Ikuti Blog Ini

Monday, July 15, 2013

Prakata Penerbit dan Penterjemah Kitab Fadhilat A'mal versi 2013

Kitab Fadhilat A'mal versi baru 2013 (semakan,kemas kini dan penambahan) menerima sentuhan terjemahan para asatizah MUSP.

Setelah berlalu selang waktu ,terdapat alim ulamak dan rakan-rakan yang telah memberi komentar membina,tunjuk ajar yang berharga,pembetulan-pembetulan yang sangat- sangat penting serta cadangan-cadangan yang bernas kepada pihak kami sehingga terasa besar keperluan agar di lakukan semakan dan pembaikan terhadap terjemahan yang lalu.
Berdasarkan komentar,cadangan,tunjuk ajar dan pembetulan tersebut maka beberapa penambah baikan dan tambahan telah di laksanakan pada edisi semakan terkini ini  seperti berikut :

  1. Pembetulan terhadap kesalahan dan kesilapan yang wujud dalam edisi lalu.
  2. Pentahqiqan ayat-ayat al-quran dan hadith-hadith  serta  terjemahannya,nama para sahabat,para tabiin dan para ulamak serta nama tempat.
  3. Keterangan mengenai masalah-masalah khilafiah fiqah menurut Mazhab Sayfi’e di letakan sebagai nota kaki atau kurungan dalam teks asal.
  4. Pembetulan struktur ayat-ayat agar Iebih sesuai dengan tatabahasa Melayu sebagai contoh mudah difahami tanpa menyimpang dari mafhum sebenar kitab asal yang berbahasa Urdu.
  5. Sandaran dan sumber petikan dijadikan sebagai nota akhir agar tidak mengganggu pembacaan ta’lim.
  6. Petikan ringkas biografi pengarang kitab.
  7. Lampiran keterangan kepentingan Fadhilat Amal oleh al-Syeikh  Maulana Muhammad Ilyas rah dan al-Syeikh Maulana Qari Muhammad Tayyib rah “ serta jawapan kepada persoalan- persoalan yang biasa diajukan terhadap kitab ini dan usaha Dakwah.
  8. Penyataan ringkas kandungan setiap hadith pada daftar kandungan untuk memudahkan para pembaca.
  9. Penyeragaman teks Arab dan Rumí yang lebih teratur, cantìk dan mudah untuk dibaca.
  10. Saiz kitab yang disamakan dengan kitab Muntakhab Al-hadith agar mudah dibawa dan diuruskan.
Kitab Fadhilat A'mal versi pertama cetakan 2004.

Dengan itu diharapkan kitab edisi semakan terkini ini memberi lebih banyak manfäat kepada kaum muslimin dalam menghidupkan amalan-amalan masjid Nabawi di rumah-rumah dan masjid-masjid dan juga dalam menaikkan semangat dan kegemaran umat secara umum untuk beramal (dengan amalan-amalan agama berserta sifat ihtisab sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah swt dan RasulNya.
Kami juga dengan penuh rendah hati dan terharu mengucapkan jutaan terima kasih dan mendoakan sebaik-baik balasan dan ganjaran untuk alim ulama dan rakan rakan yang telah sudi memberi saranan dan teguran tersebut.

Kitab Fadhilat A'mal yang di gunakan oleh Jemaah Dakwah dan Tabligh di Malaysia sebelum Kitab Fadhilat A'mal ini di terjemah sepenuhnya oleh para asatizah MUSP.

Zat Yang Maha Sempurna hanyalah Allah swt, Justeru itu, jika ada mana-mana pihak yang mendapati apa-apa kesalahan dan kekurangan pada edisi kali ini,hal ini adalah kelemahan dan kecuaian pihak kami serta natijah daripada kejahilan kami.Dalam hubungan ini,terlebih dahulu kami menyusun sepuluh jari dengan serendah hati memohon maaf dan berharap dapat kiranya kesalahan dan kekurangan kami  itu di sampaikan kepada kami dengan apa cara sekalipun mudah-mudahan ia menjadi pengajaran yang berharga untuk  kami dalam meneruskan khidmat ini  dan dapat ia diperbaiki dalam edisi seterusnya demi kebaikan umat.

p/s: Tawaran sudah di buat,jika terdapat sebarang kesilapan,tuan-tuan di minta untuk memberitahu panel penterjemah dan penerbit kitab ini,bukan tuan-tuan dengan sewenang-wenangnya mengatakan kitab ini adalah mardud (tertolak) kerana kesilapan yang sedikit di dalamnya.Jika tuan-tuan menjunjung tinggi adab penuntut ilmu,maka silalah tampil memberitahu pihak yang saya telah sebutkan di atas.

Kenyataan ini saya petik daripada muqadimah prakata Kitab Fadhilat A'mal versi baru terbitan tahun 2013.Inshallah akan bersambung ke siri yang lain.

Catatan : MUSP (Madrasah Miftahul Ulum,Sri Petaling).

8 comments:

  1. Terima kasih ya akhie

    ReplyDelete
  2. Salam ya Akhie,

    Sudah lama ana berniat utk menulis kepada lujnah penterjemahan mengenai terjemahan keterangan hadith 10 dari Fadhilat Al Quran. Terjemahan dan rumi berkenaan alif lam mim al-baqarah dan al-fiil itu amat mengelirukan. Ana melihat terjemahan di kitab jawi lebih jelas dan mudah difahami begitu juga terjemahan di kitab arab. Harap akhie dapat sampaikan kepada masyaikh di SP.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,adakah terjadi jugak kepada edisi cetakan terbaru 2013,maklumat daripada enta amat kami perlukan.jazakallah khair

      Delete
  3. Salam, di dalam cetakan 2013 (berkulit hitam keluaran MUSP)masih mengekalkan keterangan yg ana tulis di atas. Ana juga menyemak keluaran al-hidayah, terjemahannya mengikut kitab jawi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam,akhie,jazakallah khair atas respond dan maklum balas dari enta,saya hendak kepastian,adakah dari penerbitan al-hidayah bebas kesilapan dan kitab Fadhilat A'mal versi jawi ada masalah kesilapan yg sama.Jika ya,saya akan maklumkan kepada Ust Razif dan team penerbit buku ini..

      Lagi satu,jika dari cetakan 2013,yang baru ini,ada kesilapan yang akhie beritah itu,saya akan laporkan kpd team penerbitan ini,inshallah..mohon akhie cepat respond msj sy ini.

      Delete
  4. salam. ana cuma menyemak terjemahan hadith dan keterangan pada hadith 10 Fadhilat Al-Quran shj. Sebenarnya ana menyemak banyak kitab 1)Tablighi Nisob 2)Fadhilat Al-Quran cetakan 1978 3)Fadhail Amal (kulit biru Era Ilmu) 4)Fadhail A'maal Jawi (kuning mungkin cetakan thailand) 5)Fadhail A'maal keluaran MUSP.6)Fadhail A'maal Arab cetakan Idarah Isha'at Diniyat Delhi 1971. 7)Fadhail A'maal keluaran al-hidayah.
    Bagi saya bukan salah terjemah tetapi salah susunan ayat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih akhie,inshallah,saya akan sampaikan secara terus kepada panel terjemahan MUSP.

      Delete

Jika mahu memberikan komentar, silakan, berilah komentar dengan menggunakan laras bahasa yang sopan dan penuh beradab. Segala komentar yang menyelisihi laras bahasa sopan dan adab, insyallāh akan dipadam oleh team admin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Telah Link Blog Ini