Kitab Hayatush Sahabah, kitab perjalanan kehidupan para sahabat Nabi صلی اللہ علیہ وسلم. Sumbangan Maulana Muhammad Yusof Kandhalawi رحمة الله عليه kepada masyarakat Islam. Tahqiq dan Ta'liq oleh Maulana Ilyas Barabankavi حفظه الله dan Maulana Muhammad Inam Ul Hasan Kandhalawi رحمة الله عليه terbitan Idarastore.
Mufti Azizur Rahman Bijnori حفظه الله [1] menulis [2] :
Maulana
Muhammad Yusof Kandhalawi رحمه الله تعالى [3] telah mula mengajar di Madrasah Mazahirul Uloom,Saharanpur,UP,India ketika masih bergelar pelajar lagi.Bahkan
selepas beliau menamatkan pembelajarannya di madrasah tersebut,beliau masih lagi kekal
dalam pekerjaan sebagai guru hadith di madrasah,menyelia pergerakan jemaah-jemaah
Dakwah Tabligh,menulis kitab-kitab dan sebagainya lagi.
Bilik yang pernah digunakan oleh Maulana Muhammad Yusof Kandhalawi رحمه الله تعالى ketika belajar di Madrasah Mazahirul Uloom,Saharanpur,UP,India.
Sekali,apabila
saya (Mufti Azizur Rahman Bijnori حفظه الله ) mengadu kepada Maulana Yusof رحمه الله تعالى bahawa saya sudah
penat mengajar,dan saya berharap bahawa tugas pengajaran saya ini diserahkan
kepada orang-orang yang lain yang lebih layak kerana saya mahu berada bersama
mereka yang sedang berada di Jalan Allah سبحانه وتعالى dalam beberapa hari.
Maulana
Yusof رحمه الله تعالى ketika mendengar rintihan saya terus berkata :
“Jangan
sesekali ,sebelum kamu keluar di Jalan Allah سبحانه وتعالى ,kamu harus mengajar dan kemudiannya selepas balik dari keluar di Jalan Allah swt kamu juga perlu
mengajar.Orang ramai akan berkata terhadap kita bahawasanya kita
melakukan Usaha Dakwah/Tabligh,kita seakan-akan menentang perjalanan
madrasah.Hal ini merupakan satu kesilapan daripada pihak mereka.Kami menganggap bahawa tugas pengajaran Islam adalah sebagai satu tugas yang
asas.Penglibatan kami dalam pengajaran adalah sebagai membuktikan perkara
ini.Kami berharap bahawa dengan penglibatan kami ini dalam pengajaran adalah satu
bukti bahawasanya ianya boleh disatukan dengan Usaha Dakwah/Tabligh.
Rujukan
:
____________________
[1]. Mufti Azizur Rahman Bijnori حفظه الله adalah ahli majlis Islamic Fatwa Academy (IFA)
____________________
[1]. Mufti Azizur Rahman Bijnori حفظه الله adalah ahli majlis Islamic Fatwa Academy (IFA)
[2]. Biografi Maulana Muhammad Yusof Kandhalawi رحمه الله تعالى- Amir Kedua Jemaah Dakwah Dan Tabligh,halaman 77,penerbitan Madrasah Altaf & Sons .
[3]. Maulana Muhammad Yusuf Kandhalawi رحمه الله تعالى dilahir pada 25 Jamiul Awwal 1335 H (20 Mac 1917M) di perkampungan Kandhala,UP, India. Beliau dilahirkan di dalam sebuah keluarga yang soleh dan taat. Ketika masih kecil,beliau telah didedahkan dengan persekitaran kesolehan ketika usia muda. Beliau menghafal Al-Quran pada usia sepuluh di tangan Maulana Khalil Ahmad Saharanpuri رحمه الله تعالى dan terus belajar hadith di tangan Maulana Muhammad Zakariyya Kandhalawi رحمه الله تعالى. Beliau mempunyai hubungan yang rapat dengan para ulama besar zaman beliau seperti Maulana Sayyid Husain Ahmad Madani رحمه الله تعالى, Maulana Abdul Qadir Raipuri رحمه الله تعالى Maulana Sayyid Abu Hasan Ali An-nadwi رحمه الله تعالى dan lain-lain lagi dan beliau juga diiktiraf sebagai salah seorang ulama besar pada waktu itu. Selepas bapanya, Maulana Muhammad Ilyas Kandhalawi رحمه الله تعالى meninggal dunia. Beliau telah dilantik menjadi amir Jemaah Tabligh. Beliau telah menghabiskan banyak masa dan usaha dalam Islam dan juga di dalam penghasilan kitab-kitab ilmiah. Dua buah kitab hasil sumbangan beliau yang terkenal adalah Amani Al-Ahbar Fi Sharh Ma'ani Al-Athar sebanyak 4 jilid (hanya 4 jilid berjaya disiapkan kerana beliau meninggal dunia) , Yang merupakan syarah kepada karya utama oleh Imam Ahmad Al-Tahawi رحمه الله تعالى, dan Hayatush Sahabah sebanyak 3 jilid. Maulana Muhammad Yusuf Kandhalawi رحمه الله تعالى meninggal dunia ketika usia 48 tahun di Lahore,Pakistan dan dikebumikan di perkarangan Masjid Banglawali Markaz,Nizamuddin,Delhi,India.
Great website. A lot of useful information here.
ReplyDeleteI'm sending it to a few friends ans also sharing in delicious.
And certainly, thanks on your sweat!
Also visit my web-site; http://news.goldgrey.org/gold-price/