Pages

Friday, January 8, 2016

Mentelaah kitab hadīth hadīth merupakan Ubat demam bagi Maulānā Zakariyya al-Kandhalawī


Maulānā Zubaīr Chittagong حفظه الله di antara khalifah ajal dan murīd Syaikh al-Hadīth Maulānā Zakariyyā al-Kāndhalawī رحمه الله menceritakan sekali dalam musim haji, aku telah bersafar bersama guru aku ke Mekah sebagai khadim khasnya.

Kami tinggal di Jami'ah Saulatī'ah di Mekah, tiba-tiba kesihatan guru aku terganggu dan menjadi demam yang teruk, dua tiga hari berlalu, demam beliau semakin teruk,semua orang menjadi bimbang, ubat-ubat doktor seolah tidak memberi kesan kepada demam beliau.

Seorang doktor berkata, “haa kamu khadimnya, kamu mesti tahu ubatnya, aku kata, aku tidak tahu, lagi pula aku ini berbangsa Bengali, tak tahu apa-apa”, tiba-tiba muncul Mudir Madrasah Saulatī'ah yang juga merupakan khalifah kepada Maulānā Zakariyyā al-Kāndhalawī رحمه الله iaitu Maulana Salim رحمه الله. Beliau berkata tidak-tidak, “kamu mesti tahu kaedahnya pengubatannya sambil menekanku berlalu-kali”.

Aku berkata,”baiklah berikan aku kunci maktabah, lalu diberikan kunci maktabah kepada beliau, aku masuk ke maktabah sambil menyediakan tempat untuk guru aku, lalu aku kembali memapah guru aku masuk ke maktabah, aku meletakkan beberapa kitab Hadīth yang menarik bagi guru aku untuk ditelaah olehnya, guru aku memilih salah satunya lalu dengan penuh semangat guru aku mentelaahnya, Wallahi, tidak smpai setengah jam waktu beliau mentelaah kitab, aku dapati peluh sudah terkeluar keluar dari tubuh guru aku dan akhirnya demam guru aku serta merta telah hilang” [1]

Subhanallah!! Mentelaah kitab hadīth merupakan Ubat demam bagi Maulānā Zakariyya al-Kandhalawī

Rujukan 

[1]. Cerita ini disampaikan guru kami iaitu Maulānā Aswadī al-Mujadiddī حفظه الله yang bersama dengan (janggut putih) Maulana Zubair Chittagong حفظه الله sewaktu beliau berada di Malaysia baru-baru ini.

[2]. Khalifah ajal maksudnya antara khalifah tertinggi dalam silsilah disiplin tarīqat Chistīyyah. Khalifah majaz pula ialah khalifah yang diberikan keizinan untuk mengambil bai'ah daripada para salik yang lain (orang baru) dan boleh mewakilkan mursyidnya dalam mengambil bai'ah. Apabila seorang dikatakan khalifah ajal maka secara automatik beliau juga adalah khalifah majaz.

6 comments:

Jika mahu memberikan komentar, silakan, berilah komentar dengan menggunakan laras bahasa yang sopan dan penuh beradab. Segala komentar yang menyelisihi laras bahasa sopan dan adab, insyallāh akan dipadam oleh team admin.