Pages

Thursday, February 10, 2011

Doa vs orang zalim(wajid di baca daie)

Tempat Nabi saw berhenti bermunajat di dirikan sebuah masjid. Ia diberi nama Masjid Kuu', bermaksud masjid siku. Ia mengambil sempena dengan keadaan Nabi berteleku dengan sikunya dalam keadaan luka-luka ketika dizalimi oleh penduduk Taif

Rasulullah saw:
“Takutlah kamu doa orang yang dizalimi, sesungguh antaranya dengan Allah tiada sebarang hijab (penghalang)” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Semoga Allah memberikan kesabaran dan pahala atas ujian yang ditimpa kepada orang yang di zalimi. Sebenarnya segala kesakitan,kesusahan,kepayahan hidup di dunia ini, jika kita redha dengan Allah maka ia akan menjadi kebaikan dan ganjaran yang besar di akhirat kelak.

Sesiapa sahaja yang menzalimi orang lain, maka akan ada pembalasan Allah ke atasnya sekalipun insan yang dizalimi itu telah mati, atau gagal bertindak apa-apa. Allah tidak lupa perbuatan mereka yang zalim. Akan ada hari yang mendatang di mana si zalim akan tetap dibalas Allah dengan cara yang dikehendakiNya. Percayalah hal ini. Jika tidak pun di dunia, pembalasan akhirat tetap menanti. Dosa itu akan tetap ditanggung oleh si zalim. Akan tetap tiba hari yang maha adil untuk semua. Sabda Nabi s.a.w:
“Segala hak akan dibayar kepada empunya pada Hari Kiamat, sehinggakan akan dibalas untuk biri-biri yang bertanduk atas perbuatannya ke atas biri-biri yang tidak bertanduk” (Riwayat Muslim).

Jika benar kita semua dizalimi, kita tidak perlu rasa bimbang kerana kita tidak akan disia-siakan pada Hari Akhirat kelak. Si penzalim pula akan berhadapan dengan mahkamah Allah di Mahsyar nanti. Amalan kebaikannya kita perolehi, jika tidak si penzalim akan menanggung dosa kita. Sabda Nabi s.a.w:
“Sesiapa yang ada padanya kezaliman terhadap saudaranya (muslim yang lain); seperti terhadap maruah dan selainnya, mintalah halal pada hari ini sebelum tiba waktu yang tidak ada dinar dan dirham (Hari Kiamat). Sekiranya baginya kebaikan (amalan soleh) maka akan diambil darinya dengan kadar kezalimannya. Jika tiada baginya kebaikan, maka akan diambil dos orang yang dizalimi lalu ditanggung ke atasnya” (Riwayat al-Bukhari).

Berdasarkan hadis-hadis, baginda Nabi s.a.w pernah berdoa agar Allah mengambil tindakan ke atas musuh-musuh Islam. Banyak hadis-hadis mengenai hal tersebut. antaranya doa baginda s.a.w ke atas kumpulan Quraish yang menzalimi baginda:
“Ya Allah, ambillah tindakanMu ke atas Quraish” (Riwayat al-Bukhari).

Bukit ini menjadi saksi peritnya Nabi berdakwah di bumi ini. Malaikat pernah meminta izin untuk mengambil salah satu bukit ini untuk dihempapkan kepada penduduk Taif.

Adapun sesama muslim, perkara yang patut didahulukan adalah memaafkan atau memohon hidayah kepada si penzalim tersebut. Sabda Nabi s.a.w:
“Sedekah tidak akan mengurangkan harta, Allah akan tambah kemuliaan untuk seseorang hamba disebabkan kemaafannya dan tiada seorang pun yang bertawaduk kerana Allah melainkan Allah akan mengangkatnya” (Riwayat Ibn Khuzaimah dalam Sahihnya).

Alim ulama berpendapat bahawa jika kita mahu berdoa supaya Allah mengambil tindakan kepadanya, maka perkara tersebut tidaklah menjadi satu kesalahan,tetapi pastikan dulu memang kita betul-betul dizalimi dan perbuatan individu berkenaan memang terbukti dan zalim.Di bawah ini saya serta hadith-hadith saheh bagi membenarkan perbuatan ini.

Dalam riwayat al-Imam Muslim seorang sahabat besar Nabi s.a.w iaitu Sa’id bin Zaid telah berdoa agar Allah mengambil tindakan kepada Arwa binti Aus yang memfitnah beliau mengambil tanahnya serta mengangkat kes itu kepada Gabenor Marwan bin al-Hakam. Sa’id bin Zaid berdoa dengan menyebut: “Ya Allah! Jika dia seorang pendusta maka butakanlah matanya dan bunuhlah dia dalam tanahnya”. Maka Arwa pada akhir hayatnya buta mata dan ketika sedang berjalan terjatuh dalam sebuah lubang dalam tanahnya dan meninggal dunia.

Doa di atas jika kita lihat mereka tidaklah terus meminta bala kepada muslim yang dianggap zalim itu, sebaliknya diikat dengan ungkapan “Ya Allah, jika dia ini berdusta maka..” atau mungkin kita akan sebut “jika dia telah menzalimiku maka..”. Ini kerana kita mungkin tersalah anggap, atau silap tafsiran maka wajarlah berlapik kata dalam hal ini dan serahkan kepada Allah Yang Maha Mengetahui,tetapi,
Kebanyakan ulama berpendapat memberi kemaafan adalah satu perbuatan yang di tuntut,kerana berpegang kepada tindakan nabi saw yang mengambil tindakan memaafkan penduduk Taif dan berharap mereka(penduduk Taif) diberikan hidayah oleh Allah.(klik sini ).

Diriwayat,ada seorang ahlullah telah di zalimi,maka ia datang mengadu kepada Saidina Fatimah r.ha,dan ianya telah di nasihat oleh Saidina Fatimah r.ha,katanya”orang yang baik itu bukanlah orang yang boleh memasukan orang yang menzalimkannya ke dalam syurga tetapi sebenarnya orang yang hebatt itu ialah orang yang boleh memasukan orang-orang yang berbuat zalim kepadanya kedalam syurga”.

Di ceritakan juga ada seorang wali Allah yang telah dizalimi oleh sesorang,maka dia telah sedih dan menangis,lantas di tanya oleh pelajarnya,adakah tuan telah di zalimi,dan saya lihat tuan menangis,sebenarnya "saya berdoa kepada Allah supaya orang yang berbuat zalim kepada saya,agar ianya di masukkan Allah kedalam syurga,biar nanti di syurga apabila ianya bertemu dengan saya di syurga dia akan merasa malu kepada saya".

Syeikh Abdul Wahab Hafizullah(Bhai Wahab) semoga Allah lanjutkan usianya berkata”selagi mana hati kamu,ada perasaan benci kepada umat Islam di dunia ini,maka peringkat dakwah kamu tidak akan naik”.


Cuba lihat perilaku junjungan besar kita Rasul saw dalam perkara ini:

Di antaranya, hadith yang diriwayatkan daripada Aisyah RA berkata:
“Tatkala aku melihat Nabi SAW dalam keadaan baik, aku berkata, “Wahai Rasulullah! Berdoalah kepada Allah untukku.” Maka Baginda SAW bersabda, “Ya Allah! Ampunilah ‘Aisyah dari dosanya yang terdahulu dan yang terkemudian, yang dilakukan secara sembunyi dan terang-terangan.” Mendengarnya, ‘Aisyah ketawa hingga kepalanya jatuh ke pangkuannya akibat terlalu gembira. Maka Rasulullah SAW bersabda, “Adakah doaku menggembirakanmu?” Maka jawabnya, “Kenapa tidak, doamu itu begitu menggembirakanku.” Sabda Baginda SAW, “Demi Allah! Sesungguhnya ia adalah doaku untuk umatku yang aku panjatkan dalam setiap solat.”(Hadith riwayat al Bazzar)

Hadith yang kedua,
Daripada Jabir r.hu,”berkata bahawa para sahabat telah berkata,ya rasulullah,anak-anak panah Khabilah Thaqif telah memusnahkan kita,tuan doakanlah keburukan mereka,baginda saw yg mulia telah bersabda:Ya Allah,berilah hidayah kepada KabilahThaqif”.(Hadith Riwayat Tirmizi)

Hadith yang ketiga,
Daripada Abdullah r.hu berkata ,”seolah-olah aku sedang melihat rasulullah menceritakan peristiwa seorag nabi yang dipukul oleh kaumnya,hingga berlumuran darah,belia(nabi tersebut) menyapu darah dari mukanya dan berkata:Wahai Allah,Ampunilah kaumku ,kerana mereka tidak tahu,(peristiwa ini berlaku sendiri kepada Nabi saw ketika peperangan Uhud”.(Hadith riwayat Bukhari).

Sekarang,sama-samalah kita bermuhasabah,adakah kita mempunya akhlak seperti baginda saw,para sahabat r.hum serta orang-orang yang hampir dengan Allah swt dalam menghadapi . perkara seperti ini. Semoga Allah beri hidayah dan taufik kepada kita dan umat agar kita dapat memaafkan kesalahan,kezaliman orang zalim.Semoga Allah terima kita dan jadikan kita sebagai pembantu agamaNya.Amin

22 comments:

  1. assalamualaikum...semoga Allah berikan kita sifat2 yang mulia ini.......

    ReplyDelete
  2. amin...semoga Allah permudah dan semoga Allah kabul...

    ReplyDelete
  3. Jazakallahu khair tuan, sy copas bbrp qoute. Memetik buah yang ranum.

    ReplyDelete
  4. salam APS
    doa itu senjata orang mukmin...
    terimakasih da atas entry yang amat berfaedah ini...

    ReplyDelete
  5. Salam,

    yang paling penting sekali apa bila kita teraniaya, adalah sifat sabar. Kerana ada masa masa yg doa manusia ni di terima, ada ketika ketikanya. Jadi kita hendaklah cuba untuk bersabar,sebab bila kita di zalimi ni kekadang kita tak sabar dan kita pun dengan secara tidak sengaja 'memohon' atau meminta agak sesuatu yg tidak diingini berlaku kepada si polan si polan.Bila keadaan macam ni memang nak minta doa hidayah tu susah la sangat bila iman lemah.

    Tetapi kita tak tahu sekiranya time tulah doa kita ni di makbulkan, sebab doa ni bukan sahaja perlu kita duduk atas tikar smebahyang dan minta doa, tetapi di mana mana sahaja dan bila bila sahaja.

    Dan utk daei , perkara yg perlu kita jaga ialah agar kita tidak push terlalu kuat sehingga di sebabkan push kita tu, sebab kekadang kita josh sangatkan..tak sabar, maka si polan si polan dari tak peduli kerja agama, jadi benci kerja agama atau menempelak kerja agama kerana ketidak sabaran kita.

    Memang dah jadi satu kewajipan apabila kita buat kerja agama, kita akan di zalimi dan di fitnah, tetapi apabila kita bersabar, Insya Allah, yg hak jugak yg akan bertahan. Insya Allah.

    ReplyDelete
  6. saya kena banyak istiqfar selalu...

    ReplyDelete
  7. Sapa rasa dy golongan orang-orang zalim, istighfar Nabi Yunus 300 kali setiap hari.

    Erk, aku pun kena join sekali ~

    ReplyDelete
  8. Ya Allah telah engkau takdirkan aku dicipta lebih lemah daripadanya.Dengan asbab itu,dia telah berbuat kezaliman kepadaku,kini Ya Allah,engkau ciptakan lah pula mahlukMu yang lain untuk mengatasinya,supaya menjadi pengajaran kepada dirinya dan yang lain.
    -->Bagus penulisannya.

    ReplyDelete
  9. saya lagi la terutamanya kene usaha di atas sifat ini....

    ReplyDelete
  10. Nabi s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud : " yang paling kuat di antara kamu ialah orang yang sanggup menahan nafsunya ketika marah "

    Di dalam surah Al-Imran ayat 133-134 Allah berfirman yang bermaksud : " Dan bersegeralah kamu kepada mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat pengampunan dari tuhan kamu dan mendapat syurga yang lebarnya seluas segala langit bumi yang disediakan bagi orang-orang yang bertakwa, iaitu orang yang menahan kemarahannya dan orang yang memaafkan kesalahan orang lain dan ingatlah Allah subhanahua ta'ala mengasihi orang-orang yang berbuat perkara yang baik ."

    ReplyDelete
  11. Ya Allah.
    Jauhkan kami dari menjadi golongan yang zalim.
    Amin.

    ReplyDelete
  12. Salam.

    Allahu akbar...Kita skrg ni mungkin rajin ikram dgn org yg baik dgn kita, tp kita lupa nak ikram org yg membenci kita. Spatutnya kita kena doa & lebih berbuat baik pada dia.

    ReplyDelete
  13. assalamualaikum..

    semoga Allah masukkan sifat kesabaran dalam hati semua makhlukNya..sekaligus jadi amalan..Allahumma amin..

    jadi saya pun kena banyak bersabar lagi..kena ikram banyak2..insyaAllah..doakan saya jugak..

    ReplyDelete
  14. Assalamu'alaikum Anak Pendang

    Allah berfirma maksudnya : ".... dan (sebaliknya) hendaklah mereka memaafkan serta melupakan kesalahan orang-orang itu; tidakkah kamu suka supaya Allah mengampunkan dosa kamu? Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani. (An-Nuur 24:22)

    Memaafkan kesalahan amatlah dituntut.. bukankah kita diminta supaya meneladani segala sifat-sifat Allah.. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

    ReplyDelete
  15. "Siapa yang berlatih kesabaran, maka Allah akan menyabarkannya. Dan tidak ada siapa yang mendapat kurnia Allah lebih baik atau lebih daripada sabar." (Riwayat Bukhari)

    ReplyDelete
  16. MasyaAllah.. doakan kami semua ke IPB seterusny seluruh dunia.. belajar tarbiyah diri dan wat ushe agama..

    ReplyDelete
  17. Werdah :doa kan sy,supaya di masuk akhlak nabi saw..

    Wafi :saheh tuan,doakan sy..

    Zamir Amno:inshaAllah,jgn lupa buat amal,bulatkan keazaman...semoga Allah pilih kita semua,belajr usaha agama di sana...

    ReplyDelete
  18. kita sebenarnya terlalu banyak menzalimi diri kita sendiri.

    ReplyDelete
  19. Boleh maafkan jika si penzalim berhenti dari berbuat zalim, dan datang minta maaf,menyatakan segala kezaliman mereka pada kita selama ini.

    Bagaimana jika 30 tahun penzalim tidak dan belum ada tanda ingin berhenti dari perbuatan zalim-menganiayai sekeluarga dengan berbagai sihir, santau,barang2 tertanam dsbnya.

    ...30 Tahun bukan 3 tahun....sampai rosak punah sebuah keluarga, lintang pukang, semua rosak.

    Penyihir dibunuh, bukan dimaafkan!

    ReplyDelete
  20. abdullah :betul tu,terutamanya saya la yg dhoif ni.

    Joe :terpulang pd individu tersebut,ikut iman masing2..

    ReplyDelete

Jika mahu memberikan komentar, silakan, berilah komentar dengan menggunakan laras bahasa yang sopan dan penuh beradab. Segala komentar yang menyelisihi laras bahasa sopan dan adab, insyallāh akan dipadam oleh team admin.