Maulana Anwar Shah Kashmiri rah (1875-1933 M) telah berkata , “ Ada
beberapa orang guru yang hebat pada masa ini,walau bagaimanapun,hanya ada
seorang saya rasa yang paling faqih dan alim.Beliau itu ialah Maulana Khalil Ahmad
Saharanpuri rah (1852-1927 M). [1]
Rumah Maulana Anwar Shah Kashmiri di Kashmir,anak beliau Maulana Anzar Shah Kashmiri rah (1927-2006 m) memberitahu bahawa ketika kebakaran rumah ini,betapa banyaknya khazanah-khazanah penulisan milik bapa beliau yang turut termusnah sekali.[Naqsh-e-Dawam].
Antara Ulamak yang pernah mendapatkan didikan daripada
beliau(Maulana Khalil Ahmad Saharanpuri rah) ialah Maulana Muhammad Zakariyya Kandhalawi rah (1898-1982 M),Maulana Muhammad Ilyas kandhalawi rah (1885-1943 M),bahkan
Maulana Muhammad Yusof Kandhalawi rah (1917-1965 M) pernah di pelihara oleh Maulana Khalil Ahmad Saharanpuri
ketika usianya mencecah 10 tahun sehingga Maulana Muhammad Yusof telah menghafal al-quran ketika berumur 10 tahun di hadapan beliau,bahkan Maulana Yusof memanggil beliau
dengan gelaran “Abba” yang bererti ayah.Betapa akrabnya Maulana Muhammad Yusof
Kandhalawi rah dengan Maulana Khalil Ahmad Saharanpuri sehinggakan Maulana
Yusof pernah menolak suapan roti daripada khadim Maulana Saharanpuri dan
menangis untuk minta di suapkan roti oleh Maulana Saharanpuri sendiri.[2]
Maulana Muhammad Ilyas dan Maulana Muhammad Zakariyya
Kandhalawi rah adalah merupakan khalifah (berbiah dalam jalan
kerohanian/tariqat) kepada Maulana Khalil Ahmad Saharanpuri.Rujukan :
[1]Malfuzat Faqih Ummah Mufti Mahmud Hasan Gangohi,halaman 177,jilid 3 oleh Mufti Muhammad Faruq Mirathi.
[2]Sawanih Maulana Muhammad Yusof Kandhalawi,halaman 2,oleh Maulana Syed Muhammed Thani Hasani
0 Komen kat sini:
Post a Comment
Jika mahu memberikan komentar, silakan, berilah komentar dengan menggunakan laras bahasa yang sopan dan penuh beradab. Segala komentar yang menyelisihi laras bahasa sopan dan adab, insyallāh akan dipadam oleh team admin.