaran Islam secara sembunyi-sembunyi Selama 6 tahun. Sehingalah beliau telah selesai mempelajari kesemua kitab-kitab ajaran syiah, beliau pulang ke India.
Selepas pemisahan India & Pakistan, beliau telah dihantar ke Pakistan untuk membanteras ajaran Syiah di sana. Misi beliau ini telah direstukan oleh gurunya. Di sana juga beliau telah mengarang puluhan jilid kitab-kitab yang menerangkan kebathilan ajaran syiah berdasarkan kitab-kitab ajaran syiah sendiri. Kitab karang beliau ini telah diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa, bahkan juga telah diterjemahkan kepada bahasa Melayu oleh Jabatan Mufti Johor.
Begitulah ulamā - ulamā kita di India, mereka sangat teliti dalam melakukan kajian terhadap sesuatu isu. Begitu jugalah keadaan mereka ketika berhadapan dengan pelbagai firqah yang muncul di India seperti Qadiani, Brelwi, Ghair Muqallid, Baha'i dan sebagainya.
Mereka sama sekali tidak mudah-mudah menghukum sesuatu perkara sehingga mereka benar-benar yakin akan penyelewengan sesuatu perkara. Inilah harga disebalik sebuah kebenaran. Maulānā Abd Sattar telah banyak mengarang kitab-kitab menerang kebathilan ajaran syiah. Kitab-kitab karangan beliau telah disebar dan diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa termasuklah ke dalam bahasa Melayu.
Dibawah ini ada link terjemahan kitab karangan Maulānā Abd Sattar al-Tunsawī رحمه الله yang telah diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu oleh Jabatan Mufti Johor.
Sila muat turun pdf terjemahan kitab ini.
https://drive.google.com/file/d/0BwoZvKcFm8hgY3d4a0dxODFvbjg/view?usp=sharing
Saya dapat tahu bahawa Jabatan Mufti Johor telah mengedarkan terjemah kitab ini ke seluruh masjid-masjid di negeri Johor.
No comments:
Post a Comment
Jika mahu memberikan komentar, silakan, berilah komentar dengan menggunakan laras bahasa yang sopan dan penuh beradab. Segala komentar yang menyelisihi laras bahasa sopan dan adab, insyallāh akan dipadam oleh team admin.