Pages

Wednesday, February 22, 2012

Pencerahan kisah Syiekh Ahmad ar-Rifa`ie rah



Sebelum,ini heboh diperkatakan mengenai kisah ini di dalam kisah Fadilat Amal,karangan Syiekh Zakaria al-Kandhalawi rah,bahkan ada yang mengatakan kisah ini adalah maudhuk/palsu atas rekaan para ahli tasawuf dan sufi.Inshallah,apabila kita melihat video ini ,pengkritik melontarkan kritik secara ilmiah,so di sini juga,kita membalas kritikan beliau secara ilmiah,tanpa di pengaruhi emosi.

Kira-kira tahun 555H telah berlaku satu peristiwa yang menggemparkan Madinah al-Munawwarah. Peristiwanya berlaku apabila Syiekh Ahmad ar-Rifa`ie rah iaitu seorang ulama dan waliAllah datang ke sana untuk menziarahi maqam Junjungan Nabi s.a.w.Setibanya beliau di kota Madinah, beliau terus menziarahi maqam Junjungan s.a.w. Dengan perasaan takzim, penuh haibah, khusyuk, 'asyiq dan mahabbah,beliau mengucapkan salam buat Junjungan s.a.w.Terjadi peristiwa karamah buat beliau apabila salam tersebut dijawab oleh Junjungan Nabi s.a.w. dan ianya didengar oleh orang yang berada di sekeliling maqam Junjungan s.a.w. Syiekh Ahmad dengan penuh takzim terus mengucapkan dua bait syair yang berbunyi 

فـي حالـة البعـد روحي كنت أرسلها
تقبـــل الأرض عنــي وهــي نــائبتي

وهـــذه دولــة الأشــباح قــد حــضرت
فامدد يمينك كي تحظى بها شفتي


"fi haalatil bu'di ruuhiy kuntu ursiluha; tuqabbilul ardha 'anniy wa hiya naa-ibatiy
wa hadzihi dawlatul asybaahi qad hadharat; faamdud yamiinaka kay tahdhza biha syafatiy"

Dari kejauhan kukirimkan ruhku, untuk mengucup bumi ini (maqam Junjungan s.a.w)sebagai ganti diriku;
Dan sekarang giliran jasad telah pun tiba, maka hulurkanlah tangan kananmu supaya dapat dikucup oleh bibirku.

Diriwayatkan bahawa keluar tangan Junjungan s.a.w. dari maqam baginda yang mulia dan diciumnya oleh Syiekh Ahmad ar-Rifa`ie rah dengan disaksikan oleh ribuan manusia yang berada di situ termasuklah Syeikh'Abdul Qadir al-Jilani rah.

Kisah ini  dinukil dari kitab-kitab yang dipegang oleh ulama kita,antaranya kitab "Tanwirul Qulub" karangan Syaikh Muhammad Amin al-Kurdi al-Irbili asy-Syafi`i an-Naqsyabandi rah.Pada mukasurat 79, Syaikh Amin al-Kurdi menyatakan bahawa kisah ini adalah mutawatir dengan disaksikan ramai orang dan 'arifin.

22 comments:

  1. semoga Allah mencucuri roh syaikh Ahmad ar-Rifa`ie rah n juga akabireen2 yg lain dgn RahmatNya.

    artikel yg bnyk memberi manfaat ust. jazakallah. walaubagainamapun bawak la dalil hujah nas, gol. yg tolak tassawuf tetap akan menolak kisah ini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hujah di balas hujjah..semoga mereka lebih berhati2...kelak

      Delete
  2. hanya mereka yg ahli,saya tahu kisah2 ini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ketinggian hazrat Maulana zakaria rah perlu di beri pencerahan dgn seadil2nya..

      Delete
  3. Stuju dgn ibnu hatari,
    Sejak dari dahulu golongan itu tetap akan menolak hujah-hujah sebegini walaupun berapa banyak dalil pun di letak di depan mereka. Bagi mereka hanya mereka yg betul, sahih, tulen, asli.

    ReplyDelete
  4. PARA PERINTIS OBOR SAHIH YAQIN ABAD KE 14 HIJRIYYAH

    http://al-faedah.blogspot.com/2012/01/sahih-yaqin.html

    ARTIKEL YANG SGT MENARIK .ADA JUGA CERITA TENTANG FADHAIL AMAL OLEH KARKUN USTAZ KARKUN

    ReplyDelete
  5. JIN PUN BUAT USAHA AGAMA

    http://akrine.blogspot.com/2008/11/pengalaman-merawat-6-jin-tabligh.html

    http://akrine.blogspot.com/2008/12/pengalaman-merawat-7-jin-tabligh-2.html

    ReplyDelete
  6. Sy sendiri pernah ajukan soalan tersebut pada Mufti Desai.

    Munir.

    ReplyDelete
  7. org yg rasa dia tu betul sbb dia sudah korban bljr agama dan rasa berilmu...ttpi jgn lupa ilmu syaitan lg tinggi ttpi dia sndiri disesatkan oleh nafsunya...org yg bljr ilmu ttpi x usaha atas iman, dia sedang siapkan diri nya jadi syaitan...
    Allah swt beri hidayat kpd kbykn org dengan kitab al-Quran dan Allah swt sesatkan kebnyakn org dengan perantaraan kitab al_Quran...
    sp2 yg rs dia betul kena selalu istighfar, byak tobat, selalu mengajak kpd kbaikan....mcm Rasulullah..
    hari ni ada org rs dialah yg betul yg lain semua munafik,kafir dll...Subhanallah....smg Allah maafkan kt smua..

    ReplyDelete
  8. amboi garangnya...ilmu perlu di sertakan dgn zikir

    ReplyDelete
  9. salam

    Kesian ustaz muda itu, seolah-olah mengaku dia lebih hebat dari Muhaddithin Hadzrat Maulana Zakariyya. Takkanlah Muhaddithin tidak kenal mana hadith dan mana bukan hadith (patutnya takde istilah hadis palsu, sebabnya bila ianya palsu, ia bukan hadis- bukan dari Nabi).

    Nak 'nampak' kat dunia kena ada 2 sumber cahaya.. if not dalam kegelapan.
    1 ..cahaya matahari (yg ada di luar)
    2... cahaya dari mata )yg ada pd diri) walau ada matahari, tapi buta..org masih teraba-raba atau boleh sesat.

    Likewise, untuk 'nampak' akhirat, kena ada 2 sumber
    1..cahaya luaran, dari Al_Quran
    2..cahaya dalaman, adalah cahaya iman. Walaupun orang Yahudi atau Kristian baca Al Quran, kaji Al Quran, buat thesis pasal Al-Quran, tanpa cahaya Al-Quran, mereka terus dalam kegelapan..kesesatan..tak nampak kebenaran. Cahaya ini perlu diusahakan. Usahakan atas iman yg keluar masuk di akhir zaman ni..

    Makcik Anon

    ReplyDelete
  10. opps..
    Walaupun orang Yahudi atau Kristian baca Al Quran, kaji Al Quran, buat thesis pasal Al-Quran, tanpa cahaya IMAN, mereka terus dalam kegelapan..kesesatan..tak nampak kebenaran.

    Mak Anon

    Jadi, jgn belajar agama dengan orang yang tak beriman.

    ReplyDelete
    Replies
    1. belajar iman perlu juga belajar duduk dlm halqah zikir

      Delete
  11. syukran sekurang-kurangnya ada penjelasan tentang kisah tsb....ilmu allah maha luas ....kita hambanya jgn cepat berpuas hati dengan ilmu yang kita ada...moga allah amkan hidayat keseluruh alam...

    ReplyDelete

Jika mahu memberikan komentar, silakan, berilah komentar dengan menggunakan laras bahasa yang sopan dan penuh beradab. Segala komentar yang menyelisihi laras bahasa sopan dan adab, insyallāh akan dipadam oleh team admin.