Tempat Nabi saw berhenti bermunajat di dirikan sebuah masjid. Ia diberi nama Masjid Kuu', bermaksud masjid siku. Ia mengambil sempena dengan keadaan Nabi berteleku dengan sikunya dalam keadaan luka-luka ketika dizalimi oleh penduduk Taif
Rasulullah saw:
“Takutlah kamu doa orang yang dizalimi, sesungguh antaranya dengan Allah tiada sebarang hijab (penghalang)” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Semoga Allah memberikan kesabaran dan pahala atas ujian yang ditimpa kepada orang yang di zalimi. Sebenarnya segala kesakitan,kesusahan,kepayahan hidup di dunia ini, jika kita redha dengan Allah maka ia akan menjadi kebaikan dan ganjaran yang besar di akhirat kelak.
Sesiapa sahaja yang menzalimi orang lain, maka akan ada pembalasan Allah ke atasnya sekalipun insan yang dizalimi itu telah mati, atau gagal bertindak apa-apa. Allah tidak lupa perbuatan mereka yang zalim. Akan ada hari yang mendatang di mana si zalim akan tetap dibalas Allah dengan cara yang dikehendakiNya. Percayalah hal ini. Jika tidak pun di dunia, pembalasan akhirat tetap menanti. Dosa itu akan tetap ditanggung oleh si zalim. Akan tetap tiba hari yang maha adil untuk semua. Sabda Nabi s.a.w:
“Segala hak akan dibayar kepada empunya pada Hari Kiamat, sehinggakan akan dibalas untuk biri-biri yang bertanduk atas perbuatannya ke atas biri-biri yang tidak bertanduk” (Riwayat Muslim).
Jika benar kita semua dizalimi, kita tidak perlu rasa bimbang kerana kita tidak akan disia-siakan pada Hari Akhirat kelak. Si penzalim pula akan berhadapan dengan mahkamah Allah di Mahsyar nanti. Amalan kebaikannya kita perolehi, jika tidak si penzalim akan menanggung dosa kita. Sabda Nabi s.a.w:
“Sesiapa yang ada padanya kezaliman terhadap saudaranya (muslim yang lain); seperti terhadap maruah dan selainnya, mintalah halal pada hari ini sebelum tiba waktu yang tidak ada dinar dan dirham (Hari Kiamat). Sekiranya baginya kebaikan (amalan soleh) maka akan diambil darinya dengan kadar kezalimannya. Jika tiada baginya kebaikan, maka akan diambil dos orang yang dizalimi lalu ditanggung ke atasnya” (Riwayat al-Bukhari).
Berdasarkan hadis-hadis, baginda Nabi s.a.w pernah berdoa agar Allah mengambil tindakan ke atas musuh-musuh Islam. Banyak hadis-hadis mengenai hal tersebut. antaranya doa baginda s.a.w ke atas kumpulan Quraish yang menzalimi baginda:
“Ya Allah, ambillah tindakanMu ke atas Quraish” (Riwayat al-Bukhari).
Bukit ini menjadi saksi peritnya Nabi berdakwah di bumi ini. Malaikat pernah meminta izin untuk mengambil salah satu bukit ini untuk dihempapkan kepada penduduk Taif.
Adapun sesama muslim, perkara yang patut didahulukan adalah memaafkan atau memohon hidayah kepada si penzalim tersebut. Sabda Nabi s.a.w:
“Sedekah tidak akan mengurangkan harta, Allah akan tambah kemuliaan untuk seseorang hamba disebabkan kemaafannya dan tiada seorang pun yang bertawaduk kerana Allah melainkan Allah akan mengangkatnya” (Riwayat Ibn Khuzaimah dalam Sahihnya).
Alim ulama berpendapat bahawa jika kita mahu berdoa supaya Allah mengambil tindakan kepadanya, maka perkara tersebut tidaklah menjadi satu kesalahan,tetapi pastikan dulu memang kita betul-betul dizalimi dan perbuatan individu berkenaan memang terbukti dan zalim.Di bawah ini saya serta hadith-hadith saheh bagi membenarkan perbuatan ini.
Dalam riwayat al-Imam Muslim seorang sahabat besar Nabi s.a.w iaitu Sa’id bin Zaid telah berdoa agar Allah mengambil tindakan kepada Arwa binti Aus yang memfitnah beliau mengambil tanahnya serta mengangkat kes itu kepada Gabenor Marwan bin al-Hakam. Sa’id bin Zaid berdoa dengan menyebut: “Ya Allah! Jika dia seorang pendusta maka butakanlah matanya dan bunuhlah dia dalam tanahnya”. Maka Arwa pada akhir hayatnya buta mata dan ketika sedang berjalan terjatuh dalam sebuah lubang dalam tanahnya dan meninggal dunia.
Doa di atas jika kita lihat mereka tidaklah terus meminta bala kepada muslim yang dianggap zalim itu, sebaliknya diikat dengan ungkapan “Ya Allah, jika dia ini berdusta maka..” atau mungkin kita akan sebut “jika dia telah menzalimiku maka..”. Ini kerana kita mungkin tersalah anggap, atau silap tafsiran maka wajarlah berlapik kata dalam hal ini dan serahkan kepada Allah Yang Maha Mengetahui,tetapi,
Kebanyakan ulama berpendapat memberi kemaafan adalah satu perbuatan yang di tuntut,kerana berpegang kepada tindakan nabi saw yang mengambil tindakan memaafkan penduduk Taif dan berharap mereka(penduduk Taif) diberikan hidayah oleh Allah.(klik sini ).
Diriwayat,ada seorang ahlullah telah di zalimi,maka ia datang mengadu kepada Saidina Fatimah r.ha,dan ianya telah di nasihat oleh Saidina Fatimah r.ha,katanya”orang yang baik itu bukanlah orang yang boleh memasukan orang yang menzalimkannya ke dalam syurga tetapi sebenarnya orang yang hebatt itu ialah orang yang boleh memasukan orang-orang yang berbuat zalim kepadanya kedalam syurga”.
Di ceritakan juga ada seorang wali Allah yang telah dizalimi oleh sesorang,maka dia telah sedih dan menangis,lantas di tanya oleh pelajarnya,adakah tuan telah di zalimi,dan saya lihat tuan menangis,sebenarnya "saya berdoa kepada Allah supaya orang yang berbuat zalim kepada saya,agar ianya di masukkan Allah kedalam syurga,biar nanti di syurga apabila ianya bertemu dengan saya di syurga dia akan merasa malu kepada saya".
Syeikh Abdul Wahab Hafizullah(Bhai Wahab) semoga Allah lanjutkan usianya berkata”selagi mana hati kamu,ada perasaan benci kepada umat Islam di dunia ini,maka peringkat dakwah kamu tidak akan naik”.
Cuba lihat perilaku junjungan besar kita Rasul saw dalam perkara ini:
Di antaranya, hadith yang diriwayatkan daripada Aisyah RA berkata:
“Tatkala aku melihat Nabi SAW dalam keadaan baik, aku berkata, “Wahai Rasulullah! Berdoalah kepada Allah untukku.” Maka Baginda SAW bersabda, “Ya Allah! Ampunilah ‘Aisyah dari dosanya yang terdahulu dan yang terkemudian, yang dilakukan secara sembunyi dan terang-terangan.” Mendengarnya, ‘Aisyah ketawa hingga kepalanya jatuh ke pangkuannya akibat terlalu gembira. Maka Rasulullah SAW bersabda, “Adakah doaku menggembirakanmu?” Maka jawabnya, “Kenapa tidak, doamu itu begitu menggembirakanku.” Sabda Baginda SAW, “Demi Allah! Sesungguhnya ia adalah doaku untuk umatku yang aku panjatkan dalam setiap solat.”(Hadith riwayat al Bazzar)
Hadith yang kedua,
Daripada Jabir r.hu,”berkata bahawa para sahabat telah berkata,ya rasulullah,anak-anak panah Khabilah Thaqif telah memusnahkan kita,tuan doakanlah keburukan mereka,baginda saw yg mulia telah bersabda:Ya Allah,berilah hidayah kepada KabilahThaqif”.(Hadith Riwayat Tirmizi)
Hadith yang ketiga,
Daripada Abdullah r.hu berkata ,”seolah-olah aku sedang melihat rasulullah menceritakan peristiwa seorag nabi yang dipukul oleh kaumnya,hingga berlumuran darah,belia(nabi tersebut) menyapu darah dari mukanya dan berkata:Wahai Allah,Ampunilah kaumku ,kerana mereka tidak tahu,(peristiwa ini berlaku sendiri kepada Nabi saw ketika peperangan Uhud”.(Hadith riwayat Bukhari).
Sekarang,sama-samalah kita bermuhasabah,adakah kita mempunya akhlak seperti baginda saw,para sahabat r.hum serta orang-orang yang hampir dengan Allah swt dalam menghadapi . perkara seperti ini. Semoga Allah beri hidayah dan taufik kepada kita dan umat agar kita dapat memaafkan kesalahan,kezaliman orang zalim.Semoga Allah terima kita dan jadikan kita sebagai pembantu agamaNya.Amin