Pages

Friday, November 27, 2015

Mimpi Maulānā Ilyas al-Kāndhalawī dan kaitannya dengan Usaha Dakwah

Masjid Bangla-Walī, Nizamuddin di mana seluruh dunia datang untuk mempelajari usaha dakwah ini.

Maulānā Zakariyya al-Kāndhalawī رحمه الله تعالى menceritakan," Beberapa hari yang lepas, aku teringat akan satu peristiwa yang terjadi kepada bapa saudara aku (Maulānā Ilyas al-Kandhalawī  رحمه الله تعالى ). Peristiwa ini berlaku di Madinah al-Munawarah.  Maulānā Ilyas al-Kāndhalawī رحمه الله تعالى telah datang Madinah al-Munawarah adalah untuk menziarahi pusara Nabi صلى الله عليه وسلم,kemudiannya beliau terus masuk ke Raudah al-Mubarak. Ketika beliau sedang beribadat di situ, beliau kelihatan kepenatan lalu telah tertidur. Apabila beliau tertidur, beliau telah bermimpi bahawasanya beliau telah mendengar satu suara datang dari arah pusara Nabi صلى الله عليه وسلم. Suara itu berkata, “kembalilah ke India, bahawasanya Allah سبحانه وتعالى akan mengambil kerja (dakwah ) daripada kamu”. Setelah itu, suara itu pun hilang. 

Apabila terjaga dari tidur, Maulānā Ilyas al-Kāndhalawī رحمه الله تعالى ketakutan memikirkan kejadian tersebut. Beliau telah meminta pandangan beberapa orang sahabat-sahabatnya. Lalu Maulānā Zakariyya al-Kāndhalawī رحمه الله تعالى berkata bahawasanya Allah سبحانه وتعالى  akan mengambil kerja (dakwah) ini melalui kerisauan kamu”, maka Maulāna Ilyas al-Kāndhalawī رحمه الله تعالى menjawab,” bagaimana aku hendak melakukannya sedangkan aku tidak boleh bercakap dengan lancar, ianya kerja (dakwah) ini akan menjadi lemah melalui aku”?

Saudara kami yang mulia iaitu Syaikh al-Islam Maulānā Sayyid Ahmad al-Madanī رحمه الله تعالى  telah berkata, “ Apa yang kamu hendak risaukan mengenai kerja (dakwah) ini, sedangkan kamu bukan diberikan arahan untuk melakukan kerja (dakwah) ini akan tetapi kamu telah diberitahu bahawasanya Allah سبحانه وتعالى akan mengambil kerja (dakwah) ini melalui kamu, dan aku yakin kamu adalah orang yang berkelayakan atas tanggungjawab dan amanah ini”.

Setelah mendengar kata-kata dari Syaikh al-Islam Maulānā Sayyid Husain Ahmad al-Madanī  رحمه الله تعالى itu, maka Maulānā Ilyas al-Kāndhalawī  رحمه الله تعالى mulai rasa tenteram. Setelah itu, beliau telah pulang ke India, dan memulakan kerja dakwah yang Mubarak ini. Masyallah, melalui usaha beliaulah, perubahan datang kepada masyarakat Islam dan usaha dakwah telah tersebar dengan meluas sekali melalui pengorban yang dilakukan oleh beliau.[1]

Rujukan 

[1]. Hazrat Sufi Muhammad Iqbal, Akabir ka Sulok, Maktabah as-Syaikh, Karachi, hlm. 11

3 comments:

  1. Segera Bergabung Dengan Kami Juga mposlot

    ReplyDelete
  2. Siapa yg riwayat Nabi saw.. Secara yakazah atau riwayat nabi dtg mimpi, mengajarkan kaedah usha yg ada pada hari ini... Ini kefahaman yg menyebar 30 tahun dulu lagi.. Tolong ust 2 bagi pencerahan?

    ReplyDelete
  3. Siapa yg riwayat Nabi saw.. Secara yakazah atau riwayat nabi dtg mimpi, mengajarkan kaedah usha yg ada pada hari ini... Ini kefahaman yg menyebar 30 tahun dulu lagi.. Tolong ust 2 bagi pencerahan? Asas usha maulana ilyas

    ReplyDelete

Jika mahu memberikan komentar, silakan, berilah komentar dengan menggunakan laras bahasa yang sopan dan penuh beradab. Segala komentar yang menyelisihi laras bahasa sopan dan adab, insyallāh akan dipadam oleh team admin.