Darul Uloom Deoband satu legasi besar dalam dunia Islam
Di sini saya cuba senaraikan secara ringkas, sejarah hidup para Ulama yang
alim tetapi tidak dikenali oleh masyarakat luar. Mereka-mereka ini sebenarnya
merupakan permata yang berharga yang pernah hadir dalam masyarakat Islam
khususnya di benua Hindustan dan amnya di seluruh dunia Islam. Jadi saya
mengambil sedikit inisiatif dalam memperkenalkan serba sedikit sejarah hidup
mereka. Kesemua sejarah hidup mereka saya ambil dari buku yang dihasilkan oleh Syeikhul
Islam Mufti Muhammad Taqi Uthmani حفظه الله iaitu
Akabir Deoband Kya Thay. Seperkara lagi, ada juga kalangan ulama ini yang bukan
merupakan lepasan dari institusi pengajian terulung di benua Hindustan iaitu
Darul Uloom Deoband tetapi mereka ini merupakan lepasan dari mana-mana tempat
pengajian yang mempunyai kaitan dengan institusi Darul Uloom Deoband itu
sendiri. Susunan tokoh ulama di sini tidak mewakili apa-apa makna, sebaliknya
ia merupakan susunan yang saya nukilkan dari pengarang asal buku tersebut.
1. Syeikhul Hind
Maulana Mahmud Hasan Ad-Deobandi رحمه الله تعالى
Beliau dikenali sebagai
Syeikhul Hind merupakan pelajar pertama di Darul Uloom Deoband yang didirikan
pada tahun 1283 H/ 1867 M. Beliau merupakan seorang pelajar yang pintar dan
guru yang hebat dalam sejarah Darul Uloom Deoband yang mana kemudiannya telah
dilantik menjadi Sadr Mudarris (Guru Besar) yang ketiga dan Sarparast (Penaung)bagi
institusi tersebut. Dalam jalan kerohanian, beliau telah menerima ijazah
daripada Haji Imdad Ullah Muhajir Makki رحمه الله تعالى. dan kemudiannya menerimanya juga
dari Qutb Irsyad Maulana Rashid Ahmad Gangohi رحمه الله تعالى. Maulana Mahmud Hasan Ad-
Deobandi رحمه الله تعالى
meninggal dunia pada tahun 1339H / 1920 M dengan meninggalkan legasi para ulama
hebat seperti Hakimul Ummah maulana Ashraf Ali Thanwi رحمه الله تعالى, Maulana Muhammad Anwar Shah
Kashmiri رحمه الله تعالى,
Maulana Shabbir Ahmad Uthmani رحمه الله تعالى,Maulana Sayyid Husain Ahmad
Madani رحمه الله تعالى,
Maulana Ubaid Ullah Sindi رحمه الله تعالى dan ramai lagi.
2. Maulana Fakhr Ul
Hasan رحمه الله تعالى.
Maulana Fakhr Ul
Hasan رحمه الله تعالى adalah
merupakan pelajar pertama kepada pengasas Darul Uloom Deoband iaitu Al-Hujjatul
Islam Maulana Muhammad Qasim Nanotwi رحمه الله تعالى. Beliau telah menulis syarah
kepada Sunan Abu Daud iaitu At-Ta’liq Al-Mahmud . Beliau meninggal
dunia pada tahun 1318 H / 1897 M.
3. Maulana Qari
Mohammad Tayyib رحمه الله تعالى.
Beliau merupakan anak
kepada Maulana Hafiz Muhammad Ahmad Qasimi رحمه الله تعالى dan cucu kepada Maulana Muhammad
Qasim Nanotwi رحمه الله تعالى.
Beliau merupakan rakan sekelas kepada Mufti Muhammad Shafi’ Uthmani رحمه الله تعالى ketika belajar di Darul
Uloom Deoband. Mereka juga merupakan khalifah kepada syaikh sama iaitu Hakimul
Ummah Maulana Ashraf Ali Thanwi رحمه الله تعالى. Maulana Qari Muhammad
Tayyib رحمه الله تعالى telah dilantik menjadi Mohtamim (Canselor) Darul Uloom
Deoband pada tahun 1348 H / 1929 M dan memegang jawatan itu lebih separuh abad.
Beliau juga banyak mengambil bahagian dalam aktiviti bersama Jemaah Tabligh.
Nasihat-nasihat beliau juga telah diterbitkan sebanyak 10 jilid. Beliau telah
meninggal dunia pada 1403 H / 1982 M.
4. Maulana Hafiz
Muhammad Ahmad Qasmi رحمه الله تعالى.
Maulana Hafiz Muhammad
Ahmad Qasimi رحمه الله تعالى merupakan
anak lelaki kepada Maulana Muhammad Qasim Nanotwi رحمه الله تعالى. Beliau telah dilantik menjadi
Mohtamim (canselor) kelima Darul Uloom Deoband oleh Maulana Rashid Ahmad
Gangohi رحمه الله تعالى.
Pada tahun 1340 H / 1921 M, beliau telah dilantik menjadi Mufti Mahkamah Tinggi
di negeri Hyderabad Dakkan. Selepas prestasi yang baik ditunjukan oleh
beliau,ketika menjawat jawatan Mufti Mahkamah Tinggi, maka beliau telah
dilantik menduduki jawatan Sadar Mohtamim (Ketua Pengawai Pengurusan) yang
telah dibuat khusus untuk beliau oleh Majlis Shura (Majlis Konsultatif)
Darul Uloom Deoband dalam usaha untuk memastikan Darul Uloom Deoband tidak lari
dari matlamat asal penubuhannya. Beliau juga merupakan khalifah kepada Haji
Imdad Ullah Muhajir Makki رحمه الله تعالى. Beliau telah meninggal dunia
pada tahun 1347 H /1928 M ketika sedang berkhidmat dalam pengurusan Darul Uloom
Deoband.
5. Maulana Muhammad
Yasin رحمه الله تعالى.
Maulana Muhammad
Yasin رحمه الله تعالى.
merupakan ayah kepada Mufti Muhammad Shafi’ Uthmani رحمه الله تعالى.. Beliau berketurunan Sayyidina
Uthman bin Affan رحمه الله تعالى
dan merupakan rakan sekelas kepada Hakimul Ummah Maulana Ashraf Ali
Thanwi رحمه الله تعالى.
Guru-guru beliau adalah Maulana Muhammad Ya’qub Nanotwi رحمه الله تعالى, Syeikhul Hind dan Maulana
Sayyid Asghar Husain رحمه الله تعالى, Maulana Shabbir Ahmad
Uthmani رحمه الله تعالى
dan ulama terkenal Ahli Hadith (Ghair Muqallid) iaitu Maulana Thana Allah
Amritsari رحمه الله تعالى
Maulana Muhammad Yasin رحمه الله تعالى juga telah menjadi khalifah
kepada Maulana Rashid Ahmad Gangohi رحمه الله تعالى. Beliau meningga dunia pada
tahun 1355 H / 1936 M.
6. Maulana Rashid
Ahmad Gangohi رحمه الله تعالى.
Beliau juga boleh
dikatakan sebagai salah seorang dari pengasas utama institusi Darul Uloom
Deoband. Beliau merupakan rakan sekelas kepada Maulana Muhammad Qasim
Nanotwi رحمه الله تعالى.
Mereka telah memperolehi pendidikan awal daripada Maulana Mamluk Ali
Nanotwi رحمه الله تعالى
dan mempelajari ilmu hadith ditangan Shah Abdul Ghani Al-Mujaddidi رحمه الله تعالى. Selepas itu, mereka berbi’ah
kepada Haji Imdad Ullah Muhajir Makki رحمه الله تعالى. Telah diceritakan bahawa dalam
tempoh 40 hari sahaja, Haji Imdad Ullah Muhajir Makki رحمه الله تعالى telah menganugerahkan Maulana
Rashid Ahmad Gangohi رحمه الله تعالى. khilafah. Selepas kematian
Maulana Muhammad Qasim Nanotwi رحمه الله تعالى, Maulana Rashid Ahmad
Gangohi رحمه الله تعالى telah dilantik menjadi Sarparast (Penaung) kedua Darul Uloom Deoband. Pada tahun
1314 H / 1896 M, beliau juga telah menerima jawatan sebagai Sarparast kepada
sebuah lagi institusi pengajian iaitu Mazahir Uloom Saharanpur. Selepas
menunaikan haji buat kali ketiga, beliau telah memulakan pengajian hadith secara
sistematik yang dikenali sebagai “ Daurah Hadith” iaitu pengajaran kepada 6
buah kitab hadith utama iaitu Sahih Al-Bukhari, Sahih Muslim, Sunan Abu Daud,
Sunan Tirmizi , Sunan Nasa’i dan Sunan Ibnu Majah di Gangoh. Kira-kira 300
pelajar yang berpeluang mempelajari hadith bersama dengan beliau, termasuklah
Syeikhul Hind Maulana Mahmud Hasan Ad-Deobandi رحمه الله تعالى .Beliau telah meninggal dunia
pada tahun 1323 H / 1905 M.
7. Maulana Sahul Bhaghalpuri رحمه الله تعالى.
Beliau telah
mengajar di pelbagai madrasah di seluruh negara India dan kemudiannya dilantik
menjadi Sadr Mufti (Ketua Mufti) kelima Darul Uloom Deoband yang
bertanggungjawab terhadap semua fatwa dan hal ehwal yang melibatkan fatwa yang
diterima di Darul Uloom Deoband. Antara murid beliau ialah Maulana I’zaz Ali
Amrohi رحمه الله تعالى.Beliau meninggal dunia pada tahun 1367 H / 1947 M.
8. Hakimul Ummah Maulana Ashraf Ali Thanwi رحمه الله تعالى.
Hakimul Ummah Maulana
Ashraf Ali Thanwi رحمه الله تعالى juga
dikenali sebagai Mujaddid Millat. Salah seorang adalah seorang anak kelahiran
Darul Uloom Deoband yang tidak perlu diperkenalkan lagi kewibawaannya. Antara
murid yang paling dikasihi oleh guru beliau iaitu Maulana Muhammad Ya’qub
Nanotwi رحمه الله تعالى
dan khalifah kepada Haji Imdad Ullah Muhajir Makki رحمه الله تعالى. Beliau telah dilantik menjadi Sarparast
(Penaung) kelima Darul Uloom Deoband. Seorang yang dikenali sebagai penulis prolifik
dalam sejarah Islam dan telah menghasilkan buku dalam setiap disiplin ilmu
Islam. Walau bagaimanapun, Hakimul Ummah Maulana Ashraf Ali Thanwi رحمه الله تعالى lebih memberikan perhatian
terhadap ilmu tasawwuf. Percakapan serta nasihat beliau telah dicatat dan direkodkan
oleh para pengikut beliau kemudiannya telah diterbitkan sebanyak 60 jilid.
Beliau telah menulis syarah kepada karya penyair agung Farsi iaitu Maulana Jalal
Udin Rumi رحمه الله تعالى iaitu Mathnawi yang telah diterbitkan sebanyak 32 jilid. Beliau telah
meninggal dunia pada tahun 1362 H / 1943 M dengan meninggalkan pengikut beliau
seperti Mufti Muhammad Shafi’ رحمه الله تعالى, Maulana Muhammad masih Ullah
Khan Jalalabadi رحمه الله تعالى
, Maulana Qari Muhammad Tayyib رحمه الله تعالى, Maulana Sayyid Sulaiman
Nadwi رحمه الله تعالى,
Maulana Muhammad Wasih Ullah Khan Ilahabadi رحمه الله تعالى, Mufti Hasan
Amritsari رحمه الله تعالى,
Dr Abdul Hayy Arifi رحمه الله تعالى dan Maulana Abrar Haqq
Hardoi رحمه الله تعالى.
9. Maulana Akhbar Ali رحمه الله تعالى.
Beliau ialah murid
kepada Maulana Khalil Ahmad Saharanpuri رحمه الله تعالى , Maulana Muhammad Yahya
Kandhalawi رحمه الله تعالى dan
Maulana Muhammad Zakariyya Kandhalawi رحمه الله تعالى dan lain-lain ulama lagi. Selepas menamatkan
pembelajaran di Mazahirul Uloom, Saharanpur, beliau telah ditawarkan mengajar
hadith di institusi tersebut dan beliau telah mengajar di situ lebih daripada
30 tahun. Kemudian, beliau telah menerima pelawaan daripada Mufti Muhammad
Shafi’ Uthmani رحمه الله تعالى untuk mengajar di Darul Uloom Karachi, Pakistan. Di sana,
beliau telah menghabiskan masa selama 20 tahun mengajar di institusi tersebut.
Antara murid-murid beliau ialah Maulana Muhammad Yusuf Kandhalawi رحمه الله تعالى, Maulana
Muhammad Inam Ul Hasan Kandhalawi رحمه الله تعالى , Maulana Sa’id Ahmad
Khan رحمه الله تعالى, Mufti Muhammad Rafi’ Uthmani رحمه الله تعالى dan Mufti Muhammad Taqi
Uthmani رحمه الله تعالى. Beliau juga bertanggungjawab dalam menterjemahkan kitab Izhar
Al-Haq oleh Maulana Rahmat Allah Kiranawi رحمه الله تعالى dalam tempoh yang singkat
iaitu dalam tempoh 6 bulan. Beliau meninggal dunia pada tahun 1397 H / 1977 M
dan dikebumikan di tapak perkuburan Darul Uloom Karachi.
10. Mufti
Muhammad Hasan Amritsari رحمه الله تعالى.
Beliau adalah merupakan
khalifah tua kepada Hakimul Ummah Maulana Ashraf Ali Thanwi رحمه الله تعالى. Selepas menamatkan pembelajaran
di Darul Uloom Deoband dibawah bimbingan Maulana Muhammad Anwar Shah Kashmiri رحمه الله تعالى. Beliau telah mengajar hampir
separuh abad di Madrasah Ghaznawiyyah, Amritsar, India. Sepanjang beliau
tinggal di Amritsar, beliau telah mengajar tafsir Al-Quran di masjid yang
dihadiri oleh orang ramai dari pelbagai tempat. Selepas pemisahan antara
Pakistan dan India, beliau telah berpindah ke Lahore, Pakistan dan beliau telah
mendirikan Jamiah Ashrafiah, Lahore. Beliau telah meninggal dunia pada tahun
1380 H / 1960 M.
11. Maulana Ibrahim Balyawi رحمه الله تعالى.
Beliau adalah merupakan
bekas Sadr Muddaris (Guru Besar) di Darul Uloom Deoband, kemudiannya dilantik
menjadi Ketua Pengurusan Darul Uloom Deoband setelah kematian Maulana Sayyid
Husain Ahmad Madani رحمه الله تعالى. Maulana Ibrahim Balyawi رحمه الله تعال adalah
merupakan 4 orang pelajar hadith utama yang belajar ilmu hadith daripada
Syeikhul Hind Maulana Mahmud Hasan Ad-Deobandi رحمه الله تعالى. Beliau juga pernah dilantik
sebagai Sadr Muddaris di Jami’ah Islamiyyah, Dhabel, Gujerat. Beliau meninggal
dunia pada tahun 1387 H / 1967 M, kematian beliau telah meninggalkan ratusan
murid yang telah bertebaran di seluruh dunia.
12. Maulana Zahur
Ahmad رحمه الله تعالى.
Beliau merupakan
murid kepada Maulana Muhammad Anwar Shah Kashmiri رحمه الله تعالى dan beberapa orang lagi masyaikh
Darul Uloom Deoband. Beliau telah menghabiskan 45 tahun di dalam bidang
pengajaran, beliau telah mengajar di beberapa tempat antaranya ialah Jami’ah
Islamiyyah, Dhabel. Beliau juga merupakan khalifah kepada Syeikhul Hind Maulana
Mahmud Hasan Ad-Deobandi رحمه الله تعالى. Pada tahun 1383 H / 1963 M,
beliau telah meningga dunia.
13. Maulana Shah
Wasih Ullah Ilahadi رحمه الله تعالى.
Beliau merupakan antara
pengikut tua Hakimul Ummah Maulana Ashraf Ali Thanwi رحمه الله تعالى
bawah Maulana Muhammad
Anwar Shah Kashmiri رحمه الله تعالى dan Maulana Shabbir
Uthmani رحمه الله تعالى .
Perhimpunan zikir beliau akan dihadiri oleh ramai orang dari pelbagai
tempat tanpa mengira kelas sosial masyarakat. Beliau meninggal dunia pada tahun
1387 H / 1967 M.
14. Mufti Abdul Shakur Tirmizi رحمه الله تعالى.
Beliau merupakan anak kepada Mufti Abdul Karim Gumthalwi رحمه الله تعالى. Beliau
telah menamatkan pengajian dari Darul Uloom Deoband pada tahun 1365 H / 1946 M
dibawah didikan Maulana Sayyid Husain Ahmad Madani رحمه الله تعالى, Maulana
Idris Kandhalawi رحمه الله تعالى dan Maulana Fakhr Ul Hasan رحمه الله تعالى . Beliau juga pernah
tinggal di Madinah, di sana , beliau telah mempelajari dan menguasai beberapa
qira’at bacaan al-quran dibawah bimbingan Qari Muhammad Fatih رحمه الله تعالى. Beliau
juga telah berjasa kepada dunia Islam khususnya di Negara Pakistan dengan
mengasaskan penubuhan Madrasah Haqqaniyyah di Sahiwal, Pakistan. Buat pertama
kalinya, beliau merupakan khalifah kepada Maulana Zafar Ahmad Uthmani رحمه الله تعالى kemudian
menjadi khalifah kepada Mufti Muhammad Shafi’ Uthmani رحمه الله تعالى.
15. Mufti Abdul
Karim Gumthalwi رحمه الله تعالى.
Beliau merupakan lepasan dari institusi pengajian Islam terkenal di India
iaitu Mazahirul Uloom , Saharanpur. Beliau telah dilantik menjadi mufti, guru
dan pengarang kitab di Khanqa Hakimul Ummah Maulana Ashraf Ali Thanwi رحمه الله تعالى. Di Khanqa
tersebut, beliau telah menghabiskan umurnya dibawah didikan, bimbingan dan
nasihat daripada Hakimul Ummah Maulana Ashraf Ali Thanwi رحمه الله تعالى.Beliau juga
telah mengasaskan 100 madrasah yang mana keseluruhan madrasah ini telah
dibiayai oleh Hakimul Ummah Maulana Ashraf Ali Thanwi رحمه الله تعالى. Beliau
telah meninggal dunia pada tahun 1368 H / 1949 M.
16.Maulana Muhammad Anwar Shah Kashmiri رحمه الله تعالى
Maulana Muhammad
Anwar Shah Kashmiri رحمه الله تعالى adalah seorang Muhadith hebat yang menjadi
lipatan sejarah penubuhan Darul Uloom Deoband. Beliau merupakan seorang murid
yang istimewa kepada Syeikhul Hind Maulana Mahmud Hasan Ad-Deobandi رحمه الله تعالى kemudiannya dilantik menjadi Sadr Mudarris (Guru Besar) pertama
di institusi pengajian terunggul tersebut. Beliau seorang yang alim dalam ilmu
perbandingan agama dan pengajian sekular, bahkan beliau juga mengajar falsafah moden
kepada para muridnya termasuklah kepada Mufti Muhammad Shafi’ Uthmani رحمه الله تعالى. Selepas menamatkan pengajaran
di Darul Uloom Deoband,beliau
telah berpindah ke Jami’ah Islamiyyah Dhabel, Gujerat dan di sana beliau telah
mengajar untuk beberapa tahun. Antara murid-muridnya ialah Maulana Muhammad
Idris Kandhalawi رحمه الله تعالى , Maulana Badr Alam Mirathi رحمه الله تعالى, Maulana Manazir Ahsan Gilani رحمه الله
تعالى
, Maulana Sayyid Muhammad Yusuf Banuri رحمه الله
تعالى
dan Maulana Muhammad Manzur Nu’mani رحمه الله
تعالى.
17. Maulana
Badr Alam Mirathi رحمه الله تعالى.
Maulana
Badr Alam Mirathi Muhajir Madani رحمه الله
تعالى
adalah seorang murid kepada Maulana Muhammad Anwar Shah Kashmiri رحمه الله تعالى. Beliaulah yang bertanggungjawab dalam menyusun semula
syarah Sahih Al-Bukhari edisi bahasa Arab yang berjudul Fayd Al-Bari dan
merupakan penyusun kepada Tarjuman As-Sunnah. Beliau merupakan khalifah kepada
Qari Ishaq Mirathi رحمه الله تعالى
yang merupakan khalifah kepada Mufti Aziz Ar-Rahman Uthmani رحمه الله تعالى. Beliau meningggal dunia pada tahun 1358 H
/ 1939 M.
18. Maulana Muhammad Idris
Kandhalawi رحمه الله تعالى.
Maulana Muhammad Idris Kandhalawi رحمه الله
تعالى. adalah merupakan murid kepada Maulana Muhammad Anwar Shah
Kashmiri رحمه الله تعالى, Maulana Khalil Ahmad
Saharanpuri رحمه الله تعالى dan Maulana Shabbir
Ahmad Uthmani رحمه الله تعالى. Beliau merupakan
lepasan Darul Uloom Deoband dan Mazahirul Uloom Saharanpur. Beliau juga
merupakan rakan sekelas kepada Maulana Qari Muhammad Tayyib رحمه الله تعالى. dan Mufti Muhammad Shafi’ Uthmani رحمه الله تعالى. Beliau pernah dilantik sebagai Syeikhul
Tafsir (guru yang mengajar Tafsir Al-Quran) di Darul Uloom Deoband. Selepas
pemisahan India dan Pakistan, beliau telah memilih untuk berhijrah ke Pakistan.
Setibanya di Pakistan, beliau telah dilantik menjadi Syeikhul Hadith dan Tafsir
di Jami’ah Ashrafiya, Lahore, Pakistan. Beliau juga telah menulis pelbagai
jenis kitab dalam pelbagai jenis disiplin ilmu termasuklah Sirah, Tafsir dan
sebagainya. Beliau meninggal dunia pada tahun 1394 H / 1974 M.
19. Maulana Yusuf
Ludhyanwi رحمه الله تعالى.
Maulana Yusuf Ludhyanwi رحمه الله تعالى
adalah khalifah kepada Maulana Muhammad Zakariyya Kandhalawi رحمه الله تعالى. Pada tahun 1974 M, beliau telah dilantik
sebagai Ketua Majlis-i-Tahaffuz-i-Khatm-i Nubuwwat (sebuah organisasi yang
telah dikhususkan untuk mempertahankan Penutup Kerasulan Nabi Muhammad صلی اللہ علیہ وسلم. Beliau telah menjadi mangsa pembunuhan
pada tahun 2000.
20. Maulana Sayyid Muhammad
Yusuf Banuri رحمه الله تعالى.
Maulana Sayyid Muhammad Yusuf Banuri رحمه الله
تعالى adalah seorang murid istimewa kepada Maulana Muhammad Anwar
Shah Kashmiri رحمه الله تعالى. Beliau telah
bersafar bersama dengan gurunya ke Jami’ah Islamiyyah Dhabel dan telah dilantik
menjadi guru hadith di sana setelah kematian guru kesayangannya iaitu Maulana
Muhammad Anwar Shah Kashmiri رحمه الله تعالى.
Setelah permisahan antara India dan Pakistan, beliau telah kembali ke Pakistan
dan mengasaskan sebuah Institusi terulung di Pakistan iaitu Jami’ah Arabiyyah
Islamiyyah New Town. Beliau juga seorang Muhadith yang hebat yang telah
mengarang sebuah kitab syarah hadith (berbahasa Arab) bagi Sunan Tirmizi iaitu
Ma’arif As-Sunan berdasarkan pengajaran hadith oleh guru beliau iaitu Maulana
Muhammad Anwar Shah Kashmiri رحمه الله تعالى.
Beliau juga adalah merupakan seorang yang selalu berdamping (Mujaz-i Suhbah)
dengan Hakimul Ummah Maulana Ashraf Ali Thanwi رحمه
الله تعالى dan seorang pemimpin dalam dalam organisasi Khatm-i Nubuwwat.
Beliau meninggal dunia pada tahun 1397 H / 1977 M dan jenazah beliau telah
diimamkan oleh Dr Abdul Hayy Arifi.
P/s : akan bersambung.
0 Komen kat sini:
Post a Comment
Jika mahu memberikan komentar, silakan, berilah komentar dengan menggunakan laras bahasa yang sopan dan penuh beradab. Segala komentar yang menyelisihi laras bahasa sopan dan adab, insyallāh akan dipadam oleh team admin.