Maulānā
Muhammad Ilyas al-Kāndhalawī telah banyak menghabiskan zaman kanak-kanak beliau di
Gangoh. Hal ini telah diterangkan oleh Maulānā Abūl Hasan Ali an-Nadwī di dalam kitab Hazrat Mawlānā Muḥammad
Ilyās Awr Un Ki Dīnī Da‘Wat, m/s 53.
Masjid Pertama Jemaah Dakwah & Tabligh (Jemaah 3 hari ) di keluar iaitu di perkampungan Mewat.
Gangoh adalah tempat berkumpulnya alim ulama dan para auliyya Allah. Pada masa itu, Maulānā Ilyas al-Kāndhalawī telah mendapat faedah besar apabila berpeluang tinggal di tempat ini. Siang dan malam masanya dihabiskan berdamping dengan para alim ulama dan para auliyya Allah ini. Antara alim ulama dan auliyya Allah yang didekati olehnya ialah Qūtb Irsyad Maulānā Rashid Ahmad al-Gangohī. Keadaan yang berlaku di Gangoh telah banyak mempengaruhi diri Maulānā Muhammad Ilyas al-Kāndhalawī.
P/s : Apabila seseorang mendapat peluang mendekati Maulānā Rashid Ahmad al-Gangohī dan duduk bersama di dalam majlis beliau. Hal ini merupakan satu nikmat yang sangat dicemburui oleh teman-teman yang lain. Peningkatan rohani Maulānā Muhammad Ilyas al-Kāndhalawī banyak dibentuk ketika beliau berada di Gangoh ini.
Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
ReplyDeleteJika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.
Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)