Seorang buzruk (orang lama) Tabligh Malaysia telah menceritakan kepada saya bahawa beliau telah berjumpa dengan Syeikhul Hadith Maulana Muhammad Zakariyya Kandhalawi rah ( 1898-1982 M) di Markaz Dakwah/Tabligh Nizamuddin,Delhi,India.Pertemuan ini sekitar tahun 1978 iaitu kira-kira 4 tahun sebelum Syeikhul Hadith meninggal dunia.Antara kata-kata Syeikhul Hadith kepada beliau ialah :
1.Syeikhul Hadith memberitahu bahawa beliau mencintai dan menyayangi Jemaah-Jemaah dari Malaysia.
2.Syeikhul Hadith membuat doa khusus untuk Umat Islam di Malaysia.Dalam doanya beliau memohon kepada Allah swt supaya di Malaysia lahirnya pendakwah-pendakwah yang ikhlas dan lahirnya madrasah-madrasah aliran Deobandi di Malaysia.
3.Jangan berpecah daripada tiga kerangka kerja kenabian ini iaitu Dakwah,Madrasah dan Tazkiah.
Majlis Khatam Bukhari oleh Madrasah Miftahul Ulum,Sri Petaling pada tahun 2013.
Alhamdulillah Summa Alhamdulillah,kesan daripada doa Maulana ini ialah kita dapati betapa banyak
madrasah-madrasah yang menggunakan pakai kaedah Dars-Nizami (kaedah Deobandi) iaitu sistem
pengajian peringkat Dauratul Hadith kelas 7 dan 8 mulai tumbuh mekar di negara kita.Di sini hasil daripada kajian saya,antara madrasah-madrasah yang
yang telah di asaskan berdasarkan kaedah pengajian ini di Malaysia adalah :
1.Madrasah Miftahul Ulum,Sri Petaling,Kuala Lumpur (Syeikhul Hadith Maulana Abdul Hamid Chin).
2.Madrasah Tahfiz Miftahul Ulum,Hulu Langat,Selangor ( Syeikhul Hadith Maulana Abdul Razak Nokman Kushairi).
3.Madrasah Al-Quran Kubang Bujuk,Kuala Terangganu,Terangganu (Syeikhul Hadith Maulana Abdul Fattah Abbas).
4.Madrasah Al-Quran Sinaran Baru,Johor Bharu,Johor (Syeikhul Hadith Maulana Muhammad Faisal Mohd Zain ).
5.Madrasah Mazahirul Ulum,Bukit Choras,Kota Sarang Semut,Kedah (Syeikhul Hadith Maulana Muhammad Arrozi).
6.Madrasah Tahfiz Mengkuang Titi,Penanti,Pulau Pinang (Syeikhul Hadith Maulana Najmi bin Abdul Hai).
7.Pusat Pengajian Darul Kautsar,Kota Bharu,Kelantan (Syeikhul Hadith Maulana Muhammad Asri Yusoff).
8.Darul Ulum Ihya Ulumuddin,Jalan Langgar,Alor Setar,Kedah (Syeikhul Hadith Maulana Muhammad Abdul Khadir An-Nadwi)
9.Madrasah Tahfiz Darul Ulum Islamiyyah Sungai Salan,Jerantut,Pahang (Syeikhul Hadith Maulana Johari Ali).
10.Maahad Tahfiz Al-Quran Lorong Alif,Jitra (Syeikhul Hadith Maulana Amar Ma’ruf Haji Ahmad).
11.Darul Uloom Al-Hilmiah,Titi Besi,Kepala Batas,Kedah (Syeikhul Hadith Maulana Muhammad Sanadi Abu Bakar).5.Madrasah Mazahirul Ulum,Bukit Choras,Kota Sarang Semut,Kedah (Syeikhul Hadith Maulana Muhammad Arrozi).
6.Madrasah Tahfiz Mengkuang Titi,Penanti,Pulau Pinang (Syeikhul Hadith Maulana Najmi bin Abdul Hai).
7.Pusat Pengajian Darul Kautsar,Kota Bharu,Kelantan (Syeikhul Hadith Maulana Muhammad Asri Yusoff).
8.Darul Ulum Ihya Ulumuddin,Jalan Langgar,Alor Setar,Kedah (Syeikhul Hadith Maulana Muhammad Abdul Khadir An-Nadwi)
9.Madrasah Tahfiz Darul Ulum Islamiyyah Sungai Salan,Jerantut,Pahang (Syeikhul Hadith Maulana Johari Ali).
10.Maahad Tahfiz Al-Quran Lorong Alif,Jitra (Syeikhul Hadith Maulana Amar Ma’ruf Haji Ahmad).
Pejabat Madrasah Al-Quran Kubang Bujuk yang berwajah baru.
Perkarangan Madrasah Al-Quran Sinaran Baru,Johor Bharu.
Majlis Khatam Bukhari yang di anjurkan Madrasah Tahfiz Miftahul Ulum,Hulu Langat telah di hadiri oleh Syeikhul Hadith Maulana Abdul Majid Krordpakka daripada Pakistan.
Maulana Johari Ali Syeikhul Hadith di Madrasah Tahfiz Darul Ulum Islamiyyah,Sungai Salan,Jerantut,Pahang.Insyallah tahun 2014 merupakan tahun pertama madrasah ini akan mengadakan majlis Khatam Bukhari.Buat julung-julung kalinya Syeikhul Hadith di Jamiah Binoori Town yang juga ulamak terkenal di dunia Maulana Dr Abdul Razzaq Iskandar akan mengendalikan majlis khatam Bukhari ini.
Hampir keseluruhan pelajar-pelajar Pengajian Alim (kitab) (8 tahun) termasuk Dauratul Hadith (2 tahun) di madrasah-madrasah ini 80-90 peratus sama para guru yang mengajar atau para pelajarnya adalah terdiri daripada mereka yang menghafaz al-Quran. Para pelajar yang tidak lancar hafalannya tidak akan diterima untuk memasuki kelas Pengajian Alim (kitab) .Maka tidak dapat tidak mereka wajib untuk melancarkan dulu mutu bacaan al-Quran mereka.Manakala pelajar-pelajar kelas Pengajian Alim (Kitab) akan diuji hafalan mereka seperti hafalan kitab-kitab lain akan diuji kemampuan hafalan mereka dalam peperiksaan.Walaupun begitu pengajian madrasah ala Deobandi ini masih lagi baru dalam kalangan masyarakat kita,dari sudut kemampuan madrasah-madrasah kita untuk menghasilkan kemampuan yang sama seperti yang terdapat di madrasah-madrasah di India/Pakistan masih jauh lagi,tapi insyallah,jika tidak bermula dan berusaha ke arah itu daripada sekarang,siapa lagi yang mulakannya.Dahulu madrasah-madrasah di India/Pakistan pun mereka juga bermula seperti ini juga, tetapi dengan kesabaran dan kegigihan mereka,natijahnya kita dapat lihat di mana madrasah-madrasah mereka di segani di seluruh dunia.
Umumnya mengetahui bahawa kebanyakan pengajian Hadith secara Dauratul Hadith ini didirikan berdekatan dengan markaz Utama Jemaah Tabligh dan yang menjadi pengasas kepada madrasah ini ialah mereka-mereka yang bergiat aktif di dalam Jemaah Tabligh.Manakala guru-guru yang mengajar di madrasah ini pula terdiri daripada ulamak-ulamak di dalam Jemaah Tabligh Malaysia.
Pelajar Dauratul Hadith Madrasah Miftahul Ulum Sri Petaling sedang mengulangkaji pelajaran pada sebelah malam
Kebanyakan pengajar di madrasah-madrasah ini adalah lepasan daripada pengajian Dauratul Hadith dari Madrasah-madrasah besar di India dan Pakistan yang sememangnya terkenal di dunia dengan pengajian hadith dirayah dan riwayah beserta sanad muttasil Rasulullah Saw.
Maka saya secara insafnya,merasakan bahawa pergerakan Jemaah Tabligh khususnya di Malaysia di pantau dan di beri garis panduan oleh para ulamak ini dan tuduhan setengah pihak bahawa Jemaah Tabligh mendahulukan hadith dhaif dan meminggirkan hadith sahih maka ia adalah dakwaan tak berasas sama sekali.
P/s: Jika ada sebarang kesilapan/ralat boleh di beritahu kepada saya di ruangan komen.Insyallah.
Darul Kautsar 9 tahun.dauratul hadis tahun 8 dan 9.Dalam dua tiga tahun ni baru disingkatkan kepada 8 tahun.
ReplyDeletePusat Pengajian Darul Kautsar,Kota Bharu,Kelantan (Syeikhul Hadith Maulana Muhammad Asri Yusoff)....erm..sy nak tanye,,,maulana muhammad asri yusoff yg mane ye?? kenapa dalam kuliahnye ade bibit-bibit wahabi??
ReplyDeleteItu sangka buruk kamu tuu..
DeleteMaulana Asri lepasan Darul Ulum Deoband,Nadwatul Ulama dan Jamiatul Ulum al-Islamiyyah.Semua madrasah ni aliran Deobandi.Cuma beliau menggabungkan kedua2 aliran.Aliran Deobandi dan aliran Ahli hadis.Tidak pelik kalau ada orang yang menuduh beliau Wahabi,sedangkan ulama2 aliran Deobandi sendiri dituduh Wahabi termasuk ulama2 Jamaah Tabligh oleh golongan Brelwi.Bahkan di Malaysia pun ada berlaku.Memang ada pandangan beliau yang menyerupai wahabi/salafi.Tetapi banyak juga yang tak sama.Dalam mazhab Malik sendiri,tidak berdakap tangan ketika qiam dalam solat,sama dengan Syiah.Adakah kita boleh menuduh pengikut Mazhab Malik sebagai Syiah?Dari pemerhatian saya,pandangan beliau lebih banyak meyerupai Syeikh Yusuf al-Qaradhawi daripada Wahabi/Salafi sebab beliau berpegang dengan manhaj taisir.Yang pasti,beliau tidak menyesatkan golongan Wahabi/Salafi ni,sebagaimana Syeikh Yusuf Qaradhawi juga.Di Darul Kautsar diajar juga kitab tauhid Asyairah/sifat 20 seperti Jauharatut Tauhid dan ilmu mantik sedangkan setahu saya ulama Wahabi/Salafi tidak menerima kedua-duanya.
Deletemaaf,saya memilih untuk tidak mengulas...
DeleteMaulana asri pegi deoband umur 9 tahun ..penah jumpa Maulana zakariya masa umur maulana asri 10 tahun. Maulana zakariya usap kepala dia dan doakan sesuatu...sesuska hati je nak label orang wahabi...apasal wahabi masuk neraka ke
DeleteMadarsah Darul Uloom Lilbanat khas untuk hafizah dan alimah sahaja kelolaan Maulana Hisham di Jalan Klinik ,Bukit Naga,Shah Alam.SemuaMadrasah bersandarkan aliran Deoband
ReplyDeleteboleh bagi infonya secara detilnya...
DeleteMadrasah lil banat mengkuang titi..
ReplyDeleteBoleh bagi maklumatnya,kami kita kumpulkan sekali.insyallah
Deletemadrasah lil banat di sinaran baru.
ReplyDeletedi jangka tahun ini khatam bukhari buat pertama kali.
asatizah adalah produk lepasan sri petaling.
madrasah lil banat sinaran baru ni,kelas dauratul hadis belajar sunan sittah dan muwattho' macam banin juga ke?
DeleteBoleh berikan maklumat kepada penulis,insyallah,nanti kita kumpulkan
DeleteMaulana Asri memuji dan mengiktiraf usaha dakwah dan tabligh, Alhamdulillah. Beliau juga memuliakan Maulana Zakariyya Rahimahullah. Juga beliau tidak bermasalah dengan khurujnya Jamaah Tabligh dalam tempoh 3 hari, 40 hari dan 4 bulan.
ReplyDeletehttps://www.youtube.com/watch?v=qkvH-ryLbqI
https://www.youtube.com/watch?v=3L-91gqQg_4
https://www.youtube.com/watch?v=NCve4GR1wNc
Fuad kena tambah lg snarai kitab2 yg d guna kn spanjang pgajian ... FZ
ReplyDeleteJika saudara Anonymous boleh tolong,saya berbesar hati yang teramat sangat.
DeleteTumpang tanya. Saya nak hantar anak belajar. Madrasah2 ni ada buat ghast, 2 1/2 jam, keluar 3 hari setiap bulan tak?
ReplyDeleteGuru kami Tg Wan Izzudin Pendang juga merupakan anak murid Maulana Muhammad Zakariyya Kandhalawi rah.
ReplyDeleteAssalaamu'alaykum warahmatullah... maaf, saya dari indonesia. Bolehkah saya tahu informasi tentang madrasah darul uloom lilbanat? Apakah khusus untuk akhwat? Programnya apa saja? Terima kasih sebelumnya.
ReplyDeleteMaulana asri yang kata habib umar sesat tu kan?
ReplyDeleteKau nih tahu nk kata org sesat jer...dia tu ramai ank murid
DeleteSaya mujib dari indonesia,,,saya nak hantar anak saya masuk madrasah di malaysia,,tolong bagi informasi tentang madrasah alimah untuk anak perempuan saya,,,Jazakallah khairan
ReplyDeleteSaya mujib dari indonesia,,,saya nak hantar anak saya masuk madrasah di malaysia,,tolong bagi informasi tentang madrasah alimah untuk anak perempuan saya,,,Jazakallah khairan
ReplyDelete