Pages

Sunday, May 22, 2011

Nasihat dari Hazrat Syiekh Saad Al-Kandahlawi

Gambar sekadar hiasan..

Nasihat dari Hazrat Syiekh Saad Al-Kandahlawi d.b,baru-baru ini hampir setiap hari dalam bayan-bayan Suboh beliau,beliau nasihatkan supaya mengambil ikhtibar kisah seorang sahabat ini,maka setiap orang Islam kena dengar/baca kisah ini,ianya merupakan sangat-sangat penting dalam usaha kita.Bagaimana mereka mendapat kekuatan iman yang sebegitu,tidak lain dan tidak bukan,hasil gabungan antara dakwah dan amal.Kisahnya adalahseperti berikut.

Membaca kisah athar seorang sahabat Nabi Saw, walau nama ini kurang dikenali ini, namun kisah ketabahannya mampu mengalirkan air mata. Beliau adalah Abdullah bin Huzafah Al-Sahmi r.hu, direkodkan oleh Imam Az-Zahabi di dalam kitabnya Siyar Al-a'lam Al-Nubala, beliau bersama tentera Islam yang lain ditawan oleh pemerintah Roman. Islam di waktu itu di bawah pemerintahan khalifah Umar al-Khattab r.hu.

Kisahnya juga dicatat di dalam sumber-sumber sejarah Islam yang lain seperti Al-Isabah oleh Ibn Hajar, Ibn ‘Asakir dalam Tarikh Dimash, Ibn ‘Athir dalam Asad Al-Ghabah dan lain-lain. Namun kisah ini tetap mendapat pelbagai kritikan oleh para ulama hadith, kesimpulannya, mereka menganggapnya sebagai lemah dari sudut sanadnya. Pun begitu, kisahnya amat baik untuk dijadikan pedoman dan tauladan.

AURA SAHABAT RASULULLAH
Disebabkan imej Islam yang dibina oleh Rasulullah Saw dan khalifah sebelumnya, terkenal di kalangan musuh-musuh Islam akan kehebatan dan keunikan generasi Islam di zaman itu khususnya para sahabat baginda Nabi s.a.w.

Apabila dimaklumkan kepda raja Roman, bahawa salah seorang dari tentera Islam yang berjaya ditawan adalah dari kalangan sahabat Rasulullah. Raja Roman kegembiraan. Dia gembira kerana berpeluang untuk melihat sendiri susuk tubuh salah seorang dari sahabat nabi yang sering tersebar akan kehebatan dan keluarbiasaan mereka di waktu itu.
Raja roman dicatatkan mengarahkan sahabat tersebut dibawa ke hadapannya.Raja meminta : "Adakah engkau sudi untuk keluar dari Islam (menjadi Nasrani)? Jika engkau lakukan itu, aku akan menganugerahkanmu sebahagian dari pemilikan harta yang dimiliku" Abdullah bin Huzafah r.hu menjawab :Ertinya : "Sekiranya engkau memberiku seluruh yang kamu miliki, bahkan jika seluruh yang dimiliki pemimpin arab, TIADALAH akan aku keluar dari agama yang dibawa Nabi Muhammad ini walau untuk jangka waktu sekelip mata"Akibat dari penolakan itu, Raja Roman telah mengarahkan agar dibawa sebuah tempat azab yang dipenuhi minyak panas mendidih lalu dicampakkan seorang tawanan Muslim ke dalam, hingga kecut, terkeluar tulangnya dan masak dagingnya.

TANGISAN BELIAU
Kemudian, diarahkan agar Abdullah bin Huzafah r.hu pula dicampakkan ke dalamnya. Tatkala itu, pegawai raja melihat Abdullah bin Huzafah r.hu menangis, lalu mereka dengan segera memaklumkan kepada raja akan hal tersebut.

Raja dan Roman dan pegawai mereka gembira kerana menjangka taktik mereka berjaya untuk mengoncang iman dan pendirian Abdullah yang sebelum ini menolak permintaan Raja.
Namun apabila ditanya semula permintaan yang sama (untuk murtad), jawapan yang sama tetap diberikan oleh Abdullah bin Huzafah r.hu. Raja Rom merasa pelik dan bertanya sebab tangisannya.Abdullah bin Huzafah r.hu menjawab :Ertinya : "Ia kerana jiwa ( nyawaku) yang hanya satu ini, sebentar lagi ia akan pergi maka aku menangis kerana mengenangkan betapa aku menginginkan sekiranya aku punyai banyak nyawa sebanyak rambutku ini maka bolehlah engkau lemparkan aku berkali-kali ke dalam api itu, aku ingin gunakan semuanya pada jalan Allah."Bermakna, Abdullah bin Huzafah r.hu sebenarnnya menangis bukan kerana takut, tetapi merasa terkilan hanya mempunyai satu nyawa di ketika itu, padahal dia sangat ingin untuk mempunyai lebih banyak nyawa dan tidak bimbang sama sekali mengharungi kematian asalkan ianya untuk Islam, biarpun kematian itu berkali-kali. Yang penting semua kematiannya syahid dan demi memperjuangkan Islam. MashaAllah.!

TERSENTAK
Apabila raja Rom mendengar jawapan Abdullah bin Huzafah r.hu, dia menjadi amat kagum. Terfikir jika sebelum ini dia hanya mendengar kisah-kisah keajaiban para Sahabat Rasulullah, tetapi kali ini beliau menyaksikannya sendiri di hadapan matanya. Keadaan tersebut menjadikannya merubah pemikiran secara drastik lalu menawarkan Abdullah bin Huzafah r.hu untuk dibebaskan dengan satu syarat.

Raja Rom mensyaratkan agar Abdullah bin Huzafah r.hu untuk mencium dahinya.
Abdullah bersetuju dengan syarat, semua tawanan Islam yang dianggarkan berjumlah sekitar 80 orang turut dibebaskan bersamanya.
Raja Rom bersetuju.

Apabila pulang ke Madinah, kisah pembebasan tersebut tersebar dan dimaklumkan kepada Umar Al-Khattab r.hu selaku khalifah ketika itu. Lalu Umar dengan gembira sambil berkata:
Ertinya : Menjadi hak dan tanggungjawab setiap Muslim untuk mencium dahi (kepala) Ibn Huzafah, dan aku akan memulakannya.

Demikian sebuah kisah dari athar sahabat nabi, nilai kualiti iman yang amat mengkagumkan, pengorbanan yang diberikan kerana agama,walaupun diri sendiri menghadapi kesusahan.Hari ini,sifat sebegini sudah terkeluar dari kehidupan umat Islam.Sifat sanggup menghadapi kesusahan demi orang lain.Semoga Allah mengembalikan semula sifat-sifat sahabat r.hum kepada diri umat ini.

18 comments:

  1. minta copy... jazakallah sahabat..

    ReplyDelete
  2. memanglah kesah sahabat nabi saw akan menyubur dan menyemarakkan iman kita.Kata maulana Ali An Nadwi rah. semasa saya mendengar ceramahnya,katanya"satu kesah sahabat yang pendek sahaja lebih baik daripada beribu-ribu kesah sasterawaan, kerana ia menaikkan iman kita"

    ReplyDelete
  3. Assalamu'alaikum wbt,

    Allahu Akbar! Begitulah mantapnya keimanan salah seorang sahabat Nabi SAW.

    Di dlm bayan, pernah bagitahu hari ini dakwah iman dikalangan org2 islam telah keluar dikalangan org2 islam. Dgn dakwah akan wujudnya iman, dgn iman akan dtg ihtisab (yakin yg betul dgn janji2 ALLAH) dgn ihtisab akan menyebabkan seseorang itu dpt beramal, apabila iman lemah, ihtisab akan menjadi lemah dan amal akan menyebabkan tumbuhnya riak. Masya'ALLAH!

    Insya'ALLAh sama-sama terus usaha atas iman.

    terima kasih atas perkongsian ni, alhamdulillah.

    (http://rakanseusaha.blogspot.com)

    ReplyDelete
  4. masyallah tuan...

    hebatnya iman sahabat r.ahum

    rasa nk mengalir air mata ini. syukur allah pilih dan letak dlm usaha ini. sebelum saya buat usaha saya tidak pernah dengar lansung tentang pengorbanan sahabat2 r.hum.


    saya hanya ditarghib tentang tokoh2 masa kini sahaja. waktu usrah.


    ya allah, berilah hidayat pd sy yg byk dosa ni. amin.


    aku kopi ea bro. jazakallah khairan

    ReplyDelete
  5. musa :soheh dah,sebab tu kata maulna saad,dgn kita menceritakan kisah para sahabat,ianya boleh tingkatkan iman kita..

    halawah al-iman : kisah sahabat sbgai iktibar,bagaimana mereka boleh istiqomah dlm amal agama,kehidupan berada,hatta utk meninggalkan satu sunah utk skelip mata pun,mereka tak snggup,ni apatah lagi agama..

    penchacaiz : kisah Nabi dan para sahabat boleh kuatkan iman kita,maulana saad,berkali2 tekan kan perkara,nusrah Allah pd mereka,disebabkan amalan mereka....juga x mustahil bagi umat ini juga.

    ReplyDelete
  6. SubhanaAllah, sangat tinggi kualiti iman mereka

    ReplyDelete
  7. Ya Robb, masukkanlah sifat-sifat sahabat KekasihMu ini ke dalam hati saya dan seluruh umat lagi dan lagi..

    ReplyDelete
  8. Alhamdulilah terharunya,walaupun akak dah membacanya,ia tidak akan jemu,sebab kisah sahabat nie penuh dengan pengorbanan..tentang iman,ketaatan,rasa cinta pada Allah dan nabi yang begitu mendalam...takkan sama dengan karya2 novel cinta yang lain..bagi akak kisah2 sahabat dan sahabiah penuh dengan ibrah,moga kita sentiasa ambil pengajaran lagi dan lagi.

    ReplyDelete
  9. Dalam hati para sahabat r.anhum itu ada Allah maka gentar dan takut mereka hanya kepada Allah..

    Ya Allah, perbaikilah hati kami...

    ReplyDelete
  10. malam markaz d seri petaling minggu ni tadi dengar kisah sahabat tu juga dalsm bayan,sahabat-sahabat merupakan iktibak utk kita semua.

    ReplyDelete
  11. Assalamu'alaikum.

    Kisah kehidupan para sahabat.. Mampu menghidupkan sanubari yang mati..

    ReplyDelete
  12. Para sahabat r.hum adalah golongan yang dipilih oleh Allah untuk bersahabat dengan baginda Nabi s.a.w

    ReplyDelete
  13. oh ajib ajib... iman mereka tinggi sehingga ke tahap itu..

    ReplyDelete
  14. Norsha : kita semua perlu usaha iman mcm depa,doa kan saya..

    sevendayz [fikir.risau] : amin,semoga Allah kabul

    Marina Ali :kisah sahabat boleh kuatkan iman kita...kene lazami dengar cerita sahabat n ceritakan pd anak-anak kita..

    ReplyDelete
  15. fuad ansari :amin..benar...

    ismadiyusuf : betul...soheh

    Ishak Zaini :amin...benar ustaz...

    Ziarah76:betul...defenisi sahabat..insan bertuah

    Wafi:ajaib2..mujahadah jalan mreka,Allah tgkatkan iman mereka..

    ReplyDelete
  16. subhanallah, teramat kagum dgn pengorbanan para sahabat rhum. amat jauh sekali dgn pengorbanan yg kita berikan utk agama di akhir zaman ini. moga2 Allah terima saya, tuan, dan seluruh umat utk belajar2 korban spt para sahabat rhum dlm usaha agama sampai kiamat. amin ya Allah.

    ReplyDelete
  17. Anonymous :doa pada saya tuan..azam 40 hari sarawak,15 syabaan.

    ReplyDelete

Jika mahu memberikan komentar, silakan, berilah komentar dengan menggunakan laras bahasa yang sopan dan penuh beradab. Segala komentar yang menyelisihi laras bahasa sopan dan adab, insyallāh akan dipadam oleh team admin.