Pages

Monday, July 23, 2012

Negara Islam Menurut Fukaha Muktabar


                                  Warna hijau menunjukan negara umat Islam di dunia ini


Pentafsiran para fukaha tentang negara Islam boleh ditinjau dari sudut pembahagian negara yang dikemukakan oleh mereka.Umumnya mereka membahagikan negara(dar) kepada dua jenis ¡aitu dar al-islam dan dar al-harb. Sebahagian mereka membahagikannya kepada tiga iaitu dar al-Islam,dar al -harb dan dar al-’ahd.Saya memilih untuk menukilkan dahulu pandangan para fuqaha muktabar mengenai "Dar al-Islam"(Negara Islam)".

Dar al-Islam

Al-Qadi Abu Yusuf rah (W182H)  berkata,sesebuah negara itu dianggap sebagai dar al-Islam dengan menyatanya hukum-hukum Islam dalam meskipun kebanyakan penduduknya terdìri daripada kalangan bukan  Islam( non-Muslim). Sesebuah negara itu dianggap sebagai negara kafir (dar al-harb) dengan nyata hukum-hukum kafir di dalamnya meskipun kebanyakan penduduknya adalah terdiri daripada orang Islam.(aI-Sarakhsiy  1344H, 10:144).

Al-Imam Yusof Kandhalawi rah (1383 H),pernah berkata,bahawa Negara Islam itu adalah negara yang mana dalam negara tersebut,wujudnya amalan agama dalam masyarakatnya,walaupun negara tersebut di perintah oleh pemerintah kafir,tetapi walaupun negara itu diperintah oleh pemerintah Islam,tetapi kehidupan beragama masyarakatnya tidak wujud,maka negara tersebut bukanlah di namakan negara Islam.(Petikan bayan/Ceramah beliau di Raiwind,Pakistan).

Imam Abu Hanifah rah (W150H) pula berpandangan membawa sandaran dar kepada Islam atau kafir bukanlah berdasarkan kepada Islam atau kafir ini sendiri,tetapi sebaliknya berdasarkan kepada keamanan atau ketakutan (ketenteraman).Maknanya jika terdapat  keamanan secara mutlak buat orang Islam, sementara ketakutan secara mutlak terhadap orang kafr,sesebuah negara itu dikira negara Islam.Jika keadaan itu sebaliknya,maka ianya dikira sebagai negara kafir (al-Kasani 1977, 9: 519; lbn Abidin I 386H. 4:174).

Muhammad ibn aI-Hasan al-Shaybari (W189H)  meletakan syarat sesebuah negara Islam mestilah kekuasaan negara tersebut berada di tangan orang Islam (aI-Sarakhsi 1971, 3:8’).
Al-Rafit menyatakan tidak menjadi syarat sesebuah negara Islam itu didiami oleh umat Islam sebaliknya memadai jika ia berada di bawah kuasa Imam serta keIslamannya (al-Rafi’i. t.th 8: 14).

lbn Qayyim (W75IH) berkata, “Jumhur ulama berkata negara Islam adalah negara yang
didiami oleh umat Islam dan dilaksanakan dalamnya hukum-hukum Islam’ (Ibn Qayyim, 1: 266).Melihatkan paparan pandangan para fukaha dan pada pelbagai generasi dan mazhab ini,kita boleh mendapati bahawa syarat yang utama untuk menentukan bahawa sesebuah negara itu Islam atau kafir ialah perlaksanaan hukum-hukum Islam di dalamnya.Jika hukum-hukum dilaksanakan di dalamnya dan ia berada di bawah kekuasaan orang Islam,Negara tersebut
diiktiraf sebagai negara Islam.Kesan daripada kedua-dua perkara tersebut,umat Islam
akan berada dalam keadaan aman.

Tetapi jika tidak dilaksanakan hukum Islam sementara kekuasaannya berada di tangan orang bukan Islam maka ia dikira sebagai negara harbiyy,sekalipun terdapat orang Islam daripada kalangan penduduknya.Sementara pandangan Imam Abu Hanifah (W204H) yang kelihatan menjadikan keamanan dan ketakutan sebagai asas penentuan sesebuah negara itu Islam atau kafir tidak bertentangan dengan pandangan para fukaha lain kerana keamanan akan terhasil melaluí perundangan dan kekuasaan Islam.Keamanan adalah bukti kepada kekuasaan sebagaimana yang dìtegaskan oleh al-Sarakhsi (1971, 4 1253).Atas dasar inilah kita dapati al-Kasani (584H) ,telah mentafsirkan kata-kata Imam Ahu Hanifah(W204H) dengan ungkapannya yang berikut: Maksud kata-katanya (Imam Abu Hanìfah) keamanan secara mutlak ialah tidak perlu akad perdamaian dan permohonan perlindungan daripada keamanan” (al-Kasani 1977,9: 519).

Seolah-olah, Imam Abu Hanifah bermaksud daripada kata-katanya itu, negara Islam adalah negara yang berada di bawah kekuasaan orang Islam dan buktinya umat Islam aman dan bebas melaksanakan hukum-hukum Islam tanpa sebarang perasaan takut.Oleh sebab itulah kita mendapati bahawa Imam Abu Hanifah pernah menyatakan:Perkara yang diambil kira dalam penentuan sesebuah negara adalah kekuasaan dan mun’ah pada sesuatu pemerintahan” (aI-Sarakhsi 1971,4: 1253).

Seperkara lagi yang perlu diberi perhatian di sini ialah pelaksanaan hukum Islam.Sesebuah negara yang berada di bawah kekuasaan orang Islam tidak memadai untuk dikira sebagai negara Islam jika tidak berlakunya pelaksanaan hukum-hukum Islam di dalamnya ini terbukti melalui kata-kata al-Sarakhsi:Semata-mata pembukaan sesebuah tempat (al-Jath) tidak menjadikan tempat tersebut sebagai negara Islam sebelum dilaksanakan hukum-hukum Islam (al-Sarakhsi 1344K, 10: 23).

Hal ini adalah disebabkan terdapat ramai pemerintah daripada kalangan orang Islam yang tidak mampu melakukan sernua perkara yang wajib dilakukan olehnya sebagai seorang pemerintah Islam. Muhammad Rashid Rida(W1354H) menyatakan negara seperti ini diklasifikasikan  sebagai negara harbiyy oleh sebahagian ulama (Salah al-Din al-Munjid 1970, 1:337).

32 comments:

  1. salam,terima kasih kepada penulis blog juga merangkap penulis artikel,Artikel yang sangat baik,di kupas.Saya ingin bertanya ,bagaimanakah undang2 Islam itu perlu di tubuh sehingga membolehkan negara kita boleh di sebut sebagai negara Islam.

    ReplyDelete
  2. teman nak perbetulkan ayat mike yg salah:

    1.yg patut guna gelaran al imam ialah ulama muktabar kurun awal islam contoh imam mazhab yg 4 dll layak guna Al Imam tapi kat yusof khandalawi cukup guna maulana shj.dia tak layak dgn gelaran al imam.

    2.sebenornye kerajaan tu ada 4 jenis yob oiiii...lagu mane deme dpt 3 je? ngaji tak abih lg tak payah tulis tajuk ni la yob..nanti malu kat tabligh je

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1.Salam,terima kasih atas komen saudara,soalan pertama saya,adakah saudara mengenali al-imam Muhamad Yusof Kandhalawi rah secara lebih dekat,saudara membaca karya2nya yang di puji hebat oleh ulama.Keunggulan beliau dalam ilmu disiplin hadith.Tidak layakah beliau di gelar sebagai al-iman sedang Dr Yusof Qardhawi pun di labelkan sebagai al Imam.

      2.Boleh saudara nyatakan nama kitab rujuan saudara seperti mana yg saudara dakwa,saya salin bulat2 dr kitab yg ada pd saya.

      Delete
    2. bile pulak yusof qardawi guna al imam???????
      zaman ni org pakai gelaran al allamah dr yusof qardawi,al allamah dr wahbah zuhaili dll laa.....

      ni confirm tarak baca punye olang.mane daknya asyik baca kitab fadhail amal tabligh je 24jam

      lg sekali mau ulang title utk yusof khandalawi ialah maulana bukan al imam.kasi baca balik kitab2 tabligh tak ade tulis pun al imam...buat malu je

      Delete
    3. oh ye lupe pulak..pasal kitab tu!
      kitab mike zaman bile punye yg kate 3 jenis tu?
      kitab teman kata 4 jenis

      1.pemerintah islam yg adil
      2.pemrintah islam yg fasiq/zalim
      3.pemerintah islam yg murtad
      4.pemerintah kafir

      Delete
    4. http://fauwazfadzil.blogspot.com/
      saudara yg menimbulkan syubhat dlm ruang komentar ini boleh melihat di dalam tulisan milik salah seorang guru saya iaitu Ustaz Fauwaz.Saya sempat talaqqi beberapa pengajian turath dgn beliau.Beliau mengelarkan al-imam Dr Yusof Qardhawi.

      Bagaimana dengan gelaran al-imam Hassan albana?
      Saya dan guru2 sya memanggil beliau (syiekh Yusof Kandhalawi) dengan gelaran Al-Imam.Beliau muhaddith besr di zaman beliau.Kalo setakat membaca di internet.Baik anda behenti dr membuat onar di sini.Sumbangan mereka dlm bidang agama (hadith,sirah para sahabah,aqidah,sunnah,dakwah) memang ketahui oleh ulama sezaman dan yg dtg secara kemudiannya.

      Saudara kelihatan jahil dalam memahami sirah2 ulama2 benua hindustan.

      Menjawab persoalan saudara tntg pembahagian uslub pemerintahan.Sila bagi rujukan saudara.

      Delete
    5. klu nak lebih terperinci ada 6 jenis pemerintahan menurut hukum fiqh:
      1.dar al-islam
      2.dar al-harb
      3.dar al-'ahd
      4.dar al-baghy
      5.dar al-bid'ah
      6.ad-dar al-maslubah

      Delete
    6. AnonymousJuly 24, 2012 9:06 AM

      - BOOOOOO

      Delete
    7. ini ke akhlak org yg kate ikut nabi tu?
      buruknye akhlak kamu ye...
      ape pendapat kamu soalan AnonymousJuly 24, 2012 3:59 PM tu?

      Delete
  3. saya pernah dengar ceramah seorg ustaz, katanya di antara ciri2 negara Islam ni ialah rumah org kafir x bole tinggi daripada rumah org Islam (contohnya, kalau rumah org Islam 2 tingkat, org kena tinggal dlm rumah 1 tingkat), kalau org Islam bejln di tengah jalan, org kafir kena bejalan di tepi...Ustaz tu baca ayat lagi yg maksudnya lebih kurang, "Islam tu tinggi dan tiada yg lebih darinya"....wallahualam..

    ReplyDelete
  4. wahai..AnonymousJuly 24, 2012 9:06 AM
    kenapa x jwb soalan penulis...komenla pakai ilmu jgn pakai nafsu...

    ReplyDelete
  5. sedikit pengenalan sejarah ulama2 hadis di benua india .

    Di zaman Khalifah Al-Walid bin Abdul Malik Al-Umawi, iaitu di akhir abad
    pertama Hijrah, Muhammad bin Qasim Ast-Staqafi telah dapat membuka
    wilayah Sind di Barat Laut India. Sejak saat itu wilayah Sind telah rasmi
    menjadi daerah kekuasaan pemerintahan Islam yang berpusat di Damascus
    dan begitu pula ketika pusat pemerintahan Islam berpindah dari Damascus ke
    Baghdad di Iraq semasa pemerintahan Bani Abbas. Dalam masa yang
    berkurun-kurun ini banyak ulama’ dan tokoh-tokoh agama yang datang ke
    tanah India terutama dari keturunan Ali bin Abi Thalib yang lebih dikenali
    dengan panggilan Alawiyyin, kerana mereka lari dari kekejaman Bani
    Umaiyyah dan Bani Abbad yang sentiasa dendam terhadap mereka.

    Di antara mereka yang terkenal ialah Syekh Israil bin Musa al-Bashri
    yang berasal dari Kota Basrah (Iraq) dan Syekh Mansur bin Hatim An-Nadwi,
    seorang ahli ilmu nahu (ilmu tata bahasa Arab), Syekh Ibrahim bin Ahmad AdDibuli, Syekh Ahmad bin Abdullah Ad-Dibuli, Syekh Abul Abbas Ahmad bin
    Muhammad Al-Mashur dan lain-lain lagi.

    Ketika Sultan Mahmud Al-Ghaznawi datang memasuki India pada akhir abad
    keempat Hijrah, banyak pula ulama’ yang datang mengiringinya. Kebanyakan
    dari mereka itu datang dari daerah Khurasan dan Iran Utara. Mereka datang ke India untuk menyebar-luaskan ilmu pengetahuan dan berdakwah kepada jalan Allah. Tetapi mereka telah membawa pola pemikiran baru dan corak ilmu pengetahuan yang tersendiri. Mereka sangat fanatic dengan Mazhab Hanafi yang mereka anuti. Mereka sibuk dan lebih banyak mementingkan masalahmasalah kilafiyah dan falsafah Yunani yang telah usang itu daripada kembali kepada Al-Qur’an dan Hadis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dari itu lahirlah generasi penerus yang mewarisi ilmu mereka. Terlalu sedikit yang mempelajari ilmu hadia dan Tafsir. Sekiranya ada di antara mereka yang telah membaca kitab hadis “Masyraiqul-anwar” karangan Imam Ash-Shaghani atau kitab “Masgabihus Sunnah” karangan Imam Muhyis-Sunnah Husen al Farra, ia sudah merasa ilmu hadisnya sudah mendalam. Dan sekiranya ada di antara mereka yang sudah membaca kitab “Misykatul-Mashabiih”, dia merasa sudah sampai ke martabat ahli hadis.

      Pengetahuan hadis masih terasa dangkal di kalangan ulama’ India, sehingga ke akhir abad yang kesepuluh Hijrah. Pada akhir abad ini, datanglah beberapa ulama’ hadis ke Tanah India seperti Syekh Abdul Mu’thi Al-Makki (wafat tahun 999H) yang datang dari tanah suci Mekkah, Syekh Syihabuddin Ahmad AlMishri (wafat tahun 992H) dari Mesir dan Syekh Muhammad bin Ahmad AlFaakihani (wafat tahun 992H). Mereka datang ke Tanah India untuk menyebar-luaskan ilmu Hadis dan mengajarkannya kepada ulama’-ulama’India pada ketika itu.
      Dari apa yang ditanamkan oleh para ulama’ yang kita sebutkan di atas,lahirlah generasi yang bersemangat untuk memperdalami ilmu hadis daribangsa India sendiri. Mereka sudah mulai menggemari ilmu hadis dan merasakan kelazatannya. Banyak di antara mereka yang pergi ke Tanah Suci Mekkah untuk belajar ilmu hadis dari ulama’-ulama’ besar, ahli hadis yang mengajar di sana.

      Di antara ulama’ India yang terkenal dalam ilmu hadis pada waktu itu ialah Syekh Abdullah bin Sa’dullah As-Sindi, Syekh Rahmatullah As-Sindi, Syekh Yaqub Al-Kasynuru (wafat tahun 1003H), Syekh Abdullah Syamsuddin AlSultanpuri dan Syekh Muhammad Tahir Al-Fatani Al-Ghujerati yang mengarang kitab “Majma’ul Biharil Anwar, Fi Gaharaibit Tanzili Wa Lathaifil Akhbar”, sebuah kitab yang sangat penting dalam ilmu hadis kerana ia memuatkan perbahasan yang menerangkan kalimat-kalimat sulit yang sering
      ditemui dalam kitab-kitab hadis.

      Setelah itu lahirlah Syekh Abdul-Haq Bin Saifuddin Ad-Dahlawi (958 – 1052H).Beliau sangat gigih berusaha meluaskan penyebaran ilmu hadis di tanah India. Beliau telah menulis dua kitab hadis yang merupakan keterangan kepada kitab Misykatul-Mashabih. Kitab pertama dalam Bahasa Persia dinamakan “Asyi’atul Lama’at” dan yang kedua dalam Bahasa Arab berjudul “Lama’atut Tanqih”. Setelah beliau wafat , tugas ini diteruskan oleh anaknya yang bernama Syekh Nurul Haq Ad0Dahlawi (wafat tahun 1075H), pengarang
      kitab “Taisirul Qari Syarhil Bukhari” dalam Bahasa Persia, bahasa umat Islam India ketika itu.

      Delete
    2. Setelah itu datanglah satu babak baru yang dipimpin oleh Imam Ahmad Bin Abdur-Rahim, yang lebih terkenal dengan sebutan Syah Walyullah Ad-Dahlawi(wafat tahun 1176H). Beliau merupakan pangkal keberhasilan ulama’ India merebut martabat yang tinggi dalam ilmu hadis dari abad ketiga belas yang lalu sehingga kini.
      Pada mulanya, Imam Waliyullah Ad-Dahlawi telah berguru dengan ayahnya sendiri, Syekh Abdur-Rahim Ad-Dahlawi. Kemudian beliau meneruskan pelajarannya ke Tanah Suci Mekkah dan Madinah.

      Di Madinah beliau telah berguru dengan seorang ahli hadis yang berasal dari bangsa Kurdi bernama Syekh Abu Tahir Al-Kurdi. Ad-Dahlawi begitu terpengaruh dengan gurunya itu dan hatinya terdorong untuk terus duduk di dalam halaqahnya (majlis ta’limnya) selama beliau berada di Madinah. Apabila pulang ke India, beliau terus menyebarkan ilmu hadis yang telah diterima dari gurunya tadi. Dahlawi juga mempunyai kecerdasan yang luarbiasa sehingga beliau dapat mengembangkan bakatnya yang telah ada. Banyak rahsia ilmu hadis yang dapat dikeluarkannya. Beliau adalah pembuka babak baru dalam lembaran sejarah ilmu hadis di India.

      Tiga puluh tahun lamanya Dahlawi mengajar hadis di Madrasah Darul Uluum Delhi. Banyak ulama’ hadis yang dapat dilahirkannya dan banyak pula di antara mereka yang mengarang kitab-kitab hadis yang penting dan menjadi bahan rujukan para pengkaji dalam bab ini.

      Syah Abdul Aziz Bin Syah Waliyullah Ad-Dahlawi adalah pewaris ilmu dan bakat ayahnya. Beliau bersama tiga orang saudaranya yang lain iaitu Syah Abdul Qadir, Syah Rafi’uddin dan Syah Abdul Ghani telah dapat memenuhi cita-cita ayahnya. Mereka adalah empat orang bersaudara yang tidak dapat dilupakan
      peranannya dalam sejarah ilmu Hadis di tanah India.
      Generasi ini kemudian disambung oleh Jamaah Muhaddissin yang diketuai oleh Syekh Muhammad Ishaq Ad-Dahlawi, cucu Syah Abdul Aziz Ad-Dahlawi bersama dengan Syekh Abdul Hayy bin Hibatullah Al-Burhanuwi, Syekh Abu Said Ad-Dahlawi dan Syekh Abdul Haq Bin Fadhullah Al-Ustmani.

      Delete
    3. Setelah itu datanglah generasi baru yang dipimpin oleh Syekh Abdul Ghani bin Syekh Abu Said Ad-Dahlawi (wafat tahun 1292H), pengarang kitab “Injahul Hajah Fi Syarhi Sunani Ibni Majah”. Syekh Abdul Ghani merupakan Khalifah dan pewaris ilmu dari Syekh Muhammad Ishaq Ad-Dahlawi.Syekh WIlayat Ali Al-Azhimabadi juga termasuk ulama’ ahli Hadis yang masyhur pada waktu itu. Di samping sebagai seorang Muhaddith, beliau juga
      salah seorang pemimpin tentera Mujahiddin yang menyertai perjuangan Imam Ahmad bin Irfan Asy-Syahid. Banyak orang datang berguru dengannya.

      Merekasangat kagum dengan peribadi beliau yang dapat menemukan antarakepahlawanan dan keilmuan yang mendalam.
      Setelah itu datang period baru yang lebih banyak lagi melahirkan ulama’-ulama’ ahli ilmu Hadis. Pada period ini, pusat pengajian Ilmu Hadis bukan hanya di kota Delhi sahaja, tetapi sudah tersebar di kota-kota lain.Di Delhi, ulama’ ahli Hadis berguru dengan Syekh Sayyid Nadzir Hussen AdDahlawi (wafat tahun 1320H). Beliau telah mengajar ilmu Hadis selama 50tahun sehingga dapat berguru dengan beliau seorang datuk dan cucunya. Kita tidak dapat mengira berapakah jumlah murid-muridnya. Pendek kata, di setiap kampung terdapat orang yang pernah berguru dengan beliau.Di Gangguh, ahli Hadis berguru dengan Syekh Rasyid Ahmad Al-Ghanghuhi(wafat tahun 1323H). Beliau adalah murid terbesar dari Syekh Abdul Ghani Ad-Dahlawi. Beliau mengajar selama 30 tahun di pondok yang beliau dirikan dikampung Gangguh yang jauh di pedalaman itu. Meskipun demikian, para penuntut tetap datang ke sana untuk mengambil ilmunya. Syekh Rasyid
      Ahmad Al-Gangguhi biasanya mengajar semua Kutubus-Sittah (enam buah kitab Hadis yang masyhur itu) dan menamatkannya dalam satu tahun. Kitab karangan beliau yang terkenal ialah “Al-Kaukabud Durri Ala Jami’it Tirmizi”dalam dua jilid besar dan kitab “Al-Kawakibud dari Alal Bukhari”. Kedua kitab tersebut adalah kumpulan dari keterangan yang beliau berikan ketika
      mengajar kitab Hadis Tirmizi dan kitab Shahih Bukhari yang telah
      dikumpulkan oleh murid beliau yang bernama Syekh Muhammad Yahya AlKandahlawi.

      Delete
    4. Di Lucknow, ahli Hadis berguru dengan Syekh Abdul Hayy bin Abdul Halim AlLaknawi (wafat tahun 1304H). Beliau selain mengajar, juga banyak mengarang kitab. Kitab karangannya lebih dari 110 buah. Di antaranya ada yang berbahasa Arab dan ada yang berbahasa Urdu dan Persia. Kitab beliau ini telah menjadi bahan rujukan ulama’ ahli Hadis, sama ada di India mahupun di luar negeri. Di antara karangan beliau yang terkenal ialah “Assia’yah Fi Syarhil Wiqayah, Mishbahud-Duja, At-Ta’liqul Mumajjad ‘Ala
      Muwaththail Imam Muhammad, Ar-Raf’u Wat Takmil Fil JARHI Wat Ta’dil,Imamul-Kalam Fima Yata’allaqu Bil Qiraati Khalfal Imam, Al-Fawaidul bahiyyah Fi Tarajimil Hanafiyyah” dan lain-lainnya.
      Di Bhopal, ulama’ Hadis berguru dengan Sayyid Shiddiq Hasan Khan (wafat tahun 1317H). Beliau juga merupakan salah seorang ulama’ India yang banyak mengarang. Semua karangannya telah mendapat sambutan baik di kalangan ahli Hadis. Kitab karangan beliau berjumlah 222 buah yang meliputi berbagai ilmu dan perbahasan dan 56 buah di antaranya berbahasa Arab dan yang lainnya dalam bahasa Urdu dan Persia. Di antara karangannya yang terkenal ialah kitab “Nuzulul Abrar Fi Syarhi Muntaqul Akhbar” (yang
      merupakan ringkasan dari kitab “Nailul Authar” karangan Imam Asy-Syaukani),Al-Hiththah Bi Dzikri Shihahis-Sittah, (kitab yang membahaskan masalahmasalah sulit yang terdapat di dalam Kutubus-Sittah), Miskul Khitam Fi Syarhi Bulughil Maram (dalam bahasa Persia), Fathul Allam Fi Syarhi Bulughil Maram(dalam bahasa Arab),‘Aunul Bari Fi Halli Adillatil Bukhari, (Syarah Shahih
      Bukhari dalam empat jilid besar), As-Sirajul Wahhaj Min Kasyfi Mathalibi Shahihi Muslim Ibnil Hajjaj (syarah Shahih Muslim), Fathulbayan Fi Maqashidil Quran (Tafsir Al- Quran dalam sepuluh jilid besar), Nailul Maram Fi Tafsiri Ayatil Ahkam (kitab yang khusus mentafsirkan ayat-ayat hukum), AbjadulUluum, AtTajul Mukallal, Al Bughah Fi Ushulil Lughah, Al alamul Khaffaq Fi
      Limil Isytiqaq” dan lain-lain.

      Di Bihar, para ahli Hadis berguru dengan Syekh Syamsul-Haq Ad-Diyanawi,murid terbesar Syekh Sayyid Nazir Husen Ad-Dahlawi. Beliau adalah pengarang kitab “At-Ta’liqul Mughni Fi Syarhid Daraquthni” dalam dua jilid dan kitab “Ghayatul-Maqshud Fi Syarhi Abi Daud” yang kemudiannya disiapkan oleh muridnya Syekh Asyraf Ad-Diyanawi dan kitab itu diberi nama “Aunul
      Ma’bud Fi Syarhi Abi Daud”, syarah kitab Abu Daud yang tidak asing lagi bagi setiap orang mendalami kitab ini.

      Setelah itu datang pula period baru yang berpusat di pesantren Darul Uluum Deoband dan pesantren Mazhahirul Uluum Saharanpur dan di beberapa tempat lain di Kota A’zamgarh.
      Di Deoband, ilmu Hadis mulai berkembang pesat sejak Syekh Rasyid Ahmad Al-Ghanghuhi datang mengajar ke sana, kemudia disambung oleh Maulana Asaraf Ali Al-Tahanwi (wafat tahun 1362H). Beliau adalah murid terbesar Syekh Rasyid Ahmad Al-Ghanghuhi dan yang mewarisi ilmunya. Kitab beliau yang bernama “I’laus-Sunnan” dalam 18 jilid sudah cukup menjadi saksi atas kedalaman ilmu beliau di bidang ilmu Hadis dan Fiqh. Setelah itu disambung
      pula oleh Syekh Mahmudul Hasan Ad-Deobandi (wafat tahun 1330H) yang lebih terkenal dengan gelaran SYEKHUL HIND. Selain dari seorang ulama’ ahli Hadis, beliau juga seorang muhajid yang gigih berjuang untuk membebaskan India dari jajahan Inggeris. Beberapa tahun lamanya beliau dibuang ke Pulau Andaman kerana Inggeris mencurigai beliau membuat gerakan bawah tanah yang sangat membahayakan imperialis Inggeris. Setelah itu datanglah giliran murid beliau yang bernama Syekh Anwar Syah Al-Kashmiri, pengarang kitab Faidhul Bari Ala Sahahihil Bukhari yang merupakan keterangan singkat dan padat pada kitab Shahih Bukhari.

      Delete
    5. Di Saharanpur, pengajaran ilmu Hadis mulai giat sejak dari Maulana Khalil Ahmad As-Saharanfuri (wafat tahun 1346H) mulai mengajar di madrasah Mazhahirul-Uluum Saharanpur. Beliau adalah salah seorang di antara khalifah dan pewaris ilmu Syekh Rashid Ahmad Al-Ghanghuhi dan beliau adalah pengarang kitab “Bazlul Majhud Fi Halli Abi Daud” dalam 20 jilid besar yang merupakan syarah yang terlengkap kepada kitab Hadis Abu Daud dan beliau
      juga adalah pengarang kitab “At-Ta’liqat”, keterangan singkat kepada kitab Shahih Bukhari.

      Kemudian kedudukan Maulana Khalil Ahmad As-Saharanfuri dalam mengajar ilmu Hadis digantikan oleh muridnya, Syekh Yahya Al-Kandahlawi. Syekh Yahya kemudiannya digantikan oleh anaknya yang bernama Syekh Muhammad Zakaria Al-Kandahlawi. Selain dari mengajar, Syekh Zakaria juga banyak mengarang kitab. Kitab beliau yang terpenting ialah “Aujazaul Masalik Ila Muwathhai Malik” syarah yang panjang lebar pada kitab Muwattho’
      karangan Imam Malik. Kitab ini terdiri dari enam jilid besar. Kitab lain ialah Kitab “Al Lami’ud-Dari Fi Syarhil Bukhari” dalam empat jilid dan kitab “AlAbwab Wat Tarajim Lil Bukhari” yang menerangkan maksud Imam Bukhari dalam mentabwibkan (membuat bab) dalam kitabnya.

      Di kota A’zamgarh juga banyak ulama’ Hadis yang lahir dan mempunyai peranan penting dalam pengembangan ilmu Hadis di tanah India. Di antara mereka yang terkenal ialah Syekh Abdul Rahman Al-Mubarakpuri, pengarang kitab “Tuhfatul Ahwazi Fi Syarhit Tirmizi” dalam lima jilid besar dan jilid pertama khusus untuk Muqaddimah yang menerangkan dasar-dasar ilmu hadis yang amat penting diketahui oleh orang yang hendak memperdalami
      13 ilmu Hadis, khususnya sunan Tirmizi. Dan Maulana Ubaidullah Abdur Rahman, pengarang kitab “Al-Mir’at Fi Syarhil Misykat” dalam empat jilid besar yang merupakan syarah yang terlengkap dan paling merangkumi permasalahan yang berhubungan dengan kitab “Misykatul Mashabih”.Kita tidak dapat melupakan peranan Maulana Habibul Rahman Al-A’zhami sebagai seorang pentashih, pengulas dan penerbit kitab “Al-Mushannaf”,karangan Imam Abdur Razzak Ash-Shan’ani seorang ulama’ ahli Hadis yang berasal dari Yaman, Kitab ini telah diterbitkan dalam enam belas jilid besar.
      Demikian juga “Musnadul Humaidi” yang juga ditashih dan diterbitkan oleh Syekh Habibur Rahman Al-A’zhami. Maulana Habibur Rahman masih hidup sehingga kini (1987) dan beliau mengajar ilmu Hadis di Madrasah Miftahul Uluum yang terdapat di daerah A’zamgrah.

      Perhatian ulama’ India di bidang ilmu Hadis ini tetap berterusan sehingga hari ini dan masih terdapat banyak lagi tokoh-tokoh generasi penerus yang hidup dan memikul tugas ini. Mereka tetap mempertahankan kedudukan mereka dalam mencapai darjat yang tinggi di dalam bidang Hadis sejak dari dua abadyang lalu.

      Syekh Muhammad Rasyid Ridha (wafat 1935H) seorang ulama’ besar dari Mesir telah mengakui tentang keunggulan ulama’ India dalam menduduki martabat tertinggi di bidang ilmu Hadis. Beliau menyatakan:“Kalau bukan kerana usaha ulama’ India untuk mendalami ilmu Hadis di akhir-akhir ini, ia tentu telah hilang dan lenyap dari dunia Islam. Ilmu Hadis telah lemah dan tidak mendapat perhatian dari ulama’ Mesir, Syam
      (Palestine, Jordan dan Syria) dan Hijaz (Mekah dan Madinah) sejak dari permulaan abad kesepuluh hingga kini.

      Delete
    6. INFO Diambil dari mukadimah Sejarah Perkembangan Islam di India karya KH Ahmad Fahmi ZamZam, MA

      Delete
    7. berdasarkan fakta sejarah ini ada beberapa kesimpulan:


      1.kebanyakan gelaran yg dipakai ialah 'syekh dan maulana'.bagaimana tok guru dipanggil syiekh tiba2 anak murid dpt gelaran lebih tinggi drp guru?

      2.nama maulana ilyas & maulana yusof khandalawi langsung tak disebut.ini menunjukkan mereka berdua tidak tergolong dlm ulama hadis.hanya org tabligh shj yg memuja mereka.

      3.ramai lagi ulama besar lain yang berjasa besar utk umat islam di India tapi nama2 mereka tidak di kenali org tabligh.(ini berdasarkan tulisan dlm blog mereka sebelum ini yg tak pernah highlight nama2 diatas.)

      Delete
    8. Perlu ke saya jawab pertanyaan jahil ini???

      Delete
    9. ust fuad, rasenye kite cam tau je sape si anonymous ni..kan? tapi yg confirmnye die tu bersifat pengecut yg tak brani tunjuk identiti,ntah ape le dendamnye asyik nak provoke ust fuad..takpe ust, org mcm ni yg sifat suka bukak aib nanti Allah akan bukak aib dia.

      btw ust, artikel yg menarik n

      Delete
    10. ambe rasa ust fuad perlu jawab utk hilangkan kejahilan dia.tugas seorg ust menghilangkan kejahilan org yg jahil kan?

      ke guane?

      Delete
    11. teman rase tulisan kh ahmad fahmi zam zam tu betul la.memang ulama hadis ramai di india sejak empayar moghul berkuasa lagi.m.ilyas mase tu belum hidup lagi

      makna kata ulama hadis sudah ramai sebelum jt ujud lg.so banyak lg ulama besar lain rupenya kat india.

      Delete
    12. Salam,Ust Ahmad Fahmi zam zam tu adalah semurid dgn guru anak iaitu Syiekh Badaruddin Hj Ahmad.Mereka adalah murid kepada Al-Imam Abu Hassan Ali Ad-Nadwi(keterunan rasul saw).

      Sebenarnya memang ramai lagi ulama2 dr benua Hindustan yang telah berjasa kpd dunia Islam(cuma saya agak familiar dgn ulama JT)bukan saya menolak untuk highlight ulama2 lain,cuma (inikan blog peribadi saya)"free writing" ,dan para masyaikh2 JT juga adalah murid kpd ulama2 terkenal di benua Hindustan.

      Dan org jahil akan bertanya"Mana kitab2 yg dikarangan oleh Masyaikh2 JT...Fadhilat A'mal saje ke?
      Perlu ke saya jawab antonansi ini??

      Delete
    13. Biodata Ringkas Ustaz Fahmi Zam-Zam :

      Di sini diturunkan sebuah biodata ringkas Ustaz Fahmi untuk sesiapa yang kurang mengenali beliau atau masih tercari-cari siapakah gerangan Ustaz Fahmi yang hasil tulisannya banyak didapati di toko-toko buku agama di seluruh negara:

      Al-Fadhil Ustaz Ahmad Fahmi Zamzam Al-Banjari Al-Nadwi Al-Maliki dilahirkan pada tahun 1959 di Amuntai, Banjar Masin, Kalimantan Selatan. Beliau memasuki alam persekolahan di Amuntai sebelum menyambung pengajian di Madrasah Darussalam Martapura, Kalimantan selatan sehingga Tingkatan ‘Aliyah. Beliau seterusnya melanjutkan pendidikan di Yayasan Pesantren Islam Bangil, Jawa Timur.

      Pada tahun 1980, beliau telah meneruskan pengajiannya di India, bersama dengan ulama’ terkenal Samahah As-SHEIKH Abul Hassan Al-Hasani An-Nadwi r.h. di Nadwatul Ulama’, Lucknow. Pada tahun 1984, beliau menamatkan pengajiannya di India dan datang ke Malaysia, seterusnya berkhidmat di Madrasah Tarbiyyah Islamiyyah Derang di Pokok Sena, Kedah sehinggalah ke hari ini.

      Pada tahun 1988, beliau berkesempatan berguru dengan As-Sheikh Mohammad Yasin Al-ngan As-Sayyid Muhammad Alawi Al-Maliki, sehingga dianugerahkan dengan gelaran keluarganya “Al-Maliki” pada tahun 2002.

      Delete
    14. teman rasa artikel di atas copy n paste tuan blog bukan hasil tulisan sendiri.buktinya tarikh kematian Imam Abu Hanifah yg sangat salah.

      Beliau meninggal tahun 150h bukan 204h.itu belum cek lg tarikh tokoh yg lain.harap tuan blog dpt betulkan kesalahan itu

      Delete
    15. gitu juga dgn pembahagian negara islam klu berdasarkan kitab fiqh ada 6 spt tulisan AnonymousJuly 24, 2012 3:59 PM.

      di harap tuan blog dpt buat homework dulu sblm menulis supaya tidak salah fakta.

      Delete
    16. As-salam..

      Rasanya takde salah apapun dengan gelaran Imam pada yg dipercayai layak. Misalnya Maulana Zakariyya sendiri, wlwpun beliau alim besar, dan meskipun kita biasa menyebut beliau dgn Maulana Zakariyya sahaja, tapi Mufti Muhammad bin Adam Kawthari dalam salah satu tulisan/jawapan beliau yg tersiar dalam Sunnipath, beliau menggelar Maulana Zakariyya dgn panggilan Imam Muhammad Zakariyya.

      Regards,
      Zul

      Delete
    17. Imam Hadith....
      mereka jahil dan buta sejarah Islam di India..

      Delete
    18. ape makna zalim dlm islam?
      meletakkan sesuatu tidak pada tempatnye.
      letak sesuatu gelaran kpd org yg tidak layak adalah zalim.

      Delete
    19. Fahaman apa yg saudara cuba bawa di sini.Nak berhujjah perlu ada ilmu...

      Delete
  6. Macam engineer tegur cara doktor rawat orang. Nak tunjuk pandai tapi tak tahu apa2. Pedulikan jek Ust. Fuad

    ReplyDelete

Jika mahu memberikan komentar, silakan, berilah komentar dengan menggunakan laras bahasa yang sopan dan penuh beradab. Segala komentar yang menyelisihi laras bahasa sopan dan adab, insyallāh akan dipadam oleh team admin.