Difahamkan bahawa ini adalah perkuburan Al-‘Allamah al-Muhaqqiq al-Faqih al-Usuuli al-Muhadith-ul-asr Maulana Muhammad Zakariyya Kandhalawi rah di perkuburan Baqi',bersebelahan dengan kubur Imam Mujtahid Mutlak Al-Imam Malik bin Anas rah dan beliau jugalah telah mensyarahkan kitab Muwatta Imam Malik yang di beri judul Aujazul Masalik Ila Muwatta Imam Malik sebanyak 16 jilid. Bukankah Rasul saw telah memberi satu jaminan kepada mereka-mereka yang meninggal di perkuburan Baqi' (Madinah).Antara jaminan Rasul saw ialah "Dari Ibn Umar r.a. berkata: Bersabda Rasulullah saw : ”Siapa yang berkemampuan untuk meninggal dunia di Madinah,maka meninggallah di sana kerana aku akan memberi SYAFAAT kepada mereka yang mati di sana.(Riwayat Tirmizi dan al-Nasai)
Pengajaran daripada kisah di atas
Oleh hal yang sedemikian dapatlah kita dapat fahami bahawa adalah tersangat bahaya untuk bercakap/menghina yang buruk-buruk terhadap orang-orang soleh,para ulamak dan wali-wali Allah swt yang mana pasti akan mendatang kemurkaan daripada Allah swt.Hal ini telah di tegas oleh Allah swt di dalam firmannya dalam hadith Qudsi "مَنْ آذَىْ لِىْ وَلِـيًّا فَقَدْ آذَنْتُ لَهُ بِحَرْبٍ " (Siapa yang menyakiti waliKu,maka Aku isytiharkan perang buat dirinya.) (Riwayat Bukhari)
Baru-baru ini saya telah di tunjukan satu kenyataan beberapa orang individu yang sangat biadap dan jelek akhlaknya. Mereka menghina dan meragui status aqidah Maulana Muhammad Zakariyya Kandhalawi rah,kebinasaan apakah yang mereka sedang ciptakan.Wahai Allah,daku serahkan mereka ini kepadamu sebagai perhitungan.
Rujukan
[1]. Malfuzat Faqihul Ummat Mufti Mahmud Hasan Gangohi,Jilid 2,halaman 470.
gambar perkuburannya tu shoheh tak? ruju' dr mane?
ReplyDeleteSahihlah...x percaya pergi tengok sendiri lh
DeleteGambar saya dapat dari Cardoba Academy.Memang koleksi simpanan saya.
ReplyDeleteilla hadrati sayyidina maulana muhammad zakariya al-kandahlawi lahul faatihah...
ReplyDelete