Ikuti Blog Ini

Tuesday, July 17, 2012

Kehidupan dunia dan agama.



Rasulullah Saw bersabda:

Begitu hampir waktunya orang-orang kafir saling menyeru untuk menyerang kamu semua dari segala penjuru sebagaimana orang-orang lapar mengerumuni dulang berisi makanan.”
Para sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah, adakah pada ketika itu bilangan kami sedikit?”
Nabi menjawab, “Tidak, sebaliknya pada ketika itu bilangan kamu amat ramai, tetapi kamu seperti buih-buih di lautan. Sesungguhnya Allah akan mencabut rasa takut dari hati musuh-musuh kamu terhadap kamu. Dan Allah mencampakkan dalam hati kamu al-Wahn.Para sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah, apa yang dimaksudkan dengan al-Wahn?”
قَالَ: حُبُّ الْحَيَاةِ وَكَرَاهِيَةُ الْمَوْتِ
Rasulullah menjawab, “Cintakan dunia dan takutkan mati.” (Hadis Riwayat Ahmad, 37/82, no. 22397. Dinilai hasan oleh Syu’aib al-Arnauth. Abu Daud, 11/371, no. 3745.)

Mungkinkah situasi ini telah berlaku dan sedang berlaku? Kerana pada hari ini orang-orang kafir berkumpul bersama-sama mereka menyerang umat Islam di segala penjuru dan sudut kawasan.Baru-baru ini tersebar pendedahan penulis buku “Inside The Company: CIA Diary” – Phil Agee melalui Youtube.com – adanya agenda dan perancangan rapi Yahudi, Barat, dan sekutu-sekutu mereka untuk menguasai negara-negara dunia tertentu termasuk negara-negara Islam dan tanah-tanah ‘Arab pada hari ini.Konon atas dasar memberikan keadilan di atas prinsip demokrasi,hak asasi manusia,ideologi revolusi, kemudian melalui cetusan ketegangan dan kemarahan di kalangan umat Islam sesama sendiri.

Pelik atau tidak, cuba kita fikirkan bersama, walaupun Korea Utara merupakan negara paling aktif berkonfrantasi dengan Amerika Syarikat dan Sekutunya. Demikian juga beberapa negara kaum kuffar lainnya yang aktif berkonfrantasi dengan mereka. Tidak pula negara berkenaan diserang oleh Barat dan sekutunya. Malah tidak ada sebarang rekod bantuan dana kewangan kepada pembangkang di negara berkenaan bagi menyebarluaskan “Demokrasi” ke semenanjung Korea Utara.Benarlah sebagaimana sabda Rasulullah Saw tersebut. Umat Islam pada hari ini dikerumuni oleh orang-orang kafir dari pelbagai arah dan penjuru. Dalam masa yang sama, hanya sedikit yang menyedari hakikat ini. Manakala sebahagian besar lainnya amat sibuk dengan dunia masing-masing.

Kalau kita perhatikan baik-baik, hari ini umat Islam sanggup berhutang berhabis harta untuk mengejar kemewahan yang sementara. Dari saat di alam pengajian sehinggalah ke alam kerjaya, masyarakat Islam tidak sudah-sudah bermain dengan hutang. Hutang pengajian, hutang kenderaan, hutang rumah, hutang kad kredit, hutang riba, hutang perniagaan, hutang barang kemas, dan sebagainya. Kerana hutang itu akhirnya menjadikannya sibuk dan dilupakan dengan janji-janji akhirat.

Sedar atau tidak, sebenarnya cinta terhadap dunia akan menuntut adanya sikap pengagungan terhadapnya. Padahal ia adalah rendah di sisi Allah Swt dan di antara dosa yang besar adalah mengagung-agungkan sesuatu yang telah dihinakan oleh Allah.
Allah membenci mereka yang menjadikan dunia sebagai tujuan, sebaliknya mencintai mereka yang mengambil dunia sekadar keperluan atau sarana meraih keredhaan-Nya. Allah Swt berfirman (maksudnya):

“Sesiapa yang menghendaki keuntungan di akhirat akan Kami tambah keuntungan itu baginya dan sesiapa yang menghendaki keuntungan di dunia Kami berikan kepadanya sebahagian dari keuntungan dunia dan tidak ada baginya suatu bahagianpun di akhirat.” (Surah asy-Syuura, 42: 20)

Ayat ini antaranya menunjukkan bahawa sesiapa yang menjadikan amal perbuatannya untuk meraih hal-ehwal dunia dan bukan untuk tujuan mencari redha Allah Swt dan kehidupan akhirat, maka dia akan mendapat apa yang dikehendakinya dari sebahagian keuntungan di dunia tetapi tidak mendapat bahagian di akhirat.Tidak sedikit dalam kalangan umat Islam sendiri yang hidupnya sibuk sehingga lupa untuk menuntut ilmu sebagai bekal memahami erti iman, Islam dan taqwa. Kerana terlalu ghairah mengejar masa depan dunia, terlupa pentingnya ilmu-ilmu aqidah untuk masa depan akhirat. Kerana terlalu sibuknya bekerja, sehingga terlupa untuk belajar tentang solat dan melaksanakannya. Anak-anak lebih dirisaukan tentang kehidupan dunianya dari kehidupan akhiratnya.



Malah pelbagai lagi cabang kewajiban agama dialalaikan kerana sibuk mengurus hal-ehwal keduniaan. Dan kebanyakan dari mereka hanya berhenti dari kesibukan tersebut setelah ajal yang amat ditakuti datang tanpa disedari.Sedangkan Rasulullah Saw telah bersabda:

“Sesiapa yang akhirat menjadi harapannya, Allah akan menjadikan rasa cukup di dalam hatinya dan menyatukan urusannya, dan dunia akan datang tunduk kepadanya. Tetapi sesiapa yang menjadikan dunia sebagai harapannya, nescaya Allah akan menjadikan kefaqiran di antara dua matanya serta mencerai-beraikan urusannya, dan dunia tidak akan datang kepadanya melainkan sekadar apa yang telah ditetapkan baginya.” (Hadis Riwayat at-Tirmidzi, 9/5, no. 2389. )

Di alam barzakh dia tersiksa dengan hilangnya dunia dan penyesalan pun datang kepadanya. Akhirnya dia disiksa kerana kecintaan kepada dunia dan mengabaikan kehidupan akhirat.Hidup di dunia ini umpama khayalan dan hanya sebentar.Maka, janganlah kehidupan akhirat yang penuh keindahan dan kenikmatan dijual dengan harga yang sedikit. Kerana hasilnya adalah kehinaan dan penyiksaan yang dahsyat di akhirat. Malah sebahagiannya boleh dirasai semenjak di dunia lagi sebagaimana kelemahan dan kehinaan yang melanda umat Islam secara umum pada hari ini.

Rasulullah Saw bersabda:

“Sekiranya kamu melakukan perniagaan dengan ‘inah (sejenis riba), mengikuti belakang ekor lembu (sibuk bekerja), berpuas-hati dengan pertanian (sibuk dengan duniawi), serta meninggalkan jihad (tidak memperjuangkan agama Allah), maka Allah pasti membelenggu kamu dalam kehinaan. Dia tidak akan mencabut kehinaan tersebut dari diri kamu sehinggalah kamu kembali kepada agama kamu (Islam yang sebenar).” (Hadis Riwayat Abu Daud, 9/325, no. 3003.)

7 comments:

  1. akum ust, terasa insaf dlm hati sanubari stelah mbaca berulang2 kali artikel ust kali ini...jazakallah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kerana membaca...
      mohon di doakan saya ye..

      Delete
  2. tulisan yg menarik,membuatkan hati yg keras ini berkata sesuatu...

    ReplyDelete
  3. ALLAH limpahkan bumi arab dengan kekayaan cecair emas minyak. Sebab musabab mengapa Amerika menumpaskan tanah arab. Kita boleh tengok negara kafir yang lain tertindas oleh Amerika Syarikat pada era 90-an di mana majoriti negara-negara di Amerika Selatan yang kaya dengan minyak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima atas respond di atas artikel saya.betul tu,Allah limpahkan kurnian minyak yg banyak di negeri Arab.maka kuasa2 besar dunia semua berminat terhadap hasil kekayaan mereka.

      tapi ada lagi faktor lain,org kafir membawa masuk pelbagai budaya kafir ke tanah arab kononnya atas nama (kemajuan dan kemodenan).Hal ini yg perlu di ketahui kerana tanah arab ini merupakan bumi anbiya (yg begitu senonim dengan Islam)

      Delete
  4. Alhamdulillah, ada blog2 peribadi seperti ini..saya sangat berharap para ustaz/penceramah/kaunselor/motivator yg terlibat dalam usaha boleh mengadakan blog2 peribadi seperti ini juga...

    Regards,

    Zuhairi

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah,mungkin mereka belum ada kesempatan untuk menulis,inshallah mohon di doakan saya n umat.

      Delete

Jika mahu memberikan komentar, silakan, berilah komentar dengan menggunakan laras bahasa yang sopan dan penuh beradab. Segala komentar yang menyelisihi laras bahasa sopan dan adab, insyallāh akan dipadam oleh team admin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Telah Link Blog Ini