Allah swt berfirman:
14. Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda Yang diingini nafsu, Iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda Yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan Yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali Yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga).(Ali-Imran 14)
32. dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan Yang sia-sia dan hiburan Yang melalaikan: dan Demi Sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang Yang bertaqwa. oleh itu, tidakkah kamu mahu berfikir?(Al-Al’am 32)
22.Engkau tidak akan dapati sesuatu kaum Yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, tergamak berkasih-mesra Dengan orang-orang Yang menentang (perintah) Allah dan RasulNya, sekalipun orang-orang Yang menentang itu ialah bapa-bapa mereka, atau anak-anak mereka, atau saudara-saudara mereka, ataupun keluarga mereka. mereka (yang setia) itu, Allah telah menetapkan iman Dalam hati mereka, dan telah menguatkan mereka Dengan semangat pertolongan daripadanya; dan Dia akan memasukkan mereka ke Dalam syurga Yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka tetap kekal di dalamnya. Allah reda akan mereka dan mereka reda (serta bersyukur) akan nikmat pemberianNya. merekalah penyokong-penyokong (ugama) Allah. Ketahuilah! Sesungguhnya penyokong-penyokong (ugama) Allah itu ialah orang-orang Yang Berjaya.(Al-Mujadalah 22)
Ketahuilalah saudaraku,bermula jimak itu adalah satu kesedapan yang dikurniakan Tuhan.Jimak ini juga adalah kesudahan dan kesedapan berkahwin,bila bercakap tentang lelaki,Allah swt memberikan kepadanya kekuatan syahwat kepada perempuan.kalau tiada syahwat kepada perempuan,itu dikira sebagai tidak normal,dan Allah swt memberi kepada perempuan lebih syahwat dan ada keinginan kepada lelaki.Nafsu mereka melebihi lelaki,tetapi ada pertimbangan akalnya,maka lebih banyak halnya kepada emosi.
Sayugia,Allah swt memberi nafsu kepada makan dan minum,tetapi kelazatan berjimak tidak sama dengan kelazatan makan dan minum.Maka demikian,Allah swt menjadikan nikmat dengan satu nimat adalah berbeza.Semasa berada di dalam dunia,hal yang demikian ,jimak adalah nikmat yang cukup hebat,maka orang yang masuk syurga,Allah swt akan beri juga nikmat jimak ketika berada di dalam syurga,tetapi nikmat jimak yang Allah swt beri ini ,tidak sama dengan nikmat jimak di dunia.Apabila seseoorang itu bersyukur atas nikmat jimak di dunia,maka apabila berada di dalam syurga,Allah swt akan gandakan lagi nikmat tersebut.Allah swt juga akan beri nikmat bermain-main dan berseronok dengan perempuan-perempuan.Bahasa fekah mentafsirkan perkataan imtimsaq sebagai mengambil nikmat daripada perempuan-perempuan.
Seorang mukmin itu apabila berada di dalam syurga,akan bermain dan bersenda gurau dengan isterinya dan dengan gundiknya dan di jimakkan seorang dan kemudian dengan seorang dengan secukup-cukupnya dan bersambung-sambung dengan yang lain dan di panggil yang seterusnya.
Rasulullah saw bersabda”Seseorang mukmin di dalam syurga itu akan kuat bergian-bergian(banyak kuat syahwatnya daripada jimaknya perempuan-perempuan syurga).Sahabat bertanya,Ya Rasulullah,adakah kuasa orang mukmin itu kuat untuk jimaknya di dalam syurga ?,Nabi saw berkata,diberi oleh Allah swt kurnian kuat 100 orang”. (Riwayat Tirmizi)
Allah swt memberi kekuatan jimak ini beratus-ratus kali ganda,Hal yang demikian adalah sebagai anugerah Allah kepada hamba-hambanya yang taat kepada perintahnya dan rasulnya.
Semasa berada di dunia ini lah kita kena usaha,supaya Allah swt memberi kepada kita semua nikmat-nikmat tersebut.Usahakan supaya kita berada di dunia membuat amalan-amalan seperti yakin yang betul kepada Allah dengan tidak ada tapi-tapi, solat,puasa,zakat dan haji.
Nota penting**pada post yang lain,saya akan menceritakan kisah sifat penghuni syurga..<_>
insaallah aku aku akan terus mbaca entry bro..sbagai santapan jiwa aku sharian
ReplyDeletesalam psahabatan
KA'AM SA LILUK'LU IL MAKNUN..JAZA AMBIMMA KANU YAKMALLUN......tlg gua sedang mencari syahid kubra.
ReplyDeleteSubahanallah........
ReplyDeleteTerpegun sebentar......
Moga lu punye blog bisa menjadi panduan dan rujukan...insyaallah...
ReplyDeletea.b geldofg ...terima kaseh....
ReplyDeleteTie....wah3...
aloy_paradoks....insyaAllahh.
cucumatlela ..wah,semangat ...hu3
This comment has been removed by the author.
ReplyDeletesalam...
ReplyDeletehebatnya penghuni syurga, sampai soal jimak yg memang telah sedia nikmat pun di beri kenikmatan yg berganda-ganda lagi oleh Allah...
moga kita semua tergolong dlm golongan yg akan mendapat nikmat tersebut...\\
salam singgah... salam kenal
Tidak apa nikmat di dunia ini jika hendak dibandingkan dengan nikmat di syurga.
ReplyDeleteSalam kenalan dan jemput datang ke blog Suara Taqwa - http://suarataqwa.wordpress.com
Walaupun hebat nikmat jima' tetapi sahabat Nabi s.a.w sanggup tinggalkan nikmat ini untuk berjihad dan juga bermunajat dengan Allah s.w.t dengan solat tahajjud sepanjang malam.
ReplyDeletetengoklah betapa kasihnya Pencipta kita bagi nikmat xterkira..semoga sentiasa bertambah nikmat lagi..amin
ReplyDeleteCuba renungkan sebentar...
ReplyDeleteAdakah kalian beribadat di dunia ini semata-mata untuk berjimak di syurga nanti?
Sedangkan nikmat yang terbesar di syurga nanti adalah melihat wajah Allah
Anon: Benda yang diceritakan ni adalah sebagai salingan kenikmatan. Semestinya, melihat wajah ALLAH adalah satu keutamaan bagi hambaNYA yang beriman.
DeleteAnonymous: bukan maksud mcm tu...sebenarnye,perkara2 ini adalah untuk memberi keyakinan kita terhadap janji2 Allah....
ReplyDeleteIslam menjanjikan kehebatan dan kekayaan. Kalu buat ikut Islam rezeki kita dijamin oleh Allah taala.cthnya, nega untung,kerja buat menjadi,anak bini conrollable n performancable,hidup hapi dan macam jenis nikmat Allah direct linekan kpd kita. Mengikut satu hadis nabi yang mashur,"semua orang Islam boleh masuk syurga kecuali dia sendiri yang tak mahu". Pah tu hak penting sekali didik nafsu kita sehingga parallel dengan suruhan dan larangan Allah. Biar hak Allah suruh, kita teramatlah suka dan benda yang Allah larang kita teramatlah benci. Ni dah level nafsu mutmainnah dan dijamin warga syurga. Nak dapat memang kena mengaji ++++++mujahadah yang sungguh-sungguh.(Ambo ingat masa dok mengaji pondok masa remaja dulu)-Yee PSS Sitiawan
ReplyDeleteseronoknya dapat masuk syurga
ReplyDeletedapat berjimak dgn isteri dan bidadari
yeah.. anonymous.. nikmat inilah yg sbenarnya djanjikan oleh Allah... dan tidak menjadi masalah bagi kita utk mengetahui rahsia2 yg Allah telah ciptakan untuk hmba2 nya yg brtaqwa..:D dan smoga dgn ini amal ibadat kita kian brtmbah kerana kasih dan sayang yg telah dbrikan daripada rab.. kalau Allah murka akan kita trlalu taksub dgn nikmatNya, masakan Allah mnceritakn segala2 blasan nikmat kpd hamba2Nya, didalam Al-Quran pula iaitu fimanNya..:).. wasalam..
ReplyDeleteini adalah balasan di atas ketaatan kpdnya...
ReplyDeletemenarik.....
ReplyDeleteterbaik.. harap2 dapat jumpa dgan tuan..
ReplyDelete