Pages

Friday, August 1, 2014

Laporan Sekitar Majlis Pelancaran Dan Perasmian Kitab Selawat Barakat Makkiyyah

Alhamdulillah, pada tanggal 19 Julai 2014 bersamaan 21 Ramadhan 1435 H telah berlangsung satu majlis iaitu Majlis Pelancaran Dan Perasmian Kitab Selawat Barakat Makkiyyah yang diadakan di dewan solat utama Masjid Al-Falah USJ 9. Program ini telah dirancang sebulan yang lalu bagi memperkenal kitab Al-Barakat al-Makkiyah Fi ‘l-Salawat al-Nabawiyyah kepada masyarakat umum secara umumnya. Alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancar, majlis yang dijadualkan berlangsung pada selepas zohor itu telah berjalan seperti lanjarnya.
Poster rasmi untuk mengiklan majlis ini.

Iklan dan hebahan hanya dibuat pada 2 minggu terakhir sebelum majlis bermula, tapi kehadiran masyallah, boleh dikatakan hampir seribu orang yang hadir jika dicampurkan antara lelaki dan wanita. Seawal pukul 12 tengahari, para hadirin telah memenuhi perkarangan masjid. Kaunter pendaftaran hanya dibuka selepas zohor bagi memudahkan para peserta untuk mendapatkan kitab secara percuma setelah mereka berjaya mendaftar secara di atas talian (online) melalui medium perdaftaran yang disediakan oleh pihak penganjur iaitu melalui laman web kitabselawat.com. Pihak kami hanya akan menyediakan 200 kitab selawat secara percuma kemudiannya, selepas pendaftaran dibuka selama 2 minggu, ditambah kepada 113 buah kitab selawat lagi dan jumlah keseluruhan adalah 313 buah kitab selawat yang akan diberikan secara percuma kepada mereka yang mendaftar awal. 

Antara yang mengejutkan kami ialah kaunter pendaftaran kami telah diserbu oleh hadirin yang tidak berjaya mendaftar secara online. Dianggarkan jumlah hadirin yang mendaftar secara manual lebih ramai kerana bilangan mereka yang mendaftar adalah berkelompok-kelompok. Pada perkiraan saya, jumlah mereka tidak lebih daripada 400 lebih orang yang berbuat sedemikian. Hal ini mengambarkan sambutan hangat dalam hadirin yang sangat mendambakan majlis-majlis Mahabatul Rasul صلی اللہ علیہ وسلم seperti ini. Sambutan dari kalangan jemaah muslimat juga amat menggalakan. Alhamdulillah. 

Kaunter pendaftaran dikerumi oleh para peserta bagi mendapatkan kitab secara percuma. Alhamdulillah sebanyak 313 buah kitab berjaya diedarkan. Semoga Allah سبحانه و تعالى memberikan kebaikan yang berterusan kepada penginfaknya.

Maulana Hamzah Talib حفظه الله menyampaikan tausiyyah dengan mengajak hadirin supaya mencontohi kehidupan para sahabat  رضي الله عنهم dalam mencintai Nabi صلی اللہ علیہ وسلم.

Majlis berlangsung pada awal dengan dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Dato Sri Syed Zainal selaku nazir masjid Al-Falah USJ 9 kemudian majlis dimulakan. Slot yang pertama dimulakan oleh Al-Fadhil Maulana Hamzah Talib حفظه الله selaku murid pengarang kitab paling senior ketika menuntut di Jamia Ashrafia,Lahore,Pakistan. Kemudian majlis diserikan lagi dengan bacaan Naat/qasidah memuji Sayyiduna Nabi صلی اللہ علیہ وسلم. Bacaan naat ini amat popular di negara India/Pakistan. Ketika bacaan Naat ini, ramai yang sebak lantas mengalirkan air mata kerana kerinduan kepada Sayyiduna Nabi صلی اللہ علیہ وسلم .

Maulana Wan Aswadi حفظه الله ketika mengalunkan bacaan Naat. Mungkin pada umumnya merasa sedikit keganjilan kerana belum didedahkan mana-mana majlis yang di dalam mengalunkan bacaan Naat. 

Kemudian majlis diteruskan lagi dengan pengisian manaqib pengarang kitab oleh seorang lagi pengarang kitab iaitu Maulana Hasnul Hizam Hamzah حفظه الله . Manaqib pengarang kitab diceritakan oleh Maulana Hasnul حفظه الله sangat-sangat berkesan dihati, mujahadah guru beliau yang juga pengarang kitab selawat ini sangat-sangat menyentuh perasaan kami. Saya juga ada menulis sedikit manaqib Maulana Musa Ruhani al-bazi  رحمة الله عليه di sini.

Maulana Hasnul Hizam Hamzah حفظه الله memberitahu bahawa beliau mempelajari kitab Jami Tirmizi dari pengarang kitab selawat Maulana Musa Ruhani al-bazi  رحمة الله عليه iaitu pada tahun 1997. Pada tahun 1998 Maulana Musa Ruhani al-bazi  رحمة الله عليه  telah meninggal dunia.

Kemuncak majlis ialah penerangan mengenai kitab Al-Barakat al-Makkiyah Fi ‘l-Salawat al-Nabawiyyah oleh Maulana Muhammad Razif Mazahiri  حفظه الله . Dalam penerangan oleh Maulana Muhammad Razif Mazahiri  حفظه الله,beliau telah menerangkan kelebihan, cara membaca kitab dan harapan pengarang kitab tersebut kepada mereka-mereka yang hendak beramal dengan kitab tersebut. Maulana juga memimpin bacaan 1 hizb dari kitab selawat tersebut. Maulana juga merupakan individu terpenting dalam menerbitkan kitab selawat ini di Malaysia.
Orang ramai memenuhi dewan solat utama di masjid ini. 

Pancaran LCD projektor digunakan ketika bacaan kitab selawat secara beramai-ramai. 

Maklum balas yang diterima dari mereka-mereka yang hadir masyallah sangat memberangsangkan. Ada yang meminta supaya diadakan setiap bulan. Kami juga terperangkat apabila dalam data senarai kehadiran kami menunjukan bahawa kehadiran bukan setakat dari Selangor/ Kuala Lumpur tetapi ada yang sanggup datang sejauh Sarawak,Sabah,Pulau Pinang, Terangganu, Johor,Kelantan dan banyak lagi. Semoga Allah سبحانه و تعالى menganugerahkan ganjaran yang setimpal atas pengorbanan mereka-mereka yang sanggup datang dari jauh semata-semata untuk bersama-sama dalam majlis ini. Segala kekurangan dan kesulitan ketika berlangsungnya majlis ini amat dikesali. 

3 comments:

  1. Assalamualaikum ustaz..saya baru sahaja menerima 2 kitab ini setelah membelinya secara online..Alhamdulillah..semoga Allah menerima usaha ustaz yg mulia ini..semoga byk lagi kitab2 urdu yg akan diterjemahkan selepas ni..hayatus sahabah bila lagi?

    ReplyDelete
    Replies
    1. وعليكم السلام

      alhamdulillah, tahniah, semoga Allah سبحانه و تعالى berikan istiqomah pada tuan Muis. Insyallah banyak lagi kitab-kitab Urdu akan diterbitkan.

      Update Hayatus Sahabah baru di jilid pertama, mohon doakan supaya Allah سبحانه و تعالى permudahkan urusan penterjemahannya.

      Delete
  2. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh ustaz, saya baru hari ini terima kitab ini setelah membelinya online. ALHAMDULILLAH saya juga mendapat ijazah daripada anak pengarang untuk membacanya seperti mana yang disyorkan oleh ustaz.JAZAKALAHU KHAIRAN.

    ReplyDelete

Jika mahu memberikan komentar, silakan, berilah komentar dengan menggunakan laras bahasa yang sopan dan penuh beradab. Segala komentar yang menyelisihi laras bahasa sopan dan adab, insyallāh akan dipadam oleh team admin.