Ikuti Blog Ini

Tuesday, October 16, 2012

Bilangan Yang Sedikit

Pujangga arab bermadah

“Kamu mengejek kami kerana bilangan yang sedikit,
Cuba kamu lihat,orang-orang mulia itu tidak banyak,
Apalah salahnya,bila jumlah kami sedikit,namun mulia,
Tetapi bilangan yang banyak ada kehinaan.”

Al-Quran mengisahkan kisah bagaimana kemenangan rasulallah Saw dan para sahabat r.hum dalam perang Badar,walhal,bilangan mereka hanyalah sedikit jika nak di bandingkan dengan tentera kaum Musyrikin.Firman Allah SwtSungguh Allah Telah menolong kamu dalam peperangan Badar,padahal kamu adalah (ketika itu) orang-orang yang lemah.Karena itu bertakwalah kepada Allah, supaya kamu mensyukuri-Nya”.(QS Ali-Imran : 123)

Sementera itu dalam perang Hunain,kaum Muslimin nyaris tewas dan menderita kekalahan teruk.Hal itu kerana mereka berpegang kepada bilangan dan jumlah yang ramai.Pada pusingan pertama,tentera kaum Muslimin mengalami kerugian dan kekalahan teruk,maka mereka memberbaiki (amal) dan taubat kepada Allah Swt.Kemudiannya,Allah Swt datangkan nusrahnya(pertolongan) dengan menurunkan tentera-tentera yang tidak dapat dilihat.Firman Allah Swt :“Sesungguhnya Allah telah menolong kamu (hai para mukmin) di medan peperangan yang banyak, dan (ingatlah) peperangan Hunain, iaitu di waktu kamu menjadi bongkak kerana banyaknya jumlahmu, maka jumlah yang banyak itu tidak memberi manfaat kepadamu sedikitpun, dan bumi yang luas ini telah terasa sempit olehmu, kemudian kamu lari ke belakang dengan bercerai-berai.”(QS Al Qasas : 85).

Kemudian Allah menurunkan ketenangan kepada RasulNya dan kepada orang-orang yang beriman, dan Allah menurunkan bala tentara yang kamu tiada melihatnya, dan Allah menimpakan bencana kepada orang- orang yang kafir, dan Demikianlah pembalasan kepada orang-orang yang kafir.(QS Taubah : 25 dan 26),

Allah Swt  telah menjelaskan bahawa apabila bersatu antara iman dan taat,maka manusia itu kekuatannya  menjadi  seperti sepuluh orang biasa.Firman Allah Swt
"Hai nabi, Kabarkanlah semangat para mukmin untuk berperang. jika ada dua puluh orang yang sabar diantaramu, niscaya mereka akan dapat mengalahkan dua ratus orang musuh. dan jika ada seratus orang yang sabar diantaramu, niscaya mereka akan dapat mengalahkan seribu dari pada orang kafir, disebabkan orang-orang kafir itu kaum yang tidak mengerti."(QS Al-anfal :65 )

Sekarang Allah Telah meringankan kepadamu dan dia Telah mengetahui bahwa padamu ada kelemahan. Maka jika ada diantaramu seratus orang yang sabar, niscaya mereka akan dapat mengalahkan dua ratus orang kafir; dan jika diantaramu ada seribu orang (yang sabar), niscaya mereka akan dapat mengalahkan dua ribu orang, dengan seizin Allah. dan Allah beserta orang-orang yang sabar.

Perihal kisah para sahabat,

Khalifah Umar r.hu telah mengutuskan Amru bin Ass r.hu untuk membuka daerah di Mesir dengan hanya 4000 ribu orang sahaja.Kemudian,beliau (Amru bin Ass) meminta tambahan tenteranya,kemudianya,khalifah Umar r.hu menambah lagi 4000 orang dengan 4 orang komander.Khalifah Umar r.hu berkata.:Setiap seorang (komander) sebanding dengan 1000 tentera,maka bilangan tentera kamu ada 12000 orang.. dan bilangan 12000 orang itu banyak dan tidak dapat dikalahkan.(Hayatus Sahabah Jilid 1)

17 comments:

  1. Kisah epic! Pertama kali saya mdengar ni sewaktu hayatus sahabah d raiwind pd musim sejuk..Ust, dlm 4 org yg d utuskan umar ranhu, saya ingat antaranya adalah miqdad al aswad, abdullah ibnu huzaifah. Yg nama 2 org sahabat tu saye lupe..ust tau tak Siapakah lagi yg dua tu ust?

    Ibnu hatari

    ReplyDelete
  2. kisah peperangan tidak relevan dgn JT sebab mereka menjauhi kontroversi dengan kerajaan.mereka cenderung berdakwah secara aman damai dan berjaulah ria macam melancong makan angin je.

    ada kes satu jemaah tabligh ajak seorang mujahidin afganistan keluar khuruj sedangkan kawan tu sedang berperang dgn US.di tangan beliau masih mengangkat senjata.tuan2 pikirlah sendiri betapa b***hnya JT.

    tak faham fiqh aulawiyat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ade ke org berjaulah ria makan angin sambil menangis malam2 untuk umat???

      Delete
    2. sapa yg x faham aulawiyyat nie ???
      JT ka enta???

      Delete
    3. orang lain pun bangun tahajud jugak....
      orang lain pun nangis malam jugak...
      tapi tak macam orang tabligh gembar-gembur sana sini
      menangis pun siap tunjuk dalam youtube

      Delete
    4. salam,tuan ada masalah dgn hati tuan ke??
      syubhat di mana di hati tuan tu??

      Delete
    5. cuba la lapangkan masa untuk keluar 3 hari baru tahu, aku pun dulu tak suka sangat dengan orang tabligh ni tapi lepas keluar 3 masa perjalanan balik aku menagis sampai kat rumah. aku azam nak keluar 4 bulan setiap tahun.

      Delete
    6. mashaAllah,terima kasih atas perkongsian ini,semoga anta istiqomah atas usaha dakwah ini.

      Delete
  3. Di zaman Nabi Daud AH, orang yang benar2 beriman pun minoriti,begitu juga di zaman Rasul SAW, zaman sahabat RA..... dan zaman akan datang,sewaktu kedatangan Yakjut Makjut, pun minoriti dan senjata pada masa itu hanyalah zikir,doa dan tangisan ( orang beriman di dalam gua )..asbab ini Alloh bantu dan hancurkan yakjut/makjut..tiada senjata zohir boleh menghancurkannya!Zaman sekarangpun orang beriman minoriti.Semoga Alloh pilih kita dan umat ini dalam usaha meningkatkan iman dan amal soleh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. zaman la ni tabligh majoriti pasal semua negara dah ada markaz dan karkun tabligh bersepah.bila buat ijtimak ratus ribu datang.

      Delete
    2. Allah swt lihat quality bukn quantity..

      Delete
    3. Tapi tabligh bangga dgn quantity

      Delete
    4. xde sekumit perkataan yg keluar dr masyaikh2 tabligh dengan jumlah mereka yg berada atas jalan tabligh melainkan ,penuh dgn peraasaan risau...sila baca kitab Mansyar Hadrat Ji..

      Delete
  4. ala ust sabar je kat golongat haters ni, sape tak tau n kenal haters tabligh dlm internet skang ni? ehem

    yg pasti style comment die tu bunyi mcm si jundubs, cume name je anonymous. hipokrit taknak ngaku identiti je.

    org yg suke bagi komen berunsur dengki n menebar kebencian kbanyakannya penganut politik tegar.

    cool je ust..

    ReplyDelete

Jika mahu memberikan komentar, silakan, berilah komentar dengan menggunakan laras bahasa yang sopan dan penuh beradab. Segala komentar yang menyelisihi laras bahasa sopan dan adab, insyallāh akan dipadam oleh team admin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Telah Link Blog Ini