Sahabat saya (Adnan Faiz,murid kepada Syeikhul Hadith Maulana Muhammad Yusof Motala,Syeikhul Hadith di Darul Uloom Arabiyyah,Bury,England telah berkongsi dengan saya satu kisah yang menarik.Beliau (Adnan Faiz) telah menghadiri satu majlis anjuran DarulIfta.com di mana di hadiri oleh Mufti Muhammad Ibn Adam al-Kawthari.Dalam majlis itu,Mufti Saheb telah menceritakan pengalamannya menziarahi Yaman dan menziarahi Al-Habib Umar bin Muhammad bin Salim hafidzahullah .Antara bait-bait cerita tersebut adalah seperti berikut.
Al-Habib Muhammad Bin Salim rah adalah seorang ulamak yang terkenal di Yaman dan di seluruh dunia.Klik untuk lihat biografi beliau di sini
Al-Habib Umar bin Muhammad bin Salim hafidzahullah (selepas ini di kenali sebagai Habib Umar) telah memberitahu saya
bahawa beliau pernah melapangkan masa bersama dengan Jemaah Dakwah &
Tabligh di India.Beliau berkata bahawa ayahnya Al-Habib Muhammad Bin Salim rah (selepas ini di kenali sebagai Habib Muhammad) sendiri
mempunyai hubungan yang amat baik dengan amir Jemaah Dakwah & Tabligh iaitu
As-Syeikh Maulana Muhammad Yusof Kandhalawi rah.Beliau menambah lagi bahawa
ayahnya juga mempunyai hubungan yang baik dengan Syeikhul Hadith di benua India
iaitu As-Syeikh Muhammad Zakariyya Kandhalawi rah.
Semoga Allah swt merahmati Maulana Muhammad Yusof Kandhalawi dan Al-Habib Muhammad Bin Salim atas jasa mereka terhadap dunia Islam
Habib Umar sendiri telah menceritakan kepada saya
bahawa ayahnya juga mempunyai hubungan yang rapat dengan Ulamak-ulamak Deoband.Ketika
ayahnya berada di India,beliau berada di samping As-Syeikh Maulana Muhammad
Yusof Kandhalawi,pengarang kitab Hayatush Sahabah.Beliau berkata sewaktu
,Maulana Muhammad Yusof Kandhalawi telah menyiapkan kerja-kerja penulisan kitab
Hayatush Sahabah,Habib Muhammad bersama dengan beliau dan telah membantu
menyusun beberapa perkara penting bagi kitab tersebut.
Kitab Hayatush Sahabah yang di karang oleh Maulana Muhammad Yusof Kandhalawi kemudiannya di tahqiq dan syarh oleh muridnya sendiri iaitu Maulana Ilyas Baranbankawi
Edisi cetakan yang mana terdapat
penulisan daripada Habib Muhammad pada kitab Hayatush Sahabah masih lagi
wujud sampai sekarang.Habib Ali Al-Jifri (ketika menziarahi Syeikhul Hadith Maulana Muhammad Yusof Motala) juga telah memberitahu bahawa Habib Muhammad adalah sahabat baik kepada As-Syeikh Maulana Muhammad Zakariyya
Kandhalawi rah dan oleh kerana itulah Habib Umar telah datang ke India untuk
melapangkan masa bersama dengan Jemaah Dakwah & Tabligh beberapa tahun yang
lepas.
P/s :Mufti Muhammad Ibn Adam al-Kawthari adalah penyelidik di http://www.daruliftaa.com/
Jom dengar bacaan Hayatush Sahabah daripada Alim Ulamak Masjid Jami' Sri Petaling di sini
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteCatatan pengalaman di Yaman tu terdapat pada link http://daruliftaa.com/node/64
ReplyDeletetumpang tanya
ReplyDeleteMufti Muhammad Adam Al-Kawthari bermazhab apa?
Syeikhuna bermazhab Hanafi
DeleteNak tnya..lain pada web syeikh..mohon syeikh bagi li k eeb lain yang kngsi2 tng ulamak aliran deoband..slain blog syeikh dan ibnnawi
ReplyDeleteNak tnya..lain pada web syeikh..mohon syeikh bagi li k eeb lain yang kngsi2 tng ulamak aliran deoband..slain blog syeikh dan ibnnawi
ReplyDeletesaya tidak pasti...maaf ye...
ReplyDelete