Ikuti Blog Ini

Friday, June 24, 2011

Cintaku tertinggal di India

Seorang lelaki tidur dihadapan kedai "money changer" betul-betul di depan markaz.

Pada hari ini genaplah setahun tarikh saya menjejak kaki ke Negara India,pada tanggal 24 Jun 2010,merupakan tarikh yang begitu istimewa dalam hidup saya ini,dimana buat kali pertamanya saya menjejaki di negera yang terkenal bagi mereka yang ingin belajar erti kehidupan manusia.Semoga cerita dibawah memberikan pengajaran kepada saya dan pembaca semua.

Kota Delhi (dulu dikenali sebagai deen ilahi) dan Nizhamuddin (di mana tempat yang hendak kami tujui) dihubungkan dengan lebuhraya.Khabarnya lebuhraya ini baru di bina oleh syarikat dari Malaysia,jaraknya lebih kurang 40 kilometer.Menurut pemandu teksi,masa perjalanan mengambil masa 30 -45 minit,tetapi hakikatnya teksi yang kami naiki mengambil masa kira-kira 1 jam lebih untuk sampai ke destinasi.

Sekalipun setiap haluan,mempunyai dua lorong,keadaan jalannya sentiasa dipenuhi dengan kenderaan dan ditambah pula dengan pelbagai ganguan seperti kereta kuda dan lembu,bas berhenti sesuka hati di laluan tepi dan binatang ternakan juga mengambil bahagian, menjadikan ianya satu perjalanan penuh berliku dan cabaran.Adalah menjadi suatu kelazimannya,di Negara India ini hon di bunyikan setiap kali kenderaan memintas(memotong) kenderaan yang lain,ianya juga mengamatkan lagi keadaan di jalan raya yang begitu sibuk keadaanya.


Seperti di Malaysia,lebuhraya juga di pasang pondok tol,tetapi keadaan pondok tol mereka begitu ringkas sekali dengan hanya kerangka besi di pasang untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini daripada berlaku.
Kenderaan pilihan di sana,saya juga berkesempatan menaikinya.


Sesetangah jalanraya termasuk di tengah-tengah kota Delhi ini,pengguna (manusia) berkongsi jalan dengan kambing,lembu,kerbau dan ayam.Sebahagian pemandu memandu kenderaan mereka sesesuka hati termasuk memasuki laluan salah bertentangan dengan jalan kami,tetapi peliknya tidak pula saya saksikan kemalangan berlaku.

Sama seperti lebuhraya dan jalanrayanya yang merakam 1001 cerita unik dan pelik daripada kaca mata orang luar,rakyatnya juga mencatatkan 1001 kehidupan penuh berliku yang melayakan insan asing belajar erti sebuah kehidupan termasuk kesabaran dan penderitaan.
Kanak-kanak bermain layang-layang,bertentangan dengan markaz,bangunan memoir Hazrat Nizhamuddin dibina oleh kerajaan India,di sini juga tempat berlangsungnya solat jenazah bagi markaz ini.

Seperti biasa,apabila kami “check in” di markaz Masjid Banglawali,kami di ingatkan oleh orang khidmat markaz ini supaya jangan di layan pengemis-pengemis yang berkeliaran di luar perkaranagan masjid ini,kerana suatu pemberian akan mengundang kehadiran ramai lagi pengemis yang lain.Malah mereka juga akan mengingati kita sekiranya kita pernah memberi sesuatu kepada mereka,bahkan ada diantara mereka melontar kata seperti ini “ baba,muslim baba”,ada juga terus melafazkan kalimah syahadah untuk meraih simpati daripada kita.Tujuan mereka ini adalah untuk membuktikan kepada kita bahawa mereka juga beragama Islam.Tetapi sebagai insan yang sedang dalam proses membaiki diri dari segi kerohanian,saya terkesan dengan satu situasi yang tetap terbayang di depan mata saya sehingga kini.
Pemandangan biasa,kandang lembu di hadapan rumah,ada juga yang saya temui kandang lembu dan kambing di ternak di dalam rumah,baunya semerbak harum.


Satu hari ,selepas bersarapan kenyang beralaskan chapati(sejenis makanan tradisi orang Islam India yang diperbuat daripada campuran tepung) dengan chai(sejenis air juga tradisi orang Islam di sini campuran anatra teh dan susu lembu,juga di kenali sebagai teh tarik di Malaysia),disebuah kedai hadapan pintu masuk markaz Banglawali masjid,saya kembali ke masjid ,saya telah diikuti oleh seorang peminta sedekah muda yang mendukung seorang bayi.Penampilannya sungguh teruk dengan pakaian compang-camping tanpa alas kaki,kakinya kelihtan kematu,sedangkan bayi itu berkudis-kudis keadaaanya,mulutnya di hinggapi penuh dengan lalat.


Dia merayu dan merayu kepada saya tetapi saya buat “dek” saja.Hinggakan saya sudah masuk ke daalam masjid duduk di tepi pintu masjid,dia yang berada di luar sana memandang saya dengan penuh sayu,mulutnya merayu-rayu,tetapi saya tetap ingat apa yang dipesan oleh orang khidmat markaz Masjid Banglawali ni.Berat sungguh hati dan tangan saya ini untuk menyeluk saku saya seterusnya memberikan kepadanya wang kecil 10 rupee(kira-kira 70 sen) daripada pintu masjid ini.


Apabila budak tersebut berlalu,tiba-tiba bergemalah maksud hadith ini dalam benak saya.” Tidak beriman kepadaku siapa yang tidur kenyang padahal,jiranya lapar dismpingnya sedangkan dia tahu jiranya klapar” (Riwayat Thabarani).
Pengemis kanak-kanak,kalau di solek mungkin kelihatan cantik.

Ya,saya sudah kenyang dan mahu berangkat ke tempat rehat,dia mungkin sedang kelaparan.Saya menjadi malu pada diri sendri,rupanya –rupanya diri saya bukan lah sebaik yang saya sangka.Hanya kerana sedikit provokasi dari pada orang khidmat disini,saya sudah menjadi terlalu kedekut dan takjud untuk menyedahkan sedikit rupee saya.Natijahnya pada hari itu,saya gagal melelapkan mata dalam masjid kerana asyik terfikir-fikir kejahatan diri ini.Semoga Allah swt mengampuni saya.Kemungkinan anda juga mempunyai pengalaman yang sama,sila lah berkongsi di dengan saya….

26 comments:

  1. asslammualaikum,,,pengalaman yg menarik dan penuh manfaat..semoga tuan istiqomah dlm mnjalankan usaha agama ini,amin,insyaallah

    ReplyDelete
  2. hidayu samsudin : amin,terima kasih

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum

    sebak mbaca bingkisan pglmn saudara..

    terima kasih krn brkongsi pglmn yg brhrga ini.

    ReplyDelete
  4. assalamua'laikum...

    insyaAllah, azam utk ke sana a.s.a.p (jika Allah izin) :)

    nak rasa pengalaman sendiri...

    ReplyDelete
  5. Assalam, akk x de pengalaman ke sana. Azam 15 Syaaban ni. Doa untuk akak.

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum,
    membaca n3 ini membuat saya teringat kembali kenangan 14 thn lalu ketika saya pertama kali ke sana bersama suami & 5 lagi pasangan, cuaca sejuk menyambut kami dilapangan terbang & antara yg plg saya ingat ialah wajah2 anak2 melarat dan terbiar yg menadah tgn dgn penuh sayu ketika kami mahu menaiki bas utk ke markaz. Byk kenangn sbnrnya, manis & indah utk dikenang juga sgt menginsafkan...juga pertama kali melihat suasana di Masjid Banglawali yg tidak saya temui di sini...dan pengalaman tinggal bersama mereka buat seketika...serta kenangan solat subuh dlm keretapi yg bergerak laju....

    ReplyDelete
  7. subhanallah..
    nk jugak nk jugak
    doakan Allah hantar sy dan bkl da'i sy ke sana.. amin insyaallah..

    ReplyDelete
  8. assalamualaikum tuan, doakan supaya saya juga dpt ke sana...

    ReplyDelete
  9. Salam 'alaik.

    Menarik cerita ni.

    Di Malaysia ni pun lebih kurang macam tu. Di merata2 tempat ada peminta sedekah yang menggunakan nama tahfiz2. Hakikatnya pakaian mereka sahaja cukup tidak menggambarkan peribadi seorang hafiz/hafizah. Tapi tak boleh juga dengan hanya seorang insan yang menyalahgunakannya, terus semua peminta sedekah dipinggirkan.

    Tapi.. Entah. Perasaan bahawa seseorang itu perlu berusaha atas usaha sendiri untuk menjalani hidup yang lebih baik selalu mematikan niat untuk bersedekah. Allah.

    ReplyDelete
  10. menarik ceritanya tuan.. jauh perjalanan luas pandangan.. moga pandangan2 tersebut akan memberi keinsafan dan mendatangkan kebaikan pada diri.. insyaAllah..

    Pernah juga pergi pakistan.. di sana pun ramai yg mengemis.. terasa syukur sgt dengan apa yg ada bila tgk keadaan orang lain yg jauh lebih menyedihkan..

    ReplyDelete
  11. masyaallah
    perkara ni juga berlaku pd ana masa d pakistan thn 2008..
    org2 khidmat da psan mcam tu jgak
    ana pun azam nak ke india insyaallah

    ReplyDelete
  12. NooR AzLen BinTi HaRoN : sebak,kenapa pulak???huhu anyway,tq membacanya.

    Muhammad Fahmi :elok la,buat azam,buat amal,inshaAllah,Allah akan gunakan kita utk seluruh alam..

    ReplyDelete
  13. Ummu Fatimah : owh,yeke,semoga Allah permudahkan,doakan saya juga 15 syaaban nie ke sarawak..

    Norsha : wah,dh keluar masturat ke sana,suasana memang mcm tu,negara yang mcm nie Allah pilih untuk hidupkan agamanya,rupanya,tersembunyi manyak hikmah.
    terfikir juga susah payah kak-kak/makcik/makcik keluar di sana,solat dlm kete api,berwudhuk dlm tandasnya..semoga Allah merahmati kalian semua.

    ReplyDelete
  14. ank_ayah :semoga Allah jumpa awk dengan bakal daie yang di takdir oleh Allah utk awak.

    Daud:kalau student,lepas abeh belajaq,terus chaw lo...jgn dok gedik cari keje...ok..huhu

    ReplyDelete
  15. ~PENCHENTA~ : aik...keluar pada topik nie..huhu anyway,terima kasih kerana mengomen..

    fuad ansari :wah,ada pengalamn ke Pkistan,saya xsmpat p,visa problem,jeles la..mengemis nie tang mana2 ada...huhu

    ReplyDelete
  16. IBNU ARAHMAN : kenapa diorang pesan,sebab ada pengalaman la tu..tapi,memang jadi serba salah kita..amin,semoga Allah kabul.

    ReplyDelete
  17. MashaAllah,seronok membaca n3 APS,doakan akak, abang Saleh,n daie2 kami...serta adek lelaki akak yang belajar kat UiTM,la nie tengah keluar 2 bulan...doakan kami. untuk sampai ke negara2 jauh,InsyaAllah.Allahumaa amin!

    ReplyDelete
  18. Assalamualaikum wbt
    Manusia dan kemanusiaan. Sebagai manusia, memanglah kita punya perasaan dan simpati tanpa mengira bangsa dsb. Tetapi apabila kita menyebut tentang `kemanusiaan`, ia menyentuh tentang hubungan kita denga Allah SWT dan kerahimanNya. Surah AnNisa:1وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ ٱلَّذِى تَسَآءَلُونَ بِهِۦ وَٱلۡأَرۡحَامَ‌ۚ dan bertakwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-nyebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturahim) kaum kerabat`.
    Kita hanya membantu manusia dari segi jangkapanjang dengan syarat mereka membantu diri mereka sendiri. Kalau mrk tak mahu perubahan lebih2 lagi kearah sama2 menbina masyarakat Islam maka seharusnya mereka mesti menerima keadaan sedia ada. Adakalanya apabila pengemis diberi pekerjaan, lama kelamaan mereka merasakan pekerjaan mengemis itu lebih senang dari kera yang diberikan. Begitu juga, ada setengah pelacur lebih rela melacurkan diri apabila pendapatan dan kesenangan kerja tersebut jauh lebih baik dari pekerjaan yang halal. Banyak perkara yang baik di dunia ni pada pandangan mata manusia tetapi tidak semestinya baik dari segi Islam. Biarlah kita buat sesuatu yang baik yang ada hubungan وَٱلۡأَرۡحَامَ dengan Allah SWT. Wallahualam

    ReplyDelete
  19. Asalam, pernah sekali tu ditashkil keSalem, maka kami pun siapkan `taam set` dengan segala pinggang-mangkuk, dapur, ceret dll. Tetapi selama 40 hari diSalem, sekali pun tidak berpeluang nak buka zip beg `taam set` untuk menyediakan makanan hatta untuk membuat teh kerana dari pagi sampai malam, asyik kena nusrah makanan. Orang-orang tempatan India, kuat betul sifat ikram mereka, bila nampak jemaah datang, dia-orang dengan hati terbuka menyediakan makanan siang-malam. Kadang-kadang pilu hati kerana yang beri ikram, keluarga dia sendiri tak cukup makan, tetapi kerana sifat memuliakan tetamu, dia utamakan tetamu. Dan mereka begitu gembira melihat kita yang sebagai tetamu ini menerima ikram mereka.

    Pesanan orang khidmat tu, rasanya khas untuk mereka yang keluar dijalan Allah terutama dari negara luar agar tidak menjadi kebiasaan orang-orang tempatan meminta-minta bila melihat jemaah datang. Dan sebaiknya, apa yang diberi adalah dakwah kepada amal bukan mal. Kalau nak bagi khususi secara senyap-senyap tu, terpulanglah pada diri.

    ReplyDelete
  20. Marina Ali : terima kasih,doa,buat azam,inshaAllah,Allah Swt akan sediakan duit dan cuti.

    tajnur :benar,sepertimana kata saudara,semoga Allah Swt terima kita semua.

    zarch :rasanya,itu perkara biasa bagi diorang,
    tetamu ini mereka faham,maksd tetamu Allah.
    semoga Allah Swt bagi faham pd kita dan umat akan kerja yg mulia ini.

    ReplyDelete
  21. Pengalaman yg sgt berharga. Bumi India yg penuh dgn 1001 kisah kehidupan, krn tu lah para da'e dianjurkan jejak kaki disini utk mantapkan rohani dan jasmani demi tugas sebar agama keseluruh alam tanpa ada had masa. *mati-mati kerja, kerja sampai mati*

    ReplyDelete
  22. merah_s : Ipb tempat amek lesen utk pergi seluruh duunia...

    ReplyDelete
  23. cintaku masih di india..

    hehe..seronok baca pengalaman saudara kat india..mmg sy rasa syukur sgt2 Allah hantar blaja dkt india nih..dpt kenal budaya org sini, dpt blaja erti syukur byk2...dan yg plg penting, Allah bukak peluang untuk saya belaja cara org sini buat usaha atas iman dan amal..masyaAllah...mmg terkesan sgt2..dpt masuk ceruk2 kampung jumpe org islam..sume baek2..bagus2...doa2 smoge kita semua kekal dlm hidayah Allah swt...amin

    ReplyDelete
  24. Husaini : mashaAllah,tuan lagi beruntung...
    rasanya teringin juga saya nk ke sana semula...

    ReplyDelete
  25. moga Allah pilih saya belajar bt usaha agama di tempat orang2 lama di sini :)

    ReplyDelete
  26. AhmadFarhi : amin...buat azam,doa nanti Allah sediakan duit dan cuti..

    ReplyDelete

Jika mahu memberikan komentar, silakan, berilah komentar dengan menggunakan laras bahasa yang sopan dan penuh beradab. Segala komentar yang menyelisihi laras bahasa sopan dan adab, insyallāh akan dipadam oleh team admin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Telah Link Blog Ini