Pages

Saturday, May 15, 2010

Janggut oh janggut...(Bukan tok janggut)















Para ulama di Nusantara terlalu kurang memperkatakan secara telus dan serious persoalan hukum memelihara janggut dan jambang. Isu hukum berjanggut jarang atau hampir tidak pernah dibincang, sama ada di kuliah, di pengajian atau di tulisan-tulisan mereka. Kini persoalan ini menjadi satu fenomena yang tidak akan lenyap kerana ramai orang awam telah menyedari bahawa memelihara janggut adalah wajib, bukan sunnah. Tetapi ia dianggap remeh oleh sebahagian ulama, para ustaz dan guru agama lantaran mereka tidak berjanggut dan tidak berjambang. Sedangkan mencukur janggut haram hukumnya setelah terbukti banyak nas-nas (dalil dari hadis) yang mewajibkan berjanggut.

Tulisan ini merangkumi pendedahan hukum dan mesej tentang penegahan mencukur janggut berdasarkan dalil-dalil al-Quran, hadis-hadis sahih dan fatwa-fatwa para ulama muktabar.

Hukum Memelihara Janggut
Berjanggut telah diperintahkan oleh Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam dan bukan persoalan yang interim. Terdapat banyak hadis sahih menyuruh memelihara janggut dan berulang kali pula melarang mencukurnya dengan larangan yang keras. Ini menunjukkan kepada haramnya mencukur janggut.
Berjanggut dan berjambang amalan yang tidak pernah ditinggalkan oleh para sahabat, para tabiin dan Salaf as-Soleh. Tidak sepatutnya individu yang mengaku dirinya beriman kepada Nabi Muhammad sallalahu ‘alaihi wa-sallam mengabaikan suruhan baginda yang diulang berkali-kali. Ingatlah! Menentang suatu kewajiban yang ditetapkan oleh syara’ seperti memelihara janggut adalah suatu bentuk perbuatan yang membawa kepada fasiq (dosa besar).
Sikap tidak memperdulikan larangan Allah Azza wa-Jalla adalah perbuatan keji. Dianggap keji kerana meremehkan hukum-ahkam syara’. Perbuatan seperti ini adalah berdosa dan fasiq. Inilah hakikat yang berlaku kepada orang-orang Islam masa kini apabila diajukan persoalan hukum berjanggut. Termasuklah ustaz-ustaz. Tidak terkecuali yang bergelar ulama. Mereka tidak memperdulikan persoalan berjanggut sehingga disangka oleh orang-orang awam seolah-olah tidak ada kena-mengena dengan hukum syara’.

Seseorang itu tidak dianggap beriman sebelum mencintai Allah dan Rasul-Nya lebih dari mencintai dirinya sendiri dan ia sewajarnya komited dalam hal ini. Persoalannya, di manakah tanda pembuktian cinta seseorang jika tidak mentaati dan tidak merealisasikan seruan kekasihnya. Tidak benar pengakuan seseorang yang mengaku mencintai Allah dan Rasul-Nya jika hanya mementingkan hawa nafsunya tanpa membuktikannya dengan ketaatan walaupun ketaatan tersebut disangka perkara kecil.

Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam telah menegah para sahabatnya daripada mencukur janggut dengan beberapa alasan. Baginda telah mengisyaratkan (menuntut) setiap lelaki beriman supaya memelihara janggut atau jambang mereka. Penjelasan tentang penegahan (membawa kepada pengharaman) mencukur janggut atau jambang akan dimuatkan di dalam tulisan ini.

JANGGUT dan pengertiannya...

Janggut, menurut al-Majid al-Fairuz Abadi penulis al-Qamus Muhith ialah: اَلْلِّحْيَةُ)) jika dikasrah (dibaris bawah) huruf lam (ل)adalah rambut yang tumbuh dikedua belah pipi dan dagu. (Lihat: Al-Kamus Muhith 4/387. Fairuz Abadi. Lihat: Fathul Bari, 10/350. Ibn Hajar. Dan Lihat: Tajul Urus. 10/323) Paras batasan janggut, dari rambut yang tumbuh di bawah bibir bersambung dengan rambut di dagu sehinggalah rambut yang tumbuh di bawah dagu. Luasnya pula dari rambut di kedua-dua pipi atau di wajah. Seluruhnya adalah janggut. (Lihat: Masaillul Lehyah. Hlm. 35)

Juga dinamakan janggut, ialah seluruh rambut di wajah yang tumbuh di seluruh dagu dan di bawah dua tulang dagu, di atas kedua belah pipi dan di kedua pelipis semua itu dinamakan janggut kecuali misai (kumis). Dan misai yang panjangnya melebihi bibir hendaklah dipotong kemas (dirapikan). (Lihat: Jauharus Sunnah FiI’faill Lehyah, hlm. 5. Lihat: Adabuz Zifaf, hlm. 120. al-Albani) Gaya misai melenting bukan ajaran Islam, tetapi ditiru dari Majusi.

HUKUM MENCUKUR JANGGUT & JAMBANG
Masih terlalu sedikit dari kalangan masyarakat Islam menyedari berkenaan tuntutan memelihara janggut dan sebaliknya tegahan (larangan) memotong atau mencukurnya. Kekeliruan tentang hukum mencukur janggut berlaku disebabkan terlalu jarang dari kalangan ulama yang mahu menyentuh atau memperkatakan secara serius isu yang berkaitan dengan hukum wajibnya memelihara janggut atau jambang dan adanya intervensi orang yang tidak berhak bercakap tentang persoalan ini.

Tidak dapat dipastikan punca sebenar kelalaian fatwa tentang hukum mencukur janggut ini, apakah ini berpunca kerana terlalu ramainya para ulama yang mulut mereka terkunci lantaran mereka sendiri tidak berjanggut dan berjambang? Tidak mahu berjanggut? Malu menyimpan janggut kerana kelihatan tidak kacak (selekeh)? Atau tidak mahu memahami serta mengamalkan hadis-hadis sahih yang banyak memperkatakan dan menjelaskan tentang wajibnya memelihara janggut dan merapikan misai (kumis).

Tulisan ini bukanlah bertujuan untuk memperkecilkan atau menghina para ulama yang memotong atau mencukur janggut mereka, tetapi tulisan ini sebagai nasihat dan peringatan agar mereka yang bergelar ulama mahu meneliti, mengkaji semula dan memahami semua hadis-hadis yang memperkatakan hukum janggut atau jambang dan janganlah hukum berkaitan dengan janggut diinterpertasikan dengan cara yang negatif.

Diharap para ulama yang telah mencukur janggut sudi mentaati setiap suruhan yang terdapat di hadis-hadis sahih yang mewajibkan memelihara janggut. Mereka sewajarnya mentaati hukum wajibnya berjanggut dan sentiasa komitmen tanpa banyak soalan atau alasan.

Janganlah khuatir, berjanggut tidak akan menghalang untuk mencapai dan memperolehi kemajuan yang diimpi dan dicita-citakan. Sama ada kemajuan duniawi atau ukhrawi walaupun ada yang menggambarkan berjanggut simbol kekolotan, selekeh, tidak smart dan berbagai lagi sangkaan negatif. Semua sangkaan seperti ini tidak benar kerana berfikiran sebegini dalam hal agama lebih buruk dari sangkaan jahiliyah.

PENGAMBILAN DALIL-DALIL & HUJJAH
Diharapkan tulisan ini dapat menyedarkan ummah yang beriman akan wajibnya memelihara janggut dan jambang.
Mentaati setiap arahan dalam agama adalah ibadah, termasuklah yang dianggap sunnah. Sekiranya ada yang meyakini berjanggut itu sunnah (sebenarnya wajib), apakah terlalu berat untuk mereka melaksanakan sunnah tersebut? Malangnya terdapat ramai orang-orang Islam yang meremehkan amalan yang mereka anggap sunnah ini, malah memperlekeh dan mengejek orang yang berjanggut sedang mereka telah menunaikan perintah Allah dan Rasul-Nya agar memelihara janggut. Ingatlah sabda Rasulullah:

“Sesiapa yang tidak suka terhadap sunnahku, maka dia bukanlah golonganku”. (Lihat: Jami’ul Ushul (1/294). Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim dari Anas r.a.)

Tulisan ini berdasarkan catatan peribadi dan tambah dari orang lain...
p/s:::buat dakwah,Allah bagi kekuatan untuk simpan janggut...

25 comments:

  1. Assmualaikum
    Semuga orang yang membaca dan menulis tulisan ini akan diberi petunjik oleh Allah swt.

    ReplyDelete
  2. macam mana nak bagi lebat janggut? saya punya janggut dok lagu tu ja..

    ReplyDelete
  3. ziarah76 ..kasi taruk minya zaitun la.....

    ReplyDelete
  4. salam..
    harap dapat disertakan sekali nas-nasnya.. sebab dalam tulisan di atas saya x dapat baca satupun hadis yang tuan berikan.. tuan cuma katakan banyak.. tapi x berikan hadisnya...ini soal hukum, x baik menulis sekadar pendapat sendiri... sertakan dengan hujah yang kukuh...

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. bolehkah saudara berikan lebih detail tentang wajib berjanggut..adakah benar hadis yg saudara menunjukkan tentang wajibnye berjanggut...berapa orangkah ulama yg telah saudara rujuk sebelum mengatakan wajibnya berjanggut...

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. jumhur ulama menyatakan ianya adalah sunnah..kalau bwt dpt ganjaran pahala besar.dan kalau x bwt x dpt apa2..sesungguhnya sunnah nabi sngt2 lah banyak..pilih la mana2 pun..makin bnyk makin bagus..sbb itu sbgi tanda cinta kita kpd baginda..namun bila kita telah meninggalkan slh satu sunnah baginda sdngkan kita masih menyempurnakan yg wajib serta masih menyempurnakan sunnah yg lain,maka kita tidak boleh dihukum berdosa krna meninggalkan sunnah ini.

    persoalan suadara
    "Tidak dapat dipastikan punca sebenar kelalaian fatwa tentang hukum mencukur janggut ini, apakah ini berpunca kerana terlalu ramainya para ulama yang mulut mereka terkunci lantaran mereka sendiri tidak berjanggut dan berjambang?"



    menjawab persoalan saudara:
    jika saudara tak pasti knp ada kelalaian ttng fatwa dr ulama berhubung mencukur jjanggut biarlah sy jawab ketidakpastian saudara itu.sbnrnye ianya bknlah kelalaian fatwa tp mmg jumhur ulama dr dahulu smpi sekarang sepakat ianya sunnah dan bkn fardhu keatas umat islam.walaupun ada dikalangan ulama muktabar menyatakan wajib berjanggut namun yg ramainya(majoritinya)ulama dr dahulukala sehinggalah sekarang menyatakan ianya adalah sunnah..maka dlm hal ini adalah baik jg kita berpegang pd pendapat majoriti..tp kalau nk pegang pd pendpt wajib x salah..cuma jngn pula menyalah ulama atau orng ramai yg menyatakan ianya adalah sunnah..krna ulama2 dahuluka kala spt imam syafie,maliki dll yg jauh lebih cerdik dr kita semua dlm mentafsir alquran dan hadith sblm mengeluarkan pndpt tersebut..sbb itulah ulama2 tidak prnh bertegas akan kewajiban janggut..krna majoriti ulama tidak berpendapat ianya adalah wajib..kalau meragui kata-kata sy ini boleh lah saudara belajar lagi dan berjumpa dngn ramai alim ulama diluar sana untuk bertanya soal ini.sesungguhnya sy bknlah memandai-mandai sndri..cuma memetik dr pendpt orng yg jauh lbh alim dr sy.wallahua'lam..

    ReplyDelete
  9. maksd sy berjanggut adalah sunnah..dan sunat berjanggut..tiada larangan bg yg tidak berjanggut..tapi galakkan kpd umat islam lelaki untuk berjanggut.sy cuma memetik dr ulama2 yg mengaji kitab dan berguru dngn alim ulama jg..jumhur ulama menyatakan ianya adalah sunnah..jd tidak perlu dipertikaikan lagi pendpt tersebut..jika kita mempertikaikkan bermakna kita sdng mempertikaikan hukum yg dibuat dan disepakati oleh alim ulama dahulukala dan kini..untuk tmbhkn pengetahuan rujuk lah pndpt dr iman syafie,malik,hambali,hanafi akan hukum tersebut..ataupun boleh jgk merujuk fatwa ulama masakini..ianya telah dijelaskan..

    ReplyDelete
  10. siapa yang berpegang dengan sunah pasti dan pasti akan berjaya..that's simple..nk taqwa ambk sunnah..klu x ambk fatwa..ni huraian lbh lnjut lagi..http://nasbunnuraini.wordpress.com/2010/11/07/hukum-melihara-janggut/

    ReplyDelete
  11. http://www.islam.tc/beard/beard6.html
    penulisnya adalah salah seorang ulama besar.

    ReplyDelete
  12. setuju dgn shahbandar87,

    penulisan anda tidak sepatutnya mengabaikan pendapat ulamak yg lain. Masyarakat mudah terkeliru dgn perkara ini. Kalau nak menulis, saya mohon saudara tulis sekali nas-nas dan dalil-dalil nya, dan juga pendapat2 ulamak yg saudara rujuk itu. Biar jelas dan terang.

    (sekadar cadangan, maaflah jika terkasar bahasa)

    ReplyDelete
  13. http://members.tripod.com/ahkam_2/soaljawab/soaljawab88.htm

    nah saya bagi link ni... cuba try bace...
    dah sila renspon...

    (sy dah bace link yg saudara bagi tu)

    ReplyDelete
  14. x perlulah sampai nak berdebat begitu skali...
    saya rase tuan blog ini nak sampai penting nye sunnah janggut...
    tapi taufiq utk amal sunnah ini dari Allah...
    so,kalo x mampu nak beramal tu..doa lah byak2 supaya Allah permudahkan....

    ReplyDelete
  15. sila baca dengan molek la...bro....

    ReplyDelete
  16. ijmak ulama mengatakan haram cukur janggut kecuali imam Syafie yg mengatakan makruh.. jdi terdapat kilaf diantara para ulama... maka sbgai rakyat Malaysia yg majoritinya mengikuti mazhab iman Syafie .. maka hukumnya adalah makruh
    petikan dri ceramah Ustaz Azhar Idrus (UAI)

    ReplyDelete
    Replies
    1. makhruh lama2 jadi fasik ape tu fasik org yg sentiasa melakukan dosa, bayangkan tengah solat tapi dalam solat x de janggut dah jadi mahruh macmner nak dapat solah yang khushuk dan khuduk tuan? hehe selamat beramal.

      Delete
  17. chess in perlis\smkaa :silakan bro....

    ReplyDelete
  18. Salam....maaf...bukan menidakkan anjuran menyimpan janggut...mmg diakui ada khasiat tp jika nak dikatakan sbg wajib dan mengarah kpd fasiq jika tak simpan janggut mungkin keterlaluan kot...sbb rasanya hadis yg disertakan pon tak menjurus kpd simpan janggut atau cara berpakaian atau perbuatan Rasul semata-mata kot...ligiknya...sbg pemimpin besar, pasti Muhammad SAW tak mahu kita umatnya lebih menumpu kpd persoalan remeh temeh lebih drpd perjuangan menegakkan Islam di mata dunia...rasanya hadis yg disertakan adalah tuntutan Nabi Muhammad utk berjuang menegakkan Islam berpandukan jalan yg pernah dipeloporinya (kepimpinan melalui teladan)...lagipn tuan hanya menyertakan satu hadis sedangkan dalam pernyataan tuan sendiri mendakwa terdapat byk hadis yg mana Nabi menuntut umat Islam menyimpan janggut...Hatta dalam hadis yg disertakanpun hanya menyebut sunnah dan tidak secara jelas dan nyata sebut JANGGUT pun...dan jika benar simpan janggut tu SANGAT WAJIB dlm Islam, tentu ada nas drpd Ayat Quran kan? Mintalah disertakan sekali sbg bukti yg lbh sahih...TQ dan sekadar utk bertukar ilmu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. saudara amir.. sebagai saudara islam, sy kongsi cikit dengan tuan, dalam quran ada bagi tau bab solah, tapi cara bersolat ditunjukkan oleh nabi, dalam quran bagitahu suruh ikut nabi dari segi lahiriah dan batiniah, lahiriah nabi simpan janggut, sila rujuk kitab ihya ulumuddin karanagn imam syfie , bab berhias diri.selamat beramal.benda kecik yang x kena duit pun kita susah nak amal mcmner nak berjihad? yang kecik pun kita gagal. macmner nak yang besar,, selamat beramal.

      Delete
  19. bumi palestin masih terjajah hingga kini,
    umat islam kebuluran dimerata ceruk dunia,


    jom bantu saudara seislam kita,

    ReplyDelete
  20. untuk org beriman 1 hadist pun dah cukup untuk jadi dalil bagi yang briman kepada allah dan rasul, senang je sunnah nabi ada janggut..umatnye lau nak ikut nabi dan sygkan nabi simpan la janggut bukan susah, simple je selamat beramal

    ReplyDelete
  21. saudara amir.. sebagai saudara islam, sy kongsi cikit dengan tuan, dalam quran ada bagi tau bab solah, tapi cara bersolat ditunjukkan oleh nabi, dalam quran bagitahu suruh ikut nabi dari segi lahiriah dan batiniah, lahiriah nabi simpan janggut, sila rujuk kitab ihya ulumuddin karanagn imam syfie , bab berhias diri.selamat beramal.benda kecik yang x kena duit pun kita susah nak amal mcmner nak berjihad? yang kecik pun kita gagal. macmner nak yang besar,, selamat beramal.

    ReplyDelete
  22. betul.. Allah hantar Nabi S.A.W. utk kita umat islam jadikan panduan..
    jika Nabi buat tu maknanye YA la..
    sunnah Nabi.. Agama tak pk pakai akal, agama berpandukan Al-Quran & Sunnah Nabi. Nabi simpan janggut, kita jagan soal2 jika tak mampu baut.
    Doa la pada Allah, minta Allah bagi kekuatan utk amalkan sunnah Nabi ni..

    ReplyDelete

Jika mahu memberikan komentar, silakan, berilah komentar dengan menggunakan laras bahasa yang sopan dan penuh beradab. Segala komentar yang menyelisihi laras bahasa sopan dan adab, insyallāh akan dipadam oleh team admin.