Pages
▼
Thursday, May 28, 2009
Benarkah tutup aurat dapat selamatkan wanita???
Ramai wanita professional dan yang kurang didikan agama hari ini mencebik bibirnya apabila tajuk ini disebutkan, mereka tidak percaya langsung fakta yang disebutkan diatas. Malah ada yang berpendapat lelaki sengaja melakukan perkara buruk kepada wanita kerana ingin menunjukkan kekuasaannya terhadap wanita. Kerap benar saya dengar pandangan ini di media massa.
Hakikatnya, sebagai hamba Allah SWT dan umat Rasulullah SAW kita diajar untuk merujuk Al-Quran dan Al-Hadith bagi mendapat kepastian tentang baik buruk dan benar salahnya sesuatu perkara itu. Dalam hal ini, Allah SWT berfirman :-
"Hai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mu'min semua hendaklah mereka melabuhkan jilbab-jilbab mereka atas (muka-muka) mereka. Yang demikian itu lebih memastikan mereka agar dikenali (sebagai wanita Islam) supaya mereka tidak diganggu." (al-Ahzab: 59)
Jilbab, iaitu pakaian yang lebarnya semacam baju kurung untuk dipakai oleh kaum wanita bagi menutupi tubuh badannya. Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi menerangkan "Sebahagian perempuan Jahiliah apabila keluar rumah, mereka suka menampakkan sebahagian kecantikannya, misalnya dada, leher dan rambut, sehingga mereka ini diganggu oleh laki-laki fasik (jahat) dan yang suka berzina, kemudian turunlah ayat di atas yang memerintahkan kepada orang-orang perempuan Islam untuk melabuhkan jilbabnya itu sehingga semua bahagian-bahagian tubuhnya yang boleh membawa fitnah itu tidak kelihatan. Dengan demikian secara zahirnya pula mereka itu akan dikenali sebagai wanita yang terpelihara (‘afifah) serta tidak mudah diganggu oleh orang-orang yang suka kejahatan atau orang-orang munafik.
Jadi jelasnya, bahawa ayat tersebut memberikan ‘illah (alasan) utama perintah ini adalah kerana bimbang wanita muslimah diganggu oleh orang-orang fasik dan menjadi perhatian orang-orang yang suka berzina. Bukanlah ketakutan yang timbul dari perempuan itu sendiri atau karena tidak percaya kepada mereka, sebagaimana anggapan sebahagian orang, tetapi ia adalah kerana sebahagian wanita yang suka menampakkan perhiasannya, berjalan dengan penuh lenggang lengguk dan bicaranya dibuat-buat manja, sering menarik perhatian nafsu lelaki dan menjadikannya sasaran orang-orang yang suka berzina. (Petikan dari kitab Al-Halal wal Haram fil Islam dengan sedikit pindaan)
Ayat ini juga jelas menunjukkan bahawa salah satu target utama menutup aurat yang diletakkan oleh Allah SWT adalah sebagai kaedah dan cara terbaik bagi mengelakkan wanita Islam dari diganggu dan disakiti.
salam bro, thanx nasihat teww..
ReplyDeleteen_me..sama2 nie untuk saya juga....
ReplyDeletewey aku fahmi nie..
ReplyDeletenie blog aku...
sila follow blog aku ye...
Kak tie mula menutup aurat bila study di IPT. Memang sebelum ni tak tahu langsung hukum tu. Ingat orang yang berdakwah (masa tu orang bertudung digelar gitu)saja2 pakai gitu untuk menunjuk2....
ReplyDeleteKak tie dapat tahu hukum ni bila ustat di situ beritahu hukumnya.. Rasa terpukul betul. Memang malu... kak tie asalnya pemalu....
Bila balik rumah, beritahu ayah suruh belikan tudung... Ayah belikan tudung putih, siap pesan lagi, dia tak suka kak tie bertudung hitam. Mungkin kerana dia berasa gerun. Kini... anak gadis kak tie sendiri bertudung. Alhamdulillah... rasa bersyukur kerana mendapat hidayah dari Nya.
terima kaseh untuk entry ini
ReplyDeleteterima kasih kerana mengingati...
ReplyDeletewpun aku pakai tdung sejak sekolah...dan terus pakai d luar waktu sekolah...tp kkdg tu..pakai jugak baju yg x sejajar...
alhamdulillah...syukran kongsi ilmu yang bermanfaat...dan wajib d ketahui oleh kaum muslimat..:)
ReplyDeletemmg sewajarnye wanita perlu memakai niqab(ttup muka)..byk faedahnye dri pgalaman akak duduk d arab ni yang rata2 muslimah nye berniqab...alhamdulillah mmg byk kebaikan d perolehi...baik dari fitnah or gangguan kaum adam..bahkan wujud rasa rendah diri dan sifat utk mnunjuk2 perhiasan diri mmg langsung x ada...rasanye...smua muslimah sama rata...x de prasaan dr golongan kaya atau miskin asbab suasana berpakaian yang sama(serba hitam)...akak rasa sronok apabila melihat suasana kaum muslimah ini...mnutup aurat sepenuhnye..sehingga mata pun x nmpak...x kisah la tua atau muda...tapi mmg mereka mjga n ambik berat aurat ni....:) moga akak n wanita lain dapat mgambil faedah dan kebaikan pengalaman ini bersama...:) insyaAllah...
salam
ReplyDeletetudung je ke?
anggota lain?
maksud saya cam kaki ke
salam.
ReplyDeletedi kedah buat masa ini, Sawda Online Agent (SOA) hanya ada di Alor Setar, Jitra, Langkawi & Sg. Petani.
tuan boleh membuat pendaftaran secara PERCUMA melalui blog saya. cuma klik banner "Sawda Coffee - Online Ordering" utk dptkan ID Pengenal.
selepas tu, sekiranya tuan ingin mencuba produk berasaskan Habbatus Sawda ini, saya syorkan tuan beli Pakej Promosi Permulaan (Kopi & Minyak) bernilai RM50. Tuan dapat penjimatan sebyk RM10.
semasa membuat pesana secara ONLINE, tuan boleh pilih penghantaran melalui SOA yang berdekatan dgn tempat tinggal tuan secara PERCUMA. tuan pun blh jimat kos penghantaran sebyk RM5.
jumlah penjimatan keseluruhan ialah sebanyak RM15....
ada jugak yg dah tahu tapi takde kekuatan nak amal..
ReplyDeletesemoga Allah beri kekuatan
dibaca terima kasih...
ReplyDeleteJilbab; syariat dari Allah. tentu pilihan terbaik
ReplyDeletetutup aurat itu wajib,bukan harus atau sunat.
ReplyDeletealhamdullilah..saling ingat mengingati..
ReplyDeleteteringat masa 1st time pakai tudung (masa tu lum kawen lg tgh bercinta sakan) hubby kata saya tak cantik pakai tudung. huhuhu. lepas kawen, dia langsung x kasi buka tudung pulak hatta sidai baju depan umah. alhamdulillah lepas buat usaha dakwah ni sedaya upaya akan jaga aurat.
ReplyDeletebagus artikel ni.
ReplyDeletekalau nak tau lelaki boleh teransang 30 kali sehari.
perempuan kena jaga aurat nak elakkan lelaki teransang.
Assalamualaikum...
ReplyDeleteTerima kasih saudara untuk entry ini... Bg saya, klu dh termaktub dalam Al-Quran dan Hadis, buat apa kita nk mempersoalkan lg? memang saya setuju sangat...
Semoga Allah memberkati saudara kerana memperingatkan pembaca2 blog ini termasuk saya... teruskan berjuang, sy sentiasa dibelakang saudara
miey....ok2
ReplyDeletekakteeze....uish...bgoz la,,,skrg kene fkir plak rmai org kt luar tu x pki ramai lagi...hu3
sharamli....sama...semoga disebar2kan....
intan....xpa2 insyaAllah ,nanti kene usaha spya ada satu perubahan dlm diri....
ni entry mmg wa respek..pasai pa dia duk ingatkan kita tambahan yg pompuan la yg byk nak kena jaga hampir keseluruhan tubuh depa...berkorban la sikit (atau pelan-pelan belajaq tutup aurat pd sapa yg baru nak start tu) insyaAllah kita selamat & dijauhi fitnah gak. Yg tak berkenan pasai aurat ni, mungkin depa lum dpt hidayah, maka kita pakat sama-2 doakan depa.. jgn duk tempik mereka, ajak elok-2, berhikmah..dgn sabaq...kut depa mau ikut, kita dah tentu pahala, depa pun dpt di'selamat'kan..alhamdulillah.
ReplyDeleteBaitijannati...wah...dahsyatnya,,bila la agaknya suasana tu nk ada di mlysia nie...kene bnyk buat keje nie...
ReplyDeleteqishie ...ala,mula2 atas dulu...dan akhir smpai bwah la...
Nadri"insyaAllah,,,akan diusahakan....
mutakalim...slm lama tuan x koomen di blog saya....jupa di medan ijtimak....
TMFH ...sma2 kaseh....
AZANI ...wah benar.....makruh pun x da....hu3
ReplyDeleteatty's ...ya sama2...
Anonymous ...bgoz la...berkat usha yng mubarak...
.kakijalan. ...wah info terbaru nie.....30 kali...tudia aih...
John Iverson.....betul tu....doa kt saya dan umat Nabi saw....
Hanz_Azdi ....slm...wah longat utara noh......kene sbar,istiqomah dan bijaksana.....hikmah pun...
ReplyDeletebetul kali itu ...tutup aurat melindungi wanita dari segala macam bahya dan godaan..
ReplyDeleteplease komen juga ke blog ku yaa....
salam ^^
ReplyDeleteramai yang meletakkan jilbab sebagai penghalang dalam kebebasan bergerak. bila berpeluh, kononnya merimaskan. bagi saya, bertudung itu sangat memudahkan. tak perli set rambut berjam. di akhirnya, habis begitu sahaja.
baarakallahu fiik..
ReplyDeletealhamdulillah..teruskan penulisan anda.
ramai lagi yang mempertikaikan pasal menutup aurat ini hatta mereka yang sudah bergelar pemimpin belum lagi mengikut suruhan Allah ini.
bertudung hanya apabila ada kematian,kenduri kesyukuran dll...
pengajaran yg menarik..keep it good working..:]
ReplyDelete...mmmmmm
ReplyDeleterasanya someday sy akan pakai hijab yg tutup sume satu bdn tu x?
hhhehhe..................
Salam dik.. akak setuju dan memang sangat setuju.. terima kasih ya..
ReplyDeletememang benar, bertudung boleh memelihara maruah wanita, asalkan dipastikan tudung yang dipakai mengikut guideline yang telah dikeluarkan. bukan pakai tudung (nipis dan colourful dan exciting), tapi leher baju labuh maka bila tunduk nampaklah lurah dada, kemudian bila menonggeng, nampak pula lurah punggung...sangat menggetarkan. auwwww
ReplyDeletetudung...sekarang ni tudung mcm trend plak..yg nampak jambul sikit mcm bungkus nasi lemak tu sebenarnya nk tutup aurat ke ape ye? tepuk dada tanya selera.....
ReplyDeletesalam...wah trima kseh semua komen2.....saya sbuk bangat nk reply...sori daa.....
ReplyDeleteBlogku juga bahas tentang ini loh...
ReplyDeleteyang menyebabkan mereka menentang pemakaian tudung atas rasional mengelakkan perkara buruk ke atas mereka adalah, mereka (wanita) sahaja yg kena berbuata sesuatu, lelaki tidak. Walhal yg membuat jenayah adalah lelaki.
ReplyDeletePandangan ini adalah yang rasa saya menjadi antara hujah wanita-wanita di Malaysia, khususnya yang feminist, yang memperjuang kesamarataan lelaki wanita.
Ada juga betulnya. Maksud saya, mengelakkan keburukan itu jangan hanya dibeban atas bahu perempuan semata-mata. Kalaulah perempuan disuruh bertudung, maka lelaki juga petut dikempenkan menjaga pandangan, akhlak, tingkah laku dan disiplin terhadap wanita.
Hakikatnya, is jarang berlaku di Malaysia. Kebanyakan kita hanya menuntut perempuan melakukannya, jarang ia disertakan seruan untuk lekai pula.
Meskipun begitu, ia akan tetap menimbulkan pertikaian para feminis. Kerana, orang perempauns enang dinilai kerena tudungnya dapat dilihat secara fizikal. Akan tetapi lelaki yang dituntut menjaga adab tingkahlaku susah untuk dinilaikan, kerana ia bukanlah sesuatau yang fizikal sifatnya. Mungkin ada yg berlagak baik, tetapi ada niat jahat sebaliknya.
Sebab itulah ada anyata wanita enggan bertudung.
Ibarat kata Marina Mahathir the way you dress won't make you a better Moslem - kurang lebih mcm itulah maksudnya
Assalammualaikum wrt wbt ...
ReplyDeleteBila kita bertudung, biarlah sempurna .. maksudnya betul2 bertujuan untuk menutup aurat. Kainnya tidak jarang, menutup dada ....
Begitu juga dengan pakaian yg lainnya, biarlah longgar dan tidak menampakkan susuk badan.
Wanita ini ibarat lollipop, bila dibungkus elok dan rapi, tiada siapa yg akan hinggap dan kacau tapi bila dibukak .. di pamer, lalat .. langau dan yg seangkatan dengannya akan berebut2 menghampiri. Wallahu alam ...