Ikuti Blog Ini

Friday, November 4, 2011

Memahami manhaj Sahabat r.hum

Para sahabat adalah golongan manusia terbaik. Hidup pada zaman terbaik bersama-sama Nabi. Mereka adalah golongan manusia yang diredhai dan dijamin Syurga oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda,

خَيْرُ النَّاسِ قَرْنِي ثُمَّ الَّذِينَ يَلُونَهُمْ ثُمَّ الَّذِينَ يَلُونَهُمْ ثُمَّ يَجِيءُ أَقْوَامٌ تَسْبِقُ شَهَادَةُ أَحَدِهِمْ يَمِينَهُ وَيَمِينُهُ شَهَادَتَهُ

Sebaik-baik manusia adalah pada kurunku, kemudian generasi setelah mereka, kemudian generasi setelah mereka. Kemudian akan muncul suatu kaum yang memberi persaksian mendahului sumpahnya, dan bersumpah mendahului persaksiannya.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, 9/133, no. 2458)
 
Para sahabat adalah golongan yang sentiasa bersama-sama Nabi dalam apa jua keadaan, sama ada senang atau sukar. Teguh beraqidah sebagaimana yang diperintahkan, hidup di dalam suasana yang mendapat perhatian Nabi, dan mati di atas jalan yang benar.Di masa hidupnya sentiasa bersama-sama Nabi mengutip kebenaran yang disampaikan. Mereka bermusafir dan berperang bersama-sama Nabi. Berjuang dan berdakwah menegakkan agama yang dibawa oleh Nabi.

Setelah kewafatan Nabi, merekalah kelompok manusia yang meneruskan perjuangan dan kesinambungan dakwah Rasulullah. Merekalah yang dipertanggungjawabkan oleh Allah memelihara al-Qur’an dan hadis-hadis Rasulullah dari pelbagai bentuk penyelewengan, pendustaan dan penyembunyian. Mereka menyampaikan, mengajarkan, dan menyebarkannya kepada generasi manusia seterusnya.

Daripada ‘Abdullah B. ‘Amru r.hu, Rasulullah Saw bersabda,

وَإِنَّ بَنِي إِسْرَائِيل تَفَرَّقَتْ عَلَى ثِنْتَيْنِ وَسَبْعِينَ مِلَّة , وَتَفْتَرِق أُمَّتِي عَلَى ثَلَاث وَسَبْعِينَ مِلَّة , كُلّهمْ فِي النَّار إِلَّا مِلَّة وَاحِدَة , قَالُوا : مَنْ هِيَ يَا رَسُول اللَّه ؟ قَالَ : مَا أَنَا عَلَيْهِ وَأَصْحَابِي

Sesungguhnya bani Israel telah berpecah-belah menjadi 72 golongan, dan umatku akan berpecah-belah menjadi 73 golongan. Mereka semua di Neraka melainkan satu golongan.” Para sahabat bertanya, “Siapakah mereka yang selamat itu?” Beliau menjawab, “Apa yang aku dan para sahabatku berada di atasnya.” (Hadis Riwayat at-Tirmidzi, 9/235, no. 2565. Beliau berkata: “Hadis ini adalah hadis yang hasan gharib yang telah ditafsirkan, kami tidak mengetahui melainkan daripada periwayatan ini.” Hadis iftiraqul ummah ini diriwayatkan dengan beberapa jalur periwayatan. Para ulama berhujjah dengannya)
 
Melalui hadis ini, Rasulullah Saw telah menjelaskan bahawa mereka yang selamat dan berada di atas landasan agama yang benar adalah sesiapa sahaja yang berada di atas jalan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersama-sama para sahabatnya. Iaitu mereka yang memahami agama sebagaimana para sahabat memahaminya.
 
Sebagai penutup, saya tinggalkan pesanan imam Ahmad bin Hanbal rah (Wafat: 241H) sebagai panduan sekaligus merupakan prinsip:

أصول السنة عندنا التمسك بما كان عليه أصحاب رسول الله صلى الله عليه و سلم والاقتداء بهم

“Dasar Ahlus Sunnah menurut kami adalah tetap teguh di atas jalan hidup para sahabat Rasulullah Saw dan menjadikan mereka sebagai contoh ikutan (qudwah) dalam beragama.” (Imam Ahmad bin Hanbal, Ushulus Sunnah, no. 1-2)

18 comments:

  1. marilah kita semua melazami manhaj salafus soleh kita,kerana merupakan contoh tauladan untuk kita dlm pelbagai perkara trmasuk lah dlm berdakwah...

    ReplyDelete
  2. nabi saw dan para sahabat nabi saw menjadi contoh ikutan utk umat ini..
    tanpa dunia,xwujudlah manusia yg terbaik di alam ini yaitu para sahabat nabi saw..

    ReplyDelete
  3. Ya Allah berkatila para sahabah dan golongan2 yg mncontohi mereka, dunia n akhirat..ameen

    ReplyDelete
  4. e-jan : sahabat adalah qudwah buat kita smua..tangisan sahabat,perjuangan sahabah,semuanya mereka wariskan kepada kita semua...m

    Ibnu Hatari : sahabat adalah sekolompok manusia yg telah ditakdirkan oleh Allah untuk menjadi sahabat kepada rasul karim saw..mereka yg mengikuti sahabt juga ada kelebihannya..

    ReplyDelete
  5. Allah yang sama tolong sahabat.. dan Allah yang sama akan tolong bila mana kita ada yakin macam sahabat..Mohon Allah beri hidayah kepada kita..

    tuan..mnx tlg comment kat post terbaru saya..nk tau dari pendapat orang lama.. thx

    ReplyDelete
  6. Assalammualaikum, Alhamdulillah kami 4 pasang dari Jitra dan 2 pasang dari Bintulu akan keluar 2 bulan masturat negara jauh, route nya Melbourne dan Sydney, kami akan bayan hidayat 18 nov dan ke Melbourne pada 22Nov, doakan semoga allah terima kami

    ReplyDelete
  7. Hidayatullah : yakin dan amal sama dgn sahabat,maka kita akan nusrah yg sama..

    musa : amin,barakah...semoga Allah terima..

    ReplyDelete
  8. Salam semua,

    Izinkan saya mencelah.

    Ketika zaman jahiliah (sebelum membuat usaha agama) saya selalu berfikiran bahawa kita tidak akan hidup senang sekiranya tidak mempunyai rumah sendiri, kereta baru, isteri yang berkerjaya dan anak2 yg topten dalam karier.

    Fikiran sedemikian bukanlah totally apa yg saya mulai fikirkan, tetapi ia telah lama ditanam dan disuburkan oleh suasana kehidupan sekeliling seperti ibu-bapa, abng akak, pakcik makcik dan saudara mara yg lain. Bahkan pemikiran itu digemburkan di sekolah, organisai, perkhemahan, iklan tv, radio, akhbar dan majalah, dan lakonan filem drama.

    Fikiran tersebut mula menyebabkan saya dan ramai org islam semakin dibelenggu dengan dunia dan mengejar-ngejar dunia sehingga masa untuk agama diabaikan.

    Apabila saya terbaca kisah nabi dan sahabat, saya mula membandingkan kehidupan mereka dgn kehidupan org Islam kini. Sedangkan sahabat telah berjaya menguasai 3/4 dnia. Harta jajahan ROM dan PARSI telah jatuh di tangan mereka. Tetapi mereka masih memberikan banyak harta dan diri untuk agama sehingga kubur mereka ada di seluruh dunia. Apabila ada keperluan dakwah n tabligh di satu tempat mereka akan sambut dan pergi dengan harta dan diri mereka.

    Dan saya juga berfikiran sekiranya mereka mengikut jejak langkah kita hari ini, pastilah Islam hanya ada di Tanah Arab dan sekitarnya shj. Tetapi Islam telah sampai ke seluruh dunia kerana mereka mengamalkan ayat 24 surah At-Taubah,

    Katakanlah (wahai Muhammad): Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk agamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka).

    Usaha Agama yg sedang saya lakukan sekarang telah mengubah pemikiran saya terhadap perbezaan keperluan dan maksud. Sahabat mereka mengorbankan keperluan untuk sempurnakan maksud. Tetapi umat hari ini mereka mengabaikan maksud dan berebut menyempurnakan keperluan.

    Just my 2sen.

    Wahuallam.

    ReplyDelete
  9. TijarahMaya :mashallah,dahsyatnye pengalaman mereka...sy juga mengalami pengalaman yg sama..

    ReplyDelete
  10. syukran atas perkongsian...

    "katakanlah (wahai Muhammad) inilah jalanku, mengajak manusia seluruhnya kepada Allah, dengan basirah, aku dan orang yg menurutku".. (",)

    ReplyDelete
  11. fuad ansari :aduhai,tingginya maksud ayat di atas nie...

    ReplyDelete
  12. Dari Ibnu Abbas ra. bahwa Nabi SAW yang berkata: "Barangsiapa yang berpegang dengan sunnahku, ketika merata kerusakan pada ummatku, maka baginya pahala seratus orang yang mati syahid". (Riwayat Baihaqi) Dalam riwayat Thabarani dari Abu Hurairah ra. ada sedikit perbedaan, yaitu katanya: Baginya pahala orang yang mati syahid. (At-Targhib Wat-Tarhib 1: 44)
    ada sesiapa yg boleh bagitau taraf hadis ni dan rujukan yg sahih. sekian, terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Abu Nafis :status hadith yg diriwayatkan oleh Imam Baihaqi itu menurut Syeikh albani rah adalah Dhoif Jiddan..rujuk (As Silsilah Adh Dhoifah)..

      Anonymous :entry apa yg awak tuliskan..

      Delete
  13. apasal selalu delete entry. dekat blog list dah keluar tajuk, masuk2 takde. takut apa

    ReplyDelete
  14. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  15. terima kasih. Info yg sangat berguna.

    ReplyDelete
  16. Abu Nafis :menurut sepakat alim ulama hadith,hadith yg diriwayatkan oleh Imam Tabrani itu,adalah baik,hal ini juga disepakati oleh alim ulama,
    juga Syeikh Yusof Kandhalawi menukilkan hadith ini dlm kitab beliau muntakhab hadith..

    ReplyDelete

Jika mahu memberikan komentar, silakan, berilah komentar dengan menggunakan laras bahasa yang sopan dan penuh beradab. Segala komentar yang menyelisihi laras bahasa sopan dan adab, insyallāh akan dipadam oleh team admin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Telah Link Blog Ini