Gambar Perdana Menteri Dan Isteri Ketika Melakukan Tawaf
Al-Musnid
Syeikh Muhammad Soleh bin Usman Jalaludin al-Fulfilani al-Malayuwi al-Makki
pernah menceritakan bahawa beliau telah menasihati Isteri Perdana Menteri
,iaitu Datin Seri Rosmah Mansur ketika mereka berdua (Dato' Sri Haji Mohammad
Najib bin Tun Haji Abdul Razak bersama isteri, Datin Paduka Seri Rosmah binti Mansor) menunaikan haji
sekitar tahun 2008.
Telah berkata
Al-Musnid Syeikh ,ketika menjawab soalan daripada isteri Perdana Menteri,Datin
Seri Rosmah Mansor.(Perbualan ini berlangsung di rumah Al-Musnid Syeikh di Mekah,ketika Perdana Menteri dan Isteri menziarahi Al-Musnid Syeikh).
Soalan
daripada Datin Paduka Seri Rosmah binti Mansor : Tuan Guru (Di kenali sebagai
Tok Guru di Malaysia) adakah boleh saya bersama dengan suami saya di dalam
syurga kelak.
Maka Tuan
Guru menjawab,inshallah,boleh jika Datin Paduka Seri mentaati perintah Allah
Swt dan Rasulnya,dan juga mentaati perintah suami,membuatkan suami rasa gembira
dan bahagia.Dengan rahmat daripada Allah Swt,Allah Swt akan masukan Dato Sri
dan Datin Paduka Seri ke dalam Syurga.
Tambahan
lagi,Tuan Guru menghadiah beberapa amalan khusus kepada pasangan suami-isteri
ini (Dato Sri dan Datin Paduka Seri – penulis merasakan ,amalan-amalan seperti
zikir dan amalan sunnat tertentu w/a).
Penulis
merasakan bahawa ada lagi nasihat daripada Al-Musnid Syeikh,tetapi hanya
nasihat dan kata-kata ini yang telah Al-Musnid Syeikh ceritakan kepada penulis.
Al-Musnid
Syeikh Ketika Solat Asar bersama Dato' Sri Haji Mohammad Najib di Medan Ijtimak
Malaysia,di Nilai 2009.Turut hadir di medam Ijtimak ini ialah Dato' Seri
Anwar bin Ibrahim yang juga anak murid kepada al-Musnid Syeikh.
Kisah ini di ceritakan sendiri kepada penulis ketika penulis menziarahi Al-Musnid Syeikh di rumah beliau,di Penanti sekitar tahun 2009,ketika Al-Musnid Syeikh pulang daripada menghadiri program Ijtimak Malaysia di Nilai ,Negeri Sembilan.
Komen
daripada penulis : Sepatutnya diantara adab kita bermuamalah dengan pemimpin
kita ,adalah dengan memberikan nasihat-nasihat yang baik.Hal yang demikian
adalah di suruh oleh syarak.Bukan kita hanya melemparkan tuduhan dan kejian
sedang beliau juga mempunyai iltizam dan sifat kemanusian seperti kita iaitu
menginginkan redha daripada Allah Swt.
Walaupun sesiapa sahaja melakukan kesalahan atau kesilapan,hendaklah kita menegurnya dengan cara yang berhemah sesuai dengan garis panduan yang di garis oleh syarak.Bukan kita melemparkan cacian dan kata-kata nista yang hanya akan membahayakan kehidupan akhirat kita.
Walaupun sesiapa sahaja melakukan kesalahan atau kesilapan,hendaklah kita menegurnya dengan cara yang berhemah sesuai dengan garis panduan yang di garis oleh syarak.Bukan kita melemparkan cacian dan kata-kata nista yang hanya akan membahayakan kehidupan akhirat kita.
Al-Musnid
Syeikh bersama Syeikh Husni Ginting
(Kata-kata
al-Musnid Syeikh Muhammad Soleh bin Usman Jalaluddin al-Fulfilani al-Malayuwi
al-Makki,ketika menceritakan kisah beliau dengan Perdana Menteri Malaysia kepada saya sekitar 2009,di kediaman
beliau,Penanti,Pulau Pinang).
P/S : Sebenarnya penulis ada menyimpan beberapa lagi kisah-kisah Al-Musnid Syeikh iaitu nasihat Al-Musnid Syeikh bekas Perdana Menteri Malaysia,Almarhum
Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dan kepada Dato' Seri
Anwar bin Ibrahim (juga anak murid kepada Al-Musnid Syeikh).Sesiapa yang berminat mengetahuinya,sila hubungi penulis (fuadpendang@gmail.com).
Masyallah...satu cerita yg baik...
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDelete