Bandar raya Rome,Itali,menjadi saksi kedatangan para Sahabat r.hum
Imam Bazzar telah meriwayatkan dari Dihyah Al-Kalbi r.hu katanya:Aku telah diutus oleh Rasulullah SAW dengan membawa sepucuk surat kepada Raja Kaisar,iaitu Pembesar Romawi. Bila aku tiba di negerinya,aku terus mendatanginya,lalu aku serahkan surat itu kepadanya,sedang di sampingnya anak saudara lelakinya yang berkulit merah,dan berambut lurus.Dia pun membaca surat itu yang berbunyi (Bukti surat menyurat itu tersebut di dalam kitab Al-Bidayah Wan-Nihayah 3:83)
"Dari Muhammad Utusan Allah, kepada Heraklius,Pembesar Romawi.Mendengar bunyi surat itu,anak saudara Pembesar Romawi mula marah,lalu menyanggah:"Surat ini tidak boleh dibaca sekarang!"dia mengeluh."Kenapa?"tanya Kaisar."Dia memulakan dengan namanya dulu sebelum nama engkau.Kemudian dia memanggilmu dengan pembesar Rom,bukan dengan Maharaja Rom!"."Tidak",sambut Kaisar,"biarkan surat ini dibaca untuk diketahui isinya dulu".Surat Nabi SAW yang mulia itu terus dibacakan hingga selesai,dan setelah semua pengiring-pengiring Kaisar keluar dari Istananya,aku(Dihya r.hu) pun dipanggil untuk masuk.Bersamaan dengan itu juga dipanggilkan Paderi-paderi yang mengetahui selok-belok kepercayaan mereka.Kaisar lalu memberitahu Paderi itu,dan dibacakan sekali lagi surat itu kepadanya."Perkara inilah yang selalu kita tunggu-tunggu,dan Nabi kita Isa sendiri telah memberitahu kita lama dulu!"jawab Paderi itu kepada Kaisar."Pada pendapatmu,apakah harus aku buat?"tanya Kaisar kepada Paderi itu."Kalau engkau tanya pendapatku,aku tentu akan mempercayainya dan akan mengikut ajarannya",jawab Paderi itu dengan jujur."Tetapi aku jadi serba salah", kata Kaisar,"jika aku ikut nasihatmu,aku akan kehilangan kerajaanku ini!".
Kami pun keluar meninggalkan tempat itu,dan dengan takdir Allah Swt,pada ketika itu,Abu Sufyan bin Harb sedang berada di Rom.Abu Sufyan dipanggil oleh Kaisar ke istananya dan ditanyakan tentang diri Muhammad SAW itu. "Cuba engkau beritahu kami tentang orang yang mengaku dirinya sebagai Nabi di negerimu itu?"tanya Kaisar."Dia seorang anak muda", jawab Abu Sufyan."Bagaimana kedudukannya dalam pandangan masyarakat kamu,dia mulia?"."Tentang kedudukannya dan keturunannya,memang tiada siapa yang melebihi kedudukan dan keturunannya!"jawab Abu Sufyan jujur."Hal ini tentulah tanda-tandanya kenabian",Kaisar berbisik-bisik kepada orang-orang yang berada di sisinya."Bagaimana percakapannya,adakah dia selalu berkata benar?""Benar",jawab Abu Sufyan,"dia memang tidak pemah berkata dusta"."Hal ini merupakan satu lagi tanda-tanda kenabiannya!"Kaisar terus berbisik-bisik kepada orang-orang yang mengiringnya itu."Baiklah", kata Kaisar lagi. "Orang yang mengikutnya dari rakyatmu itu,adakah dia meninggalkan agamanya, lalu kembali semula kepadamu?""Tidak", jawab Abu Sufyan. "Hal ini merupakan satu lagi tanda-tandanya kenabiannya!"kata Kaisar pula."Adakah tercetusnya peperangan di antara kamu dengannya?""Ada!" jawab Abu Sufyan."Siapa yang selalu menang?""Kadang-kadang dia mengalahkan kami,dan kadang-kadang kami mengalahkannya",jelas Abu Sufyan."Hal ini merupakan satu lagi tanda-tanda kenabiannya!"kata Kaisar,pembesar Romawi itu.
Berkata Dihyah Al-Kalbi r.hu seterusnya: Maka aku pun dipanggil oleh Kaisar Romawi itu,seraya dia berkata kepadaku:"Sampaikanlah berita kepada pembesarmu itu,bahawa aku tahu dia memang benar Nabi",dia menunjukkan muka yang sungguh benar dalam kata-katanya."Tetapi apa dayaku", katanya lagi,"aku tidak dapat melakukan apa-apa, kerana aku tidak bersedia untuk kehilangan kerajaanku ini!"
Kata Dihyah Al-Kalbi r.hu yang menghayati semua peristiwa ini:Adapun si Paderi itu pula,maka ramailah orang yang datang ke gerejanya setiap hari Ahad.Dia terus menemui mereka dan menyampaikan semua ajaran Nasrani itu.Memang itulah kerjanya setiap hari Ahad.Tetapi apabila tiba hari Ahad sesudah pertemuan itu,dia terus berdiam di rumahnya,tidak mahu lagi keluar seperti biasanya,sesudah perkenalan pada hari pertamanya,memang aku sering datang kepadanya untuk berbicara mengenai agama Islam,dan dia terus-menerus bertanyakan kepadaku tentang Nabi SAW.Pada hari Ahad berikutnya,si Paderi itu terus berdiam diri,dan orang ramai merasa kecewa kerana terpaksa menunggunya,namun dia tidak datang juga.Maka datanglah seorang ke rumahnya dan bertanya akan khabarnya,maka dia meminta dikecualikan kerana disebabkan tidak sihat.Hal ini berterusan lamanya sehingga orang mencurigainya.Maka,mereka telah mengirim utusan kepada Paderi itu,dan memberikannya peringatan,jika dia tidak mahu datang juga ke gereja untuk menyampaikan ajarannya,maka mereka akan datang beramai-ramai ke rumahnya dan akan membunuhnya,kerana mereka telah menyangka,bahawa sejak datangnya si orang Arab itu ke Rum,sikap Paderi itu telah banyak berubah.Paderi Romawi itu pun memanggilku datang ke rumahnya."Ini suratku,ambillah dan serahkan kepada pembesarmu itu", pesan Paderi itu dengan hati yang tidak tenang."Sampaikan salamku kepadanya,dan beritahulah bahawa aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah, dan bahawasanya Muhammad itu adalah Utusan Allah.Katakan juga,bahwa aku beriman dengannya, mempercayainya, dan menjadi pengikutnya.Dan kaumku telah mengingkari semua kata-kata dan nasihatku, kemudian engkau ceritakanlah pula apa yang engkau saksikan ini",pesan Paderi itu kepadaku.Apabila Paderi itu enggan datang ke gerejanya lagi,mereka menjadi marah,lalu mereka membunuhnya.
(Al-Haitsami: Majma'uz-Zawa'id 8:236-237. Abu Nu'Alm pula meriwayatkan cerita yang sama, tetapi ringkas, dalam Dalaa'ilun-Nubuwah, hal. 121.)
Abdan meriwayatkan daripada Ibnu Ishak rah yang menukilkan dari beberapa orang yang mengetahui peristiwa ini, katanya bahwa Heraklius berkata kepada Dihyah Al-Kalbi r.hu "Celakalah engkau,memang demi Allah,aku tahu bahawa pembesarmu itu adalah Nabi yang diutus,dan dialah orang yang kita tunggu selama ini,dan sifatnya dan perwatakannya itu di sebut di dalam kitab kami,akan tetapi,apa daya,kerana aku bimbang, aku akan kehilangan kerajaanku ini.Kalau tidak kerana itu,tentu aku akan mengikutnya.Cuba engkau pergi kepada Paderi kami,dan kami dan jelaskan tentang perkara yang melibatkan pembesarmu itu,kerana Paderi itu lebih dihormati orang dari hal agama dan bicaranya tentu ia akan menerimanya!".Maka Dihyah r.hu pun bergerak dan mendapatkan Paderi itu dan menceritakan berita yang dibawanya itu,maka setelah mendengar semua berita itu,Paderi itu berkata: "Pembesarmu itu,demi Allah,adalah seorang Nabi yang diutus,kami mengetahuinya dengan sifat-sifatnya dan namanya!Paderi itu lalu melepaskan pakaian gerejanya, dan menukarnya dengan pakaian serba putih.Dia pun keluar di khalayak ramai sambil mengisytiharkan penyaksiannya menjadi Islam. Orang ramai pun mengerumuninya dan membunuhnya.
(Al-Ishabah 2:216)
sejarah telah membukti bahawa sahabat nabi saw telah pergi ke seluruh pelosok dunia....
ReplyDeletemasyaAllah..
ReplyDeletebila setiap kali mendengar cerita mengenal para sahabat Nabi SAW, terasa sesuatu di hati.. Allah!!
Anonymous :buktinya,Islam hidup di seluruh alam....
ReplyDeletenam :ye,saya pun turut merasanya,semoga Allah jadikan diri kita seperti mereka..
asbab pengorbanan sahabatlah nur Islam hidup dipermukaan alam nie,mereka tinggalkan anak dan isteri mereka...
ReplyDeleteYa Allah,jd kami sebagai pengikut mereka...
Ulang-ulang baca kisah sahabat, naikkan jasbah agama dalam diri.
ReplyDeleteTak mampu korban macam sahabat, tapi azam buat usaha mati-mati untuk jadi macam sahabat. :)
kisah paderi yg mengisytiharkan keislamannya dan setelah itu dibunuh, mengenangkan akan kisah habibunajar..
ReplyDeleteorg2 terdahulu sangat tahu n yakin, puncak kemuliaan dlm kehidupan adalah bila dpt korbankan nyawa utk pertahankan agama n iman..
ibnu hatari
aduh.. bila la nk korban macam sahabat.. sume bagi utk Allah dan Rasul.. tuan doakan la saya
ReplyDeletenaik jazbah aku bila dengar story about sahabah...
ReplyDeletesemoga Allah bangkitkan diri saya dan umat sebagai pengikut para sahabah r.hum..
Anonymous : ye,benar saudara,pengorbanan mereka terlalu azhim..
ReplyDeletemhafiz_ydin :saranan dr Syiekh Saad Kandhalawi juga supaya kisah para sahabat ini dibaca hari2...
Anonymous : cash masuk syurga...mashaAllah.
Hidayatullah :inshallah,kta semua azam..amin..
ReplyDeleteAnonymous: semoga Allah terima kita..
Amin.....
ReplyDeleteDihya kalbi adalah seorang yan sangat kacak. Bila gibrail berjumpa nabi dalam bentuk manusia, dia akan mengambil mirip dihya kalbi. Disebutkan juga dlm pembukaan khaibar, apal bila dihya meminta seorang tawanan dari Rasulullah dan dibenarkan, dia memilih Safiyah bt Huyai sehingga sahabat lain berjumpa Nabi mengatakan Safiya iyu anak Huyai ketua Yahudi dan hanya layak utk Nabi. Maka Dihya mengembalikan apabila diminta berbuat dmikia, Safiyah dibebaskan yg merupakan mahar perkahwinan dia dengn Rasulullah.
ReplyDeleteterima kasih atas perkongsian...
Deleteterimakasih untuk ceritanya :0
ReplyDelete