Pages

Saturday, June 30, 2012

Tawajjuh pada amal tetapi bukan Jabariyah





Wajid bagi setiap muslim beriktikad dengan iktikad yang betul/soheh seperti mana iktikad ahli sunnah wal jamaah.Meyakini kewujudan Allah Swt dengan mengimaninya seperti imannya baginda rasul  Saw yang mulia.

Masalah kita sapa yang selesaikan
Apabila kita mempunyai masalah,perkara yang pertama yang kita tujui adalah asbab-musabab,sebenarnya cara untuk menyelesaikan masalah kita adalah amalan Nabi Saw yang mulia.Kerana adalah di dalam amal,adanya janji Allah Swt,dan janji Allah tidak ada pada asbab musabab,Janji Allah hanya pada amalan agama.Maka masalah kita hanya akan dapat diselesaikan dengan perantaraan amal Nabi Saw dan berpaksi kepada ketauhidan yang soheh kepada Allah Swt.

Contoh-contoh mereka
Diriwayatkan daripada Hazrat Huzaifah r.hu katanya,”Apabila Rasulullah Saw mengalami sesuatu kesulitan/masalah,baginda Saw segera mengerjakan solah.”(Hadith riwayat Imam Ahmad dan Abu Daud).

Hazrat Abu Darda r.hu berkata”Apabila angin bertiup kencang,maka Rasulullah Saw bersegera ke masjid dan tidak akan keluar sehingga angin itu berhenti.Begitu juga semasa gerhana matahari atau gerhana bulan,rasulullah Saw bersegera mengerjakan solah.”(Di petik daripada Fadhilat Solat karangan Syeikh Zakaria Kandhalwi)

Hazrat Sohaid r.hu meriwayatkan daripada Rasulullah Saw :”Bahawa para Nabi  yang dahulu pun melakukan amalan yang sama sedemikin.Sekiranya mereka menghadapi sebarang kesusahan,mereka akan segera mengerjakan solah.”(Di petik daripada Fadhilat Solat karangan Syeikh Zakaria Kandhalwi)

Jumhur ulama bersepakat di dalam hal ini bahawa adalah satu tanda daripada kesyirikan-kesyirikan kepada Allah Swt adalah dengan menyandarkan keyakinan/iktikad terhadap sesuatu perbuatan dapat memberikan bekas kepada sebab musabab.Kesyirikan jenis ini lebih dikenali dengan kesyirikan asbab.Contohnya beriktikad/berkeyakinan makanan itu dapat mengenyangkan dengan sendirinya,ubat itu dapat memberikan kesembuhan dengan sendirinya (dengan zatnya,bukan dengan keizinan Allah Swt).Biasanya juga kesyirikan jenis ini berlaku kepada ahli falsafah dan saintis.

Hukum syirik jenis ini.
-      Jika seseorang beriktikad/berkeyakinan bahawa sebab sesuatu itu dapat memberikan bekas (kesan) dengan sendirinya (bukan dengan dengan izin Allah Swt) maka kafirlah ia.

-      Jika diiktikadkan/di yakini baahwa sesuatu itu memberikan bekas dengan sebab kekuatan yang telah di masukan oleh Allah padanya,maka ianya adalah fasiq.

Kami bukan ahlul Jabriyah/Jabariyah

Fitnah mereka
Mereka melemparkan tuduhan bahawa apabila meninggalkan asbab adalah disebut sebagai ahlul Jabariyah,tetapi perlu diingatkan bahawa kami bukan ahlul Jabariyah.Asbab adalah salah satu daripada ujian Allah Swt kepada hamba-hambanya.Ketika berhadapan dengan asbab,kedepankan amalan Nabi Saw  dalam asbab tersebut dengan pengharapan penuh kepada Allah Swt.Contohnya,ketika berniaga,berniagalah dengan cara Nabi Saw dan keyakinan bahawa Allah Swt yang memberikan rezeki kepada kita.

Definisi ahlul Jabriyah/Jabariyah

Berasal dari kata Jabr (terpaksa), iaitu semua dipaksa dan tidak ada kekuasaan dan kebebasan dalam dirinya (manusia). Mereka adalah termasuk dalam aliran yang sesat. Mereka berfahaman dengan tidak mengakui adanya kekuasaan dan kebebasan dalam diri manusia, serta mereka menolak adanya hikmah serta maslahat dalam perbuatan dan ketentuan (hukum) Allah (permasalahan qadar). (Rujuk Maqalat Islamiyyin juz I, Syarah Khalil Tahqiq as-Saqqaf, hal. 186). Berpandangan bahawa manusia dalam segala hal (perbuatan, gerak-geri, dan tingkah lakunya) adalah dalam keadaan terpaksa, tidak memiliki kekuasaan dan kebebasan. Dan semua itu (gerak-geri, tingkah laku, dan perbuatan manusia) adalah perbuatan Allah semata-mata iaitu manusia tiada haq langsung untuk menentukan tindakannya. Termasuk dalam aliran ini ialah Jahmiyah, mereka turut berpandangan seperti itu. (Rujuk Maqalat al-Islamiyyin, al-Milal, jil. I, Wasathiyah Ahlussunnah, hal. 374-375)

Satu hadith ,nasihat Baginda Saw ketika berdepan dengan asbab.

Terjemahan: Telah menceritakan kepada kami [Muhammad bin al-Mutsanna] dan [Muhammad bin Basysyar] - lafazh ini milik Ibnu Mutsanna keduanya berkata; Telah menceritakan kepada kami [Muhammad bin Ja’far] Telah menceritakan kepada kami [Syu’bah] dari [al-Hakam] dia berkata; Aku mendengar [Ibnu Abu Laila] Telah menceritakan kepada kami [Ali]:

Bahawasanya Fatimah r.ha merasa sakit tangannya kerana menumbuk tepung dan ketika itu ada seorang pelayan yang menawarkan dirinya kepada Rasulullah Saw Fatimah r.ha  datang menemui Rasulullah untuk meminta seorang pembantu. Tetapi ia tidak berjaya menemui Rasulullah dan hanya bertemu dengan ‘Aisyah r.ha. Kemudian Fatimah r.ha menyampaikan pesanan kepada ‘Aisyah r.ha untuk disampaikan kepada Rasulullah Saw. Ketika Rasulullah tiba di rumah, ‘Aisyah r.ha pun memberitahu beliau tentang kedatangan Fatimah r.ha.

Ali bin Abu Thalib  r.hu berkata; “Lalu Rasulullah pergi ke rumah kami ketika kami sedang baring hendak tidur. Maka kami segera bangun, tetapi beliau mencegahnya lalu berkata: ‘Tetaplah di tempat kamu! ‘ Kemudian Rasulullah duduk di antara kami sehingga aku merasakan dinginnya telapak kaki beliau yang menyentuh dada-ku. Setelah itu, Rasulullah bersabda: ‘Inginkah kamu berdua aku ajarkan sesuatu yang lebih baik daripada apa yang kamu minta? Apabila kamu baring hendak tidur, maka bacalah takbir (Allahu Akbar) tiga puluh empat kali(34), tasbih (Subhanallahtiga puluh tiga kali(33), dan tahmid (Alhamdulillahtiga puluh tiga kali(33). Sesungguhnya yang demikian itu lebih baik bagi kamu daripada seorang pembantu.’

Di dalamnya ada tambahan,

Ali r.hu berkata; ‘Aku tidak pernah meninggalkan bacaan tersebut semenjak aku mendengarnya dari Rasulullah.’ Seseorang bertanya kepadanya; ‘Wahai Ali, adakah kamu juga tidak meninggalkan doa ini pada malam perang Shiffin? ‘Ali menjawab; ‘Ya. Aku tidak pernah meninggalkan bacaan ini pada malam perang Shiffin sekalipun.’ Sedangkan di dalam Hadits Atha dari Mujahid dari Ibnu Abu Laila dia berkata; aku bertanya kepada Ali; ‘Apakah kamu juga tidak meninggalkan doa ini pada malam perang Shiffin?’

Rujukan: Shohih Muslim, 13/259, Kitab: adz-Dzikr wad-Du’a wat-Taubati wal-Istighfar, Bab: Tasbih di Ketika Awal Siang dan Hendak Tidur, no. 4906. Maktabah Syamilah.



Tulisan ini ditahqid oleh guru saya dari Pondok Penanti.

30 comments:

  1. Allahuakbar...tinggi penulisan saudara.

    ReplyDelete
  2. terima kasih atas perkongsian ini...ya Allah berikan hakikat keyakinan kpd amalan agama..

    ReplyDelete
  3. ust, hadith saidina ali & perang siffin (tasbih fatimah) tu ade tak dlm fadhilat amal n muntakhab hadith? dah lame saye cari hadith tu tapi tak jumpe lagi, sehinggalah sy baca penulisan ust..

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah,saudara telah jumpanya..
      semoga kita di beri taufik untuk mengamalkannya.

      Delete
  4. aku tertarik dgn kupasan tuan tapi aku mau nanya,
    apakah kaitan asbab musabab dengan sunatullah?

    contohnya gini kalau perut lapar sunnatullahnya ialah makan baru leh kenyang.cumanya yg perlu diiktikadkan bukan nasi itu yang beri kenyang tapi sebagai sebab untuk kenyang padahal Allahlah yg mengenyangkan.

    contoh lain kalau dari malaysia mau ke indonesia pasti naik pesawat untuk sampai dgn segera.pesawat itu sebab supaya sampai tapi hakikat yg menyampaikan ialah Allah.

    enggak gitu tuan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. asbab musabab adalah ujian dr Allah swt,
      bila bertembung dgn asbab dan perintah Allah,maka yg di utamakan adalah perintah Allah.

      Apabila kita mempunyai masalah,perkara yang pertama yang kita tujui adalah asbab-musabab,sebenarnya cara untuk menyelesaikan masalah kita adalah amalan Nabi Saw yang mulia.Kerana adalah di dalam amal,adanya janji Allah Swt,dan janji Allah tidak ada pada asbab musabab,Janji Allah hanya pada amalan agama.Maka masalah kita hanya akan dapat diselesaikan dengan perantaraan amal Nabi Saw dan berpaksi kepada ketauhidan yang soheh kepada Allah Swt

      Delete
    2. mengapa tuan enggak ngulas perihal sunnatullah?
      apakah tuan enggak iktiraf adanya sunnah Allah dlm dunia ini?

      contohnya kalo sakit sunnatullahnya ialah berubat tak kira cara moden ke atau islam.kalo lapar sunnatullahnya makan.

      Nabi pun bila di sihir makanya nabi berubat dgn al quran.kalo jaman sekarang orang panggil ayat-ayat shifa'

      kok bagaimana tuan menanggapi hal ini?

      Delete
    3. Firman Allah SWT:
      Ertinya: “Kerana kamu tidak akan sekali mendapati sebarang perubahan bagi Sunnatullah, kamu tidak akan sekali pun mendapati sebarang penukaran bagi perjalanan sunnatullah itu.” (QS. Fathir: 43)

      Sunnatullah,ialah perkara yg tidak akan ada perubahan.

      Delete
    4. kok nape nggak bagi contoh2 sunnatullah itu apa ya?

      Delete
    5. contoh sunnatullah ialah perintah2 Allah..

      Delete
    6. kamu bior betoi yop!!!!!!!!!!

      bile masa pulak sunnatullah tu bermaksud perintah2 Allah???????
      teman pun ngaji juge tapi tak pernoh dengor pun sunnatullah tu perintah2 Allah?

      kamu bior betoi yop!!!
      jangan ngajor ajaran sesat udah le...
      cube kamu tengok tafsir quran surah :

      (Kekalahan orang-orang yang menentang Rasul Allah sudah tetap menurut) "Sunnatullah" (peraturan Allah) yang telah berlaku semenjak dahulu lagi; dan engkau tidak akan mendapati sebarang perubahan bagi cara dan peraturan Allah itu (al fath:23)

      Maka iman yang mereka katakan semasa melihat azab Kami, tidak berguna lagi kepada mereka; yang demikian adalah menurut “Sunnatullah” (undang-undang peraturan Allah) yang telah berlaku kepada hamba-hambaNya dan pada saat itu rugilah orang-orang yang kufur ingkar.(al ghafir:85)

      Sambil bersikap sombong takbur di muka bumi dan berusaha merancangkan rancangan-rancangan jahat (terhadap Rasul itu), sedang rancangan yang jahat itu tidak menimpa melainkan orang yang menjalankannya. (Dengan keadaan yang demikian, maka) tidak ada yang mereka tunggu selain daripada berlakunya kebinasaan menimpa mereka (sebagaimana yang telah menimpa) orang-orang kafir yang telah lalu. Kerana engkau tidak sekali-kali akan mendapati sebarang perubahan bagi " Sunnatullah " (undang-undang peraturan Allah), dan engkau tidak sekali-kali akan mendapati sebarang penukaran bagi perjalanan " Sunnatullah " itu.(al fathir:43)

      tak sebut pun sunnatullah tu perintah Allah.yg teman tau perintah Allah itu bermaksud suruhan dan larangan mcm solat,puasa,zakat dll tu perintah suruhan .

      perintah larangan pulak jgn menipu,rasuah,bunuh,zalim dll.

      kamu ikut ajaran mane yop???

      Delete
    7. adus..adakah perintah Allah itu terdapat perubahan....??

      Delete
    8. betul org bilang,org tabligh ni bagus sekali dlm menipu.di soal sunnatullah itu apa ?dijawabnya perintah Allah

      maknanya pun sudah salah tapi pandai dolak-dalih.sebetulnya jawapan yg kamu perlu jawab ialah apakah contoh sunnatullah yaitu peredaran malam dan siang,balasan azab kpd org yang zalim,kalo sakit mesti makan ubat untuk baik dsb.

      mana cocok dan sesuai kalo dikatakan sunnatullah itu perintah Alloh kerana kalimah 'amrillah' rujuk kpd perintah Alloh tapi kalimah 'sunnatullah' itu rujuk kpd ketetapan atau peraturan Alloh.

      jadi kamu yg salah!!!

      Delete
    9. Saya menjawab sebegitu adaah untuk tujuan memudahkan ianya faham bahawa ianya tidak akan berlaku perubahan melainkan dgn kehendak Allah.

      Sunnatullah atau lain etinya ialah kelaziman yang Allah berikan kepada sesuatu kejadian. Memanglah Allah menjadikan sunnatullah (kelaziman) seperti api itu akan memanas, biji benih disiram akan bercambah, bila rajin berusaha akan pandai dan sebagainya dan perlu sekali difahami bahawa semua kejadian ini berlaku adalah atas kehendak Allah.

      Delete
    10. Namun kelaziman atau sunnatullah ini boleh berubah pada bila-bila masa di atas kehendakNya. Sebagai contohnya kalau makan makanan kotor dan basi akan menyebabkan Allah berikan sakit perut dan sebagainya tetapi mengapa ini tidak berlaku kepada orang gila yang mengutip makanan dari tong sampah? Walau macam mana dahaga sekali pun kalau minum air satu liter sudah mencukupi namun mengapa orang minum arak hingga 4 atau 5 liter masih tidak mencukupi?

      boleh faham kot....

      Delete
    11. Sunnatullah atau kelaziman ini secara naturalnya memang selalunya berlaku kepada semua bentuk kejadian Allah. Namun saya berpendapat banyak perkara malang yang berlaku kepada manusia adalah berupa bentuk ujian & dugaan daripada Allah untuk membentuk iman dan kesabaran yang lebih utuh supaya dapat menerima bahawa Allah itu Maha Berkuasa atas segala-galanya.

      ALLAh berkuasa,selain drpd Allah langsung tidak boleh buat apa2 melainkan dgn kehendak Allah.

      Delete
  5. adakah fuad akmal telah keluar 40 hari tahun ini, mohon dijawab dengan ikhlas??

    ReplyDelete
  6. semoga allah taala terima tuan..

    ReplyDelete
  7. SAKSILAK TUAN 2 YANG MULIA BAGAIMANA AMAL BEGINI MAHU DIWAJARKAN DIKALNGAN UMAT
    http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=AQvonUgBTsg


    KARKUN KLANG

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih atas perkongsian...saya belum melihat lagi link saudara itu..

      Delete
    2. saya dh tgk..no komen...dr saya..doakan mereka

      Delete
    3. kpd karkun klang dan karkun2 yg lain...

      clip video tersebut menjadi bukti kukuh bahawa PAS adalah sebuah jamaah yg menepati sunnah rasul dan para sahabat sebaliknya juga menjadi bukti jelas bahawa JT adalah jamaah yg menyimpang jauh drp sunnah nabi dan ajaaran islam ASWJ.

      kenapa saya kata begitu??

      adalah menjadi sunnah perjuangan islam akan berhadapan dgn musuh drp luar dan dalam.Ketika nabi belum berkuasa di Makkah musuh islam hanya kafir quraisy tetapi setelah berkuasa musuh islam bertambah yg terdiri drp yahudi dan nasrani (musuh luar) dan kaum munafik (musuh dalaman).

      senario itu berterusan dizaman khulafa ar rasyidin dan seterusnya hingga menjadi salah satu faktor kejatuhan kerajaan islam sepanjang zaman.

      begitulah juga yg dialami oleh PAS dan gerakan islam yg lain ada musuh dalam selimut yg istilah barunya dipanggil 'PARASIT'.TUGAS MEREKA MEROSAKAN JAMAAH DRP DALAM DGN MEMBAWA MASUK UNSUR-UNSUR JAHILIYAH DLM PARTI.

      Sejarah telah membuktikan perangai mereka ini tidak lama dan akan berhenti sekerat jalan.untuk menuduh ini ajaran sesat PAS adalah tidak munasabah sebab ia dilakukan oleh ahli bawahan.

      Kalau yg melakukan itu pimpinan atasan(utama) maka bolehlah tuduhan itu dibuat tetapi realitinya tidak begitu.Berbanding dgn Tabligh yg menyebarkan manhaj yg menyimpang adalah tokoh2 utama mereka bahkan ulama2 besar mereka sendiri.

      bermula dgn menghina Allah dan rasul dlm kitab-kitab mereka sehingga menafsirkan al quran berdasarkan mimpi sesat maulana ilyas.

      Delete
    4. This comment has been removed by the author.

      Delete
    5. This comment has been removed by the author.

      Delete
    6. para masyaikh kami melarang kami (para karkun tabligh) mengkritik/mengutuk/mencerca/menyesatkan/menghina/melemparkan tuduhan yg tidak berasas kpd mana2 jemaah Islam yg lain,meskipun kita berada di lapangan aliran yg berbeza.

      Saudara boleh la melemparkan tuduhan,tetapi saya percaya tuduhan saudara tidak mengambarkan sifat sebenar pejuang2 dlm Parti PAS..

      Alhamdulillah,baru minggu lepas saya dan asatizah saya bertukar2 pendapat dgn beberapa pemimpin ulama PAS Kedah,mereka begitu positif dgn JT...dan mereka berkata (JT,PAS dan jemaah Islam yg lain saling memerlukan antara satu sama lain).

      Delete
    7. larangan drp masyaikh sdr menyalahi prinsip fahaman ASWJ yg mewajibkan menegur kemungkaran yg di ketahui.Tuduhan boleh dilemparkan sekiranya berasas dan ada bukti dan fakta.

      jemaah islam boleh dikritik kerana mereka tidak maksum sebagaimana PAS biasa dikritik tapi tak prijudis mcm tabligh.

      saya beranggapan ramai lagi ahli PAS yg belum tahu kerana maklumat mengenai sejarah awal JT yg gelap itu tidak sampai kpd mereka kerana sifat org melayu yg telah mashyur iaitu malas membaca khususnya topik2 yg berat.

      sekiranya maklumat fatwa para ulama silam ttg kesesatan tabligh sampai kpd mereka maka percayalah mereka juga akan bersikap sebagaimana sikap kami sekarang ini.mereka akan menentang JT sebagaimana mereka menentang UMNO.

      Delete
    8. saudara boleh bercakp,menulis dgn semahu2nya..tetapi satu soalan yg saya nk tanya???

      adakah saudara sudah melawat mana2 gedung ilmu di benua hindustan (sama ada Pakistan atau India atau Bangladesh).

      Kalo ya,baru saudara boleh bercakap tntg fakta dan fatwa saudara itu.

      Delete
    9. soalan sdr telah dijawab pada link:
      http://urusanulama-hl.blogspot.com/2012/04/nak-faham-tabligh-mesti-keluar-40-hari.html

      selamat membaca dan memahami..

      Delete
    10. saya setuju dgn artikel tersebut.

      tapi pertanyaan saya "adakah saudara sudah membuat kunjungan ke Benua Hindustan (INdia,Pakistan dan Bangladesh) maksud saya menziarah gedung2 Ilmu milik ketiga2 negara ini,menziarahi (bermusafa)berdiskusi(bermuzakarah) dgn mereka.Adakah anda sudah berbuat demikian???

      Delete

Jika mahu memberikan komentar, silakan, berilah komentar dengan menggunakan laras bahasa yang sopan dan penuh beradab. Segala komentar yang menyelisihi laras bahasa sopan dan adab, insyallāh akan dipadam oleh team admin.