Kitab Fadhilat A'mal yang di kemas kini oleh Maktabah Ilmiah,MUSP.
Sebelum ini timbul satu polemik dari mereka yang mempunyai pemikiran yang dangkal selalu melemparkan tuduhan seperti "mengapa kalian membaca kitab Fadhilat A'mal ,sedangkan di dalamnya di penuhi dengan hadith-hadith yang lemah,lebih baik kalian membaca kitab Sahih Bukhari dan Muslim kerana di dalamnya di jamin seratus peratus mempunyai hadith-hadith yang sahih-sahih belaka".
Pemikiran sebegini adalah satu pemikiran yang jumud dan tidak memahami fiqh dakwah dalam realiti sesuatu jemaah.Adakah dengan menyuruh satu orang tidak pernah mengenali mushaf-mushaf al-quran serta amalan-amalan agama yang lain tetapi di suruh membaca kitab Sahihain itu.Perlu di ketahui bahawa mereka yang melibatkan diri di dalam usaha Jemaah ini adalah terdiri daripada kalangan para ulamak dan golongan awamun naas (orang awam).Justuru itu,kita perlu menilai semula,apakah kaedah untuk mendidik mereka ini.
Sebenarnya apabila kita berada dalam Usaha Jemaah Tabligh ini,kita terikat dengan usul,adab dan tertibnya.Tetapi apabila kita di lapangan infradi kita bebas untuk melakukan dakwah sesuai dengan kemampuan kita seperti menulis,memberikan syarahan dan sebagainya.Begitu juga dengan kaedah menuntut ilmu,di dalam usaha Jemaah Dakwah dan Tabligh,kita tidak terikat dengan satu kitab sahaja,cuma dalam menuntut ilmu maka tiada had kepada kitab-kitab tersebut sahaja,tetapi apabila di kelas-kelas pengajian dibuka terutamanya dalam bidang hadith sama ada secara umum untuk orang awam ataupun secara khusus untuk pelajar-pelajar madrasah.Di MUSP,Markaz Jemaah Tabligh di Sri Petaling,Kuala Lumpur sendiri, ada pengajian hadith, fiqh akhlak untuk orang awam dan para aktivis Usaha Jemaah Tabligh sendiri,begitu juga Ulamak-ulamak Usaha Jemaah Tabligh sendiri mengajar kitab seperti Kutubus Sittah, Misykatul Masabih,Syarah Aqidah Tahawiyah,tafsir 30 juzuk, Fiqh Sunnah dan sebagainya untuk orang awam mahupun pelajar-pelajar madrasah.
Untuk kembali ke perbincangan asal berkaitan tajuk di atas,saya lampirkan artikel yang di tulis oleh Ustaz Umar Muhammad Noor dan ini FB rasmi beliau https://www.facebook.com/umarmnoor.
Artikel ini
bukan ingin menghalangi anda dari membaca Sahih Muslim. Sebaliknya, tulisan ini
hanya ingin menempatkan Sahih Muslim di tempat yang sepatutnya.Untuk kembali ke perbincangan asal berkaitan tajuk di atas,saya lampirkan artikel yang di tulis oleh Ustaz Umar Muhammad Noor dan ini FB rasmi beliau https://www.facebook.com/umarmnoor.
Kelas Pengajian Sahih Muslim di ajar di Kelas Dauratul Hadith di Madrasah-Madrasah milik Usaha Jemaah Tabligh.
Kitab Sohih
Muslim (tajuk aslinya: Al-Musnad Al-Shahih Al-Mukhtasar min Al-Sunan bi Naql
al-’Adl ’an al-’Adl ’an Rasululillah Saw) adalah antara mahakarya dalam ilmu
hadis yang paling unggul. Hadis-hadis yang tercantum di dalamnya berasal dari
300 ribu hadis yang telah disaring dengan teliti, lalu diperlihatkan kepada
berbagai pakar hadis di masanya untuk penyemakan silang. Hasilnya, kitab Sahih
Muslim menjadi salah satu rujukan terpenting untuk mendapatkan hadis-hadis yang
sahih berasal dari Nabi Saw.
Dari Abu
Hamid Ibn Al-Syarqi, berkata Imam Muslim: “Tidaklah aku mencantumkan hadis di
dalam Musnad ini melainkan dengan hujjah. Dan tidaklah aku menggugurkannya
melainkan dengan hujjah.”[1]
Berkata Makki
bin ‘Abdan: Aku mendengar Muslim berkata: “Aku perlihatkan kitab Musnad-ku ini
kepada Abu Zur’ah. Setiap hadis yang beliau katakan mengandungi ‘illat, maka
aku tinggalkannya. Dan setiap hadis yang beliau katakan sahih dan tidak ada
‘illat, maka itulah yang aku cantumkan. Andai seorang ahli hadis menulis hadis
selama 200 tahun, niscaya ia hanya akan berputar di sekitar kitab Musnad ini
juga.” [2]
Apabila
membaca Sahih Muslim, saya yakin bahawa kitab ini murni berorientasi hadis,
bukan fiqh. Maksud saya, perhatian utama Imam Muslim apabila menyusun kitab ini
lebih tertuju kepada memastikan kesahihan suatu riwayat ketimbang istinbat
hukum yang terkandung di dalamnya. Maka hanya pembaca yang menguasai logik dan
perspektif ahli hadis sahaja yang dapat memahami isyarat-isyarat Imam Muslim
dalam kitab ini dan menggali imu-ilmu yang tersembunyi di dalamnya. Adapun
pembaca yang pikirannya hanya tertuju kepada istinbat hukum, apalagi orang awam
yang tidak mengkaji ilmu alat dengan sempurna, maka keduanya tidak mungkin
dapat menggunakan kitab ini sepertimana yang diinginkan oleh penulisnya
sendiri.
Kitab Sahih
Muslim berbeza dengan Sahih Al-Bukhari. Jika Al-Bukhari sangat aktif
memperlihatkan “ijtihad pribadinya” setiap kali meriwayatkan hadis, seperti
yang terlihat dalam tajuk-tajuk babnya, Muslim menulis kitabnya tanpa bab-bab
bertajuk. Siapa yang mengkaji kitab ini pasti yakin bahawa Imam Muslim
mengelompokkan hadis-hadisnya dalam suatu kelompok tertentu, namun beliau tidak
menamakan kelompok itu dengan tajuk tertentu.[3] Beliau hanya menyebutkan nama
kitab (misal: kitab Solat) lalu mengisinya dengan hadis-hadis dari berbagai
sanad. Para ulama terkemudian, salah satunya Imam Al-Nawawi, menamakan kumpulan
menjadi bab-bab yang bertajuk tertentu.[4]
Susunan
(tertib) hadis-hadis dalam sahih muslim diiktiraf memiliki nilai ilmiah yang
sangat tinggi sehingga sebahagian ahli hadis menempatkan kitab ini di atas
Sahih Al-Bukhari karenanya. Imam Muslim biasa membuka kumpulan hadis (atau bab)
dengan hadis-hadis bermutu tinggi (dikenal dengan istilah usul), lalu
mengiringinya dengan hadis-hadis lain yang memiliki kandungan yang mirip namun
dengan sanad yang berbeza (mutabaat dan syawahid). Jaminan sahih hanya
diberikan kepada hadis-hadis kategori usul, sementara mutabaat dan syawahid
nilainya sangat beragam. Sebahagiannya sahih, namun tidak sedikit juga yang
daif karena ‘illat yang terkandung di dalamnya.
Membezakan
hadis-hadis usul daripada mutabaat dan syawahid sangat penting disadari oleh
setiap orang yang membaca dan mengkaji kitab ini untuk tujuan istinbat hukum.
Kebanyakan, kalau tidak semua, kritikan yang ditujukan kepada sahih Muslim
tertuju kepada hadis-hadis dalam kategori mutabaat dan syawahid.[5] Sementara
hadis-hadis usul, kalaupun ada kritikan yang tertuju kepadanya, maka kebenaran
selalunya memihak kepada Imam Muslim. Kegagalan membezakaan hadis-hadis Sahih
Muslim ini hanya akan membawa kekeliruan dalam menilai hadis, selanjutnya
menyebabkan kesalahan dalam membangun akidah dan fiqh pegangan kita.
Dan, harus
diakui, hanya para pakar hadis yang dapat melakukan tugasan ini dengan baik,
bukan orang yang tidak pernah mengkaji ilmu hadis dengan mendalam ataupun orang
awam. Imam Abu Ismail Abdullah bin Ahmad Al-Ansari (w. 481H) pernah berkata:
“Kitab Al-Tirmidzi menurutku lebih bermanfaat daripada kitab al-Bukhari dan
Muslim. Sebab kedua kitab ini tidak dapat dikeluarkan faedah (ilmu-ilmu)
daripadanya melainkan oleh seorang ulama yang sangat pakar. Adapun kitab
Al-Tirmidzi, maka semua orang boleh mengambil faedah daripadanya.”[6]
Anda mungkin
bertanya: Jika benar ada hadis-hadis mutabaat dan syawahid di dalam Sahih
Muslim, apa sebenarnya maksud dan tujuan Imam Muslim meriwayatkan hadis-hadis
ini?
Jawapan untuk
soalan ini sangat beragam dan berbeza satu hadis dengan yang lain. Di bawah
ini, saya akan menyebutkan sebahagian daripada motif-motif tersebut sebagaimana
pengamatan saya apabila membaca hadis-hadis yang terkandung di dalam kitab ini.
Saya akan menyebutkan satu misal yang diambil dari kitab Sahih Muslim untuk
menjelaskan perkara ini secara lebih praktikal.
1.
Sebagai Penguat Kandungan Hadis Usul.
Ini adalah
motif utama Imam Muslim meriwayatkan hadis-hadis mutabaat dan syawahid selepas
hadis usul, yakni sebagai penyokong sekaligus bukti bahawa hadis usul yang ia
riwayatkan ini tidak syadz, malah memiliki jalur yang cukup banyak.
Motif ini
jelas sekali dapat kita temukan dalam berbagai tempat di Sahih Muslim. Salah
satunya dalam kitab bersuci (al-Taharah), Imam Muslim meriwayatkan hadis Ibn ‘Uyainah,
dari Abu Al-zinad, dari Al-A’raj, dari Abu Hurairah, bahawa Nabi Saw bersabda:
“Apabila salah seorang kamu beristinja dengan batu, maka beristinjalah tiga
kali. Dan jika seseorang kamu berwudhu, maka masukkanlah air di hidungnya lalu
hembuskanlah.”[7]
Beliau lalu
menyokong hadis ini dengan riwayat Abdurazzaq, dari Ma’mar, dari Hammam, dari
Abu Hurairah, dari Nabi Saw: “Jika salah seorang kamu berwudhu, maka
masukkanlah air ke hidungnya lalu hembuskanlah.”[8]
Selanjutnya,
diikuti dengan hadis Malik, dari Ibn Syihab, dari Abu Idris Al-Khaulani, dari
Abu Hurairah, bahawa Nabi Saw bersabda: “Sesiapa yang berwudhu, maka
masukkanlah air di hidungnya. Dan sesiapa yang beristinja dengan batu, maka
ganjilkanlah.” Riwayat ini dikuatkan dengan riwayat Yunus, dari Ibn Syihab,
dari Abu Idris, dari Abu Hurairah, dari Nabi Saw dengan lafaz yang serupa.[9]
Hadis ini
lalu diikuti dengan hadis Ibn Al-Had, dari Muhammad bin Ibrahim, dari ‘Isa bin
Talhah, dari Abu Hurairah, bahawa Nabi Saw bersabda: “Jika salah seorang kamu
bangkit dari tidurnya, maka masukkanlah air ke hidungnya tiga kali. Sebab setan
menginap di lubang hidungnya.”[10]
Bab ini lalu ditutup dengan riwayat
Abdurazzaq, dari Ibn Juraij, dari Abu Al-Zubair, dari Jabir, bersabda Nabi Saw:
“Apabila salah seorang kamu beristinja dengan batu, maka ganjilkanlah.”[11]
Semua riwayat
yang disebutkan ini sahih dan saling menyokong satu sama lain. Imam Muslim
menyusunnya dengan sangat teliti dan menempatkan sanad yang terkuat sebelum
sanad yang lebih rendah daripadanya.
2.
Menunjukkan Tambahan (ziyadah) Di Dalam Sanad.
Dalam kitab
Al-Radha’ (susuan), Imam Muslim meriwayatkan dari Sufyan Al-Thauri, dari
Muhammad bin Abi Bakar, dari Abdul Malik bin Abi Bakar bin Abdurahman bin
Al-Harith bin Hisyam, dari bapanya, dari Umi Salamah bahawa Nabi Saw apabila
mengawininya menetap bersama selama tiga hari.[12] Hadis ini bersambung
(muttasil) dari awal hingga ke akhirnya.
Setelah hadis
ini, Imam Muslim lalu meriwayatkan dari Malik, dari Abdullah bin Abi Bakar,
dari Abdul Malik bin Abi Bakar, dari Abdul Malik bin Abi Bakar, dari Abu Bakar
bin Abdurahman, dari Nabi Saw.[13] Hadis ini mursal sebab ia tidak menyebutkan
sahabat yang menghubungkan antara Abu Bakar bin Abdurahman dan Nabi Saw.
Riwayat ini disokong oleh riwayat Sulaiman bin Bilal, dari Abdurahman bin
Humaid, dari Abdul Malik bin Abu Bakar yang meriwayatkannya secara mursal
seperti riwayat Malik.[14]
Ini
menunjukkan adanya ikhtilaf di dalam sanad hadis ini, adakah ianya muttasil
ataukah mursal. Kenyataan Imam Muslim mendahulukan hadis Sufyan yang muttasil
menunjukkan bahawa beliau memilih untuk mensahihkan hadis ini dan menerima
sanad Sufyan sebagai ziyadah thiqat. Beliau lalu menyokongnya dengan riwayat
Abdurahman bin Ziyad, dari Abu Bakar bin Abdurahman, dari Umi Salamah di akhir
bab.[15]
3.
Menunjukkan Kesalahan Perawi di Dalam Sanad.
Kebalikan
daripada kes ini adalah hadis yang diriwayatkan Imam Muslim di Mukaddimah
Sahih-nya, dari Muadz Al-‘Anbari dan Ibn Mahdi, keduanya dari Syu’bah, dari
Khubaib bin Abdirahman, dari Hafs bin ‘Asim, bahawa Nabi Saw bersabda:
“Cukuplah seseorang berdusta, jika ia menceritakan semua yang ia dengar.”[16]
Hadis ini mursal sebab Hafs bin ‘Asim bukan seorang sahabat, jadi tidak pernah
berjumpa dengan Nabi Saw.
Imam Muslim
lalu meriwayatkan setelahnya hadis dari ‘Ali bin Hafs, dari Syu’bah, dengan
sanad dan matan seperti di atas, hanya sahaja ia berkata:dari Hafs bin ‘Asim,
dari Abu Hurairah, dari Nabi Saw.[17] Jadi, ‘Ali bin Hafs menyebutkan di dalam
sanad hadis ini nama Abu Hurairah, sementara murid-murid Syu’bah yang lain
tidak menyebutkannya.
Imam Muslim
mengisyaratkan bahawa tambahan ini lemah dan tertolak dengan meletakkan hadis
mursal riwayat Mu’az dan Ibn Mahdi sebelum hadis ‘Ali bin Hafs. Hadis ini,
dengan begitu, adalah mursal menurut Imam Muslim.[18]
4.
Menunjukkan Kesalahan Perawi dalam Menyebut Nama.
Di awal kitab
Al-Talak, Imam Muslim menyebutkan berbagai hadis-hadis berkaitan dengan kisah
Ibn Umar ra yang menceraikan isterinya dalam keadaan haid, lalu Rasulullah Saw
memerintahkannya untuk merujuk isterinya kembali.[19] Di akhir bab, beliau
menyebutkan hadis Hajaj bin Muhammad, dari Ibn Juraij, dari Abu Al-Zubair, bahawa
ia mendengar Abdurahman bin Ayman Maula ‘Azzah bertanya kepada Ibn Umar: “Apa
pendapatmu jika seseorang menceraikan isterinya dalam keadaan haid?” Ibn ‘Umar
menjawab: ...[20]
Imam Muslim
menyebutkan setelah ini sebuah riwayat dari Abdurazzaq, dari Ibn Juraij, Abu
Al-Zubair memberitahuku: bahawa ia mendengar Abdurahman bin Ayman Maula ‘Urwah
bertanya kepada Ibn ‘Umar...[21]
Imam Muslim
berkata: “Ia keliru mengatakan: Maula ‘Urwah, sebenarnya adalah: Maula ‘Azzah.”
5.
Menunjukkan Kekeliruan Perawi dalam Matan Hadis.
Di kitab
Solat Al-Musafirin wa Qasruha, Imam Muslim meriwayatkan hadis Malik bin Anas,
dari, Abu Al-Zubair, dari Said bin Jubair, dari Ibn ‘Abbas: “Rasulullah Saw
pernah menjamak zuhur dan asar,, maghrib dan isyak, bukan karena takut dan
safar.”[22]
Ini adalah
sanad yang paling kuat bagi hadis ini karena diriwayatkan oleh tokoh-tokoh fiqh
dan hadis dari Madinah. Apalagi, Imam Malik disokong oleh Zuhair bin Mu’awiyah
yang meriwayatkan hadis ini dari Abu Al-Zubair dengan sanad dan lafaz yang sama.[23]
Beberapa
hadis setelahnya, Imam Muslim meriwayatkan dari Sulaiman Al-A’masy, dari Habib
bin Abi Thabit, dari Said bin Jubair, dari Ibn Abbas dengan lafaz yang sama.
Hanya sahaja, ia berkata di akhirnya: “bukan karena takut dan hujan.”[24]
Imam Muslim
sengaja menyebutkan riwayat ini untuk menunjukkan kekeliruan yang terdapat di
dalam matannya. Seharusnya adalah: “bukan karena takut dan safar” seperti
riwayat Malik dan Zuhair. Perkara tersebut dijelaskan oleh tokoh-tokoh besar
ahli hadis dari kalangan mutaqaddimin seperti Ibn Khuzaimah, Al-Baihaqi dan Ibn
Abdil Bar.[25] Pendapat ini lebih kuat dibandingkan penilaian tokoh-tokoh
mutaakhirin seperti Ibn Taymiah dan Syeikh Al-Albani yang mensahihkan riwayat
Habib bin Abi Thabit ini.[26] Wallahu a’lam.
6.
Menjelaskan Tambahan Kata Di Dalam Hadis.
Imam Muslim
meriwayatkan dari jalur Malik, dari Nafi’, dari Ibn ‘Umar bahawa beliau
menceraikan isterinya dalam keadaan haid di masa Nabi Saw. Umar bin Al-Khattab
menceritakan perkara itu kepada Nabi Saw. Maka Baginda bersabda: “Perintahkan
ia untuk merujuknya, lalu membiarkannya hingga suci (dari haid), lalu haid lagi
hingga suci. Setelah itu, jika ia berkehendak, sila menahannya. Atau jika ia
berkehendak, sila menceraikannya. Itulah ‘iddah yang Allah perintahkah untuk
menceraikan isteri padanya.”[27]
Setelah hadis
ini, Imam Muslim membawakan riwayat Al-Laith, dari Nafi, dari Ibn ‘Umar: bahawa
beliau menceraikan isterinya yang tengah haidtalak satu ...”[28] Riwayat ini
membawa tambahan lafaz yang tidak terdapat di dalam riwayat Malik. Dan orang
yang meriwayatkan tambahan ini seseorang yang layak dipercaya, iaitu Imam Laith
bin Saad, maka tambahan ini boleh diterima sebagai ziyadah thiqat. Berkata
Muslim: “Al-Laith memperelok hadis ini dengan ucapannya: talak satu.”
Berkata
Al-Nawawi apabila menjelaskan ucapan ini: “Maksudnya, Al-Laith mengingat dan
memastikan kadar talak yang tidak diingat oleh orang lain. Beliau tidak
mengabaikannya seperti orang lain mengabaikannya. Beliau tidak ikut keliru
seperti orang-orang lain yang mengatakan bahawa talak tersebut adalah talak
tiga. Berbagai riwayat Muslim saling menguatkan bahawa talak itu adalah
satu.”[29]
Apa yang saya
sebutkan di atas hanyalah sebahagian daripada maksud dan tujuan Imam Muslim
meriwayatkan hadis-hadis mutabaat dan syawahid di dalam kitab Sahihnya sesuai
dengan pengamatan saya. Ianya ini masih dapat ditambah lagi apabila pembaca
kitab ini meneliti setiap riwayat yang beliau sebutkan dengan persepektif ahli
hadis. Bahasan ini, menurut saya, penting untuk dijadikan objek kajian dan
penelitian para penuntut ilmu hadis sebagai satu sumbangan ilmiah untuk
mempelopori kajian kritis karya-karya ahli hadis mutaqaddimin.
Sejauh ini,
saya melihat orang-orang yang mengkaji kitab-kitab hadis seperti Sahih Muslim
dan lain-lain hanya terbagi menjadi dua kelompok sahaja. Kelompok pertama:
orang-orang yang membacanya dari awal hingga akhir tanpa kajian mendalam dan
hanya untuk sanad dan ijazah belaka. Kelompok kedua: orang-orang yang mencuba
mengkaji kitab-kitab ini dengan kritis namun menggunakan perspektif fuqaha yang
hanya tertuju kepada kandungan matan hadis tanpa memiliki kepakaran dalam
kajian sanad. Pada saat ini, saya melihat sudah tiba masanya untuk melahirkan
kelompok ketiga yang mengkaji hadis dengan perspektif ahli hadis yang
mementingkan kajian sanad dan istinbat matan bersama-sama. Wallahu a'lam.
Wasallallahu
'ala sayyidina muhammadin wa ála alihi wa sahbihi wa sallam. Walhamdulillahi
rabbil 'alamin.
Umar Muhammad
Noor,
Woodlands,
Singapore, 6 March 2011
_______________________
footnote:
[1] Al-Hafiz
Ibn Solah, “Siyanah Sahih Muslim”, tahqiq Faried Abdul ‘Aziz Al-Jundi, Beirut:
Dar Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah, hal. 11.
[2] Al-Hafiz
Ibn Solah, ibid.
[3] Berkata
Ibn Al-Solah, ibid, hal. 32: “Imam Muslim menyusun kitabnya dengan bab-bab,
kitab ini asalnya mengandungi bab-bab, namun beliau tidak menyebut
tajuk-tajuknya agar tidak bertambah tebal kitab atau karena sebab yang lain.”
[4] Lihat
Muqaddimah Syarh Muslim Imam Al-Nawawi, Beirut: Dar Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah, hal.
26.
[5] Sila
perhatikan pelbagai jawaban Al-Nawawi di dalam Syarh Muslim terhadap kritikan
Al-Daruqutni.
[6] Al-Hafiz
Muhammad bin Tahir Al-Maqdisi, “Syurut Al-Aimmah Al-Sittah”, tahqiq Syeikh
Abdul Fattah Abu Ghuddah, Maktab Al-Matbuát Al-Islamiah, hal. 101.
[7] Bab
ganjil dalam memasukkan air ke hidung dan beristinja dengan batu, nombor (560).
[8] Nombor (561).
[9] Nombor
(5620 dan (563).
[10] Nombor
(564).
[11] Nombor
(565).
[12] Bab
kadar hak seorang gadis dan janda, nomor 3621.
[13] Nomor
3622.
[14] Nomor
3623 dan 3624.
[15] Nomor
3625.
[16]
Mukaddimah, bab larangan menceritakan semua yang didengar, nomor (7).
[17] Nomor
(8).
[18] Lihat
Al-Hafiz Ib Rasyidudin Al-‘Attar, “Gurar Al-Fawaid”, tahqiq Abu ‘Ubaidah
Masyhur bin Hasan Al Salman, hal. 741.
[19] Bab
haram menceraikan isteri yang tengah haid tanpa ridhanya, hadis nombor (3652)
hingga (3669).
[20] Hadis
nombor (3670) dan (3671).
[21] Hadis
nombor (3672).
[22] Bab
Jamak Solat untuk mukim, nomor (1628).
[23] Nomor
(1629).
[24] Nomor
(1633).
[25] Berkata
Ibn Khuzaimah di Sahihnya 2/85, “Adapun riwayat ahli Irak bahawa Nabi Saw
menjamak solat di Madinah bukan karena takut dan hujan, maka ianya keliru dan
salah, juga bercanggahan dengan pendapat semua ahli solat (kaum muslimin).”
Lihat juga ucapan Al-Baihaqi dalam Sunan Al-Kubra 3/238, Ibn Abdil Bar 12/214.
[26] Lihat
Majmuk Fatawa 12/275 dan Irwa Al-Ghalil 3/34. Jika riwayat Habib bin Abi Thabit
ini sahih, maka ia menjadi dalil bagi kebolehan melaksanakan jamak meski tanpa
uzur musafir, khauf ataupun hujan. Sebahagian menjadikannya alasan untuk
membolehkan jamak tanpa uzur jika dilakukan hanya sesekali sahaja dan tidak
menjadi kebiasaan. Pendapat ini keliru meskipun dinisbahkan kepada sebahagian
ulama salaf.
[27] Bab
haram menceraikan isteri yang tengah haid tanpa ridhanya, hadis nombor (3652).
[28] Nombor
(3653).
[29] Syarh
Sahih Muslim 5/215. Imam Muslim merasa perlu menegaskan kadar talak yang
dijatuhkan oleh Ibn ‘Umar ini untuk membantah beberapa riwayat yang mengatakan
bahawa Ibn ‘Umar menjatuhkan talak tiga lalu Nabi Saw memerintahkannya untuk
merujuk kembali isterinya. Jika sahih riwayat ini, maka ia menjadi dalil bagi
sebahagian ulama yang berpendapat bahawa talak tiga yang dilafazkan sekaligus
hanya jatuh satu sahaja. tentu sahaja, ini bertentangan dengan pendapat jumhur
ulama dari berbagai mazhab yang menghukuminya jatuh talak tiga.
Terima kasih tuan Blog.
ReplyDeletesalam maulana. sekadar memberi pendapat. sebagai seorang yang bukan alim dan tidak mahir dalam ilmu hadis, membaca semua maklumat di atas melalui perantaraan 'internet' telah membuatkan saya semakin keliru dan tidak dapat memahami maksud yang hendak disampaikan.
ReplyDeletesekadar berkongsi pandangan peribadi. :)
Di mana akhie tidak dapat memahami?
DeleteDalam artikel ini,saya cuba menemplak golongan yang mengatakan "Mengapa kalian tidak membaca Bukhari dan Muslim".
Dan sebagai jawapannya,saya lampirkan artikel tulisan Ustazuna Umar Muhammad Noor.
Insan Fakir Iman
DeleteMaksud saudara asdsahar mungkin boleh ditamsilkan seperti budak tadika yg diberi scientific calculator dan disuruh memahami silibus calculus/matematik peringkat universiti. Gaya macam paham tapi sebenarnya apa pun xbleh... ;-)
LOVE & RESPECT
Wassalam
ini isu yg dah basi.yg perlu di fokuskan ialah beramal dgn hadis yg sahih bukan hanya baca hadis lemah n dhaif dlm fadhail amal.
DeleteWahai Anonymous, Kalau kau nak tahu isu kau nie pun dah basi. Kalau kau bukan org dalam bidang hadith tolong jangan buat menyemak dengan isu-isu basi nie.
Deletehebat sniper you,leh tau bidang org dlm internet je...
Deletekalo nak tau gua bidang hadis ke x jom kita berdebat ilmu hadis.org lain tlg jgn campur.ade berani?
This comment has been removed by a blog administrator.
DeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
DeleteApa yang basi nie ? mohon beradap sedikit bila memberikan komentar?
Deleteakhie Anonymous masih lemah lagi dalam hukum beramal dengan hadith dhoif ini.
Nasihat saya perdalamkan lagi desiplin ilmu hadith,supaya akhie tidak menolak hadith dhaif secara literal seperti sesetengah golongan itu.
@Fuad Akmal
DeleteMaafkan saya di atas kelemahan dan kekurangan adab dalam memberi dan membalas komentar di blog ini.
Kalau mahu memehami al-quran dan sunnah kenalah belajar daripada ulama yg ahli dalam ilmu al-quran dan hadith kerana ilmu yg benar datang melalui ulama dan guru2 mereka secara bersanad terus ke Rasulullah s.a.w.
ReplyDeleteSungguh hebat mereka yg membaca terjemahan hadith sohih terus beramal dengan tanpa merujuk kepada syarah/tafsir tersebut untuk mengetahui makna sebenar sesuatu hadith.
Saudara Anon, kenapa Imam Bukhori mengumpulkan hadith dho'if dalam Adaabul Mufrad? Kenapa Imam Turmizi mengumpulkan semua hadith (sohid & dho'if)yg diriwayat drp Imam Bukhori dan Imam Muslim dlm Sunannya? Berapakah darjat hadith sohih dan berapakah darjat hadith dho'if?
Kalau nak komen, lakukan dengan akhlaq yg mulia. Suka dan benci kepada seseorang mesti kerana Allah bukan kerana assobiyyah.
Anon yg nak kena pelempang padu...
ReplyDeleteNabi sendiri larang bdebat wlpun sendiri benar..ajakan bdebat kau penuh dgn keangkuhan serta ketololan!!jgn lyn provok si putar belit anon bdk hingusan nih..
berdebat juga adalah antara pendekatan yang diiktiraf oleh al-Quran. Firman Allah (maksudnya):
Delete“Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah dan mauizah hasanah (nasihat yang baik), dan berbahaslah dengan mereka dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih mengetahui siapa yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk"
(Surah al-Nahl: 125).
Kata al-Sa’di (meninggal 1376H):
“Hikmah maksudnya setiap individu diseru berdasarkan keadaan, kefahaman, penerima dan perlaksanaannya..adapun mauizah hasanah (nasihat yang baik) bermaksud dengan ungkapan yang baik yang dapat mengingatkan mereka. Antaranya dengan cara memberi amaran kepada mereka mengenai balasan Allah di akhirat dengan pendekatan yang dapat menginsafkan mereka. Sementara: berdebatlah dengan mereka dengan cara yang terbaik bermaksud cara yang paling memungkin mereka menerimanya secara akal dan nas"
( Al-Sa’di, Taisir al-Karim al-Rahman, 452, Beirut: Muassasah al-Risalah).
aha! aku rasa macam ust samseng ALA jundub samaran anonymous detected!!!
Deletegaya bagi comment kita TAU LA sapa engkau disebalik anonymous... jundubs!
ya ampun. adakah saya telah menjadi asbab kepada perbalahan ni sampai ada yang nak berdebat kerana komen yang diberi? (saya mohon keampunan dari Allah).
ReplyDelete- sebab yang komen tu semua reply dari bawah komen saya, jadi saya assume saya ler asbab orang lain tetiba nak berdebat plak. adoi!
note - tamsilan Anonymous August 28, 2013 at 12:58 AM tu lebih mendekati apa yg saya cuba faham dari artikel di atas. mungkin saya kena baca lagi dan lagi dan rujuk alim ulamak yang mursyid pasal hal ni baru Allah akan beri faham. apa-apa pun, jazakallahkhair pada tuan blog kerana penerangan beliau. ;)
assalamualaikum ust fuad, jika ada comment yg mengandungi sifat2 kesamsengan dan angkuh sombong dilontarkan dlm blog ust, saya syor
ReplyDeletepadamkan je la....
kalau di tunjukkan kpd org awam comment org jenis begini,
dlm menyerlahkan diri dgn sifat tak mahu kalah dlm berdebat, sebenarnya semakin nampak la kebodohan ust samseng2 nih...
Wsalam,mereka bukan ustaz,kalo mereka berada dalam lapangan ilmu agama pun,mereka x menguasai disiplin ilmu dengan mantap,Sebagai contoh mereka dengan sewewang2 dan jahilnya menfirnah ulamak Deoband dan membela Brelwi ... Allah..
Deleteteman rasa tn kena cepat tulis artikel utk jawab mike yg x senang dgn ulama deoband tu supaya org lain dpt pencerahannya .kitab yg teman minta ari tu sesuai sangat tn bahasakn
DeleteThis comment has been removed by the author.
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete
ReplyDelete"hebat sniper you,leh tau bidang org dlm internet je...kalo nak tau gua bidang hadis ke x jom kita berdebat ilmu hadis.org lain tlg jgn campur.ade berani?"
Indahnya akhlak dan tutur bahasa "Org Alim" ni...