Salam
لأَنْ ﻳَﻬْﺪِﻱَ ﺍﻟﻠﻪ ﺑِﻚَ ﺭَﺟُﻼً ﻭﺍﺣِﺪًﺍ ﺧَﻴﺮٌ ﻟَﻚَ ﻣِﻦْ
ﺣُﻤُﺮِ ﺍﻟﻨﻌﻢ
Soalan
Adakah perkataan ini hadith.
“Fadhilat membawa orang Islam kepada kepada agama Islam adalah lebih baik dari mengislamkan 10 orang kafir.”.
Adakah perkataan ini hadith.
“Fadhilat membawa orang Islam kepada kepada agama Islam adalah lebih baik dari mengislamkan 10 orang kafir.”.
Waalaikumusalam
Wa Rahmatullahi Wa Barakatuh
Hadith
bilafzihi (dengan lafaz seperti yang dihebohkan) belum pernah saya jumpa,cuma
Mufti Syafi Usmani [1]ada
menjelaskan di dalam tafsir surah " Abasa" Beliau telah mengeluarkan
satu noktah iaitu keluarnya usul Dakwah dan Tabligh dari Syan nuzul surah ini.Kemudian
di bawah mazmun ini Mufti Sahab ada menyebut bahawa melibatkan diri dengan
memikirkan untuk mengislahkan orang Islam itu adalah lebih "Ahmiat"
(penting) dan lebih "muqaddam" dari melibatkan diri untuk mengajak
orang kafir kepada Islam.(Maariful Quran)
Rasulullah
Saw bersabda :
لأَنْ ﻳَﻬْﺪِﻱَ ﺍﻟﻠﻪ ﺑِﻚَ ﺭَﺟُﻼً ﻭﺍﺣِﺪًﺍ ﺧَﻴﺮٌ ﻟَﻚَ ﻣِﻦْ
ﺣُﻤُﺮِ ﺍﻟﻨﻌﻢ
''Dengan
asbab kamu, Allah bagi hidayat kepada seorang lelaki lebih baik daripada kamu
memiliki unta-unta yang merah'' (Hadith riwayat Bukhari).
Jadi
sekiranya kita nak nisbahkan dengan Hadith,kita nisbahkanlah dengan hadith unta
merah itu dan ungkapan ini kita hanya nisbahkan kepada Ulamak Muktabar dan
lebih ihtiatnya gunakan lafaz" lebih Muqaddam" dengan bukan
menggunakan "lebih baik" seperti mana dinuqilkan dari Mufti Syafi
tadi dan tanpa kita menghadkan sebarang angka 10,20,50 atau 100 orang kafir.
Wallahu
A'lamu Bissawab
Oleh
Al-fadhil Ustaz Wan Abu
Laibah
Tenaga pengajar di
Madrasah Miftahul Ulum,Hulu Langat.
[1]
Beliau adalah ulama Sunnah keluaran Darul Ulum Deoband yang berasal daripada
Pakistan.Sepanjang hidup beliau,beliau telah berkhidmat sebagai Mufti Agung di
Darul Ulum Deoband dan setelah permisahan Pakistan daripada India.
Masyaikh Nizamuddin dalam targhibnya ada menyebut fadhilat hadith unta merah ini. Targhib diterjemahkan oleh Hj. Khalid rah.
ReplyDeleteMinit ke 27:40. Targhib - mutrj. syura Hj. Khalid.
http://karkuzaridakwahiman.blogspot.com/2012/06/widget-bayan-v2.html
Terima kasih atas respond....tapi ana ada jumpa beberapa karkun awam menggunakan perkataan asal seperti ganjaran/fadhilat 10 org kafir....
Deletesemoga pencerahan ini bermanfaat buat kita semua.