Ikuti Blog Ini

Friday, March 29, 2013

Tajdid Dalam Jemaah Usaha Dakwah & Tabligh (Di Malaysia)

                            Habib Ali Zaenal Abidin bersama dengan Maulana Johari Jerantut

Ada orang berkata :

“….Yang lebih menyedihkan, ramai diantara mereka yang keluar untuk berdakwah, tapi ternyata TIDAK MEMILIKI ILMU PENGETAHUAN agama yang cukup. Sehingga terjadi penyesatan kepada orang-orang yang mendengar ceramah dan bayan Jemaah Tabligh ini….

JAWAPAN KAMI :

Pada pandangan kami,Jemaah Tabligh (kami lebih menfokusan situasinya di Malaysia) sudah ada tajdid (pembaharuan).Jika dahulu,bilangan para alim ulamak yang turut serta di dalam Jemaah ini sangat sedikit,tetapi setelah lebih 30 tahun Jemaah ini bertapak di Malaysia,peningkatan alim ulamak yang mengambil bahagian di dalam Jemaah ini meningkat.Jika dahulu,yang menggerakan struktur Jemaah ini ialah golongan “Awamunaas” (orang awam),maka kebarangkalian mereka menyampaikan sesuatu berisiko yang mengandungi kesilapan sangat tinggi.Tetapi,sekarang alhamdulillah,kebanyakan yang menyampaikan syarahan/bayan (penerangan) di dalam majlis Jemaah Tabligh ialah para alim ulamak,paling tidak alim ulamak kalangan mereka ialah yang telah tamat pengajian secara Daurah al-Hadith.Mereka (para alim ulamak inilah di berikan peranan sebagai jurubicara di setiap majlis-majlis anjuran Jemaah Tabligh.

Dalam kerangka kerja dakwah,aktivis Jemaah Tabligh dilatih untuk berkata-kata dalam perkara-perkara asas terutamanya tentang 6 Prinsip para sahabat r.hum ajmain yang begitu mahsyur dalam kalangan Jemaah Tabligh.

Sebagai pegangan untuk memudahkan para aktivisnya menuturkan sesuatu yang bersandarkan nas dan dalil,mereka (para aktivis )Jemaah Tabligh di galakan membaca dua karya sejarah/sirah kehidupan para sahabat r.hum ajmain iaitu Hikayatush Sahabah karya Maulana Muhammad Zakariya al-Kandahalawi dan Hayatush Sahabah karya Maulana Muhammad Yusuf al-Kandahalawi.

Sesuai dengan tujuannya untuk membentuk akhlak atau sifat-sifat mulia,kitab-kitab ini tidak memaparkan sejarah para sahabat secara kronologis,sebaliknya membahagikan bab-bab berdasarkan sifat-sifat tertentu serta contoh kehidupan para sahabat.Kitab Hikayatush Sahabah dibahagikan kepada bab-bab seperti :ketabahan,ketakwaan,kesederhanaan,wara‟ dan keperwiraan,semangat mencari ilmu,menyenangkan perasaan Rasulullah Saw, serta bab-bab khusus perihal mengenai kehidupan para wanita dan anak-anak di dalam generasi itu.Sedangkan di dalam kitab Hayatush Sahabah terdiri atas pasal-pasal tentang dakwah,baiat,kesabaran,hijrah,jihad,dan sebagainya.

Jemaah Tabligh juga menekan aspek wirid dan zikir,seperti yang disebutkan sebelumnya, bahawa Maulana Muhammad Ilyas adalah pengikut tariqat Chistiyyah yang bersikap terbuka terhadap berbagai tariqat lain.Dalam tariqat apa pun,aspek ini merupakan tiang utama.
Di dalam Jemaah Tabligh sendiri amalan tariqatnya tidak banyak dicampuri ajaran syeikh atau guru-guru tariqat yang menjadi sumber kasyaf sebagai puncak rujukannya.Barangkali hal ini disebabkan kerana Jamaah Tabligh banyak berpegang pada sumber hadis dan mencontohi kehidupan para sahabat r.hum ajmain sebagai ikutan mereka.

Kesimpulannya,menghukumi secara literal/zahir bahawa Jemaah Tabligh adalah sesat dan mendengar ucapan-ucapan mereka akan menjadi sesat adalah merupakan satu tohmahan yang berat kerana kedangkalan penuduh dalam memahami waqi dan maqasid jemaah ini.Kami mengakui kadang-kala mendengar ucapan dari “awamunaas” Jemaah Tabligh ada kala mengandungi kesilapan fakta,hujjah dan sebagainya.Namun tindakan penuduh membakulkan bahawa semua aktivis Jemaah Tabligh adalah sebegitu merupakan satu kesilapan besar.Kami sudah menerangkan bahawa di dalam Jemaah Tabligh khususnya di Malaysia sudah mengalami tajdid/pembaharuan kerana rata-rata sekarang,setiap jemaah yang di keluarkan akan di sertakan seorang alim dan hafiz.

Maulana Amir Bin Hamzah,Pengajar kitab Jami' Tirmizi di Madrasah Miftahul  Ulum,Sri Petaling.Berjaya memperolehi "Mumtaz" semasa belajar di Madrasah Arabia,Raiwind,Lahore,Pakistan.

Mutakhir ini,penyertaan daripada golongan “Warisatul Anbiya” ini di dalam Jemaah Tabligh amatlah menggalakan,agamawan daripada pelbagai institusi pondok,madrasah,Universiti Islam dari dalam dan luar negara dan sebagainya membuktikan bahawa Jemaah Tabligh kini kian mendapat perhatian daripada golongan “Warisatul Anbiya”.Merekalah yang akan berada di barisan hadapan dan akan mempertahankan dan memperkukuhkan perjuangan Jemaah Tabligh di lapangan dakwah ini.

32 comments:

  1. Alhamdulillah,sudah mendapat pencerahannya

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah..panas gak bace pos2 urusanulama..moga2 Allah pilih beliau dan seluruh umat..:)

    ~ruyN9~

    ReplyDelete
    Replies
    1. sapa yg faham tentang tulisan ini,tentu dia akan faham keadaan yang terjadi sekarang.w/a

      Delete
  3. Sejak kecil lagi saya dah dgr tabligh ni tk betul, sesat tapi yg mnghairankan jajahannya semakin luas, pengikutnya dari penyapu jln hinggalah raja....jahil hinggalah guru kpd ulama....Allahuakbar...

    ReplyDelete
  4. Allahuma amin,dakwah itu tugasnya besar...

    ReplyDelete
  5. Urusan Ulama bercakap lebih kepada gaya org politik bercakap yg berputar-putar dlm memberi hujah. Bukan berdasarkan disiplin keilmuan. Hhhmmmmm.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi teman rasa ada baiknya juga ada blog u.ulama tu supaya org tabligh tak taksub sangat.korang patut bersyukur kerana org pas yang jujur menegur kalau tak org tabligh tak akan buat tajdid ni

      pas dia bongkar satu per satu baru nampak org tabligh nak berubah.kalau tak masih ralit berfantasi.teman pun ada pengalaman gak dgn org tabligh

      Delete
    2. Ke sebab cari buruk org je... Kalau nak menegur, cakap depan2... duk kepoh kat org buat apa? Apa tujuan buat macam tu? Aq slalu jumpa, org2 Pas yg biasa taksub2 ni. x payah critalah tau sendiri...

      Delete
    3. kalo org tabligh menyebar kebohongan lewat bayan di masjid surau di khalayak ramai secara terbuka ..jgn marah sih kalo ada org yg tulis keburukan tabligh secara terbuka juga

      Delete
    4. Cuba faham molek,kenapa saya tulis artikel tu...

      Delete
    5. PAS bongkar? Perkataan paling sesuai ialah menegur....so JT bukan nabi tapi ummat nabi. Apa yg urusan ulama buat bukan bongkar tapi mengarut menuduh tanpa ada hujah yg konsisten.
      PAS pun bukan maksum. Tapi perlukah yg buruk dihighlightkan? Lebih buruk lagi mencari-cari keburukan sehingga taksub kepada mencari keburukan. Lebih alim dari presiden parti sendiri. Xde wala pada pemimpin. Presiden ok je dgn JT tapi urusan ulama lagi pandai dari presiden. Hebat!

      Delete
  6. tp kalo mengambil hujah dr golongan brelwi lalu menghentam Tabligh ,adakah itu satu teguran ya akhie ?

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. tabligh hebat,berkembang seluruh dunia...dibawah satu amir..subhanallah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. syiah juga berkembang di seluruh dunia ...hebat kan..
      di hamburg jerman ada bangunan pusat islam syiah.di negara lain banyak lagi...masyaallah..

      Delete
    2. Pergerakan Syiah di seluruh dunia adalah pergerakan Bathil...

      Delete
    3. Tabligh juge bathil kerana menyempitkan islam hanya bab ibadah je
      perkembangan dakwah tabligh diseluruh dunia bukan hujjah utk berbangga sbb syiah juge berkembang di seluruh dunia.

      ce tengok blog ni hanya cite bab tabligh je mane cite umat islam yang tak join tabligh?mana cite jemaah2 yang lain?
      adakah dlm dunia ni hanya jemaah tabligh je yg buat keje islam?

      Delete
    4. Jadi apa masalahnya kalau bercerita tentang tabligh sahaja. Blog orang sukahati dia lah nak tulis apa yg dia nak. Ini bukan blog surat khabar nak citer semua benda dlm satu blog. Kalau org ahli Ikram mestila dia citer pasal Ikram. Kalau dia ahli PAS dia citer pasal politik islam.....and the list go on
      Anyway kalau nak citer bab ibadah je pun salah ke? Ada ke org tabligh ni tak buat keje lain selain beribadat? Go get yourself a better things to do rather then commenting unnecessary things that will not improve yourself or the ummah.

      Delete
    5. Setuju.. seorang muslim akan lebih sibuk pasal hal agamanya melebihi daripada orang lain, bukan bermakna nafsi nafsi tetapi sebagaimana Nabi minta kita lebih tengok aib diri dan tengok kebaikan saudara kita. Kalau tidak buat satu kebaikan tertentu atau tidak setuju dengan kita maka kita tolak. selagi kita buat kerja untuk Islam, itu telah besar rahmatnya kerana ramai masyarakat kita kini meruntuhkan agama.

      Delete
  9. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  10. Jazakallahu khairan atas penulisan yg bagus ini.. Saya selalu amek manfaaat drpd blog ini.. Barakallahu fiik.. =)

    Kami sahabat2 seusaha berada di Jordan juga bersama2.. walaupun kami bukanlah ulama' tp kami masih belajar utk islah diri kami dan menghidupkan agama dlm kalangan ummat..

    Benar kata tuan Fuad Hafizahullah.. Inilah kepentingan agama dirai oleh semua golongan dan yg belajar agamalah perlu berada di saf hadapan utk berkongsi urusan agama bersama awwamunnass itu...

    Inilah yg selalu difikirkan juga kesediaan asatizah bersama dalam awwamunnas..

    Ingin bertanya gusar dihati drpd tuan mengenai golongan awwamunnas... (sekadar muzakarah) ??

    Bagaimanakah tajdid ilmu asas karkun dapat kita usahakan misalnya kita selalu diprovoke oleh ustaz/ ajk surau/ org awam jgk mengenai asas fardhu ain...

    " Kamu ni cerita pasal solat.. awak tau berapa rukun solat..?? " dan soalan yg berkaitan..

    Selain itu, ketelitian mengambil cerita berdasarkan laporan karkun (bukan kisah para sahabat yg mmg dalam buku) disbbkan tabiat menaqalkan...

    Juga tidak teliti dalam menyebut ayat al-Qur'an dan hadith selain menterjemahkan.. Adab menyampaikan kalam Allah dan kalam Nabi juga kdg2 main redah....

    Benda2 ini saya yg kurang jelas ini maklum ada dimuzakarahkan dlm muzakarah adab mahupun bayan hidayat... Apa yg pasti sudah disebut dalam sifat Ilmu iaitu muzakarah dgn 'alim ulama

    Cuma saya mungkin budak setahun jagung melihat dgn risau keadaan awwamunnas yg hanya memandang saya tahu bahagian2 in terutamanya 6point bersma2 dalil sambil culas bahagian2 yg lain.. Disamping, keterlibatan golongan karkun qudama'.. Maaf yg bahasakan "ego-taksub" bila ada kesediaan ulama utk menerangkan paling2 ahkam tajwid... Juga tata2 cara solat dan lain2 perbahasan yg disepakati (Bukan 4 perkara yg jgn disentuh ketika khuruj)..

    " Ah,, tu boleh bincang dalam infiradi.. " Misalnya...

    Jadi, kesimpulannya..

    Kita sedia maklum dan selalu bercerita mengenai pihak2 yg menentang usaha kerana sudut pandang mrk berbeza.. Tetapi, bagaimanakah pula kita melihat ' realiti ' ini bersama dlm jemaah yg mmg dikenali ada yg baru, lama, kurang lebih ilmunya.. yg mana kita bersma mereka..

    Selain itu,, ada segelintir karkun yg 'tidak beradab' meninggalkan pengajian ustaz lain.. Shg timbul ayat
    ' Ajak mai duduk bayan diorg.. kalau program kita blaa habiss..'

    Jadi,, maafkan saya klu tulis panjang2 macam nak luah perasaan pulak.. Huhu ^___^
    Cuma melihat reaksi sbegitu yg mmg diakui segelintir kecil itulah yg menjadi cacat cela fitnah org...

    Mintak jasa dan respon tuan Fuad Hafizahullah.. =D
    Sebab kita dah buat usaha yg sempurna dan amat mulia,, tapi kekurangan ilmu asas agama dan sikap (akhlak) bbrp kelompok telah menjengkelkan suasana masyarakat Malaysia yg semakin rancak dlm budaya Ilmu dan pengamalan agama... Apakah TAJDID ILMU DALAM AHLI USAHA DAKWAH & TABLIGH / RIJALUL DAKWAH ??

    Jazakallahu khairan... Terima kasih byk2..
    Anak muda yg masih lemah Iman dan Amal..

    P/s :Ada salah dan kurg adab saya minx maaf.. Sekadar muzakarah.. ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akhie zulhelman roslan : Terima kasih atas respond yang baik dan bagus daripada akhie.Sebenarnya,kita juga masih berada di tahap zaman penerimaan Usaha Tabligh dari orang awam di kawasan kita.Proses ini memerlukan jangka masa yang lama (dengan keizinan daripada Allah Swt) akan berlaku juga nanti.

      Sebenarnya isu yang di timbulkan oleh Akhie dalam ruangan komentar di atas itu sudah pun di tegur oleh Masyaikh2 kita di Nizhamuddin.Saya rasa ini bukan teguran kali pertama,saban tahun jika mereka menziarahi kita ataupun kita menziarahi mereka di sana,perkara yang sama yang di titik beratkan ke atas mereka untuk kita ialah seperti apa yang akhie telah sebutkan.

      Sebab itu,mereka yang selalu melakukan kerja dengan berpandukan nasihat dan garis panduan dari para masyaikh ,inshallah individu itu pasti akan maju dalam dakwah ,ibadah dan ilmunya.

      Tidak mungkin seorang yang rasikh dalam dakwah ,meninggalkan majlis ilmu kerana jika di fahami dalam pertuturan seharian bahawa kepentingan dakwah dan ilmu seiring dan saling melengkapi antara satu sama lain.W/a

      Delete
  11. iAMaProsecutor !
    Aku seorang Timbalan Pendakwara, senang cite keje aku menghambat dunia selain dari mencari jalan supaya dapat mengantung pesalah Komital ! Pasti kamu akan tahu bagaimana budaya hidup seorang Pendakwaraya, senang cite penuh dengan ketaksuban dan kebongkakan hidup ! Senang cite kalau ada ahli politik dtg ingin berhujah, akan aku sambut, jawab dan persilakan dengan maki hamun dan sumpah seranah ! Janji hujah aku betul dan aku menang ! Ya itulah aku seorang Pendakwaraya AKAN TETAPI setelah aku bersama-sama dengan ahli jemaah yang banyak mengorbankan dunia untuk agama aku rasa ego diri aku semakin mengecil, ketika aku jahil merekalah golongan yang tanpa segan silu datang dan mengajak aku ntuk kembali mengingati bahawa Tiada Tuhan Melainkan Allah dan cara hidup yang sebenar adalah cara hidup Baginda Nabi SAW ! Aku bukan seroang ulama atau ahli agama atau ahli hadith tapi aku juga ingin berkelakuan baik dan sempurna sebagaimana para-para ulama ini, bagaimana aku nak menjadi seperti ulama sedangkan akal aku tidak setajam ahli ulama ini, wahai mereka yang mengeji gerakkan dakwah ini, ingatlah kami ni baru nak kenal agama tak usahlah nak mengeji sekeji kejinya, at least kami dapat faedah, idup kami makin teratur, solat terjaga, setiap waktu disulami dengan amal sunnah dan disertakan dengan doa hatta hingga nak mengaul sudu di dalam makanan pun ada doanya ! -Ketika ini dimana kalian yang merasakan bahawa tindakkan jemaah ini adalah bathil dan sesat ! Jangan pandai menghukum dan berprovokasi ! Baca dulu testimony mereka yang pernah khuruj ! Mereka Khuruj ke masjid bukan ke tmpat maksiat ! Sapa kata mereka tidak mengejar dunia, aku juga khuruj di Jalan Allah tp aku seorang pengamal undang Gred A, Aku tak tinggal tugas aku, dah 20 orang penjenayah berjaya aku dapatkan penghakiman ke hingga ke tali gantung ! Tp aku masih lg rasa fakir dan kecil dalam dunia ini setelah aku mengenal agama melalui usaha dahwah, tolonglah jangan busuk hati dengan jemaah ini......Buatlah kerja lain kalau dah memang betul2 ualama tlg pimpin kami yang masih merangkak dalam hal ilmu2 agama ini ! Bukan sekadar nak keluar hukum ja....Benak beb benak ! bagi kami kelebihan dan kebaikkan dalam beramal, kalau x beramal macamana nak dapat pahala dan faedahnya, adat manusia berkehendakkan kepada balasan bila telah beramal melainkan amalan tersebut telah dibuat dengan penuh ikhlas, tp macamana hati nak ikhlas kalau amalam dibuat tanpa istihklas ! Amin aku tau dengan percakapan aku ni dah banyak mendatangkan dosa, mohon ampun !

    ReplyDelete
    Replies
    1. The Prosecutors : boleh tuan hubungi saya di fuadpendang@gmail.com

      Delete
  12. Kalau korunk sumer masuk laman web kat mesia nih (takyah citer laman web negara lain, sama gak) pasti korunk akan lihat rating tertinggi untuk jemaah sesat barat ialah JT. Sampai berhalaman-halaman dan kekadang tak cukup sampai kuar version 2, version 3 dan seterusnya. Sedangkan citer ttg jemaah lain ada lar seketul dua. Agaknya tuh sebab aku join JT. Jadik perhatian orang...kah kah kah...

    ReplyDelete
  13. ��������
    Tabligh. Dari pintu ke pintu.
    I love tabligh.

    ReplyDelete
  14. HANYA dalam usaha ini saya merasakan NIKMAT hidup....
    biar apapun orang kata, kita TERUSSSSS buat kerja ini
    korbankan diri ,masa dan harta untuk Allah.
    kepada rakan seusaha jagan lupa doa ini:-
    'Ya Allah pilihlah, terimalah, majukanlah, kekalkanlah dan matikanlah saya, keluarga dan zuriat2 saya dalam usaha ini"..."berikanlah kami kesucian hati, kekayaan hati dan kekuatan untuk belajar bersabar dengan ujianmu"...serta peliharalah kami dari tipu daya dunia, tipudaya nafsu, tipudaya syaitan L.A dan tipudaya suasana dan keadaan" amin

    salam ukhwah dari bawah bayu

    ReplyDelete
  15. diam semua!!
    layan neh..
    https://www.youtube.com/watch?v=yARcLms1mBM

    ReplyDelete
  16. Terimakasih banyak, saya ucapkan kepada Mbah Suro atas bantuan anka togel yg di berikan saya alhamdulillah benar2 tembus, berkat bantuan Mbah saya sudah bisa melunasi semua hutang2 saya sama tetangga bahkan saya juga sudah punya modal sedikit buat usaha kecil-kecilan, sekali lagi terima kasih banyak Mbah atas bantuannya kpd saya.. Jika anda ingin seperti saya hubungi aja beliau di nmr 082 354 640 471 atas nama Mbah Suro Ninggil........

    ReplyDelete
  17. usaha ini adalah ijtihad Maulana Ilyas,...bila ianya adalah ijtihad, bermakna ada pilihan,...salah satu cara dakwah, dan rasanya yang terbaik dan paling berkesan

    ReplyDelete
  18. Ya Allah , kasihanilah kami, terimalah kami, ampunkanlah kami

    ReplyDelete
  19. Saya dah mengikuti dan bercampur dgn byk gerakan2 Islam...Ya Allah usaha JT adalah yg paling mudah diikuti hatta oleh org yg paling simple...yg tiada apa2...setelah ikuti Jemaah ini dan rasa byk kekurangan diri contohnya dari segi ilmu maka mulalah mencari inisiatif utk belajar...Allah mudahkan kita.....tak perlu lawan sesiapa...tak perlu mengumpat sesiapa....tak perlu perang dgn sesiapa.....hanya usaha dan minta belas kasihan dan kasih saying Allah...itulah JT....

    ReplyDelete

Jika mahu memberikan komentar, silakan, berilah komentar dengan menggunakan laras bahasa yang sopan dan penuh beradab. Segala komentar yang menyelisihi laras bahasa sopan dan adab, insyallāh akan dipadam oleh team admin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Telah Link Blog Ini